Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Friday, March 8, 2013

Percutian Idaman....

Assalam....



Aku ni sebenarnya bercita-cita tinggi nak pergi bercuti selepas berkahwin... Nak sangat-sangat pergi holiday, travel dan absorb segala experience baru masuk ke dalam kepala supaya ia menjadi memori dan pengalaman terindah sepanjang hayat.. Kalau dalam setahun langsung tak pergi bercuti, rasa otak tepu sekejap sebab dah terbiasa dengan holiday yang menjadi satu kemestian dalam kalendar keluarga aku.. 

Namun begitu, pada tahun lepas merupakan tahun pertama aku dan keluargaku tidak pergi bercuti memandangkan time Abah balik lah, time tu jugak aku dinikahkan dengan lelaki pilihan aku... Asalnya plan kami sekeluarga nak explore Langkawi telah dibatalkan dan digantikan dengan percutian nikah kahwin aku di rumah.. ~Peace~

Lepas kahwin pun masih tidak berkesempatan bercuti ke mana-mana... Sekadar singgah Genting Highlands dan balik.. Singgah KL dan balik.. Seingat aku, lepas 2 hari kami kahwin, kami ada lah lepak semalaman di Hotel Pelican Batu Pahat, gara-gara final exam aku masa tu masih belum selesai.. So, husband ajak book Hotel Pelican sebab dia nak teman aku pergi exam.. Dia tak nak balik rumah mak dia dulu.. ~Best moment ever!!!!~

Sehingga ke hari ini, sampai lah sudah berumah sendiri, kami masih tak pernah bercuti ke mana-mana atau nama lainnya kita selalu sebut honeymoon... Walaupun tanpa honeymoon yang indah seperti yang dinikmati oleh pasangan lain, aku still happy bersama dengan husband sehingga ke hari ini ~Love you more~

Setelah puas bercuti di semenanjung Malaysia.. Travel hampir semua tempat best yang ada di semenanjung... Ada jugak cita-cita nak ke Sabah dan Sarawak... Rasa tak lengkap pulak travel dalam semenanjung je hehe... Selain dari bercita-cita nak jejakkan kaki ke Sabah dan Sarawak, aku jugak bercita-cita besar nak ke luar negara yang bersalji... Gara-gara nak rasa nikmat winter yang indah.. Salji merata-rata..

Masa kecik-kecik dulu pernah lah duduk Manchester, UK.. Bersekolah.. Membesar dengan jayanya dari buta huruf sampai pandai membaca, mengira, mengeja dan dapat slang Harry Potter yang sangat mahal tu... Kenangan paling seronok adalah bila tiba musim winter dan dapat main snow depan rumah.. Alhamdulillah dapat rasa 2 kali winter sepanjang duduk di sana.. 

Selalunya Abah yang akan, "Along..... Bangun... Cepat bangun.. Tengok tu.. Snow dah turun!! Penuh snow atas bumbung kereta..".. Dan aku? "Ha? Yeke Abah.. Along ngantuk.." Lepas tu sambung krohh.. Kroohh.. Kroohhh atas katil yang empuk.. Sekarang ni menyesal tau tak bila teringat saat tu.. Tak menghargai snow yang turun.. Aku rasa aku boleh jatuh excited gila dapat tengok snow..

Masa kat Universiti pulak.. Aku daftar nama dengan Prof untuk join program mobiliti pelajar ke Paris!!!!! Paris tuuuu... Siapa yang tak mahu pergi Paris!!! Abah, Umi dah bagi restu dan restu diiringi dengan tanggungan yuran dan duit shopping oleh Abah... Malangnya, Prof tinggalkan aku... Dia lupa aku dah daftar lah tu.. Tau-tau je kelas minggu tu batal sebab Prof pergi Paris... Prof!!!! Prof tinggalkan saya!!!!!! Kecewa tau tak... Tak ada rezeki... Nak buat macam mana... ~Paris!~

So, sekarang... Aku ada impian pulak nak pergi bercuti ke China... Aku rasa kalau dapat pergi bercuti ke China pun dah awesome gila dah kot.. Umi dan Angah pun ada jugak cita-cita nak bercuti ke China.. Bila tu tak tahu lah... Pasang angan-angan je dulu kan.... Ada rezeki tu adalah.. ~Think positive~

Maka dengan itu... Aku nak share satu web travel agent yang harganya berpatutan.. Aku jumpa benda ni kat blog NAMEEROSLAN... Bila aku baca dan survey, terus rasa macam "Eh! Best pulak tengok harga setiap pakej yang ditawarkan.."... Awesome!!!!! Kalau tak percaya.. Boleh lah klik TAREEQ AL-JANNAH... Lihat sendiri pakej yang ditawarkan untuk anda yang gemar travel macam aku... Ada pakej Umrah, pakej ke Sabah dan Sarawak, pakej ke China, Vietnam, malah ke Korea pun ada okay... Seghonoknyaaaaa!!!!!

Aku kena lah kumpul duit mulai dari sekarang kalau bersungguh-sungguh nak pergi bercuti luar negara ke, Sabah atau Sarawak ke.. Kan?? Hehehe.. Sesekali nak jugak bercuti guna duit sendiri tanpa sponser dari PAMA (Papa Mama or Abah Umi lah..)... Akhir kata, bermusafir lah untuk melihat ciptaan Allah.. Supaya kita tahu.. Kecilnya kita di dunia ni.. ~Peringatan untuk diri sendiri jugak~




Balik dari sekolah... 3 orang je budak melayu kat sekolah
tu.. Yang lain semuanya anak mat saleh... Abah saja hantar sekolah ni
supaya anak dia akan bertutur bahasa inggeris dengan lebih baik..






Snow pertama masa duduk UK... 






Snow tahun yang kedua... Main depan rumah hehe






Uniform sekolah...






Benda yang susah tapi nampak senang adalah membuat SNOWMAN!!
Argghhhhhh......



Terima kasih...


p/s: Siapa kat sini suka shopping kat IKEA.. Tahu tak IKEA sedang adakan sale bermula dari  7 Mac 2013 sehingga 24 Mac 2013.. KLIK SINI untuk ketahui dengan lebih lanjut!!! 

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3