Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Wednesday, August 21, 2013

Supplement harian + Minuman harian..

Assalam..


Aku ni tengah rajin nak sambung semula makan supplement selepas kes Pregnancy Unknown Location (PUL) tu... Lama jugak aku stop ambil supplement... Boleh dikira 110% aku tak ambil apa-apa supplement pun masa tu..

So, sekarang ni sibuk-sibuk lah nak ambil balik supplement hehe.. Kebetulan pulak sembang dengan kawan dan kawan cerita dia ambil supplemet Shaklee GLA.. Famous supplement tu untuk orang perempuan... Lagi pun GLA (Gamma Linolenic Acid) merupakan salah satu keperluan untuk tubuh badan orang perempuan..

Supplement yang aku makan ni bukan Shaklee GLA tapi Evening Primrose yang mengandungi GLA di dalamnya.. Boleh baca info lanjut mengenai Evening Primrose DISINI...

Aku ambil Evening Primrose sebagai salah satu persediaan untuk try to conceive semula.. Evening Primrose mampu membantu meningkatkan tahap fertility.. Nak tahu macam mana Evening Primrose bertindak untuk tingkatkan fertility..? Baca link yang aku bold warna merah kat atas tu..

Selain tu, Evening Primrose bagus untuk orang yang ada masalah kulit sensitif macam aku... Ia merawat masalah alergik yang menyebabkan gatal-gatal dan merawat masalah jerawat juga.. Semua ni tertulis dalam link di atas..

Ada lagi...... Evening Primrose juga membantu dalam penurunan berat badan.. Bahan di dalamnya mampu membantu untuk membakar kalori.. Tak percaya?? Boleh baca kat link di atas tu..

Tapi......

Pregnancy women tidak disarankan untuk makan.. Sebab tu aku stop makan masa preggy sampai selesai proses gugur dan sampai hcg level dah jatuh bawah dari 1 baru aku start plan nak makan balik Evening Primrose ni..





Aku beli Evening Primrose brand Naturalle ni di Guardian, Aeon Jusco.. Aku beli 2 botol Evening Primrose ni dengan harga RM67.98... 1 botol ada 60 biji.. What?? 2 botol ni below RM70?? Serius ni serius... Berbaloi.. Dan yang penting, softgel yang digunakan adalah HALAL... Kat belakang botol ni ada tulis Gelatin for Softgel: Halal certified Bovine source.. Ada cop halal..

Sehari aku makan 2 biji.. Pagi sebiji dan malam sebiji selepas makan.. Ingat! Selepas makan...

Dengan Evening Primrose ini lah salah satu tips yang aku nak kongsi cara nak tingkatkan fertility dan insyaallah semuanya dengan izin Allah jua..

Next.....

Aku bila dah start try to conceive, aku kurangkan aktiviti minum kopi walaupun kopi itu merupakan salah satu benda yang terlalu aku suka... Aku ni boleh dikatakan gila jugak minum kopi.. Kalau boleh secawan sehari mesti nak minum..

Tapi untuk tingkatkan fertility, aku rela sepenuh jiwa raga dalam seminggu tu cuma minum sekali, dua je.. Tak amalkan dah minum kopi setiap hari..

Aku tukar minum Horlicks sebab Horlicks bagus jugak untuk orang yang nak try to conceive ni sebab Horlicks ada mengandungi Folic Acid dimana penting untuk wanita yang mahu become preggy, dan sedang preggy.. Boleh baca dekat LINK INI... Horlicks banyak sumber Vitamin dan Mineral dan mampu mengurangkan keletihan..





Kesimpulannya... Ini lah pakej meningkatkan fertility yang aku amalkan selama ni.. Alhamdulillah hasil dari banyak baca artikel, baca pandangan orang, buat penilaian, ini lah merupakan set fertility yang paaaaaling murah dan layak untuk student macam aku cuma kena disiplin lebih sikit lah hahaha jangan malas makan Evening Primrose tu dan jangan malas bancuh Horlicks ;p Untuk 1 pack Horlicks (bukan saiz kecil tapi yang saiz sederhana) berharga bawah dari RM9 biasanya.. Dalam RM8++ macam tu.. 

Tahan lama jugak sebab breakfast cuma guna 4-5 sudu besar dan bancuh dengan air panas.. Malam pun macam tu jugak, 4-5 sudu besar sahaja..

Selain tu, boleh jugak amalkan makanan yang mengandungi Folic Acid seperti di bawah ni...

The following foods provide 100–200 micrograms of folate per serving:
  • spinach, 1 cup;
  • ladies’ fingers, half cup
  • asparagus, half cup;
  • lentils, half cup;
  • liver, 1 slice;
  • 11 brussels sprouts;
  • black eyed beans, 4 tbsp;
  • bran flakes, 7 tbsp;
  • wheat germ, 25g / 1oz;
  • medium-sized papaya.

The following foods provide 50–100 micrograms folate per serving:
  • steamed broccoli, 2 spears;
  • large orange;
  • white rice, half cup
  • oatmeal, half cup;
  • kidney beans, half cup;
  • corn on the cob (jagung), 1 large;
  • sunflower seeds, 1 oz.

Other easy, convenient sources include large hard-boiled eggs, tinned salmon and jacket potato. Just remember that the delicate folic acid in foods is destroyed by overcooking, so cook in a covered pan with the minimum amount of boiling water. Try to eat vegetables lightly steamed, microwaved or raw.

http://www.babycenter.com.my/a476/why-you-need-folic-acid#ixzz2cdGr9Pte

Sumber credit kepada: babycenter.com.my


Perkongsian berdasarkan pengalaman peribadi sebab bukan semua orang mampu beli set tertentu untuk tingkatkan fertility.. So the best way untuk help people yang nak tingkatkan fertility melalui pemakanan yang mudah didapati di mana jua even kedai runcit biasa pun ada jual Horlicks dan mana-mana farmasi ada jual Evening Primrose.. Ini cadangan aku dan pandangan peribadi aku hehe.. At least pernah berjaya walaupun kecundang ditengah jalan (2 month++) but it's okay.. I'm on my way for the 2nd time nak try to conceive... But everything is with Allah's will.. Semuanya ketentuan Dia dan kita harus berusaha tanpa putus asa...Betul tak? 


Stay healthy semua!!!!!




Terima kasih..

Monday, August 19, 2013

Ini Bukan Open House...

Assalam...



Agenda ni sebenarnya dah plan lama... Start dari puasa lagi, plan nak ajak kawan-kawan husband buka puasa kat rumah masa Ramadhan hari tu.. Biasa lah nama pun planning dan tak semuanya menjadi hehe..

Kebetulan baru-baru ni, kawan-kawan husband ramai yang ajak kami berdua datang beraya kat rumah mereka.. Meriah!!! Macam-macam menu mak diorang masak.. Terkenyang sentiasa perut ni sepanjang round semua rumah sebab semua rumah ada makanan..

Bila difikirkan balik... Masa ni lah kami patut jalankan misi yang tertunda sejak Ramadhan hari tu... Misi menjemput kawan-kawan husband datang rumah kami..

Husband suruh goreng mee je tapi aku tak setuju sebab goreng mee tu satu perkara biasa.. Mesti kita nak kan satu kelainan bila orang datang rumah kita.. Lagi pun, ini kan raya... Kena lah ada menu spesial untuk dihidangkan kepada tetamu..

Google punya google.. Dapat idea nak buat Mee Kari hehe.. Hasilnya.........




Berdebar-debar nak bagi tetamu makan Mee Kari yang 1st time dimasak seumur hidup... Spesial sangat lah tu kan... 1st time pulak tu hahaha...

Bila tetamu tanya, "Masak sendiri ke?"... Aku jawab, "Masak sendiri sebab itu je yang termampu..".. Pastu aku sengih je malu.. 

Resepi Mee Kari ni aku ambil dari Kongsi Resepi qirah75... 

Bezanya kat sini... Resepi asal adalah Mee Kari Udang... Aku buat Mee Kari Ayam.. Lepas tu aku letak serbuk cili dalam Mee Kari aku.. Aku jugak kurang guna santan dan guna susu cair... Komen yang aku dengar dari tetamu, Mee Kari yang aku masak pedas tapi bukan pedas sangat lah.. Aku buat pedas sebab aku suka Mee Kari yang pedas.. Kalau Mee Kari tu tak pedas macam tak best pulak...




Ini lah rupanya kuah Mee Kari aku.. Nampak macam slow sikit warna dia.. Tak berapa nak merah sangat tapi pedas.. Mee Kari ni benda paling penting adalah kuahnya.. Kepada yang nak try resepi ni boleh klik kat link di atas tu..

Sambil lepak makan Mee Kari, ada yang sembang, ada yang tengok tv... Gitu gini meriah lah malam tu... Seronok tengok kawan-kawan husband datang... Tak lupa jugak aku sempat jemput sorang kawan Poli... BFF jugak lah masa Poli hehe.. Dia pun datang berdua dengan husband, kebetulan BFF tu datang rumah sambil bawak perut yang besar hehe (tak sabar nak tunggu anak buah baru ni lahir)...

Sebelum nak tutup entri ni... Abah kata, orang Arab suka jamu tetamu makan kat rumah mereka terutama bulan Ramadhan sebab dapat bonus 3 in 1...

1. Tetamu yang datang rumah membawa rahmat..
2. Tetamu yang pulang membawa keluar dosa ahli dalam rumah 
3. BONUS RAMADHAN: Beri makan pada orang yang berpuasa kan dapat pahala seperti orang tersebut berpuasa tanpa berkurang walau sedikit pun..

Alhamdulillah selesai sudah semuanya... Of course kami berdua happy sangat malam tu hehe...


My Lunch For Today.....


Terima kasih..

Thursday, August 15, 2013

Popia Simpul dan Kulit Popia Sira Sambal..

Assalam..


Raya ke-5 husband dah mula kerja.. Tak ada cuti panjang sebab nak simpan cuti untuk agenda lain.. Aku yang masih lena dibuai cuti semester ni pun mula lah memikirkan aktiviti terbaru untuk hilangkan bosan..

Kebetulan ada beli kulit popia cuma tak tahu nak buat apa dengan kulit popia tu.. Akhirnya aku pun google lah resepi yang menggunakan kulit popia... 

Google punya google... Jumpa 2 jenis resepi ni... 


POPIA SIMPUL




KULIT POPIA SIRA SAMBAL


2 gambar kat atas tu adalah hasil terakhir dari aku... Alhamdulillah menjadi jugak lah walaupun 1st time mencuba hehe...

Tu lah kan... Bila tak ada oven nak membakar kek dan kuih, carik alternatif guna pengukus... Tapi kalau dah pengukus pun tak ada.. Kena lah cari alternatif buat kerepek guna kuali je hehe... Janji buat hilang bosan kat rumah... Tak ada lah rasa buang masa..

So, entry kali ni jom aku share resepi.. 


POPIA SIMPUL


Bahan-bahan:

Kulit popia
Udang kering/ serunding daging dsb
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1. Untuk kulit popia yang bersaiz empat segi tepat yang besar tu... Jangan lupa potong 4 dulu...




2. Lepas tu letak lah inti udang kering yang dah dikisar atau serunding kat atas kulit popia..





3. Kemudian... Gulung ikut arah anak panah merah tu dan ikat simpul... 

4. Goreng dalam minyak panas.. SIAP!!






KULIT POPIA SIRA SAMBAL


Bahan-bahan:


Kulit popia:

1 packet kulit popia
Tepung gandum 
Beberapa sudu air
Minyak untu menggoreng


Sambal untuk sira: 

1 biji bawang besar (kisar halus)
4 ulas bawang putih(kisar halus)
20 tangkai biji kering (tangkai ke?? biji? apa-apa jelah kot hehe) (kisar halus)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula wajib secukup rasa (sira sambal harus manis!!)
Bijan (yang disangai atas kuali tanpa minyak tau...)
Kacang tanah (digoreng) atau Ikan bilis (digoreng) adalah optional..
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1. Bancuh tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam...
2. Gulungkan kulit popia dan gamkan guna bancuhan tepung tadi..
3. Siap semua kulit popia digulung... Gunting bentuk serong macam kuih gunting...
4. Gorengkan kulit popia sehingga kekuningan dan garing..
5. Kurangkan minyak di dalam kuali.. Siap untuk buat sambalnya pulak...
6. Tumis bahan yang dikisar.. Pastikan cili masak..
7. Lepas tu masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.. Kacau rata...
8. Kalau ada lebihan minyak dalam sambal, boleh lah sauk dan ketepikan..
9. Bila sambal dah masak sepenuhnya... Rasa sambal pun dah okay.. Dah cukup manisnya.. Boleh tutup api dan masukkan kulit popia yang digoreng tadi ke dalam sambal.. Gaul rata...
10. Tabur kacang tanah yang digoreng, tabur ikan bilis yang digoreng dan tabur jugak bijan.. Gaul rata...
11. Simpan di dalam bekas kedap udara...





Kos nak buat eksperimen ni murah je.. Nak buat pun senang.. Boleh lah hidang untuk raya ni.. Nak buat jajan kunyah-kunyah dalam kereta on the way balik kampung time weekend pun okay jugak ni.. 

Itu lah dia 2 resepi yang terhasil akibat kebosanan yang melanda... Kepada yang baca entry ni boleh lah mencuba...



Sebelum nak tutup entry resepi kali ni... Nak jugak tepek gambar laki bini ni hahaha.. Dah kena start masak dinner sebab husband balik je mesti dia dah check dinner dia dah siap ke belum.. Menu dinner hari ni??? Kueh teow goreng jer...


Babai.... Terima kasih.....

Rasa bersalah kalau tak buat......

Assalam..


Tak ada idea nak letak tajuk apa hehe.. Blur sekejap lepas lama tak update apa-apa kat blog.. Jangan kata update, jengah sekejap pun tidak... Sibuk beraya lah kononnya..

So.. Untuk memanaskan semula aktiviti blogging ni.. Aku nak share isi hati dan perasaan ni.. Hehehe..

Baru je sekejap tadi aku berjaya menyerahkan semua kotak, tin, kertas, botol plastik dan barang elektrik yang rosak kepada uncle surat khabar lama.. Dah berhari-hari menunggu kedatangan uncle ni tapi baru hari ni berjaya menghentikan lori mereka... Fuuhh!!! 

Sebenarnya aku memang kaki kitar semula.. Rasa bersalah kalau buang botol plastik, tin sardin, tin susu, kertas-kertas pamphlet, kotak-kotak kosong ke dalam tong sampah yang bercampur dengan isi perut ikan, lemak ayam dan sisa lebihan makanan..

Aku dianugerahkan kesedaran ni semenjak kecil kerana Abah bekerja sebagai waste management dari umur aku 8 tahun sampai lah umur aku dah nak masuk 25 tahun ni.. Bayangkan berapa belas tahun minda aku dah dibasuh dengan bab menguruskan sampah..

Masa duduk dengan parents, memang lah berlonggok barang kitar semula dalam rumah.. Semuanya menunggu masa untuk dikitar semula.. Biasanya Umi yang akan cuci dan keringkan botol dan tin sebelum hantar kitar semula.. Kiranya bersih lah barang kitar semula tu.. Kalau lah Umi ternampak kiteorang main buang je barang kitar semula dalam tong sampah... Mau ada yang kena marah hehe..

Itu zaman duduk dengan parents lah.. Bila dah start duduk rumah sewa sendiri.. Aku pulak train kawan-kawan serumah sewa untuk sama-sama kitar semula macam aku.. Aku sediakan beg plastik besar untuk kawan-kawan buang tin, botol dan kertas dalam tu hehe..

Satu hari tu... Aku ternampak tong sampah kitar semula kat faculty.. Ya Allah happynya aku rasa sebab aku tak perlu buang tin minuman dalam tong sampah biasa.. Aku boleh buang tin minuman di dalam tong yang sepatutnya.. Yahoo!!!!!

Nak mulakan kitar semula ni memang kena ada disiplin yang tinggi sebab kalau ikut malas, memang kita buang je barang kitar semula dalam tong sampah yang bercampur sisa makanan dan pampers baby.. 

Tapi bila kita fikir panjang.....................

Kita tahu sebenarnya kita kitar semula ni untuk kemudahan generasi yang akan datang.. Masa depan untuk dikongsi bukan untuk dimiliki...

Contohnya macam generasi dulu bersusah-payah nak memerdekakan negara dan secara tak langsung telah memberikan kesenangan dan kemudahan untuk kita iaitu generasi sekarang.. Kita pulak.. Apa sumbangan kita untuk generasi akan datang?? Ha... Paling mudah, kitar lah semula... Hehe..

Aku tak kisah pun uncle surat khabar lama tu bagi berapa ringgit sebagai bayaran barang kitar semula yang aku kumpul tu... Yang paling penting adalah aku jalankan tanggungjawab mengitar semula barang buangan dan rumah aku bersih..

Kalau kita mulakan dari sekarang, nanti kita train anak-anak pulak untuk kitar semula.. Bila diorang dah besar, diorang pulak ajar kawan-kawan untuk kitar semula.. Lama-lama semua orang kitar semula.. 

Semoga kesedaran untuk mengitar semula ada pada kita semua... Ameen...


Terima kasih....

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3