Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, May 21, 2012

MY STORY: AKU TERIMA NIKAHNYA (PART 3)

Assalam...

Petang semalam aku dah mula reka kad nak jemput kawan-kawan kelas memandangkan ramai yang bagi nasihat supaya jemput rakan sekelas dan jangan pilih-pilih kawan yang mana je kita nak jemput..

Atas dasar nasihat dari teman-teman semua maka aku jemput 1 kelas sebab benda ni perkara yang baik untuk diumumkan dan dihebahkan... Aku bukan mengumumkan jemputan ke majlis pertunangan tapi ke majlis pernikahan maka aku rasa benda baik perlu lah dikongsi dengan rakan-rakan sekelas di U..

Susah senang aku duduk Batu Pahat ni memang dengan diorang jugak... Dalam masa yang sama semua dah kenal bakal suami aku.. Senior diorang jugak tu.... Bukan orang lain pun hehehe.... 

Dengan penuh rasa MALU! Hahaha aku post jugak kat wall group kami iaitu kumpulan exdiploma BPB (Pengeluaran dan Operasi)... Malu sangat-sangat tapi bila diorang dah start wish dan sebagainya... Perasaan bertukar menjadi gembira... 

Rasa sokongan dari kawan-kawan sangat banyak... Ingat! Untuk yang nikah time belajar ni kena jugak dapatkan sokongan kawan-kawan sebab lepas nikah... Specially macam aku yang duduk jauh dari keluarga dan suami... Kawan-kawan lah tempat nak bergantung dari segi pelajaran dan sebagainya..

Kat bawah ni MrsPinu bagi satu link untuk dibaca... Kalau kalian nak baca boleh lah klik pada image... 





Jemputan khas untuk teman sekelas beserta ucapan dan respond dari mereka... Rasa sangat bertenaga dan semangat nak study subjek Costing sebelum exam hehe... Thank you semua!

















Mungkin ada yang fikir kenapa aku sanggup terima perancangan keluarga tanpa membantah... Ada beberapa sebab yang aku rasa aku nak kongsikan kat sini....

1. Aku berniat nak nikah sama umur macam my mom nikah dengan ayahanda.. My mom nikah masa umur 24 dan ayahanda 27 tapi aku masih dalam lingkungan 23 (sebab birthday aku bulan 9) dan begitu jugak dengan dia (birthday bulan 10).. So terawal sikit jelah hehe..

2. Dah kenal lama, lebih kurang 4 tahun... Sangat bestfriend! Jadi lebih baik nikah... Boleh jadi bestfriend forever hehe...

3. Memang kami selalu doa dan berniat untuk meneruskan perhubungan ini sehingga ke saat pernikahan.. Bila doa tak henti-henti tu maknanya memang kami nak sangat walaupun tak pernah sebut depan parents...

4. Ajal dan maut di tangan Allah... Jika diberi kesenangan... Semasa hayat di dunia.. Senangkan lah aku untuk menjadi isterinya dan senangkan lah dia untuk menjadi suami ku... Ameen...

Abdullah bin Masud pernah mengucapkan:

“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang."

5. Aku nak ikut sunnah Nabi...

sabda Rasulullah SAW: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." 

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)

6. Penghujung 2010 sehingga awal 2011 aku tinggal di rumah ayahanda di Arab Saudi masa tu cuti sem.. Rumah ayahanda (Jeddah) jaraknya dari Mekah cuma 30 minit dan boleh berulang alik... Masa kat sana, aku dapat rasa selagi aku belum bernikah amal ibadah aku belum sempurna.. Dan benarlah apa yang aku rasakan..

Setiap kali beribadah aku rasa aku perlu melakukan umrah dan haji sekali lagi untuk aku mempersembahkan amal ibadah yang lebih berkualiti berbanding sebelum ni.. Itu niat aku dan aku memohon agar Allah nikahkan aku dengan lelaki pilihan aku dan bawalah kami sebagai pasangan suami isteri menghadap KaabahMu... Insyaallah...


Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin.”

Ini bermaksud, tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali setelah hatinya dikosongkan dari segala gangguan-gangguan was-was nafsu syahwat perkahwinan. Lalu kekosongan tersebut diisi dengan Allah s.w.t. Perkara ini akan hanya akan diperolehi dengan jalan perkahwinan sahaja.




Harap-harap setiap apa yang aku kongsikan ada manfaat untuk semua.. Doakan kami... Insyaallah... Terima kasih readers!



10 comments:

IdaRaida said...

iye..! saya sokong..:)

saya akan sokong awk nt ye fiya..:)

RIMA DANIA said...

Ida: Jangan masa akad nikah orang kata sah..sah pastu ida jawab saya sokong pulak... hahahahaha

mrS pinu said...

nanti bila dah sah..maka segalanya sudah bertukar wajah...keutamaan diberikan pada suami la plak...suami la plak yg plg utama..redha suami redhala hidup kita...time2 jgan sedih2 plak bila raya kena duk umh suami jek lebih...balik kmpung umh suami jek lebih...suami yg utama kan....heeeeeee

RIMA DANIA said...

Mrs Pinu: hehehehe mek ni isteri solehah...suami kata balik..mek kena balik ye.. janji x ganggu pun pelajaran kan.. hehe.. kadang2 bekerjasama dlm asaimen dgn org bersuami...lagi ok dr bergroup asaimen dgn org yang single tapi sibuk melayan emosi dan hal peribadi hehe

Miss Kay said...

waaaaaaaa..fiah ngan paiz suda mau nikah...tahniah..nk tggu diri sendiri lmbt lg...hahaha....

RIMA DANIA said...

Lesung Batu: Arfah... a'ah.. nikah 16/6 ni.. majlisnya tahun depan hehe...

sayap terbang said...

nanti da xda "nya" da taw.. cuma "aku terima nikah" hehehe

RIMA DANIA said...

ST: baik2.. kamu yg kene ingat xde "nya" tu hahaha...

UmmiSyarni said...

salam kenal.singgah n baca ur entry.sama la kita.kawen muda.hihi...

RIMA DANIA said...

Ummi Syarni: hehe tak berapa nak muda...=p

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3