Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, August 2, 2012

Call me Auntie or Mak cik or Kakak.. Ooppss hehe

 Assalam..

Entri ni merupakan entri pertama aku nak menunjukkan kebuktian bahawa.. Yeaayy.. Aku ada anak sedara dah... (Kesian betul kat aku...) Hahaha member dah tak hairan pun ada anak sedara tapi aku excited sebab aku suka budak-budak..

Baru-baru ni masa aku balik JB.. Ada lah beberapa kali aku dapat jumpa diorang ni.. Kiranya diorang ni lah anak sedara paling kerap aku jumpa.. Kalau ikutkan ramai tapi ada yang aku belum jumpa dan ada yang jarang jumpa..

Budak-budak ni anak kepada kakak sulung suami... Kiranya kalau semua anak sedara balik memang panggil mak diorang ni Mak Long.. Lepas tu ada Mak Ngah.. Ada Auntie Ya dan aku diorang taruk nama Auntie Fiya... Tapi aku senang gelar diri aku Mak cik je hehe walaupun selalu tersasul sebut KAKAK!...

Memperkenalkan....



KAKAK! Atau namanya Siti Nur Hidayah.. Umur dia 6 tahun tapi rajin ajak sembang pasal kawan kat sekolah, pasal cikgu... Macam-macam watak ada dalam cerita dia ni... Paling aku tak sampai hati kalau dia nampak aku dah angkat beg dan kemas barang nak masukkan dalam kereta.. Dia mesti....

"Nak pergi mana? Dah nak balik ke?" Dengan muka sedih lepas tu tekup muka kat tingkap dan pandang je aku..

Crown yang dia pakai tu aku belikan sorang satu... Untuk dia dengan adik dia.. Aku kan suka budak-budak jadi aku sebagai kakak budak dan mak cik budak memang gila dengan mainan budak-budak...

Nak beli untuk diri sendiri rasa macam tak sedar diri pulak hehehe... Jadi aku sumbangkan lah duit yang ada dengan beli mainan yang aku suka lepas tu serah lah ke anak-anak sedara dan sepupu kecik..



Yang ni SITI... Atau nama penuhnya Siti Nur Haziqah.. Pendiam sikit pastu pemalu... Banding dia dengan kakak memang dia senyap je... Kakak rajin bercakap hehehe...

Anak-anak sedara aku yang perempuan memang suka main make-up.. Main shopping-shopping (yang ni bukan aku yang ajar hahaha...) Suka berangan lah senang cerita... Memang aku suka perhati je diorang ni berangan.. Paling tak tahan statement si Siti ni..

"Dah boleh kawen da sebab dah pakai benda (crown) ni hehehe.." SENYUM!

Hahahaha ok... Dia pun tahu okay pasal kahwin-kahwin ni hahaha..... Aku memang stalker budak-budak ni.. Dengar satu-satu ayat dia kalau tengah main dengan cousin yang lain...

Biasanya aku suka tolong sikatkan rambut budak-budak ni lepas tu ikatkan rambut dengan set getah rambut yang aku belikan haha.. Warna PINK lagi..




Budak comel ni nama dia Ahmad Zaid.. Panggil dia Ahmad je.. Dia tengok kiteorang main saloon lepas tu dia datang jugak kat kiteorang... Aku pun sikatkan rambut dia dan pakaikan crown kat atas kepala dia hahaha... PUAS HATI dia tau..

Satu habit dia hahaha yang buat aku gelak.. Kalau dia tidur... Dia boleh tidur kejap kat lantai kejap depan tv pastu u turn tidur atas karpet pastu undur pulak tidur atas lantai balik...

Aku category kan dia soft babies.. Erkkk apa tu hahaha.... Dia ni macam baby yang lembut.. Dia tak ganas dan dia jugak friendly.. 

"Auuuaaaeeiisshhaa uuuaaakkiikkhhoo..." Lepas tu dia senyum dan gelak hahaha dan aku gelak jugak sebab tak paham apa dia bahasakan kat aku hahaha tapi dia CUTE!...



Yang ni Umar Zaid tapi semua panggil dia Umar... Aku rasa siapa jadi mak dia ni untung... Susah nak nangis.. Nak jaga pun senang... Letak je dia atas tilam lepas tu boleh lah mak dia nak makan ke.. Apa ke.. Mandi ke... Tengok tv ke.. Facebook ke hahaha... 

Dia senyap je.. Golek-golek main sendiri atas tilam.. Terlentok-lentok atas tilam.. Tak menyusahkan orang langsung... Memang senang nak jaga...




So... Hakikatnya hahaha aku suka budak-budak ni panggil aku Mak cik... Korang nak tau... Bila aku sampai je Melaka.. Aku nampak dalam handbag aku ada kain perca bentuk LOVE.... Aku dah agak dah ni mesti si Kakak yang bagi sebab....... Dia ada cakap dengan aku..

"I LOVE YOU Mak cik....."

Aku tanya balik... "Betul ke ni??"

"A'ah.... I LOVE YOU.." Lepas tu tunjuk kat aku...

Aku pun "I LOVE YOU TOO Kakak!!..." hehehehe...


Thank you..

2 comments:

sayap terbang said...

nama siti 2 siti nur haziqah.. hehe.. salah taip 2.. wah siap dia bg love dlm handbeg yer?? hehehe.. besh la dia tetiba ade anak sdara berduyun2.. hahahha

RIMA DANIA said...

salah2 sebab berangan haha mana boleh 2 beradik nama sama hahaha... best la ade ank sdara berduyun dayan hehe

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3