Assalamualaikum
Pertama kali peluk cium si Hana memang rasa tak percaya ini lah dia surprise yang Allah nak bagi dalam tempoh hampir 3 tahun berkahwin.. Alhamdulillah sepanjang mengandung dan melahirkan Hana, semuanya dipermudahkan..
Kiranya sebulan pertama hidup Hana adalah salam perkenalan antara dia dengan aku.. Biasanya kalau sesi perkenalan ni kita sebut 'Ice Breaking' hahaha kan.. So, ni lah masanya aku nak belajar mengenali Hana..
Masa hari pertama Hana dilahirkan, maka sesi motherhood aku pun bermula.. Benda yang paling aku perasan, Hana kalau menangis bunyinya slow sangat.. Bila aku terlelap kepenatan memang aku tak dengar dia menangis.. Bunyi Hana menangis macam ni, "Ek...... Ek...".. Kalau tidur mati memang tak dengar lah jawabnya.. Parents aku pun cakap Hana ni lemah lembut.. Betul-betul macam baby girl.. Terkenan kat mak dia ni kot hahahahahaha -pitam terus-
Hana terlalu kerap bangun malam sampai aku rasa stress hahaha.. Maklum lah, aku kurang rehat dan kurang tidur.. Pertama kali jadi mak.. Tu yang stress sebab tak biasa hihihi.. Masa kat wad lagi aku dah mengadap susun atur tidur Hana yang tunggang terbalik.. Malam dia bangun sejam sekali hanya untuk menyusu dan tukar diapers (baby baru lahir kerap berak).. Siang pun paling lama dia hanya akan tidur sejam, dua je.. Waktu tidur Hana memang pendek.. Mungkin jugak Hana cuma slightly jaundice maka dia sangat kurang tidur.. Yes, Hana ada sedikit kuning dan bacaannya 8.5, 9.5, 10.0 dan turun ke 8.0..
Aku nak share sikit lah experience baby ada slightly jaundice ni.. Hana 48 hours berpuasa sejak dilahirkan.. Setiap satu jam feed dia tapi belum ada rezeki Hana T_T Bila masuk 48 hours, husband sedih tengok Hana menangis je.. Kalau aku feed dia pun, dia tak dapat apa-apa.. Umi pun kesian kat Hana.. Aku faham, Hana haus dan lapar tapi belum sampai rezeki dia..
Akhirnya husband cadangkan kat aku sementara menunggu milk tu nak stimulate, husband bagi cadangan untuk bagi Hana formula milk.. Masa aku dengar Hana nak dibagi formula milk, hancur rasa hati.. Sedih sangat.. Tapi husband kata sampai bila Hana kena puasa.. Kesian kat dia.. Lagi pun Hana perlukan milk untuk elakkan dia kena jaundice..
Dek kerana kenangkan Hana yang dah 48 hours tak terisi perutnya dengan apa-apa dan dalam masa yang sama risau Hana kena jaundice maka aku pun setuju tapi bersyarat.. Syaratnya Hana mesti minum susu Kari Home iaitu susu kambing rumusan bayi untuk permulaan.. Seperti kita tahu susu kambing ni susu kedua terbaik selepas susu ibu.. Lepas tu Hana kena minum pakai sudu bukan botol susu.. Aku tak nak guna botol susu sebab tak mahu Hana confuse bila aku start direct feeding Hana..
Alhamdulillah Hana terima susu ni dengan baik dan sepanjang sebulan ni Hana langsung tak kena kembung perut atau sembelit.. Najis Hana smooth je dan tidak berbau busuk.. Kalau nak tahu, tekstur susu ni sangat halus dan lembut.. Syukur Hana hanya disahkan sebagai baby slightly jaundice.. Sesi berpantang jadi sedikit mudah bila baby kurang masalah jaundice.. Husband dan Umi setiap hari bawa Hana check up kat klinik kesihatan.. Aku tunggu kat rumah je..
Untuk parents yang ada masalah baby jaundice, jangan sesekali bagi baby minum susu kambing fresh walau sekadar beberapa titis dengan harapan jaundice baby akan berkurang.. Kita tak tahu tahap hygiene susu tersebut.. Baby masih kecil dan sistem penghadaman dia belum matang sepenuhnya.. Better beri baby susu kambing Kari Home Rumusan Bayi sebab kandungannya diubah suai supaya sesuai dengan sistem penghadaman baby.. Boleh baca info dibahagian belakang tin susu tersebut..
Masuk hari ke-4 Hana dilahirkan baru lah ada milk sikit-sikit untuk diberikan.. So, aku gilir-gilir antara susu kambing Kari Home dengan direct feeding.. Masuk dua minggu umur Hana, aku stop direct feed Hana sebab milk Hana campur dengan blood T_T Tak boleh nak buat apa dah.. Memang setiap kali nampak milk bercampur dengan blood sampai jadi warna strawberry milk, aku menangis dan kerap rasa stress.. Masalah aku ni boleh membawa kepada body infection kerana bukan sikit blood yang mengalir.. Dah cuba cure dengan minyak itu minyak ini tapi tetap sama je resultnya..
Akhirnya aku mampu pump sahaja dan buat stok untuk Hana sampai Hana genap 30 hari (alhamdulillah satu sesi boleh dapat 4 oz).. Masa ni Hana start guna botol susu sepenuhnya.. Mana milk yang tak bercampur blood tu aku simpan dalam fridge.. Mana yang campur blood tu walau dah pump penuh satu botol terpaksa buang dengan redha.. Jangan kata aku tak menangis.. Menangis sampai berkurung je dalam bilik T_T.. Husband kerap datang pujuk dan bagi semangat.. Gara-gara tak direct feed Hana, masuk umur Hana 40 hari, production menurun dengan mendadak secara tiba-tiba (satu sesi hanya dapat 0.5 oz hingga 1.0 oz sahaja!!) dan Hana terpaksa bergantung 90% dengan formula milk dan 10% lagi stok milk yang aku mampu hasilkan setiap hari..
Keputusannya adalah, aku tak berjaya feed Hana sehingga cukup umur 2 tahun.. Sedih sebenarnya.. Bila tengok orang lain feed baby secara exclusive terasa cemburu jauh disudut hati ni.. Banyak ilmu breastfeeding aku kena gali lagi.. Walau macam mana pun, aku bersyukur sebab Hana membesar dengan sihat dan kuat.. Hana juga dapat semua khasiat colostrum yang dia perlukan ketika 2 minggu pertama hidupnya... Alhamdulillah.. Semoga ia menjadi antibodi untuk Hana melawan sebarang penyakit.. Ameen..
Check up sebulan |
Sepanjang sebulan tu aku dan Hana kerap juga travel Melaka-Labis-Melaka.. Sekejap kat rumah parents aku dan sekejap aku kat rumah sendiri.. Begitu lah rutin kami setiap minggu.. Hana dah kami ajar traveling sampaikan Hana suka naik kereta hehehe.. Oouuhhh my little traveler, semoga kamu membesar dengan baik dan sempurna..
Terima kasih..
No comments:
Post a Comment