Assalam...
Sepanjang 2 bulan menetap kat JB.. Biasanya aku dan husband keluar rumah untuk tengok wayang atau pun beli barang dapur.. Pernah sekali explore tempat-tempat baru tapi just lalu je dan tengok dari dalam kereta... Tak turun kereta pun dan tak perhati tempat tu puas-puas..
Jumaat, Sabtu dan Ahad baru ni family aku datang JB.. Umi, Zuhair the 5th dan Zayd the youngest datang dari Melaka.. Angah pulak dari KL naik bas ke JB.. Sanggup redah naik bas ke JB walaupun cuti sehari je sebab dia nak melepaskan rindu nak tengok JB hahaha...
1st place yang kami pergi ialah Warong Saga.. Aku pernah cerita pasal Warong Saga kat entri SINI.. Jumaat malam tu aku dan husband bawa diorang makan malam kat situ sebab banyak pilihan makanan.. Selain tu aku cakap kat diorang, Warong Saga ni dah masuk Asian Food Channel atau Travel and Living Channel kat Astro.. So, kena lah pergi kan hehe...
Menu malam tu kami order Mee Hailam, Nasi Ayam, Nasi Goreng Ayam (best!), Pepes (ala otak-otak), Satay Ayam dan Daging dan Tofu Goreng (datang sini mesti rasa!)...
Pepes |
Satay Ayam dan Daging... Sedap sangat satay dia sebab lembut, lepas tu rasa macam dia marinate dalam madu dan pelbagai rempah.. Mesti cuba.. Saiz isi ayam dan dagingnya pun besar.. |
Tofu goreng dia memang lain dari yang lain.. Dia cipta kuah tersendiri untuk nampakkan kelainan.. Yang ni mesti mesti try! |
Esoknya hari Sabtu, kami attend kenduri kahwin cousin kat Pasir Gudang.. Macam biasa lah.. Hehehe meriah dengan sepupu sepapat yang sangat ramai.. Lepas tu makin ramai dengan pertambahan anak-anak sepupu hehehe..
Pukul 4 petang kami mula gerak ke destinasi yang pertama.. Buat pertama kalinya kami truly jalan-jalan kat Kota Iskandar di Nusajaya... Lengang sebab baru lepas hujan.. Orang pun tak ramai.. Jadi kami ambil masa untuk bergambar dan berjalan sepuas-puasnya...
Crazy sisters |
Clenx Tea biggest fan.. That's why we look like this hehe... We love Clenx Tea!!!! |
1. Okay posing... 2. Posing laaa.. 3. Okay, tak nak posing, kita menari.. 4. Ewahhh... |
No.1, No.2, No.5 dan No.6 |
Next destination.. Kami pergi Puteri Harbour.. Memandangkan terlalu lama kat Kota Iskandar, kami sampai di Puteri Harbour menghampiri jam 6 petang... Semua tempat comel kat Little Red Cube di Puteri Harbour pun dah tutup.. Kat situ ada Hello Kitty Town & The Little Big Club, Lat's Place dan macam-macam lagi..
Puteri Harbour |
Little Red Cube |
Selesai cuci mata kat Puteri Harbour dan Little Red Cube, kami terus ke Medini Mall.. Kami ke situ pun untuk suka-suka hehe.. Tak ada benda special pun yang kami buat kat situ.. Kat situ jugak lah kami terjumpa entrance Legoland yang sangat popular tu sebab semua orang mesti ada gambar tersendiri kat main entrance Legoland tu kan hehehe... Kami sampai sana dah malam, so tak ada lah nak bergambar sangat sebab gelap..
Perut pun dah berbunyi... Start enjin dan terus ke ZZ Sup Tulang or aku suka sebut ZZ Mee Rebus Tulang... Mee rebus kat situ memang sedap!!.. Family aku suka jugak makan kat situ masa zaman kami duduk JB.. Dalam banyak-banyak tempat kat JB ni.. Mee rebus tulang dia jugak yang spesial hehehe...
Seriously... Sedap... Makan pun senyap je haha... Sibuk nak mengerjakan tulang dan daging yang lembut tu.. Hehehe.. |
Perut dah kenyang.. Makan pun sedap... Kami tekad nak pecah lemak kat Bazar Karat.. Aku suka jugak pergi Bazar Karat sekadar cuci mata.. Hehe nak shopping tu tak lah kot.. Biasa lah student.. Nak shopping boleh.. Tapi ada limit hahaha... So, kami pergi cuci mata jelah..
Best sesekali dapat jalan-jalan dengan family walaupun bukan holiday yang panjang tapi sekurang-kurangnya dapat manfaatkan 1 hari untuk semua benda.. Memang penat badan tapi pengalaman dan happiness yang kami dapat memang berbaloi dengan penat badan tu...
Terima kasih...
mood: Tak sabar nak mid term break dan jemput Abah kat KLIA... heehuuu
p/s: Tahun lepas aku sungguh-sungguh join contest SUNSILK dan alhamdulillah dapat beratus vote dari kenalan, keluarga dan kawan-kawan.. Seronok sangat.. Walaupun menang saguhati tapi pengalaman berharga tu tetap menjadi kenangan abadi tau.. Kini, SUNSILK sedang mengadakan SUNSILK GIRL SEARCH di Facebook... Apa tunggu lagi.. Klik klik klik untuk sertai sekarang!!
p/s: Tahun lepas aku sungguh-sungguh join contest SUNSILK dan alhamdulillah dapat beratus vote dari kenalan, keluarga dan kawan-kawan.. Seronok sangat.. Walaupun menang saguhati tapi pengalaman berharga tu tetap menjadi kenangan abadi tau.. Kini, SUNSILK sedang mengadakan SUNSILK GIRL SEARCH di Facebook... Apa tunggu lagi.. Klik klik klik untuk sertai sekarang!!
2 comments:
trip lpas nih...ipoh mali =D
Angah Izzah...ececeh...tau lah jadi perantin kat sana nanti...
Post a Comment