Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Saturday, December 29, 2012

Boikot yang tu.. Support yang sini hehe...


Assalam....



Macam aku pernah cakap dalam entri sebelum-sebelum ni.. Marrybrown tu restoran fast food all time favourite... Tak kisah lah naik Genting Highlands ke.. Bawah Genting ke suka je makan-makan kat Marrybrown..

2 minggu lepas.. Dalam tempoh seminggu aku dah makan kat Marrybrown 3 kali!! Gara-gara tak ada tempat lain yang jual mee kari sesedap mereka ni.. Serius... Cuba lah makanan tempatan diorang ni.. Tak rugi langsung!! Ada Nasi Ayam.. Nasi Lemak... Bubur Ayam.. Semua best!

Alhamdulillah semangat nak boikot masih ada.. Kalau dah teringin sangat nak makan burger spicy chicken.. Aku pergi Marrybrown je dan dapatkan Burger Hot Touch mereka yang seakan-akan spicy chicken tut... Hehehe... Sayur salad dalam Burger Ayam mereka mengingatkan aku akan kesegaran salad ketika berada di UK.. Malah mayonis mereka hampir sama macam kat UK... Makan sambil pejam mata gitu.. Hehehe..






Mee Kari dia... Perghhh... Jangan sampai tersedak haha...
Berapi pulak tekak jadi naga pulak.. (Tipu je!)







Adik aku si Angah Izzah makan Nasi Ayam...
Tak sangka sedap betul...








Afiff makan Chick A Licious..
Sedap jugak tapi kalau lebihkan fries dan
salad mungkin lebih menarik kot dinner kami
malam tu...







We are HERE!








Malam tu lepas lepak makan... Sempat pergi tengok wayang...
The Life of PI... Susah nak sebut... Mula-mula sebut P.I...
Pastu dengar orang sebut Pi.. Rupanya cara nak sebut adalah
PIE!!!! or PAI... Hehehe..







Boyfriend lama... Hehe.. Boyfriend baru
tak dapat ikut sebab kerja..








Girlfriend lama dan baru hehehe...



Hopefully aku strong enough to face the boikot thing dan may Allah ease everything... Insyaallah ada hikmah disebalik semuanya.. Thank you for reading...!


1st Experience.. (Tak teruk mana pun)

Assalam...


Lebih kurang seminggu yang lepas.. Aku shopping hadiah sempena kawan aku kahwin.. Nak pilih barang dah lah satu hal hehehe.. Hujung bulan punya kes pun satu hal.. Biasalah student hehe.. Paham-paham jelah kan.. Kena bajet jugak lah masa tu... Walau macam mana pun aku tetap nak jugak bagi kawan aku tu hadiah sebab aku happy sangat-sangat dengan perkahwinan dia dengan girlfriend dia sejak 2006 lagi... Tahniah bro!!!... At last... Selamat Pengantin Baru hehe...

Semangat punya pasal.. Aku pun beli jugak barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah bagi pasangan pengantin baru ni.. Ala kadar macam mana pun.. Bajet macam mana pun tapi tahap keikhlasan dan kegembiraan aku membeli hadiah untuk kawan aku tu tak berbelah bagi ya! Hahaha...

Shopping ni kalau kita beli barang dia.. Dia akan balutkan hadiah kita secara percuma dan dapat pilih sampul hadiah ikut warna yang kita gemar.. Syaratnya cuma tunjuk resit pembelian je dah memadai...

Menunggu nak dapat turn hadiah aku dibalut agak lama.. Sebab ramai yang tengah sibuk beratur nak balut hadiah krismas dan hadiah kahwin jugak.. Tapi aku okay je.. Tunggu macam biasa sebab aku rasa pekerja yang membalut pun pakar-pakar belaka... Aku tak pernah menyesal kalau beli barang kat sini dan dibalut oleh mereka sebab tangan mereka ni berseni bila membalut hadiah...

Akhirnya turn aku pun sampai.... Tunggu seorang pekerja ni balut... Dan hasilnya....











































Pekerja: Okay tak macam ni?

Aku: Tak apa lah.. (Jawab tak apa sebab muka dia pun berkerut je.. Macam malas nak layan dah... Think positive.. Dia penat kot banyak sangat balut hadiah sepanjang hari)

Pekerja: Balik rumah nanti awak alter sendiri lah..

Aku: ........ (Diam dan terus masukkan hadiah berbungkus dalam beg plastik)


Hancur jugak hati ni bila sampai rumah tengok apa punya style membalut gaya macam di atas.. Tak kan nak bagi hadiah kahwin kat kawan macam ni... Akhirnya aku ambil keputusan untuk koyak rabakkan sampul hadiah tu dan biar hadiah togel.. Aku rasa aku boleh balut sendiri lebih baik dari seperti di atas..

Kesimpulannya.. Penat macam mana pun kerja.. Kalau kita kerja bahagian serve customer.. Kita kena usahakan sehabis baik... Sebab tu punca rezeki kita... Serving customer.. Kalau kita kerja bahagian cashier... Buat yang terbaik sebagai cashier.. Aku percaya tak ada kerja yang senang dalam dunia ni... Mak cik cuci toilet kat u aku pun senyum sepanjang hari bila nampak student.. Tak kan dia tak penat naik turun bangunan cuci toilet sana sini.. Dia mesti penat.. Tapi dia lebih positif dan gembira bekerja.. Tu pada pandangan aku lah..

Dalam kes macam ni makan hati kejap je.. Lepas aku dah koyakkan sampul hadiah tu.. Aku puas hati... Aku tak simpan lama dalam hati tapi aku mesti tak kan lupa sampai bila-bila sebab ni pengalaman pertama jadi macam ni.. Harap sangat perkara macam ni tak berlaku lagi.. Sama ada berlaku pada aku atau orang lain..


Thank you =)

Siblings Sweet Chat!

Assalam...



Dah lama tak berdating dengan adik yang perempuan tu... Last jumpa masa majlis risik dan tunang dia.. Lepas tu masing-masing sibuk dengan kerja.. Study.. Rumahtangga (konon lah kan... =p ).... Baru-baru ni sempat lah berdating.. Tu pun kebetulan kami balik Melaka sama-sama sebab nak ambik Umi kat KLIA...

Biasa lah... Kalau student makan dengan orang yang dah kerja.. Memang tak akan student yang bayarkan.. Hehehe orang yang kerja lah kena bayarkan.. Kami pun pilih lepak kat Secret Recipe sebab terasa lama dah tak makan-makan kat situ...

Biasanya kami suka cerita pasal tempat dia kerja dan tempat aku belajar... Sembang pasal kehidupan seharian... Ada jugak dia selit cerita tentang tunang dia. Aku cerita pasal husband... Tips tentang kesihatan memang selalu lah dapat.. Dah nama pun NURSE!.. Ada jelah benda pasal kesihatan dia nak jadikan tajuk.. Tapi useful kan.. So kita dengar lah.. Hehe...

Pung pang pung pang sembang... Order pun sampai.. 



Padahal perut tak lapar mana pun... Tapi order jugak Dory with Lobster Sauce... Tak dapat makan lobster seekor.. Dapat makan sauce je pun tak apa lah kan hahaha....






Disebabkan kuah lobster tu ada cheese... Aku order ice lemon tea je untuk kurangkan rasa muak... 







Ni air ape entah tapi ada rasa macam pisang sikit... Nak jaga perut lah tu untuk penghadaman yang baik hehehe... Sedap jugak air adik aku order ni...







Tu dia pembelanja setia aku... Cik Izzah.. Tekak dia tiba-tiba rasa nak makan Tom Yam Kung... Udang besor-besor dalam tu...







Alang-alang orang belanja... Aku pun tambah side dish... Pumpkin soup... Serius sedap... Kalau rasa nak diet... Boleh lah buat pumpkin soup... Sedap jugak... Ada rasa macam kacang dhal sikit hehehe...

Aku tau kalau kiteorang ni duk lepak sembang pung pang pung pang... Kiteorang memang tak perasan dah orang lain hehehe.. Kalau orang sebelah dah tukar 2,3 orang.. Kiteorang masih duduk bercakap lagi kat meja tu.. Banyak sangat nak kongsi cerita...

Masa ni lah nak ambik masa lepak sama puas-puas.. Bila dia dah kahwin nanti.. Dan bila aku dah habis study dan mula kerja dan tinggal serumah dengan husband.. Of course JB dan KL semakin jauh jaraknya... Sekarang mungkin terasa dekat dan senang jumpa.. Akan datang siapa yang tahu...

Berada dalam adik-beradik yang cuma kami berdua je perempuan.. Tambahan pula aku anak sulung dan dia anak kedua.. Buat kami extra rapat... Nak bergeram-geram ke.. Nak gelak-gelak ke memang dengan orang yang sama hehe... So... Susah nak dipisahkan bila ada peluang baik macam ni...

Hopefully hehehe.. Lain kali boleh chat lagi tapi bawak husband masing-masing pulak dan topik pastinya berubah.. Kan?


Nothing to say but thank you for reading and I LOVE HER so much!!!



Thursday, December 27, 2012

Pure Joy!

Assalam...


Sambil menaip cerita sambil dengar lagu Zee Avi.. Kemaruk kejap hahaha... Ulang-ulang lagu dia tajuk Honey Bee dan The Book of Morris Johnson.. Orang Sarawak yang talented and cute!!

Entri kali ni ditulis lepas siap study subject Material Selection campuran fizik dan kimia.. Pening aku nak faham tapi insyaallah boleh lah cuba jawab masa final exam 31/12/12!! Dah berapa tahun tak pernah fikir akan kemasukan tahun baru sebab masa tu lah sibuk dengan final exam dan tak ada masa nak ambil tahu.. Sedar-sedar je dah masuk tahun baru!

This entry also dedicated untuk another Mommy yang selamat melahirkan seorang baby girl!!! Ya!! Ex-roomate poli dah jadi EMAK.. Hehe tak sabar nak ada masa lapang ziarah mommy baru ni di Wangsa Maju KL... Hopefully! ~sigh~ 

Baru-baru ni Umi and the boys dah selamat sampai Malaysia.. Sekarang masing-masing jet lag lagi..  Orang lain pukul 10 malam dah tidur tapi mereka ni pukul 5 pagi pun belum tentu tidur.. Masing-masing sibuk update status kat FB.. Tukar gambar profile dan bla.. bla... Hahaha..

Kegemukan dan pipi tembam melanda kedua-dua boys tersebut.. Hahaha diorang keluar je dari gate ketibaan kat KLIA... Kiteorang yang lain menunggu ni terus terjah pipi gebu diorang dan cubit puas-puas sambil berkata "Gemuknyaaa!!" hahaha..




Muka masing-masing sebelum pergi rumah Abah lonjong.. Sekarang berubah jadi bulat haha... Rupanya memang diorang naik berkilo-kilo sepanjang bercuti sekolah kat rumah Abah... Yang sorang naik 6kg.. Yang sorang naik 4kg.. Umi tak naik pun sebab selalu tak lalu makan hehe... Abah pun turut join boys naik berkilo-kilo jugak sebab selera makan bertambah hehe...



Selalunya diorang balik dari sana pakai jubah tapi kali ni balik Malaysia pakai t-shirt je.. Masing-masing ngadu kepanasan masa dalam flight.. 




Banyak barang yang diorang ni bawak balik hehe.. 2 troli pun penuh dengan bag.. Beg beranak namanya hehe... Selalunya orang balik dari Arab Saudi bawak balik kurma, air zamzam, kismis.. Ada jugak yang bawak balik sejadah, Al-Quran mungkin ada bajet lebih, boleh jugak bawak balik Jubah atau Abaya, kopiah dan sebagainya.. Ada juga yang beli minyak wangi dan tasbih.. Betul tak?

By the way.. Kalau seseorang tu merantau atau bermusafir.. Kemudian pulang ke tanah air atau tempat asal.. Adalah satu sunnah sekiranya mereka membawa pulang buah tangan atau hadiah untuk saudara-mara atau jiran sebab itu lah cara Nabi apabila baginda pulang dari bermusafir..

Kat sini aku nak share sikit idea menarik.. Selain dari bawak pulang barang-barang seperti yang aku katakan tadi.. Ada banyak lagi benda yang kita boleh kongsikan atau hadiahkan kepada sanak saudara.. Hehe orang Arab ni suka benda yang manis-manis.. So mereka ada banyak kedai coklat dan candy.. Coklat diorang jenama sendiri mengikut nama kedai mereka.. Yang glamournya AL-NUKALY dan ada beberapa jenama lain.. Tapi setiap dari coklat diorang ni ada citarasa tersendiri tapi HIGH CLASS rasa coklat tersebut... Tak perlu coklat semewah ferrero rocher dan sebagainya untuk rasa mewah hehe.. Percaya lah!!! Mereka hebat dalam pembuatan coklat!!




Ini contoh coklatnya... Majoriti bungkusan atau design coklat mereka dah sempurna untuk dijadikan hadiah atau buah tangan... Budak rumah aku kata "Cantiknya sampul coklat diorang ni... Dah macam coklat hantaran pulak hehehe.."




Diorang jugak ada banyak jenis haruman atau wangian... Aku suka perfume dari Arab Saudi sebab perfume mereka datang dari pelbagai negara yang terletak di eropah... Arab Saudi ni tak jauh dari eropah.. Kalau kita dari Malaysia nak ke UK makan masa 13 jam.. Arab Saudi ke UK cuma makan masa 5 jam sahaja.. Dekatkan?




Selain manisan macam coklat tu... Boleh jugak cuba BAKLAVA ni.. Dia hasil gabungan pastri dan kekacang serta sirap gula... Sedap.. Ada rangup sikit tapi memang extra manis... Kalau nak yang kurang manis boleh beli kat Pasaraya PANDA.. Kalau kat Malaysia ni ala-ala Giant, Tesco.. Panda ni lah tempat kami beli barang dapur... Yang aku tahu kat Jeddah ada.. Mungkin area Mekah boleh carik di Bin Dawood.. Madinah pun ada cawangan Bin Dawood jugak...





Atas ni contoh biskut dihias dalam bakul... Biskut ni pun kira manisan jugak.. Ada inti jem dalam dia.. Memang sedap sangat-sangat!!





Ini cheese KIRI kalau kat Malaysia.. Kalau kat sana La Vache qui rit hehehe.. Dah macam France lah pulak bunyinya haha... Kat sana hasil tenusu jugak tak kurang hebatnya.. Selain manisan LABANIA.. Boleh jugak bawak balik cheese ke Malaysia.. Cheese ni ada beberapa perisa tapi yang diorang bawak balik tu perisa BBQ, Chili taste dan Olive (buah zaiton)...





Cheese spread untuk disapu atas toasted bread... Sedapnyaa.. Almarai ni brand tenusu yang best.. Susu perisa dia best.. Cheese dia best... Tiap tahun ada je susu alfaraulah (strawberi) untuk kami kat Malaysia...




Shredded Mozarella untuk pizza pun ada jugak diorang bawak balik... Selain tu diorang jugak bawak balik grill pan, pisau.. Kadang-kadang pan brand Teffal pun diorang angkut jugak.. Dasyat tak orang balik dari Arab Saudi ni macam bawak balik poket Doraemon kan hehehe... Kalau nak gadget murah dan best... Boleh jugak try usha kat sana.. Cermin mata pun boleh tahan murah harganya.. 

Arab Saudi ni macam-macam ada.. Kelebihannya sebab mereka dekat dengan Eropah maka banyak makanan, minuman, coklat, gula-gula dan sebagainya yang ala-ala mediterranean.. Pizza mereka dah macam pizza orang Italy.. Fast food still ada makanan arab tapi ada jugak burgers, fries dan lain-lain...

Itu je kot nak share... Hehehe sharing some ideas and information.. Orang kata.. Kalau kita tak sampai pun kat tempat tu... Kurang-kurang kalau kita ni jenis suka membaca.. Hanya dengan membaca seolah-olah kita pernah sampai ke tempat tu tanpa sebarang bayaran..

Itu sahaja... Thank you!!!!!

p/s: Atok sebelah Abah siap kirim Vicks dari sana suruh bawak balik Malaysia... =)

Tuesday, December 18, 2012

Genting Highlands lagi!!!!!

Assalam...



Alhamdulillah... Ahad baru ni berkesempatan hantar adik ke program lepasan SPM di Kampung Kuantan Selangor.. Siapa tahu tempat tu?? Hehehe.... Dah alang-alang kat Rawang... Kami pun ambil masa sekejap untuk naik ke Genting Highlands.. KAMI tu means aku dan husband...

Ini lah trip pertama kami sebab sebelum ni kalau pergi mana-mana memang akan ada peneman... So... Kali ni secara rasminya kami berdua sahaja... Kebetulan jugak tu.. Tak ada planning beria sangat sebab tahu kami kesuntukkan masa dan belum cukup masa nak berholiday walaupun aku expect boleh holiday + honeymoon haha rupanya belum diizinkan olehNya...

Apa-apa pun bersyukur sangat-sangat dikesempatan ulang tahun 6 bulan perkahwinan kami.. Kami berjaya menjejaki Genting Highlands... Aku dah kali keempat ke sana.. Husband baru 1st time dan dia so so so excited!!!! Hehehe tengok muka dia senyum lebar memanjang...

Kami naik cable car je untuk sampai puncak Genting Highlands sebab husband 1st time jugak nak merasa naik cable car... Beratur panjang jugak nak naik cable car walaupun kami sampai Genting Highlands jam 4 petang....

Seronok bila sampai sana... Kabus tebal dan cuaca sangat sejuk menyambut kedatangan kami berdua... Memang datang tak bawa baju sejuk jadi redha jelah berjalan dalam kesejukkan... Husband memang tak tahan kesejukkan sebab dia pakai short sleeve.. Cian husband...

Tak ada story best sangat nak dikongsi cuma nak share beberapa keping gambar dari handphone.. Yeahhh!!!!!! GENTING HIGHLANDS with LOVE!!!!!!!




 Carefully drive to Rawang, Selangor....







My 2nd brother tidur sepanjang dari Melaka
nak ke Rawang... 








Enjoy the camera dalam kereta hehehe...







My Mr.Faiz 








Lepas hantar adik.. Nampak ada simpang 2..
Ke kiri Genting.. Ke kanan KL... So??
Kami pun pilih lah ke kiri dan terus tanpa belok-belok..
Tiba-tiba sampai dah Genting Highlands..







Naik cable car..







Lama jugak kami terhenti kat dalam cable
car sebab angin kuat....







Husband happy je ambil gambar sana sini...







Kabus tebal yang menyambut kedatangan kami..







Yeayy... Our cable car ride...







Disebabkan tak tahan dengan kesejukkan luar...
Kami ambil kesempatan ronda puas-puas indoor punya
places.. Syok jugak.. So we get to know kat mana
snow house yang -6 degree tu... Tau macam-macam lagi
lah... Ist time aku round sakan dalam tu hehehe...

Lepas penat berjalan dan survey... Kami singgah Marrybrown..
All time favourite kami sebab makanan dia semua best! 
Lagi-lagi MEE KARI dia.. Shedapnyaaaa!!!!





Saja ambil gambar fokus pada kabus tebal...
Oooo husband dah tak tahan nak ajak balik
sebenarnya.. Sejuk sangat katanya... Ya..
Padah kami main redah.. Itu lah akibatnya..







Sepanjang perjalanan dari Melaka..
Rawang.. Genting Highlands.. Kami guna gps
yang ada pada handphone aku.. So.. Kami
patut beli gps sebenarnya sebab banyak sangat
travel...







Aku: Sekarang beg ni jadi beg jalan-jalan...
Husband: Mesti lah...Cantek beg tu!!!
Aku: Akan datang jad beg lain pulak... (berangan)
Husband: Jadi beg apa pulak?
Aku: Beg untuk simpan pampers, botol susu.. Baju
baby... Macam-macam... (berangan lagi...hehe)
Husband: Hahaha betul jugak tu...




Itu je yang termampu aku boleh kongsikan... Hehehe.... 
Thank you!!!!

Wednesday, December 12, 2012

DRAMA QUEEN

Assalam...


Aku ni agak crying baby jugak walaupun ada certain part orang menangis.. Aku tak boleh nak menangis.. Masa tu rasa tabah gila.. Ada benda yang orang tak menangis tapi aku menangis... Masa tu rasa eh? Orang tak nangis aku nangis.. So.. Tangisan aku keluar pada beberapa peristiwa yang tak berapa nak serupa macam orang lain.. 

Memandangkan aku ni full time student... Aku lebih banyak fikir macam mana nak jadi student yang sempurna setiap semester.. Sempurna dari segi akademik.. Pointer okay.. Presentation bagus.. Hubungan dengan kawan-kawan dan sebagainya...

Berlaku satu kejadian di mana... Suatu hari.. Masa tu cuti weekend.. Husband tengah main PS2 dengan my brotherssss (b'coz I have 4 brothers!).. They laugh at each other.. Aku masa tu turut merasa keceriaan dan kegembiraan mereka BERMAIN BOLA SEPAK!.. Yes.. Mereka kalau dah jumpa memang kelima-lima jejaka ini akan bergelak ketawa depan TV sambil main PS2...

Aku yang macam blur je tengok diorang main bola pun boleh ikut tergelak... Sambil gelak sambil check FB... Owh!!!! Result test keluar.... Subjek Material Selection.. Aku check markah dan terusssssssssss....

Lari upstairs dan masuk bilik dan menangis-nangis macam aku dah fail final exam dan kena repeat... Biasanya drama menangis tu aku tekap muka atas bantal... Menangis puas-puas dan keep asking why me... Why???? I don't understand bla... bla... bla...

Dulu masa belum kahwin... Memang lantak lah kalau nangis tu nangis jelah sorang-sorang dalam bilik sampai lah aku tertidur supaya aku melupakan kesedihan itu... Kira lama jugak lah menangis sambil berfikir apa yang aku jawab dalam exam...

Bila dah kahwin... Husband perasan perubahan aku dari elok-elok gelak ketawa sambil FB... Tiba-tiba berlari laju masuk bilik... (Takkan nak nangis depan adik-adik pulak kan huhuhu)... Perlahan-lahan husband masuk bilik dan pujuk...

Husband: Kenapa ni nangis... Tadi elok-elok je ketawa.. Cuba bagi tau Abang..

Aku: FAIL..... huhuhuhuhuhu (nangis lagi....)

Husband: Apa yang fail tu, Sayang...

Aku: Test Material Selection.. (Husband is my senior.. So dia lebih tahu tentang subjek tu..)

Husband: Oo... Subjek tu memang tough sikit... Abang pun masa belajar subjek tu boleh
tahan jugak susahnya... Tak apa lah.. Ni baru test.. Final nanti buat yang terbaik, ya... (Husband aku ni sifat dia so so so so so  positive..)

Aku: Tapi nanti tak dapat lah A huhuhu... Nak A (obses sangat dengan A even aku tahu subjek tu susah..)

Husband: Berapa markah dapat untuk test?

Aku: Bla.. bla.. (heheh secret!!)

Husband: Eh.. Ok lah tu... Belum lagi present... Quiz.. Final.. Boleh back up markah test tu.. Insyaallah boleh.. Sayang Abang ni kan pandai.. Lagi pandai dari Abang.. (And he starts tu bandingkan cgpa dia dengan aku... Sesi pujuk-pujuk)

Aku: Esok baru dapat lupakan semua ni... Huhuhu sekarang ni memang tak boleh... 

Husband: Okay.. Macam ni.. Jumpa semula lecturer dan tanya kenapa markah test saya macam ni.. Okay? Tanya tau...

Aku: Huhuhu okay... Nanti nak tanya dia kenapa dapat markah macam ni (Truly.. Aku tak deserve untuk dapat that kind of mark..)

Husband: Dah jangan nangis-nangis lagi.. (Starts to make something funny.. Dan HAHAHA terketawa pulak aku...)


Kalau tengok dialog jujur kat atas tu memang mengada-ngada jugak aku ni... Cuma untungnya adalah orang nak melayan sikap crying baby aku di atas kesedihan melihat result test.... Belum lagi result final... Kalau tak menepati target... Boleh jadi termenung panjang aku.. Husband masih ada kat sisi bagi semangat...

Nak cure kan crying baby yang seorang ni... Husband prefer bawak pergi makan... Tengok wayang... Ambil udara luar... Borak pasal benda-benda lain.. Make sure.. Aku lupakan semuanya.. Hidup perlu diteruskan... Tabahkan hati... 

Ya Allah... Seandainya semua ini ujian yang berterusan untukku selagi aku bergelar sebagai seorang pelajar.. Kau tabahkan lah hati ini... Jadikan aku orang yang sabar... Jadikan aku orang yang tidak pernah berputus asa.. Terima lah setiap langkahku untuk menuntut ilmu sebagai amalan kebaikan di akhirat... Berkatilah setiap apa yang aku pelajari... Jadikan ilmu ini ilmu yang bermanfaat... Ameen...



Kawasan kejadian..... Tempat menangis!



Terima kasih....


*motif tulis entry ni sebab i'm frustrated with all my subject for this semester!! Ya Allah... =_(

Saturday, December 1, 2012

Beautiful Saturday & Sunday...

Assalam....


SEE!!!!! AKU BALIK JUGAK MINGGU NI!!!!! (Dapat jumpa husband hehe)...

Simple entry... Saja nak share aktiviti aku di dapur untuk 2 hari ni... Hehehe..





Chicken Lasagna.... Request by husband
untuk breakfast + lunch on Saturday..






Happy faces...






Breakfast on Sunday... Steamboat... Request by husband too..






Tom yam soup...






Dah makan separuh dari steamboat..






Sempat buat Steam Strawberry Yogurt Cupcakes.. Hehe...






Gebu & sangat comelllll.....






Sarapan pagi dengan husband lebih indah dari candle light
dinner hehehe.... Coffee.. Yogurt Cupcakes and Tom Yam 
Steamboat... One more thing.. Love story movies!!! Kan lagi
best dari candle light dinner hehe..






Petang tu.. Sambil aku buat chocolate cupcake (masih
dengan resepi Kak Naz).. Husband tolong buatkan
tangkai mug untuk projek Creativity and Innovation..
Selasa nak kena present.. Dari tin.. Kena kitar semula buat
produk baru hehe...






Tadaaaa.. Ini lah dia cuppies for my jiran sebelah a.k.a
classmates.. Lepas tu bagi adik senior 2 orang sebab diorang
nak try rasa air tangan kakak junior yang sorang ni hehehe..
Sempat jugak simpan beberapa ketul untuk housemates dan roomate...
Enjoy dengan  cuppies anda dan terima kasih kerana
anda mengatakan kedua-duanya sedap!! Hehehe..



*roomate terus mintak resepi coklat cupcake lepas makan hehehe.. (^^,)





Thank you..

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3