Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Wednesday, August 15, 2012

Ooo... Lupa Bilang Gadis ni KAY ELL + Oh My Ramadhan!

Assalam...


Aku sejak sem lepas ada kemaruk sikit lagu Untuk Dia.. Hahaha adik aku yang bongsu punya lah misheard lirik lagu ni... Bila dia nyanyi dia akan sebut "Otopia eyy... Otopia eyy..." Hahaha konfius aku lagu apa dia nyanyi... Satu hari dia tanya aku, "Lagu Otopia tu tajuk dia Untuk Dia eh?" Hehe aku pun jawab, "Memang tajuk lagu tu Untuk Dia sebab dia sebut Untuk Dia dalam lirik lagu tu..".. Adik aku pun... "Ha? Bukan dia sebut Otopia ke?? Ishh... Tu lah orang tu pun nyanyi tak betul!" Hahaha tak memasal je menyalahkan Sleeq & Najwa Latif...

So.. Isnin baru-baru ni adik aku si Nurse yang kerja kat Hospital UKM tu cuti... Dia tanya sama ada aku nak turun KL tak.. Dia nak bawak round pusing Jalan TAR, Masjid Jamek (tempat shopping) + KLCC (tempat nak berbuka)..

Aku pun tanya husband nak tak turun KL.. Husband ni jenis kalau aku sebut je sesuatu mesti dia akan kata "Nak pergi ke? Nak pergi boleh je.. Tak kisah..".. Itu lah satu perangai dia dari dulu lagi.. Jadi bila nampak gaya macam dia pun OK nak drive ke KL.. Maka aku pun melancarkan sesi MARI BERMUSAFIR KE KUALA LUMPUR...

Hasil untung berniaga kuih dan jual kerepek sepanjang Ramadhan ni... Duit tu lah bekal untuk shopping, tol, duit minyak dan duit makan.... Tapi berjalan dengan 2 orang insan yang dah bekerjaya ni, memang duit aku kurang mengalir sebab semua sibuk nak tolong bayar! Hehe..





Driver kami... Ooo... Lupa Bilang Gadis ni KAY ELL...





Ada macam-macam ayat lain yang kelakar kat Jalan TAR ni... Hehe





Sesi berhusband & wife hehe...






Aku orang yang suka sangat pada fesyen tapi selama
aku minat tu... Aku tak tahu fesyen apa yang the best..
Yang boleh dijadikan pilihan terbaik... Tapi hari ini
baru ku sedar... MARIA ELENA lah rupanya yang
telah menjadi someone yang aku inspired gaya dan
fashion pakaiannya... Semua yang dia pakai sangat lah
LOVELY....






Aku guna bedak Arab beli dengan Mak cik...
Best!...






Budak tu orang pertama yang dapat barang!
Hahaha...






Happy husband & wife.. 1st time turun KL sama-sama
memang confirm teruja sangat...






Siblings.... Sisters...






Husband yang candid gambar ni... Adik shopping kasut raya
untuk Umi dan untuk aku... Yeayy... Aku tak mintak tapi dia
yang nak belanja... Hahaha...






Lepas berbuka kat KLCC.. Kami bersantai
tepi air pancut kat depan KLCC tu... Tak sangka
best tengok air pancut berirama kat situ =)






Sebelum balik Melaka... Nak tidur hotel, surat nikah tak bawak..
Hmm... Memang carik pasal lah tidur hotel tapi surat nikah tak ada..
Zaman sekarang... Kalau dah kahwin pun orang tak percaya..
Ramai yang dah kahwin kena tangkap basah dengan suami sendiri...
Salah siapa tu agaknya bila dah jadi macam ni??



Ni antara hasil rasa puas hati dapat berniaga sepanjang Ramadhan.. Tapi masalahnya... Aku tak ready lagi nak raya sebab aku tak KHATAM lagi!!!!!!... Stress jugak sebab tak dapat capai target.. Aku ada lebih kurang 15 juzuk.. Itu bermakna separuh lagi!!!...

Perancangan tak berapa bagus sebab bila aku penat.. Aku tidur... Bila tidur... Aku extra kan tidur tu dan aku terlupa yang aku kena spent masa untuk mengaji.. Jadi sehari berapa kali je dapat ngaji sedangkan pada awalnya aku survive gila-gila mengaji sehari lebih 70 muka surat...

Tapi sekurang-kurangnya.. Ramadhan kali ni adalah Ramadhan paling banyak yang aku usung Al-Quran ke sana sini sebab tu lah effort aku untuk khatam walaupun aku tau belum tentu aku akan khatam!... Perempuan lah katakan.. Tak normal pulak tiap-tiap tahun puasa penuh =)

Terima kasih sebab membaca dan jangan lupa undi untuk SUNSILK HIJABKU GAYAKU =D


Tuesday, August 14, 2012

TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI SUNSILK HIJABKU GAYAKU MINGGU PERTAMA

Assalam



Alhamdulillah... Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi mengundi... Walaupun pada asalnya pihak Sunsilk Malaysia menetapkan bahawa tepat jam 12 malam 12/8/2012 iaitu pada Ahad baru-baru ni merupakan tarikh tutup undian bagi sesi Minggu Pertama dengan tema style hijab Makan Malam, tetapi mereka mengubah tarikh bahawa undian boleh dilakukan sehingga 2/9/2012..

Ini disebabkan ramai yang nak join tapi tak dapat nak upload gambar mereka di ruangan aplikasi Sunsilk.. Biasa lah tu... Kalau masa nak check result final exam pun sistem u kita jadi agak K.O sebab ramai yang sign in nak check result.. So.. Sama jugak lah masalahnya dengan sistem Sunsilk..

Jenuh jugak seminggu aku promote untuk kawan-kawan dan kenalan mengundi.. Jadi bila tarikh dilanjutkan sehingga bulan 9... Aku secara automatik hanya berserah sahaja sekiranya ada yang akan memotong jumlah undian aku nanti KERANA aku ada misi lain yang lebih penting untuk Ramadhan ni.. Tak sempat nak promote dah sebenarnya..

Walaubagaimana pun... Undian aku masih ditempat paling tinggi iaitu 99 undian manakala yang lain masih di bawah 50 undian... Sekiranya ada yang terbaca entri ni... Terasa nak undi hehehe boleh lah membuat undian seperti di bawah...


1: Klik link di bawah "Macam cunlah gaya ni! Apa pendapat anda?"
2: LIKE page Sunsilk
3: Klik "SERTAI SEKARANG"
4: Scroll page ke bawah dan klik UNDI NUR'AFIAH BT AHAMAD KAMEL
5: Isi borang yang disediakan (Nama, IC, No. Tel dan Email)










Aku tak meletak harapan tinggi untuk menang.. Tapi sekiranya aku layak diundi maka aku persilakan semua yang view blog sederhana aku ni untuk mengundi secara sukarela.. Setiap undi anda bermakna dan sangat aku hargai...





Terima kasih sekali lagi... (^^,)

Thursday, August 9, 2012

MARI MENGUNDI SUNSILK HIJABKU GAYAKU PART III

Assalam...

Peserta makin bertambah.. Persaingan makin sengit... Jika kalian belum UNDI.. Boleh lah bantu mengundi seperti di bawah hehehe.... Tak sempat nak buat entri panjang-panjang sebab tengah fuuhhhhhh PENAT siapkan order kuih raya dan terpaksa reject order pun ada sebab dah tak larat.. hehehe...





Jika ada yang belum mengundi dan mahu berbuat demikian... Jangan lupa follow cara-cara di bawah...

1: Klik link di bawah "Macam cunlah gaya ni! Apa pendapat anda?"
2: LIKE page Sunsilk
3: Klik "SERTAI SEKARANG" 
4: Scroll page ke bawah dan klik UNDI NUR'AFIAH BT AHAMAD KAMEL
5: Isi borang yang disediakan (Nama, IC, No. Tel dan Email)
6: * Terima kasih banyak2 atas undian dan kalau anda suka lilitan shawl seperti yang saya gayakan.. Jangan lupa jadikan ia sebagai lilitan shawl anda di Aidilfitri... Apa yang penting dalam berhijab... COVER YOUR HAIR, NECK and CHEST ♥ ♥



Terima kasih banyak-banyak kepada yang mengundi....

Wednesday, August 8, 2012

MARI MENGUNDI SUNSILK HIJABKU GAYAKU PART II

Assalam...


Update tentang jumlah undian... Alhamdulillah undian meningkat ke 36 undi setakat ni... Walaupun aku tak boleh nak detect siapa yang mengundi sebab bukan semua orang yang mengundi pm aku kat Facebook tetapi aku nak ucap TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK sebab sudi mengundi untuk contest SUNSILK HIJABKU GAYAKU...

Setelah hampir 24 jam tiada pesaing... Akhirnya saat ini aku dah ada pesaing hehe.. Rupanya aku orang 1st yang melepasi contest ni... Maka dengan itu aku memang tak nak lepas kan peluang untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik..





Jika ada yang belum mengundi dan mahu berbuat demikian... Jangan lupa follow cara-cara di bawah...

1: Klik link di bawah "Macam cunlah gaya ni! Apa pendapat anda?"
2: LIKE page Sunsilk
3: Klik "SERTAI SEKARANG" 
4: Scroll page ke bawah dan klik UNDI NUR'AFIAH BT AHAMAD KAMEL
5: Isi borang yang disediakan (Nama, IC, No. Tel dan Email)
6: * Terima kasih banyak2 atas undian dan kalau anda suka lilitan shawl seperti yang saya gayakan.. Jangan lupa jadikan ia sebagai lilitan shawl anda di Aidilfitri... Apa yang penting dalam berhijab... COVER YOUR HAIR, NECK and CHEST ♥ ♥





Terima kasih banyak-banyak kepada yang mengundi....

Tuesday, August 7, 2012

MARI MENGUNDI SUNSILK HIJABKU GAYAKU

Assalam...

Entri untuk hari ini.... Dengan rasa syukur akhirnya berjaya jugak mendaftarkan diri dan berjaya mengupload kan gambar untuk contest SUNSILK HIJABKU GAYAKU sebab bukan senang nak upload gambar untuk contest ni... Makan masa agak lama.. Berjam-jam tunggu nak upload..

Nak mintak jasa baik kalian... Sekiranya kalian SUKA a.k.a LIKE hijab dengan gaya makan malam yang sebegini.... Kalian boleh lah VOTE diri ini untuk menjadi pemenang mingguan bagi MINGGU INI...

Cara-cara untuk VOTE ialah...

1: Klik link di bawah "Macam cunlah gaya ni! Apa pendapat anda?"
2: LIKE page Sunsilk
3: Klik "SERTAI SEKARANG" 
4: Scroll page ke bawah dan klik UNDI NUR'AFIAH BT AHAMAD KAMEL
5: Isi borang yang disediakan (Nama, IC, No. Tel dan Email)
6: * Terima kasih banyak2 atas undian dan kalau anda suka lilitan shawl seperti yang saya gayakan.. Jangan lupa jadikan ia sebagai lilitan shawl anda di Aidilfitri... Apa yang penting dalam berhijab... COVER YOUR HAIR, NECK and CHEST ♥ ♥





Sebenarnya shawl yang model pakai masa tutorial labuh dan jenis kain dia ringan serta mudah lilit sampai menutup semua bahagian 3 serangkai tu... Shawl aku kalau lilit style makan malam yang macam dalam tutorial memang jadi pendek macam dalam gambar...

Cara untuk cover semuanya ialah dengan memilih pashmina yang hampir sama warna dengan shawl dan cover part mana yang nak cover... Tak kisah nak bergaya macam mana pun tapi as long as kita follow the rules dan tak ada niat nak show off atau nak attract orang insyaallah semuanya bisa di atur..

Setakat ni sudah ada 11 orang yang mengundi... Terima kasih banyak-banyak kerana menyokong dan sekiranya ada yang terbaca entri ni sudi VOTE.... Let me know di bahagian komen di bawah sebab it is a big GIVE for me and husband...

So.... THANK YOU so much....

Monday, August 6, 2012

SUNSILK HIJABKU GAYAKU FASA 2 RELEASE

Assalam...


Bagi yang join contest SUNSILK HIJABKU GAYAKU.. Just nak share sikit bahawa GAYA TERBAIK KINI TELAH TERPILIH... Untuk ketahui lebih lanjut gaya apa?? KLIK SINI..





Kat atas tu merupakan tutorial bagi gaya hijab yang pertama yang bertemakan MAKAN MALAM... Jangan lupa view tutorial tersebut sebab memang senang (tapi aku pakai nak dekat 2 jam! hoho kenapa????)....

Untuk yang dah biasa pakai shawl mesti senang berbanding aku yang selalu pakai tudung awning je sebab aku suka cepat jadi tudung awning adalah tudung instant hehehe... Tapi gaya kat atas tu memang best sebab kalau dah selalu pakai shawl mesti jadi senang punya...

Aku dah try tutorial kat atas tu sebab aku join contest ni dari fasa 1 masa bulan Julai.. Maka ada beberapa keping gambar aku dah pun ambil cuma tak tahu yang mana satu yang nak diupload untuk masukkan dalam contest ni...

Ooo.... Memandangkan sudah jadi bini orang maka aku pun mintak izin suami dulu... Boleh ke tak bini dia join hohohohohoho... So.. Dia bagi tapi dengan syarat tunjuk dia dulu.. Jadi aku dah tunjuk dulu gambar-gambar yang aku nak upload untuk contest ni..

THANK YOU LALING!!!!!!!

Cuma aku tak tahu gambar yang mana satu nak dipilih untuk contest tu..... Kebuntuan.........



Apakah yang ini...




Ini... Dan..



Yang terlebih edit ni hahaha...


Kepada yang join contest ni... Semoga Berjaya semua... Aku join pun sekadar suka-suka... GOOD LUCK untuk diri sendiri jugak hehe...

Thank you...

Thursday, August 2, 2012

Call me Auntie or Mak cik or Kakak.. Ooppss hehe

 Assalam..

Entri ni merupakan entri pertama aku nak menunjukkan kebuktian bahawa.. Yeaayy.. Aku ada anak sedara dah... (Kesian betul kat aku...) Hahaha member dah tak hairan pun ada anak sedara tapi aku excited sebab aku suka budak-budak..

Baru-baru ni masa aku balik JB.. Ada lah beberapa kali aku dapat jumpa diorang ni.. Kiranya diorang ni lah anak sedara paling kerap aku jumpa.. Kalau ikutkan ramai tapi ada yang aku belum jumpa dan ada yang jarang jumpa..

Budak-budak ni anak kepada kakak sulung suami... Kiranya kalau semua anak sedara balik memang panggil mak diorang ni Mak Long.. Lepas tu ada Mak Ngah.. Ada Auntie Ya dan aku diorang taruk nama Auntie Fiya... Tapi aku senang gelar diri aku Mak cik je hehe walaupun selalu tersasul sebut KAKAK!...

Memperkenalkan....



KAKAK! Atau namanya Siti Nur Hidayah.. Umur dia 6 tahun tapi rajin ajak sembang pasal kawan kat sekolah, pasal cikgu... Macam-macam watak ada dalam cerita dia ni... Paling aku tak sampai hati kalau dia nampak aku dah angkat beg dan kemas barang nak masukkan dalam kereta.. Dia mesti....

"Nak pergi mana? Dah nak balik ke?" Dengan muka sedih lepas tu tekup muka kat tingkap dan pandang je aku..

Crown yang dia pakai tu aku belikan sorang satu... Untuk dia dengan adik dia.. Aku kan suka budak-budak jadi aku sebagai kakak budak dan mak cik budak memang gila dengan mainan budak-budak...

Nak beli untuk diri sendiri rasa macam tak sedar diri pulak hehehe... Jadi aku sumbangkan lah duit yang ada dengan beli mainan yang aku suka lepas tu serah lah ke anak-anak sedara dan sepupu kecik..



Yang ni SITI... Atau nama penuhnya Siti Nur Haziqah.. Pendiam sikit pastu pemalu... Banding dia dengan kakak memang dia senyap je... Kakak rajin bercakap hehehe...

Anak-anak sedara aku yang perempuan memang suka main make-up.. Main shopping-shopping (yang ni bukan aku yang ajar hahaha...) Suka berangan lah senang cerita... Memang aku suka perhati je diorang ni berangan.. Paling tak tahan statement si Siti ni..

"Dah boleh kawen da sebab dah pakai benda (crown) ni hehehe.." SENYUM!

Hahahaha ok... Dia pun tahu okay pasal kahwin-kahwin ni hahaha..... Aku memang stalker budak-budak ni.. Dengar satu-satu ayat dia kalau tengah main dengan cousin yang lain...

Biasanya aku suka tolong sikatkan rambut budak-budak ni lepas tu ikatkan rambut dengan set getah rambut yang aku belikan haha.. Warna PINK lagi..




Budak comel ni nama dia Ahmad Zaid.. Panggil dia Ahmad je.. Dia tengok kiteorang main saloon lepas tu dia datang jugak kat kiteorang... Aku pun sikatkan rambut dia dan pakaikan crown kat atas kepala dia hahaha... PUAS HATI dia tau..

Satu habit dia hahaha yang buat aku gelak.. Kalau dia tidur... Dia boleh tidur kejap kat lantai kejap depan tv pastu u turn tidur atas karpet pastu undur pulak tidur atas lantai balik...

Aku category kan dia soft babies.. Erkkk apa tu hahaha.... Dia ni macam baby yang lembut.. Dia tak ganas dan dia jugak friendly.. 

"Auuuaaaeeiisshhaa uuuaaakkiikkhhoo..." Lepas tu dia senyum dan gelak hahaha dan aku gelak jugak sebab tak paham apa dia bahasakan kat aku hahaha tapi dia CUTE!...



Yang ni Umar Zaid tapi semua panggil dia Umar... Aku rasa siapa jadi mak dia ni untung... Susah nak nangis.. Nak jaga pun senang... Letak je dia atas tilam lepas tu boleh lah mak dia nak makan ke.. Apa ke.. Mandi ke... Tengok tv ke.. Facebook ke hahaha... 

Dia senyap je.. Golek-golek main sendiri atas tilam.. Terlentok-lentok atas tilam.. Tak menyusahkan orang langsung... Memang senang nak jaga...




So... Hakikatnya hahaha aku suka budak-budak ni panggil aku Mak cik... Korang nak tau... Bila aku sampai je Melaka.. Aku nampak dalam handbag aku ada kain perca bentuk LOVE.... Aku dah agak dah ni mesti si Kakak yang bagi sebab....... Dia ada cakap dengan aku..

"I LOVE YOU Mak cik....."

Aku tanya balik... "Betul ke ni??"

"A'ah.... I LOVE YOU.." Lepas tu tunjuk kat aku...

Aku pun "I LOVE YOU TOO Kakak!!..." hehehehe...


Thank you..

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3