Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Wednesday, January 28, 2015

Sandwich Telur je

Assalamualaikum


Setiap kali nak ke KL, mesti aku singgah stesen minyak kat Seremban.. Lepas tu suka beli sandwich telur, sandwich tuna kat situ.. Konon nak alas perut dalam kereta hehehe.. Padahal bukan jauh pun Melaka-KL tu.. Tapi nak jugak mengunyah dalam kereta supaya bila sampai KL nanti tak ada lah kelam-kabut cari kedai makan (alasan sungguh hahaha)..

Sejak menikmati kesedapan sandwich telur kat stesen minyak tu, aku jadi suka sangat nak makan sandwich telur hahaha.. Entah kenapa.. Sandwich telur yang serba biasa tu jadi sedap sangat sampai teringat-ingat..

Memandangkan masa tu dah malam.. Aku pun malas nak makan nasi, maka aku pun bangkit lah dari depan tv dan segera ke dapur untuk membikin sandwich telur yang serba biasa tu.. 




Itu lah dia hasilnya sandwich telur serba biasa by aku hehehe.. Banyak jugak aku buat malam tu.. Siap ada baki untuk sarapan esok paginya.. Laku jugak lah sandwich yang aku buat sebab dah berzaman tak makan.. Mungkin dulu masa zaman sekolah, ada jugak Umi Abah buatkan.. Tapi sejak masing-masing dah sambung belajar memang jarang lah ada sarapan sandwich telur, sandwich tuna ni.. Maklum lah, ahli rumah ramai yang dah mengembara keluar cari ilmu, cari rezeki..

Alang-alang dah tepek gambar sandwich telur tu, aku nak share resepi sandwich telur version aku.. Version aku biasanya ada gerkin atau pun timun jeruk sebab stok gerkin ni selalu ada kat rumah.. Kalau tak ada gerkin ni pun tak apa tapi sebenarnya lagi sedap kalau ada.. Harga sebotol gerkin ni memang mahal tapi tahan lama dan boleh jugak guna untuk makan dengan burger daging, ayam or ikan.. Nak cincang halus dan masuk dalam mayo pun sodap tau!!


Sandwich Telur Serba Biasa by RD

Bahan-bahan:

Roti Gardenia setengah buku
4 biji telur rebus (dilenyek-lenyek)
Mayonis secukupnya (aku guna dalam 5,6 sudu besar)
*2 batang Gerkin/ Timun jeruk (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Butter (untuk sapu atas roti)


Cara-cara:

1. Dalam satu mangkuk, campurkan telur rebus yang dah dilenyek-lenyek tu dengan mayonis, gerkin, lada sulah dan garam.. Gaul sebati..
2. Sapukan roti dengan butter kemudian letakkan inti telur tadi.
3. Hah!!! Siap dah.. Boleh ngap terus dengan lafaz Bismillah.. Kalau suka makan dengan sos, boleh letak sos..


Aku tak pasti lah berapa kalori sandwich telur serba biasa ni tapi yang pastinya boleh mengenyangkan perut hehehe.. Ada jugak yang suka letak salad, letak tomato.. Baru lah ceria je sandwich telur tu nanti sebab ada colour hijau dan merah..

Aku suka makan benda simple macam ni waktu malam.. Sambil melayan movie kat tv, sambil ngap sandwich.. Syoknyaaa...


Thank you..


1 comment:

Siti 086 said...

Saya pun same..suke sgt dgn sandwish nie..yumm..yumm

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3