Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, May 19, 2013

Kisah Orang Ketiga.. Part 2

Assalam..



Lepas 5 hari buat check up kat Klinik Desa Kangkar Pulai tu.. Perasaan tak puas hati tu tetap ada.. Selagi tak nampak baby kat ultrasound, selagi tu tak dapat nak buka mulut mengatakan, "Yes! I'm pregnant!".. Setiap hari berlalu dengan hanya berdiam diri dan penuh dengan tekanan...

Akhirnya aku buat keputusan ajak kawan (Ida, Mek dan Der terima kasih sebab terlalu banyak membantu!!) pergi check up di Klinik Kesihatan Batu Pahat.. Aku percaya bahawa Klinik Kesihatan Batu Pahat akan layan aku sebagai pesakit yang sedang confuse.. Bukannya main suruh buat buku merah tanpa check aku terlebih dahulu =(

Alhamdulillah.. Aku berjaya jumpa doctor di Klinik Kesihatan Batu Pahat.. Aku ceritakan semua masalah yang terbuku kat hati ni.. Aku mengaku kat doctor yang aku tak berani kata aku pregnant sebab aku tak ada tanda-tanda mengandung macam mabuk, muntah, morning sickness semua tu tak ada.. Cuma pregnancy test kerap menunjukkan aku pregnant! Itu je tandanya...

Doctor buat keputusan nak check urine test aku kat makmal Klinik Kesihatan Batu Pahat.. Aku sempat cerita kat doctor yang klinik swasta scan perut aku tu kata urine test aku false positive.. Doctor yakinkan aku bahawa makmal kat sini tak akan berlaku false positive.. Lega dengar apa yang doctor cakap..

Berdebar-debar menunggu result urine test dan akhirnya result makmal menunjukkan POSITIVE! Kawan-kawan tumpang happy dan yakinkan aku mengandung.. Sayangnya aku tetap tak boleh terima sebab belum scan untuk kali kedua.. Aku susah nak percaya selagi tak tengok baby kat ultrasound..

Doctor kat Klinik Kesihatan Batu Pahat pun kata aku pregnant dan disebabkan aku bleeding non stop, doctor buat keputusan suruh aku segera refer Hospital Batu Pahat dan jadikan kes aku kes kecemasan... Takut berlaku keguguran atau..... Mengandung luar rahim atau nama glamour nya Ectopic Pregnancy..

Sampai Hospital Batu Pahat.. Doctor check tapi masih tak temui jawapan.. Ultrasound pun tak nampak tanda-tanda ada baby dalam rahim.. Rahim masih kosong!!.. Doctor gode-gode sana sini sampai ada satu tahap doctor guna sejenis alat ni dan aku memang nak menangis tahan sakit..

Selepas bertukar tangan dari satu doctor ke doctor yang lain.. Akhirnya mereka buat keputusan untuk masukkan aku kat wad... Sedihnya bila fikir assigment, PSM belum siap.. Tambah lah stress yang tak tertanggung dalam hati =(

Sepanjang kena duduk kat wad.. Doctor suspek mengandung luar rahim.. Aku dah rasa tak tentu arah dalam hati ni.. Perasaan bercampur baur.. Takut, sedih.. Aku rasa orang yang pernah rasa mengandung luar rahim mesti faham perasaan aku.. Terasa besarnya ujian Allah bagi..

Patient lain kat wad suka tanya.. "Anak nombor berapa ni?"... Aku senyum je, "Anak pertama..".. Diorang tanya lagi.. "Sakit apa ni?".. Aku redha jawab, "Mengandung luar rahim..".. Biasanya diorang balas.. "Kesiannya... Bahaya tu..".... Aku tak balas apa-apa.. Senyum lepas tu termenung.. Mula lah fikir macam-macam dalam kepala ni..




Setiap hari doctor nak jumpa husband.. Katanya berbincang dan buat keputusan.. Benda pertama kali terjadi dalam hidup.. Husband matangkan diri sebaik mungkin.. Insyaallah umur 24 tahun kira matang lah tu.. Kemudian husband akan tanya apa risiko yang boleh berlaku semasa pembedahan dibuat.. Doctor jawab.. "BMI badan bagus.. Insyaallah masalah pembedahan lagi tipis.."...

Aku lega.. Tak sia-sia jaga bmi.. Husband pun lega.. Alhamdulillah.. Cuma sekerap mana pun doctor tanya bila nak pilih masa pembedahan, kami tetap tak bersedia nak buat pilihan.. Akhirnya kami pilih untuk check hcg level dulu untuk tengok ketepatan bahawa aku mengandung..

Hcg hari pertama 985.. 1 hari setengah kemudian meningkat ke 1117..!! Orang pregnant je boleh hasilkan hcg.. Doctor pun kata, "Kalau awak tanya saya, awak mengandung ke tak.. Saya jawab ya, memang awak mengandung.."..

Hari berikutnya doctor kumpulan kedua pulak yang check.. Dia kata hcg aku tinggi.. Giliran dia pulak nak scan.. Sepanjang kena duduk hospital.. Lebih 5 kali aku kena scan.. 10 kali jugak lah doctor scan..

Sebelum scan, doctor kata kalau betul ectopic... Sama ada operate atau inject methotrexate.. Kalau operate kena lah remove baby dari tube fallopio.. Kalau inject methotrexate pulak, baby akan remove sendiri tanpa sebarang operate cuma ada lah sikit kesan sampingan.. Ikut pada ketahanan badan masing-masing... Mengikut pada keadaan aku ni, dia cadangkan inject sahaja tapi...........

"Sebelum kita inject, better kita scan lagi sekali.. Takut scan nanti terjumpa pulak baby dalam rahim.." doctor kata.. Aku pun harap benda yang sama.. Senang sikit hati dengar doctor cakap macam ni.. Maknanya mereka tak akan inject suka-suka kalau baby dah kelihatan..

Gode-gode sana sini guna scan tapi nasib baik belum menyebelahi.. Ya.. Baby tetap tak nampak dalam monitor.. Tapi ada berita baik... "Saya rasa ovari kamu kiri dan kanan clear.. Tak ada tanda-tanda cyst atau ectopic.. Cuma rahim kamu memang kosong tak nampak apa-apa langsung.."...

Masa tu Tuhan je yang tahu leganya bila doctor macam menarik balik perkataan ectopic dari aku.. Husband lega.. Dia pun dah puas keluar air mata sepanjang benda ni berlaku.. Of course bukan depan aku.. Diam-diam kat belakang pun sebagi isteri mesti aku akan tau jugak..

"Kita tak kan inject atau operate.. Tapi kita akan monitor level hcg.. Ok? Hari ni boleh balik tapi minggu depan kena datang wad semula.." Doctor kata.. Ya Allah.. Happy sangat dah boleh balik tapi memikirkan apa penyakit aku yang sebenarnya ni buat aku hilang separuh happy.. Tiba-tiba ada doctor muda tanya doctor senior.. "Jadi kes patient ni nak diklasifikasikan sebagai apa doc?".. Doctor senior pun jawab, "Pregnancy unknown location.. Pertama.. Sama ada dia memang ectopic tapi percent sangat nipis berdasarkan scan yang saya buat sebentar tadi.. Kedua.. Dia mungkin keguguran tanpa dia sedar sebab gugur mesti ada ketulan darah tapi dia cakap yang dia tak ada pun keluar ketulan darah.. Ketiga, mungkin dia pregnant tapi baby belum cukup besar untuk nampak menggunakan scan..".. Doctor muda ni angguk kepala dan "Ada kes macam ni ya hehehe.." Doctor muda tersenyum..

So.. Sekarang kalau ada orang tanya sakit apa.. Aku rela jawab Pregnancy Unknown Location... Bunyinya lebih sedap dan lebih selamat dari ectopic yang menakutkan.. Buat masa ni mampu berdoa dan minta orang lain mendoakan yang baik-baik untuk aku..




Terima kasih kawan-kawan yang ziarah aku kat hospital sepanjang aku kat sana... Terima kasih jugak kat family yang berulang Melaka-Batu Pahat dan husband JB-Batu Pahat... Kesian husband terpaksa cuti berhari-hari dan tinggalkan semua kerja yang terbengkalai..

Sekarang sedang menunggu keputusan seterusnya.. Aku tak berani kata apa-apa lagi selain terus menunggu.. Moga Allah berikan yang terbaik untuk aku dan keluarga kecil aku.. To my little one.. "Kita dah berada di level 2 months old... Happy to carry you.. Hopefully you were fine!!"


2 months maknanya 8 weeks.. Picture ni umur baby 9 weeks..
 Baby should be this big on another week! Kalau betul aku tak kena ectopic..


Mari bersabar dan terus berdoa... Terima kasih..
Next.... PART 3...


p/s: spend small WIN BIG bersama RHB.. Untuk maklumat lanjut KLIK SINI..

10 comments:

oya zihanee said...

k.ya doakan moga baby tu ada, tapi di tiny sangat2 sampai doktor tak perasan.. hehehehe...

semoga selamat.

Miss arfisa said...

alaa sedihnya baca. hope bila baca part, awak akan tulis baby ada.huhu. take care!

mrS pinu said...

semoga kite selamat lahirkan bby kite nanti..insyaAllah bby ade cuma belum mahu tonjolkan diri...heeee

RIMA DANIA said...

Kak Oya: Terima kasih kak oya.. =) Doakan selamat semuanya..

RIMA DANIA said...

Miss Arfisa: Saya pun harap benda yang sama.. Insyaallah ada rezeki tak ke mana.. =)

RIMA DANIA said...

MrsPinu: Kalau bukan rezeki sekarang insyaallah doakan rezeki ada utk akan dtg.. hehe.. Kita bagi laluan kat mek & apis.. =)

azi nur said...

sedihnye bace kisah fiya from part 1 till part 2...semoga fiya dan suami tabah dan sabar ye..beby pon dah sempurnakan...semog ade keajiban... :))

RIMA DANIA said...

Azi Nur: Azi... Baby dah remove semalam.. Tak dapat nak selamatkan sebab bahaya kan nyawa fiya.. Belum ada rezeki.. =)

hagemaru comel said...

Salam rima dania..sy nk tny spotting tu mcm mane rupanye ye..sbb sy da msuk hari ke 6 still period sikit..mcm bkn period plak..cnfius..wrne coklat n sometimes merah tp skali ngn lendir..tp sgt sikit..kdg2 lendir clear..

RIMA DANIA said...

Hagemaru Comel: Saya prefer jumpa doctor.. Sebab bleeding ni ada macam-macam petanda..

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3