Assalamualaikum
Dua hari yang lepas, si Angah (adik perempuan aku) ajak keluar pergi jalan kat Bandar Melaka.. Mak Bonda yang sorang ni dah mula bosan duduk pantang kat rumah hahaha..
Bila doctor kata badan dia dah okay, terus dia ajak aku pergi ke sana ke sini lalu tercetus lah idea untuk berjalan ke Bandar Melaka..
Alhamdulillah baby dia tak meragam.. Kalau uwek uwek uwek pun, sekadar minta perutnya diisi dengan susu je.. Most of the time, baby dia duduk dengan sopan dalam stroller sambil sibuk cuci mata..
Baby zaman sekarang cerdik betul!!
Sebelum mulakan perjalanan, kami singgah solat di Masjid Selat, Melaka.. Dah alang-alang sampai situ, kami pun ber'photo shoot' lah..
Aku ni pun dah lama sangat tak snap snap snap gambar orang.. Dulu masa belajar kat U, siap lah kawan-kawan aku semua jadi modelnya hahahaha..
Kerana minat dengan dunia fotografi, akhirnya aku telah pun bekerja..
YahOooooOooo!!!!!!!
Aku kini menjadi salah seorang staff RD THREE D Creative.. Syukur alhamdulillah..
RD THREE D Creative ni menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan fotografi.. Namun begitu, kami utamakan fotografi berbentuk 3 Dimensi atau singkatannya 3D..
Gambar 3D yang selalu kita lihat di Malaysia ni, gambar 3D imej bunga, Kaabah, Masjid Nabawi, haiwan or kartun.. Betul tak??
Gambar 3D sebegitu kita sebut sebagai "Mass Production"
Mass Production akan hasilkan beribu-ribu imej yang sama..
Tetapi.. RD THREE D Creative pula menghasilkan gambar 3D secara
- CUSTOM MADE : made to a particular customer's order.
RD THREE D Creative sediakan 2 pilihan untuk para pelanggan:
1. Kami sedia memproses gambar 2D menjadi gambar 3D dengan kadar harga serendah RM 130.00 dan ke atas.
Hanya perlu emailkan sahaja gambar 2D (gambar asal yang mahu dijadikan gambar 3D) ke rd3d.main @gmail.com dan kami akan reply email anda dengan segera.
2. Walk in ke studio kami yang bakal dibuka tidak lama lagi di alamat
No.32, Jalan KF 2, Kota Fesyen, Mitc, Ayer Keroh, Melaka
Untuk gambar 3D secara walk in, kadar harga adalah tetap iaitu hanya RM 130.00 sahaja.
3. Boleh meminta team kami hadir ke tempat anda seperti majlis perkahwinan, majlis aqiqah, majlis konvokesyen universiti atau pun outdoor photo shoot di lokasi pilihan anda sendiri (pre wedding service tidak disediakan).
Caranya, hanya email sahaja sebarang pertanyaan kepada kami di rd3d.main@gmail,com dan kami akan reply dengan segera.
Gambar 3D pelanggan yang telah siap diproses akan kami serahkan secara pos atau pelanggan boleh hadirkan diri ke studio kami untuk self pick-up.
Untuk pengetahuan semua, RD THREE D Creative merupakan syarikat pertama di MALAYSIA yang menjual perkhidmatan 3D secara custom made!!!
Cuba bayangkan gambar perkahwinan anda, potret keluarga anda diabadikan dalam bentuk 3 Dimensi.. Pasti lebih menarik dan tertarik untuk dilihat berulang kali kerana kesan 3D nya sangat jelas dan ketara..
Insyaallah, kami akan adakan soft launching untuk hari pembukaan studio.. Yeayyy!!! Buat masa ni studio masih dalam proses pengubahsuaian dan dijangka akan siap pada pertengahan Ramadhan ini.. Insyaallah..
So bawah ni ada gambar photo shoot Baby Anas dan family hahaha by ME!! Tak sabar nak jemput semua orang ke studio kami sebab kami ada sediakan gallery gambar 3D.. Kalau saja nak datang tengok gambar kat gallery pun boleh.. Kalau nak walk in ke studio kami pun boleh..
Terima Kasih
2 comments:
salam, sis nk tnye...de wat pekhidmatan gambar pkai bju graduation x kt studio?
Anon: Salam sis :)
Ada.. Boleh bawak family dan kawan-kawan untuk bergambar di studio kami.
Jemput datang ke
No. 32, KF 2, Kota Fesyen, MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Bertentangan dengan Burger Byte dan Ayoob Bistro. Sederet kedai kain Midas.
Post a Comment