Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Wednesday, April 25, 2012

Penang 2012: Full Story.. Last day in Penang..

Assalam...

Ni entri yang terakhir untuk aku share story tentang trip ke Penang... Disebabkan Isnin aku dah kena balik Batu Pahat... Maka pada hari Ahad iaitu hari terakhir aku kat Penang... Aku sempat ke satu tempat ni je... Iaitu Bukit Bendera...

Kalau nak tau.... Hari tu memang ramai orang.. Lagi-lagi foreigner.... Train of course penuh lah kan.... Termasuk lah beratur nak beli tiket... Tapi line bergerak dengan laju dan pantas.. Jadi tak terasa lama pun beratur nak beli tiket...

Dalam perjalanan naik train nak ke atas Bukit Bendera ni.... Telinga aku PEKAK! sebab tekanankan... Jadi memang rasa sakit-sakit sikit... Lepas tu aku makan gula-gula untuk hilangkan rasa kepekakkan...

Pada aku ok lah kalau sekali sekala nak pergi tengok Bukit Bendera... Cuma belum berapa nak membangun sangat... Dulu ada Strawberry Hill tapi dah tak ada sekarang ni... Dah ganti dengan restoran... Ada tempat bergambar dengan ular.. Ada stall kecil untuk beli makanan dan air... Ada stall berinai... Ada Museum Owl... Yang ni baru bukak tahun ni...

Aku pun tak tahu nak ke mana... Maka aku pun ajak lah adik-adik aku masuk Museum Owl ni.... Cuaca panas masa tu jadi kalau masuk museum mungkin ada aircond kan? hehe... Dengan tiket RM10 untuk dewasa dan free untuk kanak-kanak bawah 12 tahun... Kami pun round sekali jalan dalam museum tu..

Banyak arca... Patung dan lukisan burung hantu sahaja dan beberapa keterangan tentang burung hantu yang wujud dalam dunia ni.... Nak tengok burung hantu yang betul memang TAK ADA!.... Sebab dia dah cakap awal-awal art and craft collection sahaja yang ada dalam museum ni...

Lepas pergi museum tu kami naik buggy car untuk round keliling Bukit Bendera.... Ada banyak rumah yang berusia ratusan tahun dan masih didiami sehingga ke hari ni.... Dan hanya ada sebuah rumah sahaja pemiliknya melayu... Rumah tu 86 tahun tak silap aku tapi owner baru duduk 22 tahun.. Rumah zaman British siap ada chimney lagi...

Ada jugak pos box berusia hampir 200 tahun di mana British letakkan di situ... Kalau korang pergi sana... Boleh lah berjalan kaki sambil meninjau satu persatu apa yang ada di kawasan perumahan banglo lama kat Bukit Bendera tu... Ada jugak rumah yang dah 70++ tahun dibiarkan kosong dan tak ada orang yang tinggal dalam rumah tu..

Apa-apa pun aku dah tawan Bukit Bendera... Haha anda??

Lepas turun dari Bukit Bendera... Kami singgah memborong JERUK!!!!!!! Hohoho ok... Aku menyesal jugak borong jeruk sikit sangat sebab jeruk dia Ya Allah........ SEDAP GILA! Dah lah segar... FRESH! Tak kuat cuka.... Memang BEST!..... Sekali masuk mulut... Rasa nak diulang beberapa kali....

Kemudian........ Kami ke NASI KANDAR pulak.... Tapi masa tu betri kamera dah kong... Maka gambar pun tak ada... Memang peroi lah nasik dia... Punya lah lembut (entri kali ni over lah cerita pasal makanan.. kantoi perut lapaaaarrr ni.....) Lauk-lauk dia jangan cakap la... Of course awesome dan sedap!

Selesai makan terus balik Melaka......... hehe resultnya.. PENATnyaaaaaaa.........











































































































































Sekian.... Terima Kasih.....

Penang 2012: Cousin's Wedding

Assalam....

Tujuan utama ke Penang kerana menghadiri sepupu aku kahwin.... Sangat meriah majlis beliau dengan makanan yang pelbagai dan best!....... Selamat Pengantin Baru Maimanah & Suami.....


























Next entri: BUKIT BENDERA..........



Sekian terima kasih....

Penang 2012: Foods.....

Assalam.....

Akibat nak banyakkan entri dan nak short kan entri... Maka untuk entri kali ni aku nak share makanan yang makan kat Penang... 

Malam lepas kenduri kahwin sepupu aku tu, kami empat kereta konvoi ke satu tempat yang mereka panggil Padang Brown... Ada banyak stall kat situ dan kami pilih stall yang paling dekat dengan playground. Siapa yang pernah pergi mesti tau kan?

Bak kata sepupu aku... Makanan kat sini semua murah dan ok lah kalau nak makan ramai-ramai satu family... Sepupu aku pun selalu datang sini hujung minggu...

Benda pertama yang aku nampak Pasembur atau orang Penang kata Pasembok... Hahaha Pasembok ke Pasembo'?? Ada masalah sikit dengan sebutan hehe... Tapi lepas tu sepupu aku order Gado-gado... Atau diorang panggil Campur-campur... 

Memang aku tak tau rupa Gado-gado tu tapi bila Gado-gado dah sampai.... Memang agak lapar jugak tengok Gado-gado tu... Huh.... Nasib tak bergaduh-gaduh nak rebut Gado-gado hehe... Ada disediakan sos pencicah untuk makan Gado-gado ni.... SEDAP!!!!! Lagi-lagi tang paru tu... Tak liat pun tapi lembutnyaa.....








Gado-gado






Char Kuey Tiow Udang ni aku makan masa kenduri sepupu aku... Macam-macam menu ada.. Laksa Penang ada... Nasi dan beberapa lauk macam rendang pun ada.... Yang penting.... Semuanya SEDAAP!!!!!!!







Ni dia Pasembur yang entah berapa set malam tu family aku order.... Serius cakap memang kenyang sangat malam tu sebab sumbat macam-macam.... Ehemmm... Tapi diet tetap diet lar....




Next entri: Cousin's Wedding....


Thank you so much.....


Penang 2012: View

Assalam....

Good Morning.....

Sabtu baru-baru ni aku telah ke Penang sebab attend sepupu kahwin.... Dah 9 tahun aku tak jejakkan kaki kat Penang... Bila dapat peluang meneman my mom ke sana... Apa lagi... Ikut jelah... Sambil menyelam minum air... Sambil pergi kenduri sambil melihat perkembangan Penang...

Paling best bila lalu Kedah sebab sawah padi yang hijau tu betul-betul buat rasa aku nak tenung lama-lama...  Hehehe kesian kan... Biasa laa.... Orang susah nak jumpa sawah padi.... Kalau satu hari nanti dapat shoot kat sawah padi pun ok jugak kan....

Macam biasa.... Aku lampirkan gambar-gambar hasil tangan aku dari Perak sampai lah Penang... 










































Apa-apa pun aku bersyukur sangat-sangat dapat jejakkan kaki kat Penang... Sekurang-kurangnya aku dapat lihat kemajuan Penang... Alhamdulillah........ 

Next entri: Makanan yang aku makan kat Penang............

Thank you for reading!


Tuesday, April 10, 2012

2nd Day Apam Polka Dot dan tips......

Assalam....


Hari ini dari Zohor sampai lah ke maghrib aku buat 1 adunan lagi apam polka dot.... Semalam ada assistant tapi hari ni kena buat sorang-sorang.... Tapi tak apa hehe lagi pun aku suka buat sorang-sorang... Baru lah design dapat disekatakan hahaha...

Ok... Aku nak share sikit je tips... Tips ni datang dari kesilapan aku yang aku tak nak orang lain buat hehe.. Aku baru belajar nak buat apam jadi kalau ada sesiapa yang sama level dengan aku iaitu di tahap beginner... Boleh lah tengok tips yang tak seberapa ni ...

  • Kalau nak kukus apa-apa.. Kek ke.. Apam ke... Nak hasil yang terbaik... Gunakan kain untuk bungkus penutup pengukus anda supaya wap-wap air pada penutup pengukus tak menitis atas kuih atau kek anda...

  • Aku cadangkan supaya kalau potong bahagian muncung piping beg tu... Potong jangan terlalu besar... Kalau potong besar sangat nanti susah nak mencorakkan permukaan apam..

  • Walaupun dalam resepi kata apam akan masak pada 10-15 minit... Tapi di sini aku nak katakan bahawa minit tersebut tidak lah tepat... Memang apam akan kembang dengan cepat dan tak mengapa kalau apam anda sedikit merekah.. Cuma jangan sampai terlalu merekah atau sehingga filling anda terkeluar dari apam...

  • Nak pastikan betul ke tak apam anda masak... Ok... Check bahagian bawah apam tersebut.. Kalau masih lembut atau lembik... Maknanya apam anda belum betul-betul masak... Anda kena pasti kan bahagian bawah apam anda betul-betul dah tak rasa lembut sebaliknya sedikit kental... Bukan keras! Itu terlebih masak...





Bungkus penutup macam ni...





Original Polka Dot... Semalam corak abstrak...





Warna-warni...





Apam hari ni lebih lembut lebih colourful dan lebih best!...





Bekal untuk my mom a.k.a UMI! hehehe...





Tuan empunya apam nak tumpang lalu...






Hehehehe Selamat Mencuba =)...



recipe available here: Apam Polka Dot


Monday, April 9, 2012

My Gummies......

Assalam....

Sebenarnya 2 hari lepas aku sempat lah buat gummies ni... Guna gelatin yang aku beli kat Mydin brand Halagel.. Tapi malangnya ia tak sesedap macam yang dibeli kat kedai... Tapi gummies yang aku buat ni sesuai lah kalau nak letak dalam air cocktail ke... Boleh menarik perhatian kanak-kanak hehehe....

Jom cuci mata......














Thank You guys.....

Apam Polka Dot

Assalam.....

Apam zaman moden ni dah berubah... Dia dah tak bersalut kelapa.... Zaman sekarang, apam pun tau nak bercorak-corak biar diorang nampak menarik dan tertarik... Macam yang aku impi kan bila balik rumah dapat buat macam-macam.... Maka aku realisasikan impian tu dengan buat apam polka dot dan gummies (yang entri sebelum ni aku kata tak berapa nak menjadi tu...)

Alhamdulillah semuanya ok... Nak cari bahan pun senang... Pastu adik aku yang bongsu jadi assistant hehe.... So... Nak resepi????? Hehe.......


Bahan-bahan adunan:

  • 275 gram tepung gandum di ayak
  • 225 gram gula halus
  • 3 sudu teh serbuk penaik
  • 150ml susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil ovellete

Bahan-bahan lain:
  • pewarna (ikut suka)
  • filling blueberry (ikut suka)

Cara-cara:


1. Campurkan semua bahan adunan dan pukul dengan mixer sehingga kembang...
2. Asing-asingkan adunan untuk dititiskan warna pada setiap adunan....
3. Kemudian masukkan adunan yang telah dicampur warna dalam piping beg berasingan...
4. Masukkan filling dalam piping beg..
5. Masukkan 1/2 adunan dalam cup...
6. Masukkan filling (diingatkan supaya meletakkan sedikit saja filling)
7. Masukkan lagi 1/2 adunan dalam cup dan corakkan ikut citarasa...
8. Kukus selama 10 minit - 15 minit dengan kadar api sederhana...


p/s: Perhatikan selalu apam anda.. Kalau dah gelembung bulat... Yeah... Apam anda dah ready untuk dikeluarkan dari pengukus..


Tips: Jangan lupa bungkus penutup pengukus dengan kain untuk elakkan wap air di sekitar penutup jatuh ke atas apam anda...





Cup mesti disusun di dalam cup lompang bersaiz S...






Berbahagia lah anda untuk disauna kan di dalam pengukus...





1st try....

Kesalahan yang dilakukan:

1. Terlebih filling... (Bajet nak taruk banyak biar sedap tapi.......... Abis rosak apamnya)

2. Api dapur kuat sangat.. Jadi perlahankan..

3. Tak buat check up... Tau2 dah jadi macam ni!






Setelah apam selamat dikukus...






Tak berapa nak polka dot sebab aku buat ikut corak yang terlintas kat kepala je masa tu...




SELAMAT MENCUBA........


NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3