Assalam..
Sebenarnya ambil masa yang lama nak share tentang Milkah ni... M.I.L.K.A.H... Secara jujurnya aku tak tahu maksud ni dalam bahasa Arab tapi aku telah diterangkan sistemnya oleh ayahandaku.... Mungkin kalau nama Melayunya NIKAH GANTUNG tapi sekarang ramai yang kata...
"Kenapa mesti dah nikah... Dah halal.. Ada pulak istilah nikah gantung? Untuk apa?"
“ Wahai golongan pemuda-pemudi! Siapa diantara kamu yang mempunyai kemampuan, maka hendaklah dia berkahwin, kerana dari perkahwinan boleh menyelamatkan penglihatan dan kemaluan kamu. Dan siapa yang tidak mempunyai kemampuan, maka hendaklah ia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu boleh melemahkan syahwatnya.”( Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud)
Di sini aku nak melahirkan lah sedikit pendapat aku tentang nikah gantung... Dari apa yang aku baca.. Nikah gantung ni kebiasaanya sistem di mana selepas sepasang suami isteri tu bernikah, mereka tak duduk bersama selagi belum jalankan majlis kenduri untuk raikan kedua-duanya dan hebahkan kepada orang ramai tentang perkahwinan mereka...
Mereka biasanya masih tinggal dengan keluarga masing-masing dan hanya akan berjumpa bila perlu.. Mungkin setiap orang, situasi nikah gantung mereka adalah berbeza... Situasi yang ni aku baca melalui pengalaman ibu bapa teman sebaya.. Salah satu sebab adalah kerana suami mengambil sedikit lagi masa untuk mengumpul wang bagi menjalankan majlis keraian...
Ok... Berbalik kepada Milkah pula... Sebenarnya ia merupakan satu kebiasaan bagi orang Arab untuk menikahkan anak perempuan mereka dengan seorang lelaki yang di pilih untuk dijadikan suami... Siapa yang pilih aku tak tahu tapi mengikut situasi masing-masing...
Tapi... Selepas nikah.. Untuk satu tempoh, si isteri akan tinggal dengan ibu bapa dan si suami juga akan tinggal dengan ibu bapanya... Segala tanggungjawab kewangan si isteri masih ditanggung ibu bapa sepenuhnya... Mungkin si suami hanya menghulur sekadar yang termampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami iaitu nafkah zahir...
Seperti yang ayahanda aku kata... "Sistem mengelak bapa menanggung dosa anak perempuan"... Faham tak maksudnya? Aku sarankan kepada yang bercinta lama-lama tu bagus jugak ikut sistem ni.. Anak perempuan... Selagi belum berkahwin, dosa tak tutup aurat dan sebagainya ditanggung bapa... Maka sistem ni sesuai lah diguna pakai bagi yang dah ada calon tapi tengah belajar secara sepenuh masa...
Memandangkan ramai yang ada pilihan hati sendiri... Belum pun sampai hajat nak bernikah, berkahwin, bersuami dan sebagainya... Alasannya....... Student full time leceh... Dapat pulak bakal suami baru bekerja atau bakal suami student jugak.. Bila masa nak kumpul duit banyak-banyak untuk berkahwin... Tunang dulu pun okay... Kan?
Tapi.... Bila difikir panjang... Tunang pun tak menghalalkan apa-apa.... Kalau keluar berdua pun masih berdosa... Macam tak best pulak kan tunang ni... Tunang biasanya nak berkenalan.. Berkenalan dengan bakal suami dan keluarga mentua... Atau mungkin masa tempoh bertunang lah masing-masing kumpul duit, cari duit untuk majlis yang bakal berlangsung..
Kalau dah kenal lama??? Macam mana?? Dah kenal dah perangai... Apa lagi yang lelaki kawan sama-sama belajar...
So.. Untuk yang tak kuat... Terbabas jugak lah keluar dating... Betul tak? (^^,)
Maka sistem Milkah ni tersangat lah sesuai dan fleksibel kecuali bila adanya persetujuan antara lelaki dan perempuan itu sendiri... Adanya persetujuan kedua-dua pihak keluarga.. Kalau persefahaman tak ada... Memang tak menjadi sistem ni..
KENAPA?
Kerana sistem ni si perempuan kena tinggal dengan ibu bapa... Kalau lah si lelaki seorang yang suka berkuasa dan memegang sepenuhnya "Aku suami... Hak aku nak angkut dia ni pergi mana-mana pun...".. Susah lah macam tu...
Si isteri ditanggung sepenuhnya oleh bapa... Kebiasaannya bila si isteri tamat belajar dan ada pekerjaan baru lah si bapa lepaskan kepada suami... Atau pun si suami sudah cukup mampu menjaga isteri dari sudut kewangan dan sebagainya... Maknanya ekonomi suami kukuh..
Sebuah majlis dijalankan bagi meraikan peralihan tanggungjawab sepenuhnya... Di mana bapa telah menyerahkan anak perempuannya bulat-bulat kepada si suami untuk dijaga sehingga ke akhir hayat...
Masa tu lah.... Suami nak bawak isteri tinggal kat kutub utara pun tak apa sebab peralihan tanggungjawab bertukar tangan... Isteri juga menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dan taat pada suami...
Logiknya sistem ni sebab kebanyakkan nak bernikah tapi kewangan tak kukuh... Nak sara diri sendiri pun susah... Jadi sistem ni dapat membantu si lelaki yang nak bernikah walaupun kekurangan duit...
Sama ada ketika bernikah adanya hantaran dan sebagainya... Itu terletak atas kemampuan masing-masing... Ada yang cuma bagi cincin dan mas kahwin... Ada yang rasa nak berbalas hantaran pun tak salah...
Seronoknya sistem ni....... Lantak lah nak dating kat mana sekali pun... Nak makan bersuap depan orang ramai pun boleh... Nak tengok wayang sampai pukul 2 pagi pun tak apa... Nak jalan pimpin tangan pun tak apa... PAHALA tu PAHALA....
Atas persetujuan bersama juga... Tak salah kalau sekali sekala si isteri nak ikut suami balik rumah mak mentua... Boleh... Begitu juga suami nak balik rumah isteri... Boleh... Tak ada masalah....
Mungkin ramai dah buat sistem ni cuma nama sistem berbeza-beza... Rasanya ramai yang suka sistem macam ni kan? Hahaha... Yang nak tu beranikan diri request pada parents sendiri dan parents pihak perempuan...
Takut tak dapat?
Percaya pada jodoh dan ALLAH yang menguruskan jodoh anda... Kalau tak dapat... Ada hikmah di sebalik tak dapat.... Kalau dapat.... YA! Jodoh anda memang dah sampai.... Doa lah semoga urusan baik anda dan niat baik anda dipermudahkan.. Insyaallah...
See you next entry... Terima kasih!
By the way:
Thank you so much to my cousin from Mesir...
Lots of wishes... From "him" and "her".....
Korang sweet sangat... Love u from Malaysia..
Thanks for the PW gifts...
GIFT (klik the gift... sharing is caring)
I will always LOVE YOU ABAH!....
kene tonjet nak kiss abah... tak sampai kaki ni... hee
No comments:
Post a Comment