Assalam...
Jujur aku katakan.. Aku pencinta sarapan pagi.. Moment indah setiap hari bila dapat bersarapan dengan tenang tanpa sebarang gangguan... Gangguan yang aku maksudkan adalah terlambat nak pergi kelas, gangguan banyak kerja yang nak disiapkan dan sebagainya...
Pagi ni tanpa sengaja, aku dan kawan-kawan tersinggah KFC sebab nampak banner menu sarapan pagi yang nampaknya sangat menarik perhatian.. Kalau ikutkan, selalunya makan KFC time tengahari ke, malam ke.. Tapi rezeki hari ini, kami bersarapan pagi di KFC..
Ikutkan hati nak makan semua hahaha... Tapi aku pilih KFC a.m. Smart Breakfast yang bermula serendah RM4.00 sahaja!!! Aku pilih untuk bersarapan a.m. RISER COMBO beserta coffee!! I love coffee...!!!! Untuk menu aku ni harga dia RM4.80.. Bila nak bayar termasuk tax jadi lah RM5.10.. Memandangkan aku student, ada kad siswa.. Aku hanya perlu bayar RM4.85 sahaja...
gambar google |
gambar google |
Untuk a.m RISER COMBO tu.. Ada sekeping daging ayam, sebiji telur (ala-ala benjo), sayur-sayur dan mayonis... Aku makan memang slow.. Hahaha orang lain dah sudah makan.. Aku tak habis-habis lagi makan... Betul-betul menikmati.. Coffee dia pun best!! Kebetulan panas.. So, aku bawak lah coffee tu naik turun bas sampai masuk kelas Quality Control hehehe...
Heaven kan sesekali ambil masa hirup coffee sambil dengar lecturer mengajar.. Lecturer Quality Control aku ni memang best belajar dengan dia.. Dia siap cakap, "Okay guys, class dismiss.. All of you look so tired and hungry.. You can have your lunch.. Enjoy your lunch.."... Bila kawan aku berjalan nak keluar dari bilik kuliah, kawan aku pun cakap, "Terima kasih Doktor..".. Dia reply, "Ya, ya.. Thank you too.. Go and have your lunch ya.."...
Kalau lecturer perempuan yang aku suka.. Ada seorang hamba Allah ni.. Dia mengajar, dia bawak sekali mug yang berisi coffee masuk dalam bilik kuliah hehehe.. Sambil dia cakap, ada mug warna merah kat tangan dia.. Sesekali dia hirup coffee dia dan mengajar macam biasa.. Biar pun dia buat macam tu, kami masih lagi faham setiap apa yang dia ajar.. Kadang-kadang dia akan, "I wanna see... Anyone here already take a breakfast today?".. Lepas tu dia kira berapa orang yang dah bersarapan... "Ooo.. Why didn't all of you take a breakfast?"... Concern sungguh dia dengan breakfast kami hehe...
Apa-apa pun.. Breakfast tu penting specially orang yang sedang mengamalkan diet.. Jangan sesekali skip breakfast.. Have fun dengan breakfast anda.. Enjoy your breakfast... Mungkin ada yang tak biasa breakfast sebab kekangan masa, you should try.. Best sangat...
gambar google |
Seronok jugak kalau ada mesin pizza macam kat atas ni hahaha... Breakfast pizza setiap hari... Hancur diet aku...
Terima kasih...
No comments:
Post a Comment