Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, August 15, 2013

Popia Simpul dan Kulit Popia Sira Sambal..

Assalam..


Raya ke-5 husband dah mula kerja.. Tak ada cuti panjang sebab nak simpan cuti untuk agenda lain.. Aku yang masih lena dibuai cuti semester ni pun mula lah memikirkan aktiviti terbaru untuk hilangkan bosan..

Kebetulan ada beli kulit popia cuma tak tahu nak buat apa dengan kulit popia tu.. Akhirnya aku pun google lah resepi yang menggunakan kulit popia... 

Google punya google... Jumpa 2 jenis resepi ni... 


POPIA SIMPUL




KULIT POPIA SIRA SAMBAL


2 gambar kat atas tu adalah hasil terakhir dari aku... Alhamdulillah menjadi jugak lah walaupun 1st time mencuba hehe...

Tu lah kan... Bila tak ada oven nak membakar kek dan kuih, carik alternatif guna pengukus... Tapi kalau dah pengukus pun tak ada.. Kena lah cari alternatif buat kerepek guna kuali je hehe... Janji buat hilang bosan kat rumah... Tak ada lah rasa buang masa..

So, entry kali ni jom aku share resepi.. 


POPIA SIMPUL


Bahan-bahan:

Kulit popia
Udang kering/ serunding daging dsb
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1. Untuk kulit popia yang bersaiz empat segi tepat yang besar tu... Jangan lupa potong 4 dulu...




2. Lepas tu letak lah inti udang kering yang dah dikisar atau serunding kat atas kulit popia..





3. Kemudian... Gulung ikut arah anak panah merah tu dan ikat simpul... 

4. Goreng dalam minyak panas.. SIAP!!






KULIT POPIA SIRA SAMBAL


Bahan-bahan:


Kulit popia:

1 packet kulit popia
Tepung gandum 
Beberapa sudu air
Minyak untu menggoreng


Sambal untuk sira: 

1 biji bawang besar (kisar halus)
4 ulas bawang putih(kisar halus)
20 tangkai biji kering (tangkai ke?? biji? apa-apa jelah kot hehe) (kisar halus)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula wajib secukup rasa (sira sambal harus manis!!)
Bijan (yang disangai atas kuali tanpa minyak tau...)
Kacang tanah (digoreng) atau Ikan bilis (digoreng) adalah optional..
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1. Bancuh tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam...
2. Gulungkan kulit popia dan gamkan guna bancuhan tepung tadi..
3. Siap semua kulit popia digulung... Gunting bentuk serong macam kuih gunting...
4. Gorengkan kulit popia sehingga kekuningan dan garing..
5. Kurangkan minyak di dalam kuali.. Siap untuk buat sambalnya pulak...
6. Tumis bahan yang dikisar.. Pastikan cili masak..
7. Lepas tu masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.. Kacau rata...
8. Kalau ada lebihan minyak dalam sambal, boleh lah sauk dan ketepikan..
9. Bila sambal dah masak sepenuhnya... Rasa sambal pun dah okay.. Dah cukup manisnya.. Boleh tutup api dan masukkan kulit popia yang digoreng tadi ke dalam sambal.. Gaul rata...
10. Tabur kacang tanah yang digoreng, tabur ikan bilis yang digoreng dan tabur jugak bijan.. Gaul rata...
11. Simpan di dalam bekas kedap udara...





Kos nak buat eksperimen ni murah je.. Nak buat pun senang.. Boleh lah hidang untuk raya ni.. Nak buat jajan kunyah-kunyah dalam kereta on the way balik kampung time weekend pun okay jugak ni.. 

Itu lah dia 2 resepi yang terhasil akibat kebosanan yang melanda... Kepada yang baca entry ni boleh lah mencuba...



Sebelum nak tutup entry resepi kali ni... Nak jugak tepek gambar laki bini ni hahaha.. Dah kena start masak dinner sebab husband balik je mesti dia dah check dinner dia dah siap ke belum.. Menu dinner hari ni??? Kueh teow goreng jer...


Babai.... Terima kasih.....

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3