Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, March 10, 2015

8 Bulan!

Assalamualaikum..


Hi!!!

Hopefully sesiapa pun singgah baca blog ni sentiasa dalam lindungan Allah, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam kebaikan dan keberkatan serta diberi kesihatan yang baik.. Ameen..


Nak tau situasi aku sejak masuk 8 bulan ni macam mana?

1. KEgemukAN

Ini situasi yang aku rasa macam aku tak boleh nak elak (eh? yeke??).. Masa buat buku pink kat klinik kesihatan, aku dah masuk 2 bulan pregnant.. Berat saat tu 57kg.. Kira dah berat tu sebab selalunya aku maintain 54kg, 55kg sejak belajar kat Politeknik sampai lah habis belajar kat U.. Kiranya dari zaman anak dara sampai kahwin memang berat macam tu je sebab gila-gila CONTROL makan!!

Korang bayangkan masa aku habis belajar, aku sempat jadi housewife 6 bulan.. Beli beras 5kg tu pun makan masa hampir setahun baru nak habis.. Satu hari aku masak satu cawan suku je.. Cawan bukan sebarang sebarang cawan, cawan kenit yang dapat free kalau beli rice cooker tu.. Boleh bayang tak bila nasi dah masak, aku makan satu senduk dan selebihnya husband punya portion.. So, memang tak ada istilah nasi tambah untuk kami berdua hohoho.. 

Berat sekarang? Sejak dah masuk 8 bulan ni berat pun dah sampai tahap 69kg T_T Tak boleh nak buat apa dah.. Dua kali kena minum air gula kat klinik kesihatan gara-gara peningkatan berat badan yang sukses huhuhu.. Tapi tak apa sebab baby girl ni pun sama-sama membesar macam mak dia.. Bayangkan masa scan 32 weeks, dia dah 2.67kg!!!! Bila tanya kawan-kawan yang saing pregnant dengan aku, baby diorang baru 1.80kg, 2.00kg tau..


Larat selfie dalam kereta jelah hehehe



2. KeLETIHan

Sekarang ni memang extra letih lah.. Aku dah tak ada mood nak shopping barang kat Jusco ke, Tesco ke, Giant ke dan apa jua jenis shopping mall.. Lebih prefer beli barang yang aku nak tu kat kedai runcit.. Kalau pegi pasaraya pun aku dah tak larat nak round satu pasaraya.. Cukup lah singgah bahagian makanan dan minuman untuk buat stok kat rumah.. Kaki memang dah tak rasa nak berjalan laju menuju ke arah baju baby yang comel-comel atau cuci mata tengok baju blouse yang cantik-cantik tu.. Kalau boleh nak cepat je pergi kaunter dan bayar lepas tu balik rumah..

Bila letih, nak drive ke sana sini pun rasa MALAS yang teramat sangat.. Yes! Aku masih aktif drive ke hulu hilir.. Ada masa pergi pos ofis sebab nak pos barang customer, drive pergi studio dan drive pergi check up.. Check up pun makin kerap dah sekarang ni tak macam awal-awal pregnant.. Kadang-kadang kalau dah craving sangat nak makan something yang aku suka tu, aku sanggup pergi makan sorang-sorang tanpa pedulikan orang sekeliling hewww (Eh!!! Bab craving sanggup pulak, tak letih ke?)...

Cara nak kurangkan keletihan, aku suka upah adik yang bongsu untuk gosok lotion panas Yusmira (stok wajib ada kat rumah) kat badan waktu malam sebelum tidur supaya hilang lah sedikit letih.. At least bila bangun pagi tu terasa hilang sakit-sakit badan.. Masa 4 bulan pertama pregnant memang adik aku ni sapu Yusmira tu setiap hari sebab tak larat menghadapi morning sickness yang teruk.. Diulangi ya, SETIAP HARI! Biasanya sapu kat belakang badan, bahu, lengan, leher, betis dan bahagian pergelangan kaki sampai jari.. Bila dah masuk 5 bulan ke atas memang buat seminggu sekali jelah.. Sekarang ni pun walaupun dah masuk 8 bulan aku buat seminggu sekali je.. Berbaloi untuk si adik ni jugak sebab dapat lagi sorang anak sedara baru hahahaha.. Nanti baby dah lahir, boleh lah dia gomol puas-puas sebab dia ni suka sangat baby.. Adik bongsu aku ni lelaki tau bukan perempuan.. 


Tak tahu lah dah berapa botol aku guna Yusmira Pati Halia tu sebab aku memang
suka sangat dengan kesan pemakaian beserta bau lotion tu sendiri..



3. KeINGINan

Keinginan ni banyak.. Teringin nak makan lah, teringin nak pergi holiday lah.. Teringin nak travel naik keretapi pun ada hehehe.. Ni memang pelik sikit.. Tak tau kenapa teringin sangat nak naik keretapi.. Tapi rasanya keinginan yang ni kena simpan dulu.. Tunggu baby dah keluar, boleh lah kiteorang naik keretapi bertiga hehehe..

Sepanjang 8 bulan ni pun aku suka jugak baking bila dah craving sangat nak makan kek tak kira pagi ,petang atau malam.. Bila-bila aku rasa nak makan kek terutama kek coklat, aku akan gagah jugak baking.. Lepas tu makan sepotong je hehe..


Buat dalam bekas kecik-kecik ni pun best.. Bila kek dah sejuk,
curah coklat ganache.. Moist betul.. Nyummm


Keinginan seterusnya nak sangat mandi air terjun.. Ni pun pelik jugak.. Dah sarat-sarat macam ni masih nak terkinja-kinja dalam air hahaha.. Memandangkan sekarang ni dah pindah Labis sepenuhnya, ada lah jugak air terjun Bekok (kiteorang dah tak duduk JB lagi).. Tapi nampak gaya macam tak ada orang nak bawak aku mandi air terjun.. So, ni pun kena lah tunggu lepas habis pantang atau tunggu baby dah besar sikit baru kita terjun dalam air terjun hihihi..



Setakat ni.. 3 benda tu jelah yang aku rasa aku dapat share hehehe.. Nak update entry ni pun makan masa tau tak hahaha.. Nak menulis ni pun dah rasa letih sangat.. Duduk atas kerusi lama-lama pun dah rasa tak best T_T.. Baring lagi lah tak best.. Bagi katil hotel 5 star pun belum tentu dapat melenakan tidur malamku.. Sekarang tidur malam pun susah.. Susah mengiring ke kiri ke kanan dan menegak.. Setiap posisi mendatangkan kesakitan kat pinggang, pinggul dan belakang badan T_T.. Kalau mengadu kat husband, mesti husband cakap "Tak apa.. Sikit je lagi.. Sikit je lagi.. Lepas ni semua akan okay.."... 


Hopefully tak lama lagi aku akan menjalani smooth delivery.. Insyaallah..

Thank you..

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3