Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, June 10, 2014

School Holiday May-June 2014:

Assalamualaikum..


Adik aku ada 2 orang lagi yang masih bersekolah..

Adik No.2: Lepas habis belajar kat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dia terus kerja kat HUKM sebagai nurse kat bahagian operation theater..

Adik No.3: Selesai je belajar di German Malaysian Institute (GMI) dia terus masuk training kerja kat kilang area Melaka dan akhirnya diserap masuk jadi pekerja kat situ.. Dia ni working hard!! Susah gila nak jumpa dia kat rumah..

Adik No.4: Belajar kat Politeknik Merlimau Melaka.. Kiranya dia junior junior junior junior junior..... aku! Hahaha.. Tapi dia ni ambik course engineering.. Aku ambil accounting..

Adik No.5: Tahun ni nak SPM.. Dia ni lah aku angkut bawak naik bas balik JB..

Adik No.6: Ni pulak exam apa entah tahun ni.. Tak paham aku.. PMR mansuh.. PBS pun tak jadi.. Exam apa entah tahun ni dia ambik.. Dia ni pun aku angkut jugak naik bas sama-sama dengan adik no.5.. Weeeee!!!!!!!

*Along diorang ni je yang baru habis belajar dan belum kerja secara full time.. Wuuuu...


Adik-adik aku duduk JB selama 5 hari 4 malam.... Lama tuu.. Lama... Aku akan share diari diorang bercuti sekolah kat JB ni.. Mana tau ada readers yang nak bercuti kat JB ni kan.. Boleh lah ambil sikit experience melalui pembacaan..


JUMAAT (30 Mei 2014)

Kami bertiga naik bas KKKL dari Melaka Central dan turun di Sri Putri, Skudai.. Alhamdulillah sampai jam 6.30 petang.. Masa tu belum solat Asar lagi.. So, husband bawa aku dan adik-adik solat kat Petronas Taman Impian Emas.. Kami solat Qasar je dua rakaat.. 



Muka penat dan berminyak.. Errkk


Perut kami memang totally lapar sangat.. Aku cadangkan husband bawa kami semua makan malam di Taman Munshi Ibrahim.. Makan grill chicken chop RM8 dan fish & chips RM 6.. Yummy!!!



Sambil tunggu order sampai, kami makan otak-otak..

Grill chicken chop ni memang sedap tapi aku tak dapat nak
habiskan.. So, bakinya goes tooo Mr.Husband!!! Hahaha



Selesai makan, kami semua solat maghrib kat stesen petronas tempat lain pulak.. Cadangnya lepas tu nak pergi karaoke.. Adik-adik aku semua suka menyanyi hehehe.. Masa tu lah masing-masing tunjuk bakat dan saling gelakkan diri masing-masing hahahahaha.. Memang fun!!!

Penat tunjuk bakat.. Kami singgah Bazar Karat kat Jalan Segget.. Aku teringin nak makan mee siput RM 1 kat situ.. Sedapnya.. Mee siput siap disapukan sambal tumis ikan bilis.. Double happiness lah malam tu hahaha... 

Sambalnya pedas.. Kami basuh mulut dengan ais-krim goyang pulak.. RM 1 sebatang.. Ramai jual ais-krim goyang kat Bazar Karat.. Macam-macam perisa ada.. Strawberry, coklat, asam boi..





Bila masing-masing dah penat... Kami pun balik rumah.. Of course lah boys dua orang ni tak tidur awal.. Diorang sibuk tengok movie pulak.. 


SABTU (31 Mei 2014)

Pagi ni kami breakfast kat Hutan Bandar JB.. Tempat yang aku dan husband paling suka untuk sarapan sebab banyak pilihan makanan, view yang banyak pokok.. Selesa nak sarapan dan sedap mata memandang hehe..

Setiap kali nak sarapan kat sini, aku dan husband aim nak makan Mee Kolok.. Tapi setiap kali kami datang, gerainya tak dibuka.. Setahun lebih dah aku tak makan Mee Kolok ni.. Mungkin time kami datang tak kena masa kot..

Tapi hari tu.. Rezeki kami.. Gerai tu buka.. Apa lagi... Masing-masing order lah Mee Kolok.. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk makan Mee Kolok by Atira Eatery kat Hutan Bandar (highly recommended.. pergi lah makan kat situ.. sedap!)


Terliur ke tidak? Hahaha.. RM 5 semangkuk..

First time nak rasa Mee Kolok..

Happy husband dengan Mee Koloknya.. Yeayy

Baby Abah ni makan roti canai pisang.. Sedap tau
roti canai pisang kat Hutan Bandar ni..


Selesai bersarapan.. Kawan husband ajak photo shoot kat Hutan Bandar.. Kami pun berjalan-jalan lah dalam Hutan Bandar sambil photo shoot gambar kawan husband.. Saja suka-suka..

Dulu masa kami kecik-kecik, Abah selalu bawa kami breakfast dan mandi kat swimming pool Hutan Bandar.. Best sebab FREE hahahaha.. So, siapa ada anak-anak kecik pastu cadang nak bawak diorang mandi kat pool, boleh lah bawak baju spare hehehe..



Johorean!!!



Perut masing-masing dah kenyang sebenarnya.. Tapi gara-gara cuaca agak panas hari tu, husband ajak pekena coconut shake pulak.. Bila dengar coconut shake, semua jadi haus!! Hahahaha.. Coconut shake ni glamour jugak.. Kat Wonderful World Coconut Shake (google je confirm jumpa punya)..


Pertama kali minum coconut shake ada gula merah hehehe



Bertambah kenyang perut kami.. Kami teruskan perjalanan ke Kampung Kongkong Laut, Masai.. Kami ada jemputan perkahwinan ex housemate, ex classmate masa kat U.. Dulu masa aku sakit, Kak Nad antara yang tolong bawa aku pergi hospital.. Kak Nad juga lah antara kawan yang take turn bawa aku pergi check up pregnancy kat Hospital Sultanah Nora Batu Pahat tu.. Terima kasih Kak Nad sebab ada tatkala susah dan senangku!!!





Aku ada habit sejak 2009.. Serius habit.. Aku makan nasi setengah senduk or suku senduk je.. So, setiap kali pergi kenduri kahwin, orang yang beratur belakang aku MESTI buat muka pelik sebab tengok nasi aku sikit sangat.. Aku percaya time kenduri kahwin la masing-masing nak melantak makan banyak.. Tapi aku tak boleh.. 

Mula-mula tu aku assume benda ini adalah "Proses diet sebab nak turunkan berat badan..".. Sekarang dah tahun 2014.. Sudah 5 tahun aku makan nasi banyak tu.. So, kini aku namakan perkara ini sebagai, "Cara hidupku.." Hehehehe.. Aku rasa setahun aku makan nasi penuh satu senduk kurang 10 kali dalam setahun! 

Selesai hadiri majlis Kak Nad, kami ke Johor Premium Outlet pulak.. Saja nak bawak boys ni ambil angin petang kat JPO..




Aku dengan husband tak pernah shopping baju kat sini tapi kami suka beli coklat kat Fidani.. Hehehe.. Ada kisah disebalik kenapa kami suka ke Fidani di JPO..


Husband: Kat papan peta ni ada tulis kedai Fidani.. Fidani tu jual barang apa?

Aku: Coklat!!! Wahhh... Ada Fidani kat JPO!! (Excited)

Husband: Macam mana tau Fidani tu jual coklat?

Aku: Sebab Abah pernah surprise kan Umi dengan coklat Fidani.. (Umi selalu dapat coklat dari Abah)

Husband: Ooo.. Ye ke.. Hehe.. Nak pergi ke?

Aku: Nakk!! (Tapi selalu beli coklat brand lain yang murah je.. Tak pernah lagi beli brand coklat Fidani.. Ukur baju dibadan sendiri even just buying coklat.. Coklat Fidani agak mahal tapi high quality!!)


AHAD ( 1 Jun 2014)

Hari ni husband outstation ke KL.. Kami semua duduk rumah je hehehe.. Lepak tengok TV dan movie..

Malamnya husband sempat bawak balik tahu bakar dan char kuey bakar untuk kami makan malam.. Yummy!!!


ISNIN (2 Jun 2014)

Hari ni kami sarapan simple je sebab husband kerja.. Aku nak drive keliling JB memang tak lah.. Tak berani lagi.. So, aku masak spaghetti bolognese.. Kami ulang-ulang makan dari pagi sampai petang hahaha.. Pedas dan lazat!!




Lepas Asar husband ajak kami semua keluar makan malam kat luar.. Mula-mula tu cadangnya cuma nak ke Jusco Bukit Indah.. Tapi akhirnya husband buat surprise dengan bawa kami makan seafood di tepi laut.. 

Kami ke Kampung Pendas berdekatan Pelabuhan Tanjung Pelepas.. Boys dua orang ni suka sangat.. Diorang sibuk tengok laut, tengok kapal.. Angin lautnya selesa sangat sampai rasa nak tertidur.. Nyaman sungguh petang tu..

Si Zuhair siap cakap, "Bestnya kalau semua orang ada dengan kita sekarang ni.. Makan ramai-ramai kat sini.. Tempat ni best!!"



Menu pilihan.. Kailan goreng, Siakap Stim dengan Udang European Style..

Udang European Style ni memang sedap.. Daun kari tu pun boleh makan
buat lauk.. Manis.. Lain kali kalau teringin, nak suruh Abah masak hehe..

View petang tu..

Makan malam tu dibayar sekali dengan viewnya..



Sambil makan, sambil ambil giliran solat maghrib kat surau yang disediakan.. Surau dan tandas selesa dan bersih.. Servis kat sini pun cepat.. Tak perlu tunggu lama untuk dapat makanan hehehe..
Setel makan dan bayar, kami pun terus balik rumah sebab husband dah letih seharian bekerja..


SELASA (3 Jun 2014)

Hari ni pun aku buat sarapan simple jugak.. Aku buat kuih cara berlauk.. Resepinya aku ikut resepi Mat Gebu hehe.. Walaupun bahan hiasan tak cukup tapi still sedap jugak dan menjadi.. Tengahari boys makan goreng-goreng je.. Instant food semuanya sebab aku tak sihat sangat hari tu..

Malamnya sebelum hantar diorang naik bas KKKL kat Sri Putri, Skudai.. Kami sempat dinner kat Burger King sebab itu je yang cepat dan mengenyangkan hehehe..








Aku suruh boys ni makan banyak-banyak dengan harapan diorang akan kenyang sampai balik Melaka nanti hehehe..


Sepanjang diorang kat JB, itu jelah aktivitinya sebab masa terhad bila big boss kerja hehehe.. Apa-apa pun thank you boss sebab bawa kami makan sedap-sedap.. Kali ni kami juga tak pilih untuk makan kat Dataran sebab ada satu malam tu husband bawak balik tahu bakar dengan char kuey bakar.. Selalunya tempat tu kami serbu dulu tapi kali ni tak haha.. Tukar angin..

Banyak lagi tempat makan yang best kat JB ni.. Tak sempat nak bawak round.. Insyaallah moga Allah murahkan rezeki kami berdua supaya kami dapat buat orang lain jalan-jalan kat JB dan happy sepanjang berada di JB..


Terima kasih ^_^


Jadi kakak untung sebab dapat buat orang lain
happy.. Kita besar dulu dari adik-adik dan kita
ada duit dulu dari adik-adik.. Nanti bila kita dah tua
adik-adik pulak bawak kita jalan-jalan hahahaha..
Oversea pleasee!! Wakakakakaka...

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3