Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, March 18, 2013

Tips Nak Murah Rezeki Kahwin Awal

Assalam...





Ramai yang bertanya macam mana secara tiba-tiba saya berkahwin.. Saya tak pernah canang dengan kawan-kawan tentang perkahwinan impian saya.. Saya tak pernah bercerita dengan sesiapa ciri-ciri lelaki idaman saya.. Saya tak pernah berangan menetapkan tarikh perkahwinan saya atau menetapkan wang hantaran yang harus saya terima dari pihak lelaki.. Saya tak pernah bercerita dengan ibu bapa saya keinginan untuk berkahwin ketika saat saya masih bergelar mahasiswi.. Malah tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk berkahwin ketika saya masih bergelar pelajar kerana cintanya saya terhadap dunia seorang pelajar universiti.. Cita-cita untuk meneruskan lagi pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga tak pernah saya padamkan sehingga kini..
Namun begitu, dalam diam saya hanya berdoa supaya Allah menyegerakan sesuatu yang terbaik dan halal untuk saya kerana ketika itu saya telah pun mempunyai (ketika itu belum memiliki) seseorang yang saya rasa layak untuk menjadi seorang suami.. Tak disangka, rupanya dia juga berusaha ke arah yang sama seperti saya.. Dia berjanji akan segera menyunting saya setelah mendapat pekerjaan selepas tamat belajar dan memiliki gaji yang pertama!.. Alhamdulillah.. Belum selesai final exam, dia dah di terima bekerja.. Dia lah senior saya dan kami belajar di universiti yang sama, di fakulti yang sama dan course yang sama!!
Dia akhirnya di gelar fresh graduate! Sebulan kemudian dia menerima gaji yang pertama dan segera memberitahu saya agar berbincang dengan ibu bapa saya tentang niatnya untuk merisik saya walaupun dia tahu saya masih bergelar pelajar.. Semalaman saya menangis kerana terlalu terkejut dengan tindakan dia yang saya sangka niat murninya cuma gurauan dan bukan serius..
Perbincangan tentang merisik dengan ibu bapa saya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.. Semuanya sangat mudah dan senang walaupun saya hanya menyatakan hasratnya itu melalui chatting (Skype) kerana terlalu malu pada kedua ibu dan bapa saya..
Menanti saat untuk dirisik, saya masih tak berhenti berdoa kerana tanpaNya, saya pasti tidak berada di saat itu! Tiba-tiba.. Satu malam yang tak dijangka, saya dapat berita bahawa saya bakal dinikahkan dengan segera tanpa sebarang majlis pertunangan.. Maknanya, saya hanya dirisik dan 20 hari kemudian, saya bakal dinikahkan dengan lelaki pilihan saya.. Selama saya berdoa, saya hanya menyebut untuk segera menjadi yang halal pada dia dan meminta Allah berikan sesuatu yang terbaik untuk hidup saya.. Maksud saya yang terbaik itu, saya mahukan kehidupan duniawi yang terbaik yang diatur oleh Allah dan bukan diatur oleh saya sendiri kerana perancangan Allah adalah lebih baik dari hambanya  Alhamdulillah.. Doa saya dimakbulkan dan yang halal dan terbaik itu adalah berkahwin dengan dia dalam masa 20 hari lagi..
Selepas dirisik.. Saya mula tidak sabar menunggu tarikh 16/6/2012 yang dipilih sendiri oleh saya dan bapa secara tiba-tiba.. Saya tak pernah bermimpi atau berangan pada 16/6/2012 itu saya akan berkahwin! Saya fikirkan 16/6/2012 hanya lah hari yang biasa yang bakal dilalui oleh pelajar universiti seperti saya di mana Sabtu adalah masa untuk berehat di rumah sewa, menonton tv, gelak ketawa dengan rakan serumah atau bermain Facebook!... Atau mungkin menonton drama korea 


Penantian selama 20 hari saya rasakan seperti lambatnya masa berlalu.. Perlahan.. Saya membayangkan kura-kura berjalan atau ulat gonggok berjalan atau mungkin siput berjalan.. Tapi dalam tempoh 20 hari itu, jika saya tidak keletihan dan masih mampu menahan mata yang kadang-kadang sukar dijangka waktu mengantuknya, saya akan bangun malam.. Saya berusaha untuk berdialog dengan Allah tanpa disedari sesiapa pun.. Biarlah saya mengisi malam saya untuk menyampaikan apa sahaja yang saya ingin sampaikan kepada Tuhan saya.. Biarlah Tuhan saya tahu betapa syukurnya saya menjadi diri ini pada hari sebelumnya, ketika itu mahu pun selepasnya..
Di siang hari, bila berkesempatan berada di rumah jika tiada sebarang kuliah, pada jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi, saya solat sunat dhuha kerana bagi saya, kemurahan rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.. Bukan dalam wang ringgit semata-mata.. Saya tahu.. Berkahwin juga satu rezeki... Bila saya tidak sibuk, sehelai, dua muka surat Al-Quran saya selak dan baca.. Biar lah semua itu menjadi spa untuk merehatkan minda sebelum bertemu hari bahagia.. Nak mandi susu, nak facial wajah untuk naik seri, nak mandi bunga untuk kesegaran tubuh badan, nak melulur dan sebagainya memang saya tak mampu sebab saya hanyalah seorang mahasiwi  Bukan rezeki saya untuk merasa sebarang pakej seri pengantin seperti yang ada di mana-mana pusat kecantikkan..
Pernikahan saya dilangsungkan saat saya sedang sibuk bergelumang dengan final exam semester 4.. Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat merupakan kertas peperiksaan pertama, kedua, ketiga dan keempat tetapi saya mempunyai lagi dua kertas peperiksaan yang menjadikan ke semuanya enam kertas peperiksaan untuk semester itu dan semuanya 3 jam kredit yang saya rasakan sangat besar markahnya...
Alhamdulillah.. Setelah selesai peperiksaan keempat dengan segera saya pulang ke rumah dan menguruskan majlis pernikahan saya pula.. Saya diinai oleh adik sendiri dalam keadaan tertidur kerana terlalu penat dengan urusan peperiksaan yang masih belum selesai..
Keesokkan pagi, saya di make up kan oleh adik sendiri dengan menggunakan peralatan sendiri dan belajar make up sendiri melalui You Tube.. Masing-masing kurang bakat bermain dengan make up maka semuanya jadi ala kadar saja lah.. Lebih kurang jam 11 pagi 16/6/2012 saya dinikahkan dengan lelaki pilihan saya yang akhirnya bergelar suami.. Saya tahu dan saya sedar, saya tak akan pernah memiliki dia kerana dia bukan milik saya.. Saya hanya diberi suami dengan title "pinjaman".. Dia milik Allah sampai bila-bila... Dan saya berjanji untuk menjaga "pinjaman" Allah itu sebaik yang mungkin selagi saya bersama dia dan sehingga ke akhir hayat saya...






Tips bagi yang benar-benar mahu berkahwin dengan pasangan pilihan anda.. Tak kira lah waktu sebelum tidur, waktu nak makan atau tengah makan, waktu dalam kuliah, waktu tengah basuh pinggan mangkuk, sidai baju atau bermain basikal atau sedang menunggang motosikal, mungkin anda sedang berada dalam bas untuk pulang ke kampung halaman dan apatah lagi anda sedang bersolat atau seusai solat... Sebut lah, "Ya Allah, Aku nak kahwin dengan ........".. Cukup pendek ayatnya tapi penuh bermakna bila anda menyebut dalam hati dengan nada berharap atau mengharap..

Aku buat benda ni setahun atau mungkin kurang dari setahun tanpa aku sedar.. Memang mujarab dan berkesan.. Agak-agak tengah tengok tv aku tercakap dalam hati sebab lama-lama benda ni jadi kebiasaan sampai lah dah kahwin pun aku masih terbiasa sebut dalam hati.. 

Solat sunat Dhuha jangan lupa mulakan dari sekarang.. Buat sebelum kahwin lagi.. Kalau bukan rezeki kahwin yang datang, rezeki lain ALLAH bagi kat kita tanpa kita sedar...

KESIMPULANNYA: Jaga hubungan dengan ALLAH kalau nak ALLAH jaga hubungan kita dengan insan pilihan kita... Hari ini kita tak halal bagi dia.. Esok lusa, eh... Kita sama-sama dah halal dengan dia.. Jangan berhenti mengharap atau merayu... Jangan putus asa berdoa.. ALLAH nak test je kita ni betul-betul nak ke atau kita hangat-hangat tahi ayam.. Yakin dengan ALLAH dan jangan sesekali buruk sangka dengan ALLAH..

Lepas berkahwin, bila berada di rumah sendiri.. Banyakkan baca Al-Mathurat kerana surah-surah di dalamnya menghalang dari syaitan untuk masuk ke dalam rumah kita dan mengganggu ketenteraman rumah tangga serta menjadi pagar kepada keseluruhan kawasan rumah kita dari perkara yang tidak baik (dengan izin ALLAH)..

Masuk rumah bagi salam.. ASSALAMUALAIKUM.. Dan dijawab WAALAIKUMSALAM... Supaya syaitan yang ingin mengganggu rumah tangga tertinggal di luar rumah.. Rajin-rajin solat jemaah jika berkesempatan dan jangan lupa baca Al-Mathurat tu pagi dan petang.. 


Totally this tips brought to you by a happy wife..
RIMA DANIA


Terima kasih semuanya...


p/s: Hishop sedang mengadakan SALE untuk beberapa jenis peralatan make-up.. Bagi yang berminat untuk membeli atau sekadar berminat untuk mencuci mata hehe boleh lah klik Hishop sekarang...

14 comments:

sakuraadibah said...

suka bcer cerita akak yg nih. everything from your heart to The Greatest... you're so inspiring,sist... smoga bhagia dunia akhrat.

Mohamad Fathi said...

Alhamdulilah... =)

RIMA DANIA said...

Adibah: Terima kasih banyak2.. Akak memang nak sangat2 kongsi benda ni dengan semua orang walaupun akak rasa segan nak cerita amal ibadah kita pada orang lain.. Siapa kita nak menunjuk2 kat manusia lain tentang apa yang kita buat dengan Tuhan kita.. Biar lah semuanya antara kita dengan Tuhan.. Tapi akak rasa, tak salah berkongsi benda yang baik untuk semua orang manfaatkan..
Hopefully apa yang akak kongsi jadi ilmu yang berguna untuk orang lain =)

RIMA DANIA said...

Crew Fathi: alhamdulillah, terima kasih kerana membacanya =)

Unknown said...

Assalamualaikum :) Jom jom visit blog Dibah, nak introduce satu produk best punya. Hihihi.

http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/natural-aqua-cure-gel-best-exfoliater.html


Thank you Puan Rima :)

Miss arfisa said...

saya suka bc blog awak. hehe.

RIMA DANIA said...

Dibah Shokri: Waalaikumsalam.. =)

RIMA DANIA said...

Miss arfisa: thank you awak =)

kakmona said...

btol sgt2... akak dulu pon salu doa simple mcm tu.. salu sebut2 dlm ati ya allah.. knape aku susah sgt nak lupekan dia.. knape wpun dah byk ranjau, aku masih nk tunggu dia.. kalo dia jodoh aku, bukaklah ati dia utk pinang aku..

tau2 x lame pas tu, dia dtg umah ngn parents dia yg skrg dh 5 tahun jf mertua akak ^_^

keep on merayu pd Allah!

RIMA DANIA said...

KakMona: Setuju! Rayuan yang tak ada penyesalan ;)

Shark Sdn Bhd said...

nk kawin.. tpi cmne dgn kewangan ye.. rumah lgi..

Unknown said...

bagus la tips2 nie :)

Signature :
Kad Kahwin Kualti Tinggi TEKAN SINI

RIMA DANIA said...

Shark Sdn Bhd: Kewangan memang penting, rumah dan segala aset yang nak diguna selepas kahwin memang perlu ada.. Tapi untuk start a new marriage life ni memang saya dan husband buat decision kalau nak buat apa2 benda kena ukur baju di badan sendiri..

RIMA DANIA said...

Kad kahwin murah: thank you so much :)

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3