Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, April 21, 2011

Hah!! Malaslah Lagi.. Padan Muka.. Hahaha..

Cerita ni dalam Bi sebenarnya.. tapi aku translatekan bagi korang bace hehe cerita ni telah dibaca olehku ketika berusia 5 tahun.. buku tu dibeli di Car Boot Sale mase duk kat England.. Masa kecik2 memang lah x paham sebab baru nak belajar baca... Bila kita dewasa.. Baru kita tau erti disebalik cerita tu..

Watak2 dalam cerita:

Cik Ayam


Cik Tikus


Cik Meow


Cik Lembu



Pada suatu petang... Cik Ayam jalan2 kat sekitar kawasan ladang tuan dia.... Masa dia tengah saja2 jalan2 makan angin... Cik Ayam terjumpa biji benih gandum... Dia pun kutip semua biji benih gandum tu dan bawak lah biji tu semua kat kawan2 dia tengah berkumpul dan bersembang2 ni...

Cik Ayam: Kawan2... apa kata kita tanam benih gandum ni... Bila gandum membesar... kita boleh proseskan dia jadi tepung.. lepas tu... boleh hantar tepung ke kedai bakery untuk proses jadi roti...

Cik Tikus: Ooh.. itu bukan kerja saya...

Cik Meow: Ooh.. rosak lah kuku2 saya...

Cik Lembu: Ooh.. saya tak ade masa lah...

Cik Ayam: Ok.. xpelah.. biar saya je yang tanam benih gandum ni...

Setiap hari Cik Ayam melihat perkembangan gandumnya.. Semakin hari semakin membesar dengan sihat dan akhirnya tibalah masa untuk menuai gandum2 tersebut...

Cik Ayam: Kawan2.. gandum yang saya tanam dah membesar.. da tiba masa untuk menuai.. kalian boleh tolong saya x?

Cik Tikus: Ooh.. itu bukan kerja saya...

Cik Meow: Ooh.. rosak lah kuku2 saya...

Cik Lembu: Ooh.. saya tak ade masa lah...

Cik Ayam: Ok.. xpelah.. biar saya je yang tuai semua gandum ni...


Selepas itu.. Cik Ayam pun pergi menuai ke semua gandum tersebut seorang diri... Selesai menuai.. dia kembali mendapatkan kawan2nya dan berkata...

Cik Ayam: Kawan2.. apakah ada di antara kamu mahu membantu saya untuk menghantarkan gandum ini ke kilang memproses tepung?

Cik Tikus: Ooh.. itu bukan kerja saya...

Cik Meow: Ooh.. rosak lah kuku2 saya...

Cik Lembu: Ooh.. saya tak ade masa lah...

Cik Ayam: Ok.. xpelah.. biar saya je yang hantar semua gandum ni ke kilang...

Gandum tadi telah siap diproses oleh tuan empunya kilang... Cik Ayam segera membayar upah lalu segera mendapatkan kawan2nya..

Cik Ayam: Kawan2.. tepung sudah siap.. ada x sesiapa yang nak hantarkan tepung ni ke kedai bakery di pekan untuk dibuat roti?

Cik Tikus: Ooh.. itu bukan kerja saya...

Cik Meow: Ooh.. rosak lah kuku2 saya...

Cik Lembu: Ooh.. saya tak ade masa lah...

Cik Ayam: Ok.. xpelah.. biar saya je yang ke pekan untuk hantar tepung ni ke bakery seorang diri...

Lalu..pergilah Cik Ayam ke pekan untuk pergi ke kedai bakery dan menunggu tuan kedai memproses tepungnya hingga menjadi roti yang sangat enak dan lazat baunya... Cik Ayam tersenyum puas hati melihat roti tersebut lalu membayar upah... Cik Ayam segera membawa pulang roti tersebut lalu berjumpa kawan2nya...

Cik Ayam: Ada sesiapa yang nak tolong saya makan roti yang panas.. enak dan lazat ni?

Cik Tikus: Ooh.. itu memang kerja saya... harumnya bau roti ini...

Cik Meow: Ooh.. saya pasti akan menggunakan kuku2 saya untuk menyiat2 roti ini... dan menyuapnya ke dalam mulut saya.. sedapnya...

Cik Lembu: Ooh.. saya sentiasa ada masa untuk makan roti ini.. lapar pula perut saya melihatnya...

Cik Ayam: Ok.. xpelah.. biar saya je yang makan sorang roti ni... sebab saya yang bersusah payah kutip benih gandum ini kemudian saya yang tanam.. saya yang tuai seorang diri selepas itu saya yang hantar ke kilang untuk proses sehingga jadi tepung.. kemudian saya juga yang hantar tepung itu ke pekan seorang diri dan menunggu sehingga selesainya proses membuat roti.. mengapa saya perlu memberinya pada kalian sedangkan kalian langsung tidak mahu menolong saya walau sekalipun... kepada Cik Tikus.. Cik Meow dan Cik Lembu.. roti ini saya yang punya hehehehe...

Maka dengan penuh berselera Cik Ayam pun makan roti tu sorang2 tanpa berkongsi... Cik Ayam telah memberi satu pengajaran yang terbaik buat kawan2nya...

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3