Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Wednesday, June 3, 2015

Labor Story 9 April 2015 (Genap 40 minggu)

Assalamualaikum


Hana Dalia binti Mohd Faiz
Hana: kegembiraan
Dalia: pohon anggur/ bunga dahlia

Berat: 3.55 kg
Panjang: 50 cm


MasyaAllah Tabarakallah 


Alhamdulillah lahir sudah cahaya mata yang aku nanti-nantikan selama ni.. Kali kedua diberi nikmat mengandung dan sepanjang mengandung baby kedua ni alhamdulillah tak ada sebarang masalah kesihatan melainkan bacaan hb yang selalu naik turun dan tak konsisten hehehe.. Entry kali ni memang aku nak share pengalaman melahirkan Hana Dalia binti Mohd Faiz.. Tapi setiap catatan yang aku tulis ni anggap lah ia sebagai pengalaman hidup aku yang aku nak kongsi dengan semua orang.. Lagi pun jalan cerita labor setiap orang berbeza.. Even setiap anak yang lahir dari perut ibu yang sama pun jalan ceritanya tak sama..


Rabu
8 April 2015
6.00 petang
Studio RD3D, Melaka

Aku masih kat studio gambar.. Tengah melayan laptop kat meja receptionist bahagian depan.. Tanda-tanda nak bersalin belum ada.. Contraction ke, turun darah ke, air ketuban pecah ke.. Semua tu tak ada langsung.. Cuma petang tu aku rasa kaki aku start membengkak macam ada air dalam betis aku hehe.. Sepanjang aku pregnant memang kaki aku tak bengkak sangat.. Tapi petang tu lain macam bengkaknya.. Memandangkan aku drive sendiri untuk datang ke studio maka aku cakap kat Abah yang aku nak balik awal hari ni.. Yelah takut jugak kalau makin teruk bengkak tu susah nak drive balik rumah walaupun jarak rumah aku dengan studio bukannya jauh sangat pun.. 5 minit dah sampai hehehe..


12.00 tengah malam
Rumah Parents, Melaka

Aku susah nak lelapkan mata sebab risau dan nervous.. Yelah, esok genap 40 minggu aku pregnant.. Satu tanda pun tak muncul lagi huhuhu.. Aku takut kalau overdue.. Takut kena induce sebenarnya sebab banyak sangat blogwalking baca entri ibu-ibu yang kena induce.. Diorang cerita sakit kena induce lebih berganda T_T.. Bila induce pun tak jalan, kena operate pulak.. Haa.. Yang ni nurse bagi tau aku sebab aku sibuk tanya nurse kalau aku overdue lepas tu induce pun jalan still tak bukak apa akan jadi kat aku.. Risau dalam hati tu Tuhan je tahu.. Aku nak sangat bersalin normal tanpa induce.. Nak sangat-sangat! Tapi kalau dah takdir, nak buat macam mana.. Kena redha.. Janji baby selamat dan sihat..

Gara-gara tak boleh tidur, aku pun baca surah maryam sampai habis.. Lepas tu aku terus baring dan cuba pejamkan mata.. Akhirnya aku dapat pejam mata pukul 3 pagi.. 

Husband tak ada dengan aku masa ni sebab dia pergi annual dinner company tempat dia kerja.. Kebetulan dinner tu kat JB.. Aku yang suruh dia pergi sebab aku cakap, aku belum keluar tanda dan tak rasa sakit pun.. So better pergi happy-happy dinner dengan kawan-kawan hehe.. 


Khamis
9 April 2015
6.30 pagi
Rumah parents, Melaka

Pagi tu aku bangun tanpa sebarang tanda.. Genap 40 minggu hari ni!! Hari ni jugak ada check up kat klinik kesihatan.. Aku bangun untuk solat subuh je.. Lepas tu aku sambung tidur sebab mengantuk sangat.. Berat mata ni nak bersiap awal untuk pergi check up.. Ahhh.. Tidur dulu lah..


8.30 pagi
Klinik Kesihatan Ayer Keroh

Aku drive sendiri untuk check up hari ni sebab husband lepas je habis dinner kat JB, dia terus balik rumah sewa kiteorang kat Labis.. Yes, husband aku duduk Labis dan aku duduk Melaka.. Pjj lagi sekali macam zaman study dulu.. Tapi husband dah ambik cuti untuk teman aku pergi check up cuma kami pergi asing-asing.. Aku gerak dulu pergi sorang-sorang dan husband akan datang kemudian (dia gerak dari Labis dan terus ke Klinik)..

Sampai je klinik, perghhhhh parking full!!!! 4 kali aku pusing dalam kawasan klinik tu untuk cari parking dan akhirnya aku dapat parking kat pintu pagar klinik sebelah pondok guard hohoho.. Maka menapak lah mak buyung 40 minggu dari pintu pagar klinik sampai lah ke dalam klinik.. Fuuhhhh... Jauh okay! Terasa berat mengusung baby dalam perut..

Macam biasa aku ambik nombor, lepas tu pergi kaunter ibu dan anak nurse suruh pergi check urin dan check hb.. Aku pun terkedek-kedek lah pergi toilet nak buang urin aku dalam cup untuk diserahkan kat makmal.. Belum sempat buang urin, aku perasan seluar aku dah ada darah dan lendir.. Yahooo!!!!!! Dah turun tanda ni hehehe.. Aku happy sangat dan bersyukur dan excited tau.. Rasa takut semua tu tak ada sebab aku memang dah tak sabar nak bersalin.. Aku teruskan jugak buang urin dan serah kat makmal dan check hb macam biasa.. Alhamdulillah hb aku 11.0 bacaannya.. 

Selesai je check urin dan hb, aku cepat-cepat call husband bagi tau dah turun darah.. Husband aku confirm pecut kat highway dengar isteri dia dah keluar tanda bersalin.. Dia pun terkejut sebab semuanya berlaku tiba-tiba je..

Tak sakit ke? Alhamdulillah tak rasa sakit langsung.. Aku pergi semula ke kaunter ibu dan anak dan..

Aku: Nurse.. Saya dah turun tanda ni..
Nurse: Turun tanda macam mana? Air ketuban pecah ke?
Aku: Air ketuban macam tak pecah lagi tapi dah turun darah dengan lendir..
Nurse: Kalau turun tanda kenapa awak datang sini, awak kena pergi hospital terus..
Aku: Saya baru turun darah masa check up urin dan hb kat makmal belakang..
Nurse: Ooo.. Yeke...

Lepas tu nurse tu terus jerit kat kaunter bagi tau nurse-nurse lain, "Patient dah turun tanda ni, mintak tolong handle dia..".. Malu gila aku masa tu sebab ramai ibu mengandung dengar nurse tu jerit.. Aku pun tak tau kenapa aku malu weyy.. Mungkin aku malu sebab diorang semua pandang aku.. So datang lah sorang nurse ni untuk take over aku..

Nurse: Awak rasa sakit tak?
Aku: Tak.. Saya okay je ni tak rasa apa-apa pun..
Nurse: Tengok gaya macam awak masih boleh berlari lagi ni..
Aku: (Aku senyum je)
Nurse: Kita proceed jelah macam biasa.. Awak pergi timbang berat, check tekanan darah, jumpa nurse dalam bilik 18 pastu baru jumpa doktor, ok?
Aku: Ok..

Aku pun pergi bilik 24 untuk timbang berat.. Berat aku 74.40 kg T_T Punya lah tembam.. Naik 16 kg .. Lepas tu check tekanan darah.. Turn aku dipercepatkan.. Selesai check tekanan darah, nurse dah panggil aku suruh masuk bilik 18 untuk jumpa dia.. Dalam bilik tu nurse check degupan jantung baby dan tulis-tulis sikit dalam buku pink aku.. Selalunya lama tau kalau jumpa nurse dalam bilik 18 tapi kali ni sekejap je sebab aku dah ada tanda nak bersalin.. 

Nurse: Awak pregnant anak kedua ya? (Soalan biasa yang aku dapat)
Aku: Mengandung kali kedua tapi kira ni anak pertama lah..
Nurse: (Belek buku pink dan baca history pregnancy aku) Ooo.. Okay.. Biasanya kalau pertama kali bersalin memang lambat sikit.. Mungkin awak bersalin malam atau esok.. Tak semestinya bersalin on the spot walaupun dah ada tanda nak bersalin..
Aku: Ooo.. Yeke..
Nurse: Biasanya macam tu lah.. Okay, dah selesai semuanya.. Awak boleh pergi tunggu depan bilik doktor..

Keluar dari bilik 18, aku call Abah bagi tau yang aku dah keluar tanda.. Abah aku pun bersiap lah nak datang klinik sebab tau aku sorang-sorang kat klinik.. Husband aku pun tak sampai lagi..


10.00 pagi
Klinik Kesihatan Ayer Keroh

Gitu gini dan jam tunjuk pukul 10 pagi, husband pun sampai.. Tak sampai 10 minit lepas tu Abah pulak sampai.. Husband cakap kat Abah kalau nak balik dulu pun tak apa.. So Abah pun pergi studio dan Umi kat rumah tengah bersiap-siap..

Nombor aku dah dipanggil.. Aku dan husband masuk bilik doktor.. 

Doktor: Dah keluar tanda ya.. 
Aku: Ha'ah.. Dah keluar darah..
Doktor: Ok, tak apa.. Kita tak payah scan lah ya sebab nanti awak pergi labor room kat hospital pun dia akan scan awak.. So saya check bukaan jelah.. Awak baring dulu, nanti saya datang check bukaan..

Aku pun ikut arahan doktor dan terus baring atas katil.. Tak lama lepas tu doktor datang dengan tangan dah siap bersarung.. Aku redha jelah nak kena seluk.. Aku pun dah ada pengalaman masa pregnant yang pertama.. Bila doktor cakap, "Saya nak seluk ya check bukaan.." Aku pun apa lagi cepat-cepat tarik nafas dalam-dalam dan tahan.. Doktor pun mulakan kerja menyeluk.. Sakit ke tidak kena seluk? Alhamdulillah tak sebab aku dah ready tarik nafas dalam-dalam sebelum doktor start seluk.. Tu tips tau kepada yang tak nak rasa sakit time kena seluk.. Buat dengan pantas, segera bertindak tarik nafas dalam-dalam.. Doktor pakar O&G kat Hospital Batu Pahat yang ajar masa dia handle kes pregnancy pertama aku..

Doktor: Uishhhh... Dah 4cm ni bukaan awak.. Nurse tolong masukkan branula dan call ambulan.. Kita hantar patient ni pergi hospital..
Aku: Hah?? Dah 4cm ke doktor??
Doktor: Ya, dah 4cm ni.. Dah masuk fasa aktif labor.. Lepas ni diorang terus hantar awak masuk labor room..
Aku: (Telan air liur sebab tak sangka secepat tu)
Doktor: Ada rasa contraction tak?
Aku: Tak ada.. Saya rasa biasa je.. Tak sakit..


11.00 pagi 
Klinik Kesihatan Ayer Keroh

Nurse pasang branula kat tangan aku dan minta aku tunggu ambulan yang akan hantar aku ke hospital.. Masa ni aku dah start whatsapp group member universiti bagi tau bukaan dah 4cm.. Lepas tu hantar mesej yang sama kat group family member pulak hahaha.. Kepoh gila aku ni.. Excited sangat bagi tau semua orang.. Kawan-kawan pun pelik 4cm masih boleh main whatsapp..

Ambulan dah ready depan klinik, aku pun masuk ambulan sementara husband balik rumah jemput Umi.. Diorang nak follow ambulan.. 

Ambulan tu laju sangat siap bunyi siren.. Aku duduk kat seat sambil whatsapp.. Kawan siap mintak gambar aku duduk dalam ambulan.. Aku pun ikutkan jelah hahaha.. Gambar bergegar sebab kamera handphone tak dapat nak fokus memandangkan aku bergoncang-goncang duduk dalam ambulan tu hehehe.. Dah nama pun emergency, memang lah diorang drive laju..

Sampai je hospital nurse tolak aku naik wheel chair.. Ikutkan aku masih boleh berjalan lagi tapi aku duduk jugak atas wheel chair tu.. Nurse tolak aku ke labor room kat aras 2.. Husband dan Umi masih tak sampai-sampai sebab diorang sangkut kat trafik light.. So nurse lah yang daftarkan aku masuk labor room.. 

Nurse labor room take over aku.. Dia suruh aku baring dan dia check jantung baby.. Lepas tu dia suruh aku salin baju.. Dia bagi aku baju pink.. Kebetulan aku tak pakai barang kemas sejak masuk 8 bulan sebab rimas.. Kalau ada pakai barang kemas, nurse suruh tanggalkan.. Kemudian nurse check pulak tekanan darah dan suruh aku kencing atas satu strip ni.. Aku pun tak tau strip tu untuk apa..

Kalau nak tau, pada tarikh 9 April tu labor room penuh... Seat boleh dikatakan full sebab ramai ibu mengandung macam aku yang tengah tunggu saat-saat bersalin.. Ada yang siap main cop-cop kerusi.. Yelah, kalau bangun dari kerusi lepas tu pergi tandas, confirm balik dari tandas seat dah kena ambik.. 


1.00 tengahari
Hospital Melaka

Masa ni dah start rasa contraction 10 minit sekali.. Aku whatsapp Umi bagi tau dah start rasa contraction.. Contraction ni mild.. Belum rasa terlalu sakit lagi.. Aku masih boleh layan whatsapp dari kawan-kawan dan family member.. Masih boleh layan soalan-soalan yang doktor ajukan dan aku masih waras menjawab semua soalan hehehe..

Aku ni nak bersalin tapi satu titis air pun belum masuk tekak dan satu makanan pun aku tak makan sejak dari bangun tidur pagi tadi sebab tak sangka pulak jadi macam ni.. Plan aku lepas check up kat klinik, aku nak pergi breakfast nasi ayam penyet kat Restoran Limongan Mitc.. Sekali bukaan 4cm daa..

Husband sempat belikan aku air milo dalam tin dan roti sosej.. Aku pun makan sambil dengar azan zohor.. Hospital Melaka kan sebelah Masjid Al-Azim hehe memang kuat bunyi azan.. Selesai makan, aku jamah pulak kurma seberapa banyak yang aku boleh.. Jangan dikira berapa banyak, makan je untuk tenaga dan aku jugak minum 450ml air zamzam.. Aku tak amalkan air selusuh.. Kira air zamzam dan kurma tu lah air selusuh.. Tips ni adik yang bagi sebab dia pun tak amalkan air selusuh.. Dia cakap insyaallah bertenaga je masa nak meneran baby..

Sepanjang aku makan tu husband teman kat sebelah.. Memandangkan contraction dah 10 minit sekali memang aku makan slow je.. Kejap-kejap aku stop makan untuk bagi laluan melayan contraction.. Aku ikut tips dalam facebook yang orang suka post tu hehehe.. Tarik nafas ikut hidung dan lepas perlahan-lahan ikut mulut.. Alhamdulillah berkesan untuk kurangkan rasa sakit contraction (masih dalam level mild bagi aku sebab aku dah biasa time period je mesti senggugut.. contracton 10 minit sekali tu masih boleh tahan lagi)

Takut?? Hah ni lagi satu tips yang aku dapat dari seorang blogger mat salleh.. Dia cakap masa dia pregnant anak pertama, dia layan perasan nervous, layan rasa sakit dan akhirnya seluruh badan jadi lagi sakit.. Itu berdasarkan pengalaman dia lah.. So, bila pregnant baby kedua, dia cuba untuk lebih bertenang dan sentiasa set kepala untuk relax kan badan.. Katanya berkesan untuk kurangkan sakit contraction.. Katanya lagi kalau kita set untuk bertenang maka seluruh badan akan tenang dan kurang sakit.. Aku pun tiru mat salleh tu punya tips.. Alhamdulillah aku masih boleh menempuh contraction 10 minit tu..


2.00 petang
Hospital Melaka

Aku hantar whatsapp kat Umi.. Aku tanya, dah turun darah kena solat ke tak.. Umi pun google cari sumber.. Resultnya, KENA SOLAT.. Aku pun pergi toilet ambik wuduk lepas tu solat zohor dalam keadaan duduk.. Kat labor room Hospital Melaka ada ruang solat.. Telekung, sejadah semua ada.. Masa ni bacaan aku semua ayat lazim yang ringkas sebab contraction 10 minit sekali tu masih ada.. Lepas solat aku pun doa lama-lama mintak Allah permudahkan urusan bersalin dan cepatkan proses bersalin sebab aku dah tak sabar nak tengok muka baby hehe..

Habis solat aku sambung whatsapp..


4.00 petang
Hospital Melaka

Doktor panggil sebab dia nak scan perut aku.. Alhamdulillah baby sihat dan sempurna.. Doktor estimate baby aku beratnya 3.20 kg hingga 3.40 kg.. Tunggu masa je nak keluar.. Sekali lagi doktor nak check bukaan.. Aku tarik nafas laju-laju sebelum doktor seluk dan efeknya tak sakit bila kena seluk..

Doktor: Ok... Dah 6cm ni.. Dah boleh ready masuk kamar bersalin..
Aku: Yeke doktor? (masih tak percaya sebab belum rasa sakit sangat)
Doktor: Betul lah ni saya check dah 6cm.. 

Sebelum masuk kamar bersalin doktor suruh aku baring atas katil lain dan pasangkan ctg kat perut.. Selama ni aku baca blog orang lain selalu nampak perkataan ctg ni.. So, hari tu rezeki aku lah merasa pakai ctg kat perut hahaha.. Sambil berctg aku pun main whatsapp bagi tau bukaan dha 6cm.. Minta semua doakan yang baik-baik..

Nurse panggil husband mintak dia serahkan baju baby (seluar tak perlu), sarung tangan, sarung kaki, napkin, diapers dan blanket..


4.30 petang
Hospital Melaka

Aku dah berada dalam kamar bersalin.. Cousin aku HO kat Hospital Melaka kebetulan cuti pulak hari tu.. Dia busy teman Atok kiteorang pergi check gigi hehe.. Bila aku whatsapp dia cakap dah on the way nak bersalin, dia suruh aku tahan dulu tunggu sampai dia datang hospital sebab dia nak join sambut baby.. Aku jawab, "Along nak bersalin cepat-cepat.. Tak nak tahan-tahan hahaha".. Untung jugak ada cousin yang jadi doktor.. Sepanjang aku pregnant pun dia rajin check buku pink aku dan akan jawab apa-apa benda yang aku tak faham pasal pregnancy.. Dia jugak rajin bagi nasihat.. Insyaallah akan datang ramai lagi cousin aku habis study medic.. Insyaallah ada 4 doktor in the house.. 

Datang doktor pasang drip dan suruh aku buang air kecil.. Lepas keluar dari toilet aku baring semula atas katil dan nak sambung whatsapp.. Malangnya handphone dah mati T_T Aku bosan duduk sorang dalam kamar bersalin.. Maka aku pun tanya doktor bila nak panggil husband aku masuk dalam kamar bersalin sebab husband aku dah dapat lesen untuk teman aku bersalin.. Doktor jawab, "Tunggu you betul-betul dah nak bersalin baru kita panggil husband you.."

Untuk kali ketiga doktor check bukaan dan resultnya, "Dia ni dah 7cm atau 8cm ni" kata doktor kat nurse.. Aku masih belum rasa sakit walaupun bukaan dah sebesar tu.. Akhirnya doktor pun cakap, "Kita pecahkan air ketuban you, ya..".. Memang rasa ada air suam keluar dari bawah masa doktor tu pecahkan air ketuban.. Doktor pun suruh nurse standby sebab dia dah nampak tanda yang tak lama lagi aku dah nak bersalin..

Sambil baring atas katil sambil dengar ibu mengandung bilik depan menangis masa nak push.. Dengar nurse cakap, "Jangan menangis nanti hilang tenaga..".. Lepas tu aku dengar dia jerit argghhhhh masa nak push.. Tak lama lepas tu dengar bunyi baby menangis.. Terdetik dalam hati aku, seronoknya dia dah selesai bersalin.. Fuhh..


5.00 petang
Hospital Melaka

Masa ni dah masuk asar dan contraction aku dah start masuk fasa 5 minit sekali secara konsisten.. Contraction 5 minit sekali ni memang buat aku banyak baca doa Nabi Yunus.. Sambil buat bunyi fuuhh.. fuuuhh tahan sakit.. 

Kamar bersalin hospital ni best okay!!.. Tiba-tiba aku rasa macam bersalin kat hospital swasta pulak walaupun sebenarnya aku berada dalam hospital kerajaan.. Kamar bersalin ni bentuknya macam bilik tau siap ada pintu.. Setiap ibu yang nak bersalin dapat privacy.. Selain tu ada sofa untuk husband duduk kalau husband dapat teman.. Ada toilet yang bersih lagi selesa.. Ada tv, ada sinki.. Kamarnya pun tak sempit.. Kamar bersalin siap bertingkap.. Selesa lah dapat cahaya dari luar.. 5/5 bintang lah aku bagi.. Nanti next, next anak pun nak bersalin kat sini je.. Berbaloi sangat..


5.30 petang
Hospital Melaka

Waktu ni dah tak boleh baca doa Nabi Yunus sebab sakit makin bertambah.. Aku mampu sebut Allah. Allah banyak kali.. Nak solat asar pun dah tak boleh sebab aku dah start mengiring kejap ke kiri kejap ke kanan.. Masa tu rasa dia macam nak terberak sangat-sangat tapi disuruh tahan selagi bukaan belum 10cm.. 

Aku dah start keluarkan bunyi aaaaaaaaaaa.... aaaaaaaa.... aaaaaa... Layan contraction.. Tapi aaa yang slow jelah bukan jerit-jerit pun.. Malu takut orang dengar hehe.. Dalam masa sama dengar patient bilik sebelah pun tengah mengerang jugak.. Ok lah, sama-sama mengerang hehe tak lah malu sangat..

Aku: Nurse... Saya rasa nak berak lah.. Nak teran..
Nurse: Eh, awak jangan teran dulu.. Belum masanya lagi..
Aku: Tapi saya rasa dah sakit sangat ni.. 
Nurse: Awak mengiring ke kiri dan teran bila contraction datang..

Hehehe berkesan!!! Memang rasa puas setiap kali contraction datang aku dapat meneran puas-puas sambil mengiring ke kiri.. Cara ni kurangkan rasa sakit contraction.. 


5.50 petang
Hospital Melaka

Nurse: Ok, awak dah boleh start bersalin..
Aku: Oohh yeke.. (Cepat-cepat ready kan badan, kaki dan tangan untuk mulakan jihad hehe)

Aku meneran macam yang aku tengok dalam you tube tu.. Siri 'One born every minute' dan 'Newborn Russia'.. Aku habiskan semua siri tu.. Aku tengok setiap hari dan praktikkan sepanjang nak lahirkan baby.. Angkat punggung tu jangan cakap lah.. Tak perasan pun sebab excited benor nak push baby keluar hahaha.. Tiga orang nurse bantu aku.. Sorang sambut dari bawah dan lagi dua orang tolong tolak perut aku dari atas bagi baby keluar..

Sepanjang aktiviti push tu dah tak rasa sakit dah.. Kena gunting episiotomi pun tak rasa sebab fokus nak meneran je.. Nurse pun siap sorak bagi semangat.. "Ha.. Push lagi.. Pandai pun push.. Pandai.."..


6.21 petang
Hospital Melaka

Aku push buat kali terakhir dan baby meluncur keluar.. Lega sangat masa ni sebab tak rasa sakit dah.. Dah rasa normal hehe.. Nurse angkat baby dan tunjuk kat aku, "Baby awak lelaki ke perempuan?"... Aku jawab sambil tersenyum, "Girl!!!".. Lepas tu nurse terus letak baby atas badan dan bagi aku peluk baby sementara dia selesaikan tali pusat.. 

Seronoknya dapat tengok baby sendiri.. Baby pandang aku sambil menangis tapi slow je suara dia hehe.. Benda first aku tengok rambut.. Hahaha rambut baby aku banyak.. Entah kenapa aku excited pasal rambut baby..

Nurse ambil baby dari aku untuk dibersihkan sementara aku menjalani proses jahit menjahit... Sakit ke tak masa kena jahit? Sakit lah jugak sebab boleh rasa jarum dan benang kat kulit.. Tapi sambil nurse jahit sambil sembang dengan dia.. Dia cakap kalau ada apa-apa nak tanya boleh tanya.. So soalan aku, "Bila boleh baik jahitan saya ni?".. Penting soalan ni.. Nurse jawab, "Kalau awak jaga elok-elok insyaallah cepat baik.. 2 minggu pun dah boleh baik.. Jangan naik turun tangga kalau rumah awak 2 tingkat.. Jaga makan minum.. Pantang elok-elok"


7.00 petang
Hospital Melaka

Nurse dah siap jahit, aku diberi makan malam tapi aku tak lalu nak makan.. Doktor tanya aku haus ke tak.. Aku cakap haus.. Doktor pun pergi ambilkan aku air dan bagi aku minum.. Doktor suruh rest dulu sementara tunggu nak ditolak masuk wad.. Nurse sempat cakap baby aku beratnya 3.55 kg.. Boleh tahan jugak beratnya tu.. Kalah aku masa lahir hahaha.. Berat aku masa lahir 3.21 kg..

Untuk pengetahuan semua, husband aku tak sempat dipanggil ya masa aku nak bersalin dan dalam masa yang sama aku pun paham nurse banyak kes nak kena handle untuk hari tu.. Diorang semua busy dan mungkin terlupa nak panggil husband aku..


9.30 malam
Hospital Melaka

Masih dalam kamar bersalin no.9.. Aku try nak tidur tapi tak nyenyak.. Asyik terjaga je sebab kesejukkan.. Tiba-tiba aku nampak cousin aku masuk dalam kamar bersalin sambil senyum, "Haiii Aloongg...".. Cousin pun datang diri sebelah katil aku..

Cousin: Along tak makan ke nasi ni? (Tunjuk kat nasi yang aku tak usik)
Aku: Tak selera sebab dah sejuk hehe
Cousin: Abang Faiz dah tengok baby ke belum?
Aku: Entah... Tak tahu apa jadi kat luar tu..
Cousin: Ooo.. Tak apa, kita pergi tengok baby sekejap lepas tu kita panggil Abang Faiz masuk sini..

Mujur sangat lah cousin aku dah sampai.. Dia pun panggil husband aku masuk.. Husband masuk kamar bersalin no.9 sambil tersenyum happy.. Aku pun senyum balik kat dia.. Sama-sama happy dapat baby hehe.. Husband kata nampak aku bertenaga dan sihat.. Mungkin ni efek makan kurma dan minum air zamzam.. Tak lama lepas tu cousin datang bawak baby dan serah kat husband.. Buat pertama kalinya husband tatap wajah anak dia yang dia sayang sangat-sangat.. Katanya dah lama menunggu sebab tu sayangnya pun extra hehehehe..

Husband pun azankan dan kami sama-sama menunggu prosedur untuk aku ditolak masuk ke dalam wad.. Aku duduk wad kelas 3 sebab aku kerja sendiri + husband kerja swasta + kami dah plan memang masuk wad kelas 3 je.. Tidur satu malam je dan dalam masa yang sama aku tau memang wad 2 tu penuh.. Nurse pun cakap aku tak ada masalah sepanjang proses melahirkan so boleh je duduk wad 3..


10.30 malam
Hospital Melaka

Aku ditolak masuk wad oleh nurse dan cousin aku yang doktor ni bersama-sama rombongan keluarga hahaha.. Abah, Umi, Cousin (Abang pada si doktor ni) + Wife dia dan husband aku.. 

Excited muka masing-masing tengok aku dan baby hehehe.. Siap rakam video sepanjang menolak aku nak masuk wad.. Malam tu aku dapat katil paling belakang sekali.. Paling jauh dari toilet.. Nak tukar pad pun leceh.. Nak jalan pergi toilet bukan kuat sangat.. Ramai pesan jangan bangun pergi toilet sorang-sorang sebab risau kalau tiba-tiba pitam.. Yelah.. Dah banyak hilang darahkan.. Akhirnya cousin aku yang doktor tu salinkan pad aku dan check jahitan aku.. 

Abah, Umi layan baby dan husband pulak suapkan aku makanan.. Salmon with garlic, sayur masak air dan nasi.. Umi pernah janji kalau aku pantang Umi nak masakkan aku salmon.. Janji ditepati hahaha.. Tapi baru bersalin memang tak ada selera nak makan sangat.. Akhirnya husband yang perabis semua tu sebab dia pun tengah kelaparan..


11.00 malam
Hospital Melaka

Guard dah suruh parents aku keluar.. Katanya dah habis waktu melawat.. So Abah dengan Umi pun balik.. Husband teman sampai pukul 12 tengah malam.. Cousin aku si doktor tu tolong salinkan diapers baby sebab baby dah berak.. Untung lah baby Hana, doktor yang salinkan diapers awak.. Cousin sempat ajar cara nak breastfeed baby.. Sepanjang hari sampai esoknya nak discharge memang aku breastfeed je baby.. Ni cara nak stimulate bagi milk keluar..



Muka siapa agaknya?




Baby bulat.. Sedap peluk sebab macam teddy bear yang penuh dengan kapas
hahahaha..


Malam pertama dengan baby kat hospital aku tak dapat tidur walaupun mengantuk dan badan dah start rasa letih.. Baby tak nak tidur sangat.. Dia celik mata siap toleh sana sini.. Mungkin dia terfikir, "Aku kat mana ni??? Terangnya tempat ni.." Heheh.. Akhirnya lepas azan subuh baru baby tidur.. Fuhhh... Mengantuknya mata aku.. Maka dengan itu bermula lah motherhood aku hahahah.. 

Panjangkan entry kali ni hahaha.. Semoga bermanfaat dan boleh lah guna tips yang aku dah share tu.. Tapi biasa lah, lain orang lain sakitnya.. Rezeki masing-masing.. Pengalaman pertama bersalin ni buat aku terfikir kuatnya wanita ni.. Boleh tempuh kesakitan melahirkan seorang manusia.. Walaupun dah tau bersalin tu sakit, masih rasa nak tambah baby lagi hehe.. Kepada yang menunggu masa nak bersalin, semoga dipermudahkan dan semoga selamat hingga ke akhirnya..



Happy Mama
Terima kasih semua..

11 comments:

sakuraadibah said...

Alhamdulillah, congrats to akak and family.
Comel baby...

oya zihanee said...

Alhamdulillah along.. Tahniah.. seronok baca entry kali ni.. byk manfaat. Allah permudahkan along utk bersalin.. BTW muka hana macam muka ayah dia.. hihihihi.... sory along.. selamat berpantang...

RIMA DANIA said...

Adibah: Thank you diba :)

RIMA DANIA said...

Kak Oya: Terima kasih.. Heheh memang semua cakap muka ayah dia..

D Airis Beauty Shoppe said...

Seronok baca... sy plk tunggu hari je ni. Due 2hb jun 2016. Anak ke3.. thanx sbb ade selit tips2 berguna mase kontraksi n seluk nyeluk tu. Hehe

Anonymous said...

Happy baca.motivate sy kisah akak ni.hrini sy 39minggu 6hri.ank first.nebes.tp akak idola sy.tq info.ahad ni due.tp xde tanda lg.brsmgt sy lps bce kisah akak.

Unknown said...

alhamdulilah selamat,memfaat baca atekal akak ni..

aya una said...

Tgh mncri tips bersalin cpt mmndangkn dh msok 40w 1d..jmpa blog akak ni...tips2 yg dikongsi sgt2 brmnfaat..inshaAllah smpi harinya nt klu x nebes boleh dipraktikkan..heheh

Unknown said...

Happynya baca entry awak. Entry awak buat sy jdi rilex je baca pengalaman awk. Buat saya rse excited nak jmpa baby sy beberapa minggu soon. Bermanfaat jgak entry awak sbb ada tips utk kurgkan sakit time nak seluk, dan apa2 video yg perlu sy tgok sblum melahirkan baby.. Thanks a lot..emtry yg berguna😊

Unknown said...

Happynya baca entry awak. Entry awak buat sy jdi rilex je baca pengalaman awk. Buat saya rse excited nak jmpa baby sy beberapa minggu soon. Bermanfaat jgak entry awak sbb ada tips utk kurgkan sakit time nak seluk, dan apa2 video yg perlu sy tgok sblum melahirkan baby.. Thanks a lot..emtry yg berguna😊

Shineysyue said...

Harini due saya 40minggu..tgah blogwalking tips overdue sambil tggu nak bersiap g KK japgi..alaaa harap² rezeki macam awak..

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3