Assalam...
Relax sebentar lepas perah otak untuk siapkan Projek Sarjana Muda (PSM)..
So, tengahari tadi memang lapar sangat.. Dah set dalam kepala nak makan nasi lemak, kuih-kuih atau laksa warung pak cik depan rumah... Tak berapa nak dekat sangat lah, kena berjalan jauh sikit je.. Mengenangkan makan sorang diri je tengahari ni.. Terus terfikir, "Masak bubur jelah.."
Teringat oatmeal masih tersimpan rapi dalam almari baju.. Dah sebulan beli tapi tak makan pun.. Aku pun nekad nak buat bubur oatmeal tanpa guna perencah kiub ayam, msg dan sebagainya.. Aku nak cuba masak bubur oatmeal yang paliiiiiingggggg simple dan mudah + wajib sedap hehe..
Alhamdulillah tak sampai 10 minit masak, siap dah makanan tengahari aku... Memang aku makan sampai licin.. Ada jugak niat nak hantar ke rumah sebelah tapi nampak gaya memang tak dapat nak bagi sebab licin bubur oatmeal tu aku kerjakan sorang je hehehe.. Tak sangka sedap betul.. Macam makan bubur biasa je.. Tak rasa pun macam oat..
Tak sampai 10 minit masak...
Tak sampai 10 minit makan.. (tipu je hehehe.. panas kot..makan slow je hehe)
Bahan-bahan:
4 @ 5 sudu besar oatmeal (quaker oat biru)
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil white pepper
1/2 sudu kecil black pepper
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan air
Cara-cara:
1. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumiskan.
3. Tuang air dan kacau rata.
4. Masukkan oatmeal, garam, white pepper dan black pepper. Kacau rata.
5. Tutup api bila oatmeal sedikit kembang atau lembut seperti bubur.
Lauk sampingan (optional):
Ikan bilis goreng
Cili kering goreng
Telur mata, dadar dan sebagainya
Isi ketam (rebus)
Bebola ayam atau ikan (goreng atau rebus)
Ayam (potong dadu dan goreng atau direbus)
Ikan goreng atau ikan masak stim
Makan panas-panas memang sedap.. Kalau suka makan bubur berkuah, boleh buat sup sendiri.. Aku prefer bubur macam yang aku buat iaitu sedikit pekat.. Kalau ada yang tengah diet, terbaca entry ni, silalah cuba resepi ni..
Aku suka kalau ada sayur-sayur tapi masalahnya stok sayur tak ada kat rumah hehe.. Jadi aku masak apa yang ada je.. Lain kali kalau ada sayur-sayur mesti lagi berkhasiat.. Ada ayam potong dadu ke, ikan goreng atau ikan stim pun best.. Mesti lagi balance.. Nak menarik, boleh letak sayur campur.. Colorful gitu..
Oat ni kalori dia rendah.. Selain dari tu, dia boleh jadi span untuk kurangkan kolestrol dalam badan.. Selalunya ramai yang tak suka oat campur susu, oat campur milo.. Jadi boleh lah try oat masak bubur..
Terima kasih...
p/s: Jangan lupa sertai Peraduan Kotex Memberku dan anda berpeluang menangi RM5000!!! Selain tu, dapat keluar tv dengan selebriti.. Seronoknyaa!! KLIK SINI untuk join peraduan yang sedang berlangsung sekarang....
p/s: Jangan lupa sertai Peraduan Kotex Memberku dan anda berpeluang menangi RM5000!!! Selain tu, dapat keluar tv dengan selebriti.. Seronoknyaa!! KLIK SINI untuk join peraduan yang sedang berlangsung sekarang....
No comments:
Post a Comment