Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, February 9, 2015

Contoh Labor Story T_T

Assalamualaikum


Hi!!!

Ceritanya macam ni.. Pagi-pagi dah bersiap nak pergi kerja walaupun contraction dah rasa sikit-sikit.. Tapi disebabkan rasa masih larat nak pergi kerja, aku pun drive ke tempat kerja.. Waktu lunch hour, aku sempat makan tapi terasa ada air dah start mengalir kat bawah kain.. 

Gagahkan diri drive dari tempat kerja ke rumah parents, kemudian mintak tolong sibling hantarkan pergi hospital.. Sempat jugak inform husband, bagi tahu dia dah sakit nak bersalin.. So, husband rushing dari tempat kerja terus ke hospital.. Kebetulan tempat husband kerja tu jauh.. 

Masa aku dengan sibling sampai hospital bukaan baru 2cm tapi sakitnya macam nak teran masa tu jugak!!! Gitu gini, akhirnya nurse kata bukaan dah 8cm.. Dah boleh ready nak meneran.. Nasib suami dah sampai dan ada kat sebelah.. Tapi masa nak bersalin tu sakitnya Tuhan je yang tahu!!! Doktor tekan perut dari atas, nurse pulak standby kat sebelah bawah, lebih kurang 2, 3 push tu alhamdulilah baby pun keluar.. Sakit weyyy.. Sakit weyy..





Hohoho of course lah ni bukan labor story aku sebab aku baru 32 weeks (baby please keluar ikut time ya hehe).. Ni sebenarnya labor story kawan kepada husband.. Sambil kiteorang pekena bakso petang tu, sambil dengar dia bercerita.. Lain orang lain pengalamannya.. Aku kalau boleh nak dengar seberapa banyak cerita labor dari kawan-kawan atau family.. Kadang-kadang tu rajin jugak google dan baca dari blog orang lain hehehe..

Hah! Tapi siap lah... Kena positive kan diri bila dah dengar semua cerita tu.. Takut tu memang lah sebab first time mommy tapi nak buat macam mana, baby tetap kena keluar jugak huhuhu.. Bukan boleh simpan, peram lama-lama dalam perut.. Kan?

Kadang-kadang sambil dengar tuan empunya badan bercerita, sambil tu diorang akan selitkan info berguna contohnya macam cara nak bernafas, cara nak meneran, doa apa kena baca bagi mudahkan bersalin dan kurangkan rasa sakit.. Semua benda tu kena serap dan simpan dalam kepala.. Hahaha tapi kalau sepanjang dalam labor room, boleh recall balik semua ilmu tu.. Haiii alangkah bagusnya.. Risau jugak kalau dalam labor room tu tiba-tiba jadi tak rasional.. Habis hilang semua ilmu hahaha..

Dulu masa kes pregnancy yang pertama sempat jugak merasa contraction.. Siap guling-guling atas toto (kebetulan malam tu tidur depan tv kat ruang tamu).. Dah guling-guling pun tak okay jugak, try jalan-jalan dalam rumah sambil fuhh fuhh fuhh bernafas menahan sakit.. Nak kejutkan husband tak sampai hati pulak sebab esoknya dia nak kerja.. Masa sakit tu dah pukul 12 malam huhuhu..

Fuhh fuhh pun tak jalan.. Pergi kat dinding, tekap tangan kat dinding dan goyang-goyang punggung sambil buat bunyi urghh urgghh.. Dah kurang sikit sakitnya, cepat-cepat baring dan letak tungku panas kat perut..

Aku kena masa tengah pantang dan baru je keluar dari hospital.. Kes yang macam aku ni memang doktor kata lagi baik tak payah operate ke apa.. Biar je benda tu semua keluar sendiri.. Nak tunggu benda-benda tu keluar secara manual memang sakit lah.. Peluh-peluh aku menahan malam tu..

Alhamdulillah esok paginya bangun terus okay hehehe.. Tu sekali jelah aku rasa contraction paling sakit.. Bak kata kakak ipar, "Itu baru minor contraction tu...".. Minor?? Masya Allah... Kalau betul lah tu baru minor.. Yang contraction sebetulnya tu macam mana gaya lah T_T

Sedaya upaya try berfikir positive supaya semuanya end up happily ever after hehehe... POSITIVE POSITIVE!!!

Bab kursus peneman tu pun kiteorang baru je daftar last week.. So masa aku 36 weeks nanti baru kiteorang punya turn dipanggil untuk join kursus peneman.. Kiranya kiteorang ni macam agak lewat mendaftar sebab dah 36 weeks baru nak tergedek-gedek pergi kursus.. Tapi bagus jugak, mana tau 37 weeks, 38 weeks baby nak keluar.. Masa tu ilmu masih penuh didada kan hewwww...




Sebelum nak tutup entry ni.. Baju baby pun dah siap basuh.. LEGAnya!!! Bila dah basuh, dah boleh mula packing sikit-sikit apa yang patut.. Lepas tu letak kat tempat yang senang nampak dan dicapai.. Tak ada lah kelam kabut, yang tu tak ada lah, yang ini tak ada lah.. Kan.. 

Nak romantik, basuh lah sama-sama dengan husband.. Hahaha basuh dan sidai bersama-sama dihujung minggu.. Tapi yang lipat dan susun balik baju-baju tu dalam storage box of course lah aku.. Husband cakap kalau dia lah, memang dia sumbat je balik semua tu dalam storage box hahaha tak kuasa nak lipat satu-satu dan susun ikut kategori.. Aku?? Mana boleh.. Nak semua tersusun dan well organized dan sedap mata memandang.. Lepas tu nak cari barang pun senang..

Lagi satu.. Baru-baru ni adik aku bagi gambar anak dia (dalam whatsapp) tengah selongkar barang kat ruang tamu.. Biasa lah.. Budak dah dapat kaki.. Dah pandai nak memanjat.. Habis semua barang kat rak dan atas meja dia campak ke bawah.. Rumah pun tiba-tiba jadi tongkang pecah hehe.. Gambar tu disertakan dengan caption....

"Dah ready ke nak lihat keadaan rumah yang macam ni.."

Sinis betul caption adik aku ni T_T Perli lah tuuuu... Huh!!!!





Thank you for reading..

2 comments:

hafizul ibrahim said...

petua..baring sebelah kiri tuk cepatkan bukaan..banyakkan berjln ke hulur ke hilir..yg pntg mkn..tuk beri tenaga..heee..ni aku buatla..gudluck fiyyaaa...

RIMA DANIA said...

Mek: Thank you mek share tips.. nanti dah bersalin, ku share ke mu cerita labor hehe

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3