Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, June 30, 2014

Ber'Photo Shoot' di Masjid Selat Melaka

Assalamualaikum



Dua hari yang lepas, si Angah (adik perempuan aku) ajak keluar pergi jalan kat Bandar Melaka.. Mak Bonda yang sorang ni dah mula bosan duduk pantang kat rumah hahaha..

Bila doctor kata badan dia dah okay, terus dia ajak aku pergi ke sana ke sini lalu tercetus lah idea untuk berjalan ke Bandar Melaka..

Alhamdulillah baby dia tak meragam.. Kalau uwek uwek uwek pun, sekadar minta perutnya diisi dengan susu je.. Most of the time, baby dia duduk dengan sopan dalam stroller sambil sibuk cuci mata..

Baby zaman sekarang cerdik betul!! 

Sebelum mulakan perjalanan, kami singgah solat di Masjid Selat, Melaka.. Dah alang-alang sampai situ, kami pun ber'photo shoot' lah..

Aku ni pun dah lama sangat tak snap snap snap gambar orang.. Dulu masa belajar kat U, siap lah kawan-kawan aku semua jadi modelnya hahahaha.. 

Kerana minat dengan dunia fotografi, akhirnya aku telah pun bekerja..

YahOooooOooo!!!!!!!

Aku kini menjadi salah seorang staff RD THREE D Creative.. Syukur alhamdulillah..

RD THREE D Creative ni menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan fotografi.. Namun begitu, kami utamakan fotografi berbentuk 3 Dimensi atau singkatannya 3D..

Gambar 3D yang selalu kita lihat di Malaysia ni, gambar 3D imej bunga, Kaabah, Masjid Nabawi, haiwan or kartun.. Betul tak??

Gambar 3D sebegitu kita sebut sebagai "Mass Production"

  1. Mass production is the production of large amounts of standardized products, including and especially on assembly lines.
Mass Production akan hasilkan beribu-ribu imej yang sama.. 

Tetapi.. RD THREE D Creative pula menghasilkan gambar 3D secara 

  1. CUSTOM MADE : made to a particular customer's order.


RD THREE D Creative sediakan 2 pilihan untuk para pelanggan:

1. Kami sedia memproses gambar 2D menjadi gambar 3D dengan kadar harga serendah RM 130.00 dan ke atas.

Hanya perlu emailkan sahaja gambar 2D (gambar asal yang mahu dijadikan gambar 3D) ke rd3d.main @gmail.com dan kami akan reply email anda dengan segera.


2. Walk in ke studio kami yang bakal dibuka tidak lama lagi di alamat

No.32, Jalan KF 2, Kota Fesyen, Mitc, Ayer Keroh, Melaka

Untuk gambar 3D secara walk in, kadar harga adalah tetap iaitu hanya RM 130.00 sahaja. 


3. Boleh meminta team kami hadir ke tempat anda seperti majlis perkahwinan, majlis aqiqah, majlis konvokesyen universiti atau pun outdoor photo shoot di lokasi pilihan anda sendiri (pre wedding service tidak disediakan).

Caranya, hanya email sahaja sebarang pertanyaan kepada kami di rd3d.main@gmail,com dan kami akan reply dengan segera. 


Gambar 3D pelanggan yang telah siap diproses akan kami serahkan secara pos atau pelanggan boleh hadirkan diri ke studio kami untuk self pick-up.

Untuk pengetahuan semua, RD THREE D Creative merupakan syarikat pertama di MALAYSIA yang menjual perkhidmatan 3D secara custom made!!!

Cuba bayangkan gambar perkahwinan anda, potret keluarga anda diabadikan dalam bentuk 3 Dimensi.. Pasti lebih menarik dan tertarik untuk dilihat berulang kali kerana kesan 3D nya sangat jelas dan ketara..

Insyaallah, kami akan adakan soft launching untuk hari pembukaan studio.. Yeayyy!!! Buat masa ni studio masih dalam proses pengubahsuaian dan dijangka akan siap pada pertengahan Ramadhan ini.. Insyaallah..

So bawah ni ada gambar photo shoot Baby Anas dan family hahaha by ME!! Tak sabar nak jemput semua orang ke studio kami sebab kami ada sediakan gallery gambar 3D.. Kalau saja nak datang tengok gambar kat gallery pun boleh.. Kalau nak walk in ke studio kami pun boleh.. 









Terima Kasih



Tuesday, June 17, 2014

Anniversary KEDUA 16/06/2014

Assalamualaikum..


Alhamdulillah ketika Aisya turns 1, kami pulak turns 2 pada 16/06/2014.. 

Marriage is not about counting years yang kami dah lalui tapi  how to maintain everything yang kami start from the beginning.. Start perkahwinan ni masa start umur masing 23 years old ++ dan hari ini kami sudah 25 years old ++.. Getting older hahaha..

Anniversary kali ni kami sambut ikut suka dan tak ada specific date.. Hahaha tapi sebenarnya hari-hari adalah hari yang indah cuma sesekali kita anggap hari yang tertentu tu sebagai hari paling indah dan tak dapat dilupakan, sure kita jadi extra happy.. 

13/06/2014 - 14/06/2014

So, masa husband outstation kat Segamat 13/06 - 14/06, aku ikut sekali dan kami check in Hotel Kop Town bersebelahan dengan One Segamat.. Ini permulaan kepada mood nak sambut anniversary walaupun tujuan asal check in hotel sebab husband ada kerja hahahaha..








Sepanjang kat Segamat tu kami act like couple yang datang bercuti.. Letih juga bersesat-sesat kat Segamat ni.. Sesat cari hotel lepas tu tak tahu kat mana nak makan.. Kawan bagi suggestion makan kat tempat best pun kami tak berani nak pergi sebab takut bertambah sesat lagi..

Akhirnya dinner kat Old Town dalam shopping One Segamat.. Itu pun terkial-kial nak pilih menu sebab kami memang tak biasa makan kat Old Town dan tak tahu apa yang paling best kat sini.. Memandangkan perut dah lapar sangat, kami order je kopi panas, kopi ais, grill chicken with mushroom sauce (gambar atas tu) dan chicken chop with black paper sauce (tiada dalam gambar)..


15/06/2014

Siangnya husband pergi kerja macam biasa dan aku pun kat rumah rutin macam biasa.. Tiba-tiba husband whatsapp ajak keluar.. Katanya nak celebrate anniversary kami hehehe..

Aku pun pilih baju yang paaaalingg the best lah dan of course yang the best tu dari ANNADARLING hahaha..

Malam tu kami habiskan masa di AliBaba Karaoke kat Giant Tampoi.. Banyak lagu nasihat kepada isteri je yang husband nyanyi.. Hahaha aku pulak pilih lah lagu Thousand Years (lupa nama penyanyi), Whenever You Call by Mariah Carey...





Selesai sumbangkan suara dan alas perut dengan kudapan yang dihidangkan, kami terus menuju ke sebuah restoran baru di JB..

Restoran tu diberi nama BIG FOOD di Taman Nong Chik bersebelahan Kedai Gunting Rambut Ravi..

Sebelum datang ke sini, aku dah baca beberapa review berkenaan restoran ni di mana restoran menyediakan makanan dalam portion yang besar dan banyak.. So, kepada yang tak biasa makan dalam portion yang besar, better share jelah hehehe..

Malam tu kami pilih menu Sloppy Jane iaitu girlfriend kepada Sloppy Joe hahaha.. Biasanya kita dengar nama makanan Sloppy Joe tapi tidak Sloppy Jane.. So, aku pilih Sloppy Jane..


Decoration meja yang simple dan menenangkan

Sloppy Jane.. Garlic bread, minced meat sauce, french fries dan sausage slice..
Yummmyyyyy...

Ini buku menu Big Food.. Simple!


Makan Sloppy Jane berdua sudah cukup mengenyangkan perut kami.. Mungkin sebab kami dah alas perut kat AliBaba Karaoke hehehe.. Tapi ada satu benda lagi yang menarik perhatian aku.. Dessert kat Big Food ni up to date dan sedap-sedap.. So, aku pilih Congo Bars untuk dijadikan pencuci mulut..

Aku dah simpan lama resepi Congo Bars dalam handphone cuma tak berkesempatan nak buat.. Dapat makan Congo Bars kat Big Food pun seronok jugak.. Kalau sedap, lepas ni boleh terus buat hehe..

Air pulak kami pilih hot ginger milk tea (dihidangkan dalam mug bersaiz besar) dan ice lemon tea (dalam gelas bersaiz besar juga).. Aku suka betul dengan ginger milk tea Big Food ni.. Terasa dia punya ginger.. Memang best sangat!!


Hello Congo Bars!!!





Dari segi harga makanan kat Big Food ni affordable.. Sesuai lah dengan portion yang banyak.. Dari sudut kesedapan pulak, memang sedap dan aku terasa nak datang lagi sebenarnya hahaha.. Nak rasa dessert yang lain pulak..

Staff kat Big Food serve makanan dengan pantas dan cepat.. Tak sempat nak layan handphone lama-lama, tup tup makanan dah pun dihidangkan hehehe.. Selalunya kalau sempat main handphone lama-lama maknanya restoran tu serve makanan lambat..

Aku bagi 9/10 stars untuk Big Food.. Insyaallah akan kembali lagi ke sini dan berbaloi lah husband ajak celebrate anniversary kat sini hehehe..

Kalau ada sesiapa yang tengah tercari-cari tempat makan best kat JB, sila lah ke Big Food.. Anda pasti suka dengan suasana restoran ni yang simple dan menenangkan.. 


Terima kasih..

Aisya Humaira Turns 1

Assalamualaikum..


Entry kali ni aku nak cerita tentang Aisya Humaira je sebab entry khas sempena usia Aisya masuk 1 tahun pada 16/06/2014.. Yeayyyy!!! 

HAPPY BIRTHDAY AISYA!!!





Gambar atas tu masa umur Aisya baru 6 bulan.. Chubby dan sangat best dibuat peluk hehehe.. Gambar-gambar ni aku pernah letak dekat entry yang ada kaitan dengan Aisya..

Untuk yang tak tahu siapa Aisya ni.. Aisya anak kepada sepupu aku.. Dia ni cucu + cicit sulung dalam keluarga sebelah Abah.. 

Baru-baru ni Abah dan Umi Aisya jemput kami ke majlis doa selamat dan BBQ sempena hari lahir Aisya yang PERTAMA..

Aku dan husband sebenarnya dah hantar mesej kat Umi Aisya yang kami tak dapat nak join sebab ada urusan lain kat Segamat.. Tapi... Akhirnya kami tukar fikiran.. Settle je urusan kat Segamat, kami terus pecut balik kampung Alor Gajah untuk join majlis Aisya..




Kami juga sempat grab hadiah untuk Aisya kat One Segamat.. Rambang mata nak shopping hadiah budak kecik ni hahahaha.. Aku yang excited memilih permainan untuk Aisya..

Memandangkan aku minat baking.. So, aku pun hadiahkan Aisya kitchen set warna pink.. Mungkin usia Aisya ni tak sesuai lagi main masak-masak tapi tak apa kot kalau didedahkan awal permainan macam ni hahaha.. Umi Aisya boleh guide ^_^




Sampai je aku kat kampung, diorang semua tengah panaskan tempat BBQ.. Husband terus join sepupu-sepupu lelaki aku kat luar.. Aku pulak terus masuk rumah mencari birthday girl hehehe.. Aku yang over excited nak buat penyerahan hadiah dan sudah tentu Aisya tak nampak teruja sebab dia kecik lagi.. Hahaha.. Kalau dia dapat hadiah seguni pun muka dia relax je hahahaha sebab dia belum faham tapi itu tak bermakna kita tak boleh hadiahkan something untuk anak kecik ni..

Seronok sesekali ada aktiviti macam ni kat kampung sebab masa ni lah kita nak jumpa cousin yang entah setahun berapa kali je dapat jumpa.. Masa ni lah nak sembang panjang sampai rasa tak nak balik rumah huhuhuhu...






Ni Kebab yang Abah buat... Memang Yummyy!!! 







Dalam pada aku excited menghadiahkan Aisya kitchen set.. Aku lupa ada seorang lagi baby kat kampung.. Si Safiyyah (cousin yang paling bongsu) ni baru je masuk 3 tahun.. Of course lah dia nampak kitchen set tu, dia yang excited usung hadiah Aisya ke sana ke mari dan mengaku tu hadiah dia hahaha..

Memang funny dan comel sangat tengok gaya Safiyyah mengusung kitchen set.. Tak nak lepas langsung.. Sorry Safiyyah Kak Long lupa sangat kat awak.. Huhuhu.. I'm so sorry dear!.. Next time Kak Long bagi kitchen set version lain pulak ya..









Tu dia Aisya gigit sudip hehehe.. Dari first day dia dapat hadiah tu, dia memang suka sangat pegang sudip.. 

HAPPY COOKING AND BAKING CHEF AISYA!!!

Mak Long Fiya and Pak Long Fiya love you so much!!!


Terima kasih..

Tuesday, June 10, 2014

School Holiday May-June 2014:

Assalamualaikum..


Adik aku ada 2 orang lagi yang masih bersekolah..

Adik No.2: Lepas habis belajar kat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dia terus kerja kat HUKM sebagai nurse kat bahagian operation theater..

Adik No.3: Selesai je belajar di German Malaysian Institute (GMI) dia terus masuk training kerja kat kilang area Melaka dan akhirnya diserap masuk jadi pekerja kat situ.. Dia ni working hard!! Susah gila nak jumpa dia kat rumah..

Adik No.4: Belajar kat Politeknik Merlimau Melaka.. Kiranya dia junior junior junior junior junior..... aku! Hahaha.. Tapi dia ni ambik course engineering.. Aku ambil accounting..

Adik No.5: Tahun ni nak SPM.. Dia ni lah aku angkut bawak naik bas balik JB..

Adik No.6: Ni pulak exam apa entah tahun ni.. Tak paham aku.. PMR mansuh.. PBS pun tak jadi.. Exam apa entah tahun ni dia ambik.. Dia ni pun aku angkut jugak naik bas sama-sama dengan adik no.5.. Weeeee!!!!!!!

*Along diorang ni je yang baru habis belajar dan belum kerja secara full time.. Wuuuu...


Adik-adik aku duduk JB selama 5 hari 4 malam.... Lama tuu.. Lama... Aku akan share diari diorang bercuti sekolah kat JB ni.. Mana tau ada readers yang nak bercuti kat JB ni kan.. Boleh lah ambil sikit experience melalui pembacaan..


JUMAAT (30 Mei 2014)

Kami bertiga naik bas KKKL dari Melaka Central dan turun di Sri Putri, Skudai.. Alhamdulillah sampai jam 6.30 petang.. Masa tu belum solat Asar lagi.. So, husband bawa aku dan adik-adik solat kat Petronas Taman Impian Emas.. Kami solat Qasar je dua rakaat.. 



Muka penat dan berminyak.. Errkk


Perut kami memang totally lapar sangat.. Aku cadangkan husband bawa kami semua makan malam di Taman Munshi Ibrahim.. Makan grill chicken chop RM8 dan fish & chips RM 6.. Yummy!!!



Sambil tunggu order sampai, kami makan otak-otak..

Grill chicken chop ni memang sedap tapi aku tak dapat nak
habiskan.. So, bakinya goes tooo Mr.Husband!!! Hahaha



Selesai makan, kami semua solat maghrib kat stesen petronas tempat lain pulak.. Cadangnya lepas tu nak pergi karaoke.. Adik-adik aku semua suka menyanyi hehehe.. Masa tu lah masing-masing tunjuk bakat dan saling gelakkan diri masing-masing hahahahaha.. Memang fun!!!

Penat tunjuk bakat.. Kami singgah Bazar Karat kat Jalan Segget.. Aku teringin nak makan mee siput RM 1 kat situ.. Sedapnya.. Mee siput siap disapukan sambal tumis ikan bilis.. Double happiness lah malam tu hahaha... 

Sambalnya pedas.. Kami basuh mulut dengan ais-krim goyang pulak.. RM 1 sebatang.. Ramai jual ais-krim goyang kat Bazar Karat.. Macam-macam perisa ada.. Strawberry, coklat, asam boi..





Bila masing-masing dah penat... Kami pun balik rumah.. Of course lah boys dua orang ni tak tidur awal.. Diorang sibuk tengok movie pulak.. 


SABTU (31 Mei 2014)

Pagi ni kami breakfast kat Hutan Bandar JB.. Tempat yang aku dan husband paling suka untuk sarapan sebab banyak pilihan makanan, view yang banyak pokok.. Selesa nak sarapan dan sedap mata memandang hehe..

Setiap kali nak sarapan kat sini, aku dan husband aim nak makan Mee Kolok.. Tapi setiap kali kami datang, gerainya tak dibuka.. Setahun lebih dah aku tak makan Mee Kolok ni.. Mungkin time kami datang tak kena masa kot..

Tapi hari tu.. Rezeki kami.. Gerai tu buka.. Apa lagi... Masing-masing order lah Mee Kolok.. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk makan Mee Kolok by Atira Eatery kat Hutan Bandar (highly recommended.. pergi lah makan kat situ.. sedap!)


Terliur ke tidak? Hahaha.. RM 5 semangkuk..

First time nak rasa Mee Kolok..

Happy husband dengan Mee Koloknya.. Yeayy

Baby Abah ni makan roti canai pisang.. Sedap tau
roti canai pisang kat Hutan Bandar ni..


Selesai bersarapan.. Kawan husband ajak photo shoot kat Hutan Bandar.. Kami pun berjalan-jalan lah dalam Hutan Bandar sambil photo shoot gambar kawan husband.. Saja suka-suka..

Dulu masa kami kecik-kecik, Abah selalu bawa kami breakfast dan mandi kat swimming pool Hutan Bandar.. Best sebab FREE hahahaha.. So, siapa ada anak-anak kecik pastu cadang nak bawak diorang mandi kat pool, boleh lah bawak baju spare hehehe..



Johorean!!!



Perut masing-masing dah kenyang sebenarnya.. Tapi gara-gara cuaca agak panas hari tu, husband ajak pekena coconut shake pulak.. Bila dengar coconut shake, semua jadi haus!! Hahahaha.. Coconut shake ni glamour jugak.. Kat Wonderful World Coconut Shake (google je confirm jumpa punya)..


Pertama kali minum coconut shake ada gula merah hehehe



Bertambah kenyang perut kami.. Kami teruskan perjalanan ke Kampung Kongkong Laut, Masai.. Kami ada jemputan perkahwinan ex housemate, ex classmate masa kat U.. Dulu masa aku sakit, Kak Nad antara yang tolong bawa aku pergi hospital.. Kak Nad juga lah antara kawan yang take turn bawa aku pergi check up pregnancy kat Hospital Sultanah Nora Batu Pahat tu.. Terima kasih Kak Nad sebab ada tatkala susah dan senangku!!!





Aku ada habit sejak 2009.. Serius habit.. Aku makan nasi setengah senduk or suku senduk je.. So, setiap kali pergi kenduri kahwin, orang yang beratur belakang aku MESTI buat muka pelik sebab tengok nasi aku sikit sangat.. Aku percaya time kenduri kahwin la masing-masing nak melantak makan banyak.. Tapi aku tak boleh.. 

Mula-mula tu aku assume benda ini adalah "Proses diet sebab nak turunkan berat badan..".. Sekarang dah tahun 2014.. Sudah 5 tahun aku makan nasi banyak tu.. So, kini aku namakan perkara ini sebagai, "Cara hidupku.." Hehehehe.. Aku rasa setahun aku makan nasi penuh satu senduk kurang 10 kali dalam setahun! 

Selesai hadiri majlis Kak Nad, kami ke Johor Premium Outlet pulak.. Saja nak bawak boys ni ambil angin petang kat JPO..




Aku dengan husband tak pernah shopping baju kat sini tapi kami suka beli coklat kat Fidani.. Hehehe.. Ada kisah disebalik kenapa kami suka ke Fidani di JPO..


Husband: Kat papan peta ni ada tulis kedai Fidani.. Fidani tu jual barang apa?

Aku: Coklat!!! Wahhh... Ada Fidani kat JPO!! (Excited)

Husband: Macam mana tau Fidani tu jual coklat?

Aku: Sebab Abah pernah surprise kan Umi dengan coklat Fidani.. (Umi selalu dapat coklat dari Abah)

Husband: Ooo.. Ye ke.. Hehe.. Nak pergi ke?

Aku: Nakk!! (Tapi selalu beli coklat brand lain yang murah je.. Tak pernah lagi beli brand coklat Fidani.. Ukur baju dibadan sendiri even just buying coklat.. Coklat Fidani agak mahal tapi high quality!!)


AHAD ( 1 Jun 2014)

Hari ni husband outstation ke KL.. Kami semua duduk rumah je hehehe.. Lepak tengok TV dan movie..

Malamnya husband sempat bawak balik tahu bakar dan char kuey bakar untuk kami makan malam.. Yummy!!!


ISNIN (2 Jun 2014)

Hari ni kami sarapan simple je sebab husband kerja.. Aku nak drive keliling JB memang tak lah.. Tak berani lagi.. So, aku masak spaghetti bolognese.. Kami ulang-ulang makan dari pagi sampai petang hahaha.. Pedas dan lazat!!




Lepas Asar husband ajak kami semua keluar makan malam kat luar.. Mula-mula tu cadangnya cuma nak ke Jusco Bukit Indah.. Tapi akhirnya husband buat surprise dengan bawa kami makan seafood di tepi laut.. 

Kami ke Kampung Pendas berdekatan Pelabuhan Tanjung Pelepas.. Boys dua orang ni suka sangat.. Diorang sibuk tengok laut, tengok kapal.. Angin lautnya selesa sangat sampai rasa nak tertidur.. Nyaman sungguh petang tu..

Si Zuhair siap cakap, "Bestnya kalau semua orang ada dengan kita sekarang ni.. Makan ramai-ramai kat sini.. Tempat ni best!!"



Menu pilihan.. Kailan goreng, Siakap Stim dengan Udang European Style..

Udang European Style ni memang sedap.. Daun kari tu pun boleh makan
buat lauk.. Manis.. Lain kali kalau teringin, nak suruh Abah masak hehe..

View petang tu..

Makan malam tu dibayar sekali dengan viewnya..



Sambil makan, sambil ambil giliran solat maghrib kat surau yang disediakan.. Surau dan tandas selesa dan bersih.. Servis kat sini pun cepat.. Tak perlu tunggu lama untuk dapat makanan hehehe..
Setel makan dan bayar, kami pun terus balik rumah sebab husband dah letih seharian bekerja..


SELASA (3 Jun 2014)

Hari ni pun aku buat sarapan simple jugak.. Aku buat kuih cara berlauk.. Resepinya aku ikut resepi Mat Gebu hehe.. Walaupun bahan hiasan tak cukup tapi still sedap jugak dan menjadi.. Tengahari boys makan goreng-goreng je.. Instant food semuanya sebab aku tak sihat sangat hari tu..

Malamnya sebelum hantar diorang naik bas KKKL kat Sri Putri, Skudai.. Kami sempat dinner kat Burger King sebab itu je yang cepat dan mengenyangkan hehehe..








Aku suruh boys ni makan banyak-banyak dengan harapan diorang akan kenyang sampai balik Melaka nanti hehehe..


Sepanjang diorang kat JB, itu jelah aktivitinya sebab masa terhad bila big boss kerja hehehe.. Apa-apa pun thank you boss sebab bawa kami makan sedap-sedap.. Kali ni kami juga tak pilih untuk makan kat Dataran sebab ada satu malam tu husband bawak balik tahu bakar dengan char kuey bakar.. Selalunya tempat tu kami serbu dulu tapi kali ni tak haha.. Tukar angin..

Banyak lagi tempat makan yang best kat JB ni.. Tak sempat nak bawak round.. Insyaallah moga Allah murahkan rezeki kami berdua supaya kami dapat buat orang lain jalan-jalan kat JB dan happy sepanjang berada di JB..


Terima kasih ^_^


Jadi kakak untung sebab dapat buat orang lain
happy.. Kita besar dulu dari adik-adik dan kita
ada duit dulu dari adik-adik.. Nanti bila kita dah tua
adik-adik pulak bawak kita jalan-jalan hahahaha..
Oversea pleasee!! Wakakakakaka...

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3