Assalam..
Selamat sejahtera... Hari ni nak share satu lagi produk berkaitan dengan proses mendapatkan semula bentuk badan idaman... Ni ayat ala-ala orang marketing lah kan hehe... Tapi bukan aku yang jual.. Aku ni pengguna sahaja... Diingatkan semula.. Aku ni hanya seorang pengguna bukan penjual atau mendapat tajaan untuk mempromosikan produk ni kepada orang ramai...
Untuk bulan ni, aku ada 3 stock lotion panas.. Aku ada Lotion Mustajab Dunia Herbs dan jugak Yusmira Losyen Mujarab Pati Halia... Aku pengguna setia kepada kedua-dua produk... Tidak ada diskriminasi terhadap mana-mana produk sebab kedua-duanya sangat best!!!!
Banyak tak stock? Haha.. Yang Yusmira besar tu satu roomate aku punya, satu lagi aku punya.. Yang kecik tu pun aku punya.. Yang Mustajab tu pun aku punya jugak...
Mula-mula aku guna lotion ni pada pertengahan 2010 sebab nak hilangkan gatal-gatal.. Bila kulit gatal je aku suka sapu benda ni sebab lagi efektif dari menggaru... So, bila tempat yang gatal tu panas, rasa gatal pun berkurangan.. Yang paling best, lotion ni tak tinggalkan kesan berminyak pada tapak tangan..
Makin lama aku guna lotion panas ni, aku terfikir nak guna lotion tu untuk kurangkan lemak berlebihan pulak.. Ya!!!! Memang berhasil pun.. Aku tak tipu sebab aku dah masuk tahun ke 3 menggunakan kedua-dua produk secara konsisten setiap bulan...
Namun begitu kawan-kawan... Kita tak boleh lah harap sapu lotion terus turun berat badan... Kita harus kawal pemakanan dan bersenam... Tu yang penting sebenarnya..
So, biasanya aku gunakan lotion ni pada waktu pagi sebelum gerak ke kelas.. Lagi elok kalau dapat guna sejam sebelum ke kelas sebab tak nak kawan-kawan sekuliah terhidu bau lotion ni.. Bau lotion ni macam bau halia hehehe... Tak memasal masuk kelas je terus orang semua pandang sebab orang lain pakai perfume bau bunga, aku pulak masuk kelas bau halia... Hehehe
Lepas tu, aku guna waktu petang... Sebelum pergi jogging aku akan guna dan berjogging lah dengan rasa badan yang panas-panas hehe.. Best!!! Tak percaya cuba lah... Insyaallah ada hasil yang anda boleh nampak dan rasa...
Think about healthy body.. Bukan nak kurus.. Oohooiii nak kurus oiiii....... Kurus tak sihat pun tak guna.. Fikir tentang sihat! |
Malam sebelum tidur pun kadang-kadang guna... Bila bangun pagi je dah rasa lapar... Hehehe.. Husband aku pernah rasa macam tu... Malam guna lotion sapu kat perut lepas tu bangun pagi je dah rasa lapar dan tak sabar untuk sarapan pagi...
Lotion ni jugak sesuai untuk orang lepas bersalin... Selain tu, kalau camping dalam hutan dan banyak nyamuk pun boleh bawak lotion ni bersama anda.. Sapu je kat tangan, leher.. Insyaallah nyamuk tak gigit anda.. Untuk sengal-sengal badan, senggugut period ke, boleh pakai.. Banyak kegunaannya..
Cubalah!!! (^^,)
Terima kasih..
p/s: Sejak jogging 6 track untuk seminggu, banyakkan minum air mineral iaitu 1500ml ke atas, guna lotion ni, minum clenx tea dan sedikit cheat semasa mengawal pemakanan di mana aku kerap mengunyah biskut dan seronok makan nasi putih, alhamdulillah, weighing scale tetap menunjukkan penurunan yang tidak dijangka... Magic tak magic tak? hehehe...
Ni aku punya BMI.. Sentiasa berjaga-jaga walaupun berada di level Healthy Weight! |
Anda mahukan kulit muka yang halus seperti telur dikupas dengan menggunakan produk yang allergy tested dan 100% fragrance free? KLIK SINI untuk lihat sendiri apakah produknya...
No comments:
Post a Comment