Assalamualaikum
Alhamdulillah.. Hari ni usia baby dalam perut menghampiri 38 minggu.. Masih menanti bila baby nak lahir dan tunjuk kan muka kat semua orang.. Bukan apa, sejak akhir-akhir ni ramai jugak yang bagi tau aku bahawa mimpi malam diorang bertemakan aku dan baby.. Sorry korang sebab kiteorang muncul dalam mimpi indah korang-korang semua hahahaha...
Buat masa ni aku belum ada tanda-tanda nak bersalin.. Baby pun nampak gaya masih enjoy duduk kat dalam perut mak dia hehehe.. Memandangkan belum ada tanda nak bersalin, aku pun pakat dengan husband ajak pergi buat maternity photo shoot kat area taman perumahan parents aku.. Saja pilih tempat yang dekat sebab lepas photo shoot terus nak masuk studio dan edit gambar hehe..
Gambar ni kredit kepada: rd3d.com.my dan rd3D Studio/FB
Simple dan sempoi je photo shoot petang tu hehehe.. Maklum lah nama pun dah tunggu hari.. Kalau nak posing lama-lama dengan macam-macam gaya takut tak larat pulak.. Kena ukur tenaga kat badan sendiri hihihi..
Kepada yang berminat nak adakan photo shoot macam ni tak kira lah family photo shoot ke, outdoor wedding photo shoot ke, event macam aqiqah ke boleh tengok promo kat bawah ni.. Tapi promo ni valid dalam kawasan MELAKA sahaja tau..
Sebarang pertanyaan: 06-2310458 |
Sebelum nak menutup tirai entry kali ni.. Doakan aku dan baby selamat semuanya hingga saat melahirkan ya ^_^
Anak siapa ni yang sesat ni hahaha
Terima kasih..
2 comments:
semoga semuanye selamat!
=)
Ezy Loy: Hai! Terima kasih :D
Post a Comment