Assalamualaikum
Biasanya setiap kali check up pregnancy.. Step pertama, kena buang urine dalam cup lepas tu letak kat kaunter makmal.. Bila orang makmal dah check urine, dia panggil untuk check hb pulak.. Dia cucuk sikit kat bahagian jari dengan ada satu alat tu dan darah akan menitik keluar.. Darah tu dia guna untuk check hb.. Next, kena timbang berat dan ambil tekanan darah pulak.. Lepas tu tunggu turn jumpa nurse.. Kalau ada problem atau nak scan baru jumpa doktor pulak..
Alkisahnya, hb aku masa awal-awal pregnant tu 14.5.. Mabuk teruk siap turun berat berkilo-kilo tapi hb cantik je.. Masa awal-awal laa.. Bila usia kandungan makin membesar, hb aku turun jadi 11.0 je.. Nurse pun dah warning suruh jaga-jaga sebab takut kena anemia..
Next check up.. Hb turun lagi kepada 10.0.. Masa ni nurse dah tulis pakai pen merah dah huhuhu.. Memang tak happy langsung tau.. Lama kena ceramah dengan nurse tentang keburukan hb rendah.. Akhirnya aku dibekalkan dengan iron tablet.. Kisah iron tablet tu aku pernahh share kat LINK ni..
Aku pun makan lah iron tablet ni.. Ikut peraturan.. Jangan ambil iron tablet dengan susu, teh atau kopi.. Kena makan dengan jus buah atau air suam je.. Hah!! Bila nak makan iron tablet ni ada pantang larang, aku pun macam malasnyaaa nak makan kau ni iron tablet hehehe.. Pernah sekali aku terminum dengan susu dutch lady.. Dah itu je ada depan mata masa tu dan saat tu jugak lah aku teringat nak telan iron tablet ni.. Kalau telan dengan susu memang tak ada kesan la jawabnya..
Check up seterusnya dari 10.0 meningkat lah jadi 10.8.. Ok lah naik sikit je tapi still nurse catat guna pen merah.. Sekali lagi kena ceramah dengan nurse huhuhu.. Nurse bagi keterangan tentang keburukan ibu mengandung kena penyakit anemia ni..
Aku teruskan makan iron tablet tapi dah start rasa malas dan tak berdisiplin.. Bila check up lagi.. Turun pulak jadi 10.5.. Sekali lagi kena ceramah.. Kali ni aku suka dengar ceramah nurse yang ni.. Nurse bangsa India.. Best pulak dengar dia explain kat aku.. Macam gaya kawan-kawan gitu.. Aku siap boleh tanya itu ini kat dia.. Selalunya kalau nurse explain, aku diam dan angguk-angguk je hehehe..
Nurse ni sarankan aku ambil air limau nipis atau limau kasturi suam.. Dia cakap sangat bagus untuk orang yang hb nya rendah.. "Awak minum lah air limau nipis suam.. Nak guna limau kasturi pun boleh.. Kalau awak masak sayur, perah sikit dalam sayur tu.. Masak sayur pun jangan lama sangat nanti khasiat dia hilang tau.."
Aku pun... "Orang mengandung memang boleh minum air ni ke? Saya tak tau pun.. Ni air favorite saya ni tapi sejak mengandung saya terus stop minum.."... Nurse tu jawab, "Ini bagus tau untuk orang mengandung.. Nah tengok dalam buku ni ada resepi air limau nipis lagi.. Boleh masukkan kismis jugak dalam air ni.. Cuba lah minum".. Nurse tu pun tunjuk kat aku resepi untuk orang sakit anemia..
Sejak dari tu.. Memang kalau minum kat luar, aku suka order air limau suam.. Dah lah favorite drink pulak tu.. Bagus pulak untuk ibu mengandung.. Hah.. Apa lagi.. Order laaa hahaha..
Selain dari mengamalkan air limau nipis suam ni.. Aku jugak try stop makan iron tablet dan cari alternatif lain di mana dapat membantu menaikkan kadar hb dengan cepat.. Nak tau apa aku buat??? Aku makan soto mee hoon sup kambing kat Labis.. Makan kat restoran sebelah Masjid Besar Labis.. Memang sedap sup kambing dia.. Nama kedai aku tak ingat, tapi yang aku ingat, aku berjaya habiskan satu mangkuk soto tu sekali dengan dagingnya..
Esoknya pulak, husband aku ajak makan kat kedai KARI KAMBING 40 HARI yang kat Yong Peng tu...
Dah lah famous tempat tu.. Ramai kot orang pergi makan kari kambing kat situ.. Dengar cerita sedap sangat kari kambingnya.. Husband pernah pergi dengan office mate dia.. Diorang pekena Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari.. Perghhhhh... Husband cakap boleh teringat-ingat kesedapan kari kambing tuu.. Oleh kerana husband cakap sedap sangat, so dia pun tekad lah bawak aku makan kat situ.. Kebetulan husband pun memang suka sangat makan kambing hehehe..
Alhamdulillah time kiteorang sampai kedai tu memang cantik je.. Ada lah dalam 2, 3 meja yang kosong hehehe.. Duduk je terus order Nasi Arab satu dengan roti canai kosong 2 keping cicah kari kambing..
Bagi aku, aku sendiri suka akan kelembutan daging kambing ni.. Dah la lembut lepas tu terasa rempah-rempahnya.. Memang pekat dan sedap!! Aku suggest siapa yang free dan suka aktiviti food hunting, sila lah hadirkan diri anda ke sini untuk cuba menu yang ada.. Kalau kena dengan selera, alhamdulillah..
Lepas makan, kiteorang nak gerak balik.. Husband pun pergi kaunter nak membayar.. Sekali aku ternampak susu kambing asli yang dah siap dibotolkan tersusun dalam peti sejuk sebelah kaunter.. Aku terus mintak husband bayarkan sebotol susu kambing asli tu.. Aku bab susu memang tak cerewet.. Biasanya kalau orang suka makan cheese ni memang tak cerewet bab susu.. Susu kambing fresh orang cakap berbau lah, tak sedap lah tapi aku teguk sedap je.. Aku pun minum lah susu tu sampai habis..
Nak dijadikan cerita.. Esoknya ada check up bulanan.. So macam biasa lah kena buat itu buat ini termasuk check hb.. Staff yang kat makmal tu terkejut tengok result hb aku 13.2 sedangkan 2 minggu lepas 10.5 je.. "Awak punya hb naik banyak.. Awak makan pil iron tu ya?".. Aku dengar hb naik, terus rasa macam aaaaaaa bestnya.. "Saya banyak makan kambing kot beberapa hari ni" hehehe..
Bila pergi ke bilik timbang berat dan check blood pressure, nurse tengok result hb aku naik.. Soalan sama jugak aku dapat dan jawapan yang sama jugak aku bagi.. Daging kambing + susu kambing asli..
Sister yang check aku pun terkejut tengok hb aku naik.. Dia tanya jugak aku buat apa bagi hb naik.. Jawapannya, "Saya makan sup kambing, kari kambing, minum susu kambing.." Hah!! Terus nurse tu senyum je tengok aku hehehe.. "Makan kambing banyak ke?" Nurse tu macam curious pun ada.. "Saya makan banyak ni.." Sambil aku tunjuk tapak tangan aku kat dia..
So, sepanjang hari check up tu memang semua orang tanya macam mana hb aku naik.. So jawapannya KAMBING!! Glamour kau kambing hahaha..
Sejak dari tu aku memang akan jamah daging kambing dan beli susu kambing asli untuk diminum.. Makanan sunnah jugak yang bagus sebenarnya.. Tak payah susah payah siap pantang larang.. Kalau ada masa, makan jelah daging kambing tu dan minum susu kambing.. Insyaallah bagus untuk kita ibu mengandung ni dan bagus untuk baby yang dalam perut.. Cousin yang amalkan makan sup kambing masa pregnant, anak dia sikit pun tak kena demam kuning.. Alhamdulillah susah demam dan sihat selalu..
Aku pun nak istiqamah amalkan minum susu kambing dan makan daging kambing untuk kesihatan aku sendiri dan baby..
Thank you for reading..