Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, August 15, 2013

Rasa bersalah kalau tak buat......

Assalam..


Tak ada idea nak letak tajuk apa hehe.. Blur sekejap lepas lama tak update apa-apa kat blog.. Jangan kata update, jengah sekejap pun tidak... Sibuk beraya lah kononnya..

So.. Untuk memanaskan semula aktiviti blogging ni.. Aku nak share isi hati dan perasaan ni.. Hehehe..

Baru je sekejap tadi aku berjaya menyerahkan semua kotak, tin, kertas, botol plastik dan barang elektrik yang rosak kepada uncle surat khabar lama.. Dah berhari-hari menunggu kedatangan uncle ni tapi baru hari ni berjaya menghentikan lori mereka... Fuuhh!!! 

Sebenarnya aku memang kaki kitar semula.. Rasa bersalah kalau buang botol plastik, tin sardin, tin susu, kertas-kertas pamphlet, kotak-kotak kosong ke dalam tong sampah yang bercampur dengan isi perut ikan, lemak ayam dan sisa lebihan makanan..

Aku dianugerahkan kesedaran ni semenjak kecil kerana Abah bekerja sebagai waste management dari umur aku 8 tahun sampai lah umur aku dah nak masuk 25 tahun ni.. Bayangkan berapa belas tahun minda aku dah dibasuh dengan bab menguruskan sampah..

Masa duduk dengan parents, memang lah berlonggok barang kitar semula dalam rumah.. Semuanya menunggu masa untuk dikitar semula.. Biasanya Umi yang akan cuci dan keringkan botol dan tin sebelum hantar kitar semula.. Kiranya bersih lah barang kitar semula tu.. Kalau lah Umi ternampak kiteorang main buang je barang kitar semula dalam tong sampah... Mau ada yang kena marah hehe..

Itu zaman duduk dengan parents lah.. Bila dah start duduk rumah sewa sendiri.. Aku pulak train kawan-kawan serumah sewa untuk sama-sama kitar semula macam aku.. Aku sediakan beg plastik besar untuk kawan-kawan buang tin, botol dan kertas dalam tu hehe..

Satu hari tu... Aku ternampak tong sampah kitar semula kat faculty.. Ya Allah happynya aku rasa sebab aku tak perlu buang tin minuman dalam tong sampah biasa.. Aku boleh buang tin minuman di dalam tong yang sepatutnya.. Yahoo!!!!!

Nak mulakan kitar semula ni memang kena ada disiplin yang tinggi sebab kalau ikut malas, memang kita buang je barang kitar semula dalam tong sampah yang bercampur sisa makanan dan pampers baby.. 

Tapi bila kita fikir panjang.....................

Kita tahu sebenarnya kita kitar semula ni untuk kemudahan generasi yang akan datang.. Masa depan untuk dikongsi bukan untuk dimiliki...

Contohnya macam generasi dulu bersusah-payah nak memerdekakan negara dan secara tak langsung telah memberikan kesenangan dan kemudahan untuk kita iaitu generasi sekarang.. Kita pulak.. Apa sumbangan kita untuk generasi akan datang?? Ha... Paling mudah, kitar lah semula... Hehe..

Aku tak kisah pun uncle surat khabar lama tu bagi berapa ringgit sebagai bayaran barang kitar semula yang aku kumpul tu... Yang paling penting adalah aku jalankan tanggungjawab mengitar semula barang buangan dan rumah aku bersih..

Kalau kita mulakan dari sekarang, nanti kita train anak-anak pulak untuk kitar semula.. Bila diorang dah besar, diorang pulak ajar kawan-kawan untuk kitar semula.. Lama-lama semua orang kitar semula.. 

Semoga kesedaran untuk mengitar semula ada pada kita semua... Ameen...


Terima kasih....

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3