Assalam.....
Semalam aku ada share tentang Milkah dan sedikit explanation tentang Milkah walaupun aku hanya tahu sedikit saja tetapi cukup lah info tersebut untuk difahami semua dan difahami oleh aku sendiri...
Rasanya hari ni aku nak share sikit tentang apa yang aku lalui sebelum ni sebelum aku kongsikan lebih lanjut tentang topik entry ni... Malu nak share tapi semoga apa yang aku share ada manfaat untuk semua... Insyaallah...
Penghujung 2007:
Aku berkenalan dengan seseorang di MY SPACE! Ya... Zaman tu zaman My Space untuk aku sebelum aku terjun ke area Facebook hehe... Sampai hari ni aku tak tahu sama ada aku yang add dan approve dia dan sama ada dia yang add dan approve aku sebab kami langsung dah tak ingat....
Kalau kami sembang pasal perkara ni pun.. Aku akan kata dia add aku... Dan begitu jugak dengan dia di mana dia akan kata aku yang add dia.. Wah...! Ego tu hahahaha...
Berkawan seperti kawan biasa sama seperti kawan-kawan dalam talian online cuma... Yang bezanya... Buat pertama kali dapat private mesej dari dia...... Jantung berdebar-debar bagi petanda bahawa satu hari nanti akan berlaku sesuatu antara aku dan dia...
Masa tu aku menidakkan perasaan tu sebab entah dengan siapa aku berkawan pun aku sendiri tak tahu.... So.. Aku abaikan perasaan tu....
Pertengahan 2008:
Masih berkawan seperti biasa dan satu hari kami bertukar nombor telefon.. Untuk apa? Sebab masa tu aku menetap kat JB begitu juga dengan dia... Tapi tak pernah jumpa pun.. Kami tukar nombor telefon pun sebab aku dah nak pindah Melaka...
Paham-paham jelah... Pindah rumah ni menyebabkan talian streamyx pun terputus dan aku jugak akan terputus talian dengan dia.. Maka kami pun bertukar nombor telefon... Sampai sekarang aku tak tahu siapa yang minta nombor telefon siapa..
Kalau sembang dengan dia pun.. Mesti dia kata aku yang bagi nombor telefon.. Kalau aku pulak memang aku kata dia la yang bagi nombor telefon kat aku.. Sebab....... Aku perempuan jual mahal kot! Hahahaha yeke??
Malam sebelum aku pindah Melaka... Untuk pertama kalinya dia mesej.. Dia kata dah sampai UTHM... Dia tengah ada Minggu Haluan Siswa MHS... Aku pun.. Blur jugak ceruk mana UTHM tu? Swasta ke Kerajaan? Pastu dia kata KUITHO... So aku pun tau... Okay yang kat Batu Pahat tu hehehe...
Masa tu aku tengah buat diploma perakaunan kat Poli... Rasa kembang jap dapat kawan dengan budak degree.. Erkkkk.. Poyo je.. Macam la kawan dengan budak PHD... Tak apa la tapi ni apa yang aku rasa saat tu...
Penghujung 2008:
Aku suka travel.... Jadi aku dan adik aku ambil keputusan nak travel dari Melaka ke JB... Sepanjang 3 hari kami travel... Salah satu dari hari tersebut... Kami tekad untuk berjumpa dengan ditemani adik aku...
Untuk 1st time.. Aku jumpa tu... Benda pertama yang aku perhati ialah.........................................
Dia merokok ke tidak sebab kalau dia tak merokok.. Kira mana tau boleh jadi salah satu calon suami aku kan hahaha....
Ok... LULUS!..... Dia tak merokok hehehe..
Awal 2009:
Berkawan seperti biasa sama macam orang lain jugak... Memang masa ni proses berkenalan sebab banyak benda yang kami nak tahu antara satu sama lain... Antara sebab kenapa kami jadi sangat bestfriend adalah kerana course dia kat UTHM dengan course aku kat Poli ni lebih kurang subjeknya..
Kadang-kadang aku tolong dia dan ada masa dia yang tolong aku... Kami selalu pos nota dan bertukar-tukar buku... Study rajin la tu konon-kononnya... Cara aku... Bila aku pos nota kat dia.. Aku suka selit kad GOOD LUCK EXAM!... DO YOUR BEST!.. Aku suka buat orang happy dengan cara yang macam ni...
Awal 2010:
Aku tamat diploma dan bermula lah fasa nak mengisi borang UPU... Semangat ni nak sambung degree sebab tengok seronoknya si dia belajar... Aku pun belum ready nak bekerja walaupun offer kerja kerajaan masuk line tapi aku nak nak nak jugak sambung degree...
Antara U yang aku mohon... UPM, UTM, UMT, UUM dan UTHM... UTHM tu aku pilih course yang sama dengan dia sebab course tu menerima bekas pelajar politeknik dalam bidang perakaunan.. Jadi aku pun mohon juga lah...
Pertengahan 2010:
Result UPU keluar dan........... Aku dapat UTHM.... Aku aim UTM sebenarnya tapi rezeki kat UTHM.. Maka aku pun bergembira lah jadi student UTHM.. Dalam masa yang sama.. Aku jadi junior dia... Bawah fakulti yang sama dan course yang sama...
Memandangkan aku exdiploma maka ada beberapa kelas aku yang sama dengan dia sebab aku banyak dapat skip kelas... Dulu masa diploma dah pernah ambil... Aku tahun 1 dia dah tahun 3 masa tu.. Pernah jugak rasa group assignment sama-sama.. Kerjasama? Of course lah baik hahaha...
Awal dan Pertengahan 2011:
Kami jalani hidup student sama-sama macam biasa,,, Seronok! Ada abang senior yang sangat membantu hehehe... Banyak yang aku tak faham aku tanya dia sebab entah lah.... Dia ajar senang je paham ( =p) hahahaha......
Kalau nak tanya isu... Isu ada jugak timbul bila orang tanya di belakang-belakang aku la... Yang kawan-kawan aku sampaikan... "Macam mana dia tu junior tapi dapat kaut senior?"...... Tak ada tips pun macam mana aku dapat senior sebab aku kenal dia dari sebelum dia masuk U lagi... So tak ada isu di situ aku dapat senior ke apa-apa ke...
Kita sambung kat MY STORY: AKU TERIMA NIKAHNYA (PART 2) ye.... Sekian.....
4 comments:
wah!! seronoknya org tuh aku terima nikahnya,,
Ida: Hai penyeri saya... Happy + neves.. Insyaallah fiya doakan giliran ida pulak lepas ni... hehe
pom2...ta sabar tggu masanyer ey..hehehehhe
Mrs Pinu: hahahaha.. mcm tu lah kot.. PPC belum siap lagi draf hohoho...
Post a Comment