Assalam...
Aku sejak sem lepas ada kemaruk sikit lagu Untuk Dia.. Hahaha adik aku yang bongsu punya lah misheard lirik lagu ni... Bila dia nyanyi dia akan sebut "Otopia eyy... Otopia eyy..." Hahaha konfius aku lagu apa dia nyanyi... Satu hari dia tanya aku, "Lagu Otopia tu tajuk dia Untuk Dia eh?" Hehe aku pun jawab, "Memang tajuk lagu tu Untuk Dia sebab dia sebut Untuk Dia dalam lirik lagu tu..".. Adik aku pun... "Ha? Bukan dia sebut Otopia ke?? Ishh... Tu lah orang tu pun nyanyi tak betul!" Hahaha tak memasal je menyalahkan Sleeq & Najwa Latif...
So.. Isnin baru-baru ni adik aku si Nurse yang kerja kat Hospital UKM tu cuti... Dia tanya sama ada aku nak turun KL tak.. Dia nak bawak round pusing Jalan TAR, Masjid Jamek (tempat shopping) + KLCC (tempat nak berbuka)..
Aku pun tanya husband nak tak turun KL.. Husband ni jenis kalau aku sebut je sesuatu mesti dia akan kata "Nak pergi ke? Nak pergi boleh je.. Tak kisah..".. Itu lah satu perangai dia dari dulu lagi.. Jadi bila nampak gaya macam dia pun OK nak drive ke KL.. Maka aku pun melancarkan sesi MARI BERMUSAFIR KE KUALA LUMPUR...
Hasil untung berniaga kuih dan jual kerepek sepanjang Ramadhan ni... Duit tu lah bekal untuk shopping, tol, duit minyak dan duit makan.... Tapi berjalan dengan 2 orang insan yang dah bekerjaya ni, memang duit aku kurang mengalir sebab semua sibuk nak tolong bayar! Hehe..
Driver kami... Ooo... Lupa Bilang Gadis ni KAY ELL...
Ada macam-macam ayat lain yang kelakar kat Jalan TAR ni... Hehe
Sesi berhusband & wife hehe...
Aku orang yang suka sangat pada fesyen tapi selama
aku minat tu... Aku tak tahu fesyen apa yang the best..
Yang boleh dijadikan pilihan terbaik... Tapi hari ini
baru ku sedar... MARIA ELENA lah rupanya yang
telah menjadi someone yang aku inspired gaya dan
fashion pakaiannya... Semua yang dia pakai sangat lah
LOVELY....
Aku guna bedak Arab beli dengan Mak cik...
Best!...
Budak tu orang pertama yang dapat barang!
Hahaha...
Happy husband & wife.. 1st time turun KL sama-sama
memang confirm teruja sangat...
Siblings.... Sisters...
Husband yang candid gambar ni... Adik shopping kasut raya
untuk Umi dan untuk aku... Yeayy... Aku tak mintak tapi dia
yang nak belanja... Hahaha...
Lepas berbuka kat KLCC.. Kami bersantai
tepi air pancut kat depan KLCC tu... Tak sangka
best tengok air pancut berirama kat situ =)
Sebelum balik Melaka... Nak tidur hotel, surat nikah tak bawak..
Hmm... Memang carik pasal lah tidur hotel tapi surat nikah tak ada..
Zaman sekarang... Kalau dah kahwin pun orang tak percaya..
Ramai yang dah kahwin kena tangkap basah dengan suami sendiri...
Salah siapa tu agaknya bila dah jadi macam ni??
Ni antara hasil rasa puas hati dapat berniaga sepanjang Ramadhan.. Tapi masalahnya... Aku tak ready lagi nak raya sebab aku tak KHATAM lagi!!!!!!... Stress jugak sebab tak dapat capai target.. Aku ada lebih kurang 15 juzuk.. Itu bermakna separuh lagi!!!...
Perancangan tak berapa bagus sebab bila aku penat.. Aku tidur... Bila tidur... Aku extra kan tidur tu dan aku terlupa yang aku kena spent masa untuk mengaji.. Jadi sehari berapa kali je dapat ngaji sedangkan pada awalnya aku survive gila-gila mengaji sehari lebih 70 muka surat...
Tapi sekurang-kurangnya.. Ramadhan kali ni adalah Ramadhan paling banyak yang aku usung Al-Quran ke sana sini sebab tu lah effort aku untuk khatam walaupun aku tau belum tentu aku akan khatam!... Perempuan lah katakan.. Tak normal pulak tiap-tiap tahun puasa penuh =)
Terima kasih sebab membaca dan jangan lupa undi untuk SUNSILK HIJABKU GAYAKU =D
No comments:
Post a Comment