Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, June 17, 2014

Anniversary KEDUA 16/06/2014

Assalamualaikum..


Alhamdulillah ketika Aisya turns 1, kami pulak turns 2 pada 16/06/2014.. 

Marriage is not about counting years yang kami dah lalui tapi  how to maintain everything yang kami start from the beginning.. Start perkahwinan ni masa start umur masing 23 years old ++ dan hari ini kami sudah 25 years old ++.. Getting older hahaha..

Anniversary kali ni kami sambut ikut suka dan tak ada specific date.. Hahaha tapi sebenarnya hari-hari adalah hari yang indah cuma sesekali kita anggap hari yang tertentu tu sebagai hari paling indah dan tak dapat dilupakan, sure kita jadi extra happy.. 

13/06/2014 - 14/06/2014

So, masa husband outstation kat Segamat 13/06 - 14/06, aku ikut sekali dan kami check in Hotel Kop Town bersebelahan dengan One Segamat.. Ini permulaan kepada mood nak sambut anniversary walaupun tujuan asal check in hotel sebab husband ada kerja hahahaha..








Sepanjang kat Segamat tu kami act like couple yang datang bercuti.. Letih juga bersesat-sesat kat Segamat ni.. Sesat cari hotel lepas tu tak tahu kat mana nak makan.. Kawan bagi suggestion makan kat tempat best pun kami tak berani nak pergi sebab takut bertambah sesat lagi..

Akhirnya dinner kat Old Town dalam shopping One Segamat.. Itu pun terkial-kial nak pilih menu sebab kami memang tak biasa makan kat Old Town dan tak tahu apa yang paling best kat sini.. Memandangkan perut dah lapar sangat, kami order je kopi panas, kopi ais, grill chicken with mushroom sauce (gambar atas tu) dan chicken chop with black paper sauce (tiada dalam gambar)..


15/06/2014

Siangnya husband pergi kerja macam biasa dan aku pun kat rumah rutin macam biasa.. Tiba-tiba husband whatsapp ajak keluar.. Katanya nak celebrate anniversary kami hehehe..

Aku pun pilih baju yang paaaalingg the best lah dan of course yang the best tu dari ANNADARLING hahaha..

Malam tu kami habiskan masa di AliBaba Karaoke kat Giant Tampoi.. Banyak lagu nasihat kepada isteri je yang husband nyanyi.. Hahaha aku pulak pilih lah lagu Thousand Years (lupa nama penyanyi), Whenever You Call by Mariah Carey...





Selesai sumbangkan suara dan alas perut dengan kudapan yang dihidangkan, kami terus menuju ke sebuah restoran baru di JB..

Restoran tu diberi nama BIG FOOD di Taman Nong Chik bersebelahan Kedai Gunting Rambut Ravi..

Sebelum datang ke sini, aku dah baca beberapa review berkenaan restoran ni di mana restoran menyediakan makanan dalam portion yang besar dan banyak.. So, kepada yang tak biasa makan dalam portion yang besar, better share jelah hehehe..

Malam tu kami pilih menu Sloppy Jane iaitu girlfriend kepada Sloppy Joe hahaha.. Biasanya kita dengar nama makanan Sloppy Joe tapi tidak Sloppy Jane.. So, aku pilih Sloppy Jane..


Decoration meja yang simple dan menenangkan

Sloppy Jane.. Garlic bread, minced meat sauce, french fries dan sausage slice..
Yummmyyyyy...

Ini buku menu Big Food.. Simple!


Makan Sloppy Jane berdua sudah cukup mengenyangkan perut kami.. Mungkin sebab kami dah alas perut kat AliBaba Karaoke hehehe.. Tapi ada satu benda lagi yang menarik perhatian aku.. Dessert kat Big Food ni up to date dan sedap-sedap.. So, aku pilih Congo Bars untuk dijadikan pencuci mulut..

Aku dah simpan lama resepi Congo Bars dalam handphone cuma tak berkesempatan nak buat.. Dapat makan Congo Bars kat Big Food pun seronok jugak.. Kalau sedap, lepas ni boleh terus buat hehe..

Air pulak kami pilih hot ginger milk tea (dihidangkan dalam mug bersaiz besar) dan ice lemon tea (dalam gelas bersaiz besar juga).. Aku suka betul dengan ginger milk tea Big Food ni.. Terasa dia punya ginger.. Memang best sangat!!


Hello Congo Bars!!!





Dari segi harga makanan kat Big Food ni affordable.. Sesuai lah dengan portion yang banyak.. Dari sudut kesedapan pulak, memang sedap dan aku terasa nak datang lagi sebenarnya hahaha.. Nak rasa dessert yang lain pulak..

Staff kat Big Food serve makanan dengan pantas dan cepat.. Tak sempat nak layan handphone lama-lama, tup tup makanan dah pun dihidangkan hehehe.. Selalunya kalau sempat main handphone lama-lama maknanya restoran tu serve makanan lambat..

Aku bagi 9/10 stars untuk Big Food.. Insyaallah akan kembali lagi ke sini dan berbaloi lah husband ajak celebrate anniversary kat sini hehehe..

Kalau ada sesiapa yang tengah tercari-cari tempat makan best kat JB, sila lah ke Big Food.. Anda pasti suka dengan suasana restoran ni yang simple dan menenangkan.. 


Terima kasih..

10 comments:

IdaRaida said...

happy aniverseri fiya n faiz!

bestnya..
moga berbahagia selalu hingga ke syurga !
sweet spanjang zaman! auwww!

Shuhada Sidik said...

happy anniversary kak!
moga sampai ke syurga hendaknya, insyaAllah.
btw, suka blog akak sb humble gtu. hihi.

RIMA DANIA said...

IdaRaida: Thank you so much Ida.. Alhamdulillah nikmat pinjaman :D

RIMA DANIA said...

Shuhada Sidik: Thank you so much..
^_^ Hehehehe Jemput datang sini selalu..

kehidupan sihat said...

Nana duk JB pun tak penah masuk,asyik lalu depan kedai je..he he

Nampak menarik

Salam perkenalan :)

zimo the clown said...

clown services here

zimo the clown said...
This comment has been removed by the author.
RIMA DANIA said...

Kehidupan Sinar: Jangan lupa try sebab menu dia ada yang lain dari lain.. Portion besar dan sedap!! Hahaha sedap tu penting..

Papa-NtiQ said...

Hi..cakap pasal bigfood nih saya baru je upload gambor2 masa makan kt situ baru2 ni ngan famili. Not bad. Happening gitu kan. Bila free to jenguk la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com
Topik2 dalam blog saya semua citer pasal makan, makan dan makan takde topik lain hehe...dan kalu minat tu register la sebagai member ok TQ bebanyak

RIMA DANIA said...

Papa N-tiq: Terima kasih sebab singgah sini :)

Sebenarnya dah banyak kali singgah blogmakanbest kalau tercari-cari tempat makan yang best hahaha.. Sangat membantu!

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3