Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, June 16, 2015

Confinement Story

Assalamualaikum


Jujur aku katakan selepas buat abortion pregnancy yang pertama pada tahun 2013 tu aku tak pantang sangat.. Tak ada orang tekankan sangat harus ke tidak berpantang selepas abortion.. Aku ambil inisiatif berpantang sendiri ikut suka.. Boleh dikatakan aku sempat berpantang 4 hari je.. Husband masakkan menu ikan stim, ikan masak singgang dan nasi panas.. Kemudian aku bertungku sendiri setiap hari tak kira pagi, petang, siang dan malam.. Rajin sangat bertungku mungkin berpantang tanpa baby mesti lah banyak masa terluang.. Mandi pun air suam setiap pagi.. Aku jugak rajin gosok minyak Yusmira kesukaan aku tu tak kira masa.. Itu jelah rutin selama 4 hari aku berpantang kat rumah sendiri dan dijaga oleh husband.. Lepas je 4 hari, aku dah kelam kabut nak siapkan thesis sarjana muda dan pulang semula ke universiti..


Ni ikan stim halia yang husband masak masa pertama kali berpantang tahun 2013

So untuk second time berpantang ni aku serius sikit lah.. Lagipun mengandung 40 minggu dan proses bersalin tu buat badan aku terasa sakit sana sini.. Selepas hampir 24 jam bersalin, aku pun dibenarkan keluar wad dan balik ke rumah parents.. Sampai je kat rumah, aku suruh Umi call tukang urut mintak dia datang lusa.. Tukang urut kata dia free lepas Maghrib je sebab dia busy.. Ramai customer katanya.. Aku pun setuju dan tak kisah janji dia datang.. Aku guna khidmat tukang urut selama 4 hari..

Memandangkan aku ni tak berapa nak berdisplin orangnya maka aku tak beli pun set bersalin.. Aku cuma beli barang yang aku rasa aku nak pakai sahaja.. Tak nak lah membazir huhuhu.. Bukan senang nak cari duit.. Tukang urut ada jugak tanya, aku guna set bersalin apa masa pantang.. Mula-mula tu macam segan jugak nak jawab.. Yelah, aku tak beli pun huhuhu.. Takut lah nampak macam aku ni tak bersungguh-sungguh nak berpantang.. Tapi aku jawab jugak..

Aku: Saya tak beli mana-mana set pun.. Saya beli barang yang saya nak guna je, cik..

Tukang urut: Bagus macam tu.. Tak payah membazir.. Acik kalau mengurut orang, Acik siapkan pilis, siapkan minuman berempah lepas tu mengurut pun guna lotion Mustajab.. Memang banyak cost kalau mengurut orang guna Mustajab ni tapi tak apa janji customer Acik cepat slim cepat kurus..

Aku sendiri terperanjat dia mengurut orang guna lotion Mustajab pati halia limau nipis warna hijau tu hihihi.. Ingat guna minyak urut yang biasa-biasa tu.. Yang jenis oily..

So, kat sini aku share 5 jenis barang yang aku beli untuk digunakan sepanjang berpantang..


Rempah Mandi Jamu Mak Dara

Reason aku beli mandian akar kayu ni sebab aku nak segarkan semula badan yang letih, lesu sepanjang berpantang.. Maklum lah, masa berpantang ada dugaan yang harus dilalui contohnya waktu tidur tak menentu, selera makan berkurangan, baby kerap kencing, berak dan menyusu.. Nak pulak tu handle semuanya dalam keadaan jahitan selepas bersalin masih baru dan belum sembuh.. So kesimpulannya memang sangat penat dan letih T_T.. Untuk first time mommy macam aku ni memang banyak benda aku tak pandai lagi nak handle dan agak kelam-kabut jugak sebab tak ada pengalaman.. Cara nak relax kan badan adalah dengan mandi rempah jamu mak dara ni dengan air panas.. Fuuuhhh... Best!!




Zaniplus Healin

Aku kirim kat husband suruh belikan benda ni sebab aku baca review dari blog orang lain tentang keberkesanan produk ni untuk cepat sembuhkan luka tak kira lah luka disebabkan bersalin normal atau pun cesarean section mahu pun luka-luka lain.. Aku memang fokus nak sembuhkan luka jahitan je sepanjang berpantang.. Selagi luka tak sembuh sepenuhnya, macam mana aku nak handle baby dengan baik.. Pulak tu, aku start mandikan baby masuk hari ke-9 berpantang sebab Umi aku busy dan jarang ada kat rumah.. Bukan semua mak sempat nak jaga anak yang dalam pantang tau.. Ada sesetengah orang memiliki mak yang bekerjaya dan sentiasa ada urusan luar.. Alhamdulillah produk ni berkesan kat aku.. Hari ke-9 tu memang dah boleh jalan laju-laju dan badan pun rasa bertenaga..



Virgin Coconut Oil Tanamera

Yang ni kawan aku suggest suruh beli masa aku tengah mengandung.. Maknanya dari mengandung sampai bersalin aku guna benda ni.. Produk ni sangat bagus dan aku syorkan kepada semua ibu mengandung dan ibu berpantang untuk ambil benda ni sebagai makanan tambahan selain dibuat untuk sapu kat luka.. Selain tu, kalau baby ada rashes kat punggung ke kat muka ke, kulit kepala berkerak, kulit badan kering, sila lah sapu.. Lagi pun ni kan produk organik.. Tanpa bahan kimia sebab 100% virgin coconut oil..


Google Image


Lotion Panas

Ini penting kepada ibu-ibu yang nak cepat kempiskan perut, bakar lemak terkumpul dan buat hilang sakit-sakit badan.. Aku serius berbengkung selama 10 hari.. Selama 10 hari tu, dalam sehari aku akan berbengkung lebih kurang 18, 19 jam.. Sebelum berbengkung, aku akan sapu lotion panas dulu.. Bengkung yang aku guna tu bengkut lilit-lilit bertali.. Aku pinjam adik aku punya sebab dia bersalin tahun lepas.. So, tahun ni dia serah benda tu kat aku untuk aku gunakan.. Hehehe jimat.. Tak payah dah beli bengkung.. Berkesan ke tak? Heheh untuk aku kira berkesan jugak lah sebab berat turun melebihi 11 kg dalam sekelip mata..




Jus Perawan D'Herbs

Yang ni mak cik aku pernah hadiahkan kat aku masa berpantang tahun 2013.. Pertama kali makan jus ni terus aku suka sebab rasa dia sedap.. Manis-manis buah.. Kiranya ni macam jamu moden lah.. Dulu Umi aku minum akar kayu tapi aku pilih minum jus ni.. So, kali kedua berpantang maka aku pilih jus ni untuk dimakan sepanjang berpantang.. Mak cik tukang urut pun cakap bagus jus ni untuk orang yang tengah try to conceive.. Kita berusaha tapi semuanya berbalik kepada rezeki yang Allah dah tentukan untuk kita..


Google Image


Dari segi menu berpantang, aku makan je apa yang Umi, Abah, husband atau Mak mertua masakkan.. Terima kasih kat 4 orang insan ni sebab mereka lah yang jaga makan minum aku selama aku berpantang... Sejujurnya parents aku memang tak terlalu strict tentang apa yang boleh atau tak boleh dimakan dan diminum semasa dalam pantang.. Mak mertua pun sama jugak.. Sempoi je orangnya.. Menu berpantang aku lebih kepada berasaskan ikan (ikan salmon, ikan bawal, ikan bilis) selama lebih 40 hari.. Ayam atau daging dikurangkan.. Seafood macam udang, sotong pun aku start makan selepas 40 hari.. Mak mertua kata dah lulus.. Dah boleh makan seafood.. Yeayy!!!!!

Bawah ni antara menu berpantang yang aku makan..









Sebelum nak close entry ni.. Aku share gambar sebelum selepas yang tak berapa nak ada beza tu hahahaha.. Jauh lagi perjalanan nak menuju kejayaan menguruskan badan..



37 weeks pregnant




2 months after birth



Terima kasih..

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3