Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, March 24, 2015

Dah ready nak jadi daddy?

Assalamualaikum


Daddy lah sangat kan hahaha..


Tahun ni 16/6/2015 insyaallah genap lah 3 tahun perkahwinan aku dan husband.. Alhamdulillah tahun ni jugak jika diizinkan olehNya dapat lah sambut anniversary kali ke-3 bertiga.. Insyaallah..

Kalau nak diikutkan 3 tahun jugak tunggu nak dapat sorang baby hehehe.. Tapi semua tu kan ketentuan Allah.. Dalam tempoh 3 tahun tu paling tak best sekali bila kena serang dengan soalan-soalan dari orang yang suka sangat tanya pasal anak.. Mungkin diorang tak ada idea lain kot nak tanya soalan apa atau nak share topik tentang apa (cerita lah pasal resepi terbaru ke, cerita pasal travelling ke kan hehehehe).. 

Mula-mula tu sensitif jugak tau lagi-lagi lepas kehilangan kandungan pertama masa Mei 2013.. Ramai tak tahu aku pregnant 2 bulan 8 hari sebelum doktor pakar decide suruh buat abortion atas masalah yang tak dapat dielakkan apatah lagi melibatkan nyawa.. Siapa yang pernah rasa kehilangan mesti faham perasaan aku macam mana waktu tu.. Dengan tengah busy nak siapkan thesis projek sarjana muda lagi.. Ambikk kauuu hahaha.. Puas aku nak kawal emosi hahahaha.. Dalam pada tengah emosi macam tu orang duk sogok-sogok soalan pasal anak.. Aku rasa nak pinjam je syringe doktor tu dan cocok sorang-sorang lalalalala...

Kesimpulannya, please jangan suka-suka hamburkan soalan macam tu pada pasangan yang baru kahwin ke, dah lama kahwin ke atau yang dah sedia ada anak.. Tak payah tanya sebab soalan tu sensitif sebenarnya.. Diorang sendiri tak tahu bila rezeki diorang tiba.. Kita kalau rasa concern sangat, kita doakan banyak-banyak untuk mereka.. Tu lagi baik..




Bahagia muka husband dapat kacau si Anas ni hahaha..
Ni baby adik aku.. Dah 9 bulan umur dia..

Berbalik kepada topik "Dah ready nak jadi daddy?"

Aku pun masa 1st year kahwin merancang dulu dengan husband.. Kiteorang pun duduk asing-asing.. Aku kat U lepas tu husband duduk rumah yang kiteorang sewa kat Jb.. Aku pun tengah tak yakin nak pregnant dan ada baby masa tengah belajar dan husband pun setuju dan izinkan aku buat keputusan macam tu (tapi tabik lah kat kawan-kawan yang boleh survive pregnant masa belajar dan tinggalkan baby kat husband untuk husband jaga secara full time..).. 

One day tu husband cakap "Rasanya dah boleh kot kalau kita nak ada baby sebab sayang ada satu semester je lagi nak habis study kan..".. Masa tu nak masuk 8 bulan kahwin.. Kiranya dah nak hampir setahun lah.. Bila husband dah tunjukkan keyakinan yang tak berbelah bagi untuk jadi seorang daddy, aku pun jadi yakin dan bersedia untuk mengandung buat kali pertamanya.. Tapi tu apa yang kami rancang.. Alhamdulillah bulan ni bincang nak pregnant, bulan depan dah sah pregnant 1st baby.. Allah bagi terus dengan kadar yang cepat.. Tapi setiap benda tu pinjaman.. Allah pinjamkan 2 bulan 8 hari je.. Penghujung Mei 2013 doktor pakar buat procedure abortion.. Dalam diam meleleh air mata husband sebab tak boleh nak ditahan.. Risaukan isteri dan sedih dengan berita kehilangan..

Nak mengandung lagi sekali, doktor suruh jarakkan 6 bulan hingga setahun.. Banyak kali doktor remind suruh jarakkan dan harap aku faham kenapa dia bagi nasihat macam tu.. Kiteorang pun berusaha lah jarakkan untuk 6 hingga 9 bulan sebelum start decide nak pregnant 2nd baby pulak.. Hehehe naluri mak-mak dan bapak-bapak sudah menggunung masa tu.. 

Alhamdulillah tahun 2014, Allah bagi hadiah baru.. Hadiah kali ni sempurna dan sihat walafiat tanpa sebarang masalah.. Betul-betul good girl sebab dia tau mommy daddy dia terpaksa duduk jauh sebab masing-masing bekerja.. Seminggu 2, 3 kali je jumpa.. Tapi ada certain time tu pernah jugak jumpa kurang dari 48 jam seminggu wuuuwuuu T_T..


Maternity photo shoot by RD3D Studio


Untuk kedatangan ahli baru ni, husband lah paling semangat prepare macam-macam dari botol susu, legging/ tight baby sampai lah ke stroller/ pram dia duk survey.. Jap... Agak-agak husband baca tak entry ni hahahaha.. Kot terngumpat secara tak sengaja ke kan hihihih..

Masa doktor dah sahkan baby ni baby girl, kiteorang terus shopping barang yang bertemakan baby girl.. Tapi dalam diam, daddy to be ni boleh tahan jugak taste dia.. Rupanya selama ni dia perhati je fesyen baby girl yang comel-comel!! Sampaikan adik aku cakap, "Confirm kalau serah anak kat si bapak, si bapak pandai nak mix and match baju anak.. Tak ada lah seluar warna lain, baju warna lain.. Sarung tangan, sarung kaki warna lain..".. Kalau orang lain pun cakap macam tu memang sah lah bukan aku perasantan sorang-sorang..






Tu antara barang baby yang husband pilih.. Bedung baby pun english style hehe.. Serius aku tak nampak langsung bedung baby dalam Manjaku Baby Mall Melaka tu kat rak sebelah mana, tapi dia boleh nampak.. Tau-tau je dia datang kat aku, "Tengok ni.. Bedung baby english style.." Sambil sengih-sengih hehehe..

Satu hari tu dia whatsapp aku tunjuk gambar stroller.. Rupanya dalam diam dia dah survey stroller/ pram untuk anak dia ni.. Baru aku tau, kalau dia tengah rest kat office, dia bukak online shop dan survey barang baby.. Aku ingatkan aktiviti online shopping barang baby ni mak-mak je yang buat, rupanya husband aku pun buat jugak hehehe..

Aku ni pulak jenis kalau husband suka barang tu, aku biarkan je dia beli.. Sebabnya antara aku dengan husband, aku rasa husband lagi teliti memilih barang.. Contoh lah bab t-shirt kan.. Aku tak tahu dah berapa tahun dia tak beli t-shirt baru sebab dia sangat cerewet dalam bab pilih material kain t-shirt.. Sepanjang aku kahwin dengan dia, aku rasa macam dia tak pernah pun beli t-shirt baru sebab t-shirt dia yang sedia ada tu semuanya tahan lama..

Balik pada cerita stroller tu.. Bila husband bagi gambar stroller/ pram tu kat aku, aku pun teruja jugak lah hahaha.. Gila tak suka.. Stroller tu boleh jadi pram dan ada ciri-ciri jogger jugak.. Warna yang husband pilih pun aku suka sebab apa pun barang yang husband pilih tak pernah aku tak suka dan tak pernah tak cantik di mata aku.. Husband beli stroller/ pram ni kat Lazada.. Hari ni order, besoknya dah sampai..




Sampai je stroller/ pram ni kat rumah, husband terus pasang dan test drive satu rumah.. Dia dah berangan bawak anak pergi jalan-jalan hahaha.. Tapi aku pesan siap-siap, "Please tunggu mama baby habis pantang dulu ya.." heeee...

Makin lama makin nampak husband ni terlalu sayang sangat kat anak dia.. Orang kata pengorbanan seorang ayah.. Ada duit lebih je mesti nak beli barang anak.. Dia tak terfikir pun nak beli barang dia.. Kadang-kadang tu saja tanya, "Sayang tak kat baby?".. Hahaha bapak baby jawab, "Mesti lah sayang.. Lama tunggu ni hehe..".. 

Tapi sebenarnya banyak lagi benda yang kiteorang kena belajar untuk jad parents.. Ni baru sikit.. Baby dah keluar nanti lagi banyak benda kiteorang kena belajar hewww... Apa-apa pun teamwork tu penting.. Yeahh!!! Teamwork!!!

Thank you...

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3