Assalamualaikum
Sebelum start cerita panjang.. Nak belanja satu gambar hehehe
Alhamdulillah.. Dah masuk 24 weeks..
Aku rasa sesiapa yang biasa follow blog aku dari dulu, mesti tahu yang sebelum ni aku pernah mengandung.. Ya!! Last year aku mengandung buat pertama kali setelah beberapa bulan berkahwin.. Aku mengandung selama 2 bulan 8 hari sahaja.. Kisah pregnancy aku tu jarang sekali didengar dan aku merupakan salah seorang ibu yang diberikan ujian pregnancy unknown location..
Doktor pakar saran aku untuk tunggu hampir setahun sebelum start pregnant semula.. Nak tunggu pregnant semula memang terasa agak lama.. Kenapa kena jarak lama-lama? Sebab masa nak gugurkan baby pertama tu, doktor inject methotrexate.. Ubat kimo.. Bahaya ubat ni untuk kandungan yang seterusnya.. Nak tak nak, kena lah tunggu hampir setahun bagi ubat tu betul-betul hilang dalam badan.. Kalau degil jugak...... Akibatnya baby yang second susah nak survive, akan dapat kecacatan fizikal dan otak dan mungkin akan menyebabkan kematian dalam rahim..
Alhamdulillah.. Kami husband & wife memang ikut saranan doktor dan tadaaaaaa... Setahun lepas tu aku disahkan pregnant baby kedua.. Kawan-kawan kata, "Amboiii... Cipta rekod tiap-tiap tahun mengandung".. Nampak macam wowww!!! Tiap tahun mengandung.. Tapi nak menahan cakap-cakap orang bukan mudah tau.. Selagi baby tu tak ada depan mata diorang selagi itu lah orang akan cakap macam-macam.. Sabar jelahhh..
Masuk cerita pasal check up bulanan pulak heheheh.. Setiap bulan aku kena pergi check up 2 minggu ke 3 minggu sekali.. Kenapa?? Sebab gaining weight okay.. Sejak hilang morning sickness, berat pun naik sebulan tu 2.5kg jugak hohoho..
Aku ni jenis pantang kalau berat badan naik masa tak pregnant.. Tapi bila pregnant ni macam tak kisah dah pasal berat badan hahaha,,, Tengok penimbang pun macam tak ada perasaan sangat.. Kalau diet bagai nak rak pun bukan boleh turun balik berat badan time mengandung.. Apa yang penting, jaga pemakanan je sepanjang pregnant (cehhh.. yeke?)
Nurse senior lah selalu tegur pasal berat badan.. Dia pesan tak payah makan nasi banyak-banyak.. Kalau boleh kurangkan.. Kuantiti nasi aku tak pernah berubah.. Sama je macam masa aku tak pregnant.. Cukup setengah senduk dan sedikit lauk-pauk..
Tapi..... masalah lain adalah.. Aku craving makanan kat kedai.. Western food lah, Japanese food lah.. Macam-macam benda aku nak rasa tau.. Ayoyo..
Laksa Sarawak Kluang Railway Station Tesco |
Nandos.. Alasan nak makan kat situ sebab last makan kat Nandos tahun 2007.. |
Nandos jugak.. Nak merasa chicken wrap.. Huhh!!! |
Malay Village JB.. Sibuk sangat dari hari tu nak fish and chips.. |
Chicken chop super tender kat Malay Village jugak.. Argghhh.. |
Cendol Jam Besar Banda Hilir Melaka.. Gigih pegi pukul 11 pagi sebab nak sangat makan cendol.. |
Itu baru sikit... Nanti tunjuk banyak-banyak semua orang terperanjat sebab aku yang dulu bukanlah yang sekarang hihihihi..
Bila berat badan naik.. Nurse kata, "Nanti boleh dapat diabetes, high blood pressure, obesiti.. Semua tu tak bagus untuk ibu mengandung sebab membahayakan kesihatan ibu dan baby.. Next check up kena minum air gula ya sebab berat badan awak ni naik banyak sangat.."
Nurse sambung lagi, "Lagi satu, saya dah refer kat doctor, doctor bagi arahan suruh datang klinik untuk check blood pressure seminggu dua kali iaitu setiap hari Isnin dan Khamis memandangkan berat badan awak dah naik.. Kita nak monitor blood pressure awak sebab takut awak kena darah tinggi.. Kalau blood pressure awak mencecah 140/90, awak terus kena pergi hospital.."
Balik rumah aku pun kecoh bagi tahu satu rumah bahawa aku kena check up seminggu dua kali dan disuruh minum air gula untuk next check up.. Masa tu baru rasa menyesal makan tak beringat huhuhu...
Hahaha ala tapi sebenarnya ini just saringan je nak tengok aku ada diabetes ke tidak.. Itu je.. Tapi aku punya kepoh siap refer doctor sana sini nak tanya pasal minum air gula tu.. Yelah takut jugak kalau tiba-tiba je aku kena diabetes masa mengandung walaupun dari segi keturunan memang tak ada yang penghidap diabetes..
Atas nasihat doctor dan nurse, aku pun ikut schedule seminggu dua kali datang klinik untuk check blood pressure dan minum air gula.. Untuk result blood pressure memang konsisten.. Rendah, tapi tak rendah sangat.. 100/60, 90/70, 100/70, 110/70 itu lah pattern blood pressure aku selama 2, 3 minggu.. Akhirnya doctor kata dah boleh stop check blood pressure.. Alhamdulillah..
Cerita pasal result minum air gula tu pulak.. Range normal adalah 3.9-5.6.. Alhamdulillah result gula aku 3.6 dan nurse kata, "Result gula awak normal.." Tapi dah tentu itu bukan alasan untuk aku makan mars bars, snickers dan segala jajan bergula tinggi sesuka hati..
Masalahnya sekarang... Tahap hemoglobin (hb) aku makin rendah.. 10 je.. Memang aku tahu makin baby membesar, hb akan turun tapi itu bukan lah alasan untuk tak nak berusaha menaikkan semula hb.. Bila hb rendah maknanya aku ni anemia.. Bahaya jugak anemia masa mengandung ni.. Bahaya untuk ibu dan baby dalam kandungan..
Nurse cakap orang cina sangat jarang hb nya rendah.. Diorang jaga pemakanan sebaik-baiknya sebab nak baby diorang lahir dalam keadaan yang sempurna dan sihat.. Aku dengar pun jadi malu kat diri sendiri huhuhu..
Nurse cakap orang cina sangat jarang hb nya rendah.. Diorang jaga pemakanan sebaik-baiknya sebab nak baby diorang lahir dalam keadaan yang sempurna dan sihat.. Aku dengar pun jadi malu kat diri sendiri huhuhu..
Untuk naikkan hb, nurse pun tunjuk contoh makanan yang boleh membantu tambah hb.. Contohnya daging, kerang, ikan bilis, jambu batu, sayuran hijau seperti bayam dan lain-lain.. Dalam masa yang sama jugak, nurse bagi aku stok iron tablet dan obimin untuk aku makan.. Obimin tu aku dapat sejak kandungan masuk 12 weeks..
Cara makan iron tablet ni.. Makan iron tablet bersama air masak atau jus sahaja.. Jangan diambil dengan kopi, teh, cappucino latte, caramel latte semua tu.. Nanti tak ada kesan.. Selepas makan, kena tunggu lebih kurang setengah jam sebelum ambil breakfast pagi.. Andai nak breakfast dulu pun boleh, selepas 2 jam makan breakfast boleh lah ambil iron tablet pulak.. Kalau malam pulak kena lah makan sebelum tidur..
Yang atas tu iron tablet.. Yang bawah tu obimin,, |
Misi sekarang ni adalah menaikkan hb.. Harap sangat dapat jadi ibu yang berdisiplin tinggi supaya baby sihat dan ibunya pun sihat jugak hehehe..
Itu lah dia cerita check up bulanan aku.. Ikutkan ada 3 weeks je lagi nak masuk 3rd trimester.. Bila dah start masuk 3rd trimester ni memang faham-faham jelah.. Dah sibuk memikir keperluan baby, keperluan ke hospital, cara-cara bersalin, pastu nak berpantang cara macam mana, nak guna set bersalin apa, menu pantang apa yang best, ehemmmm cara nak turunkan berat badan (penting ni!!!!!)..
Thank youu!!!!
No comments:
Post a Comment