Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, December 27, 2012

Pure Joy!

Assalam...


Sambil menaip cerita sambil dengar lagu Zee Avi.. Kemaruk kejap hahaha... Ulang-ulang lagu dia tajuk Honey Bee dan The Book of Morris Johnson.. Orang Sarawak yang talented and cute!!

Entri kali ni ditulis lepas siap study subject Material Selection campuran fizik dan kimia.. Pening aku nak faham tapi insyaallah boleh lah cuba jawab masa final exam 31/12/12!! Dah berapa tahun tak pernah fikir akan kemasukan tahun baru sebab masa tu lah sibuk dengan final exam dan tak ada masa nak ambil tahu.. Sedar-sedar je dah masuk tahun baru!

This entry also dedicated untuk another Mommy yang selamat melahirkan seorang baby girl!!! Ya!! Ex-roomate poli dah jadi EMAK.. Hehe tak sabar nak ada masa lapang ziarah mommy baru ni di Wangsa Maju KL... Hopefully! ~sigh~ 

Baru-baru ni Umi and the boys dah selamat sampai Malaysia.. Sekarang masing-masing jet lag lagi..  Orang lain pukul 10 malam dah tidur tapi mereka ni pukul 5 pagi pun belum tentu tidur.. Masing-masing sibuk update status kat FB.. Tukar gambar profile dan bla.. bla... Hahaha..

Kegemukan dan pipi tembam melanda kedua-dua boys tersebut.. Hahaha diorang keluar je dari gate ketibaan kat KLIA... Kiteorang yang lain menunggu ni terus terjah pipi gebu diorang dan cubit puas-puas sambil berkata "Gemuknyaaa!!" hahaha..




Muka masing-masing sebelum pergi rumah Abah lonjong.. Sekarang berubah jadi bulat haha... Rupanya memang diorang naik berkilo-kilo sepanjang bercuti sekolah kat rumah Abah... Yang sorang naik 6kg.. Yang sorang naik 4kg.. Umi tak naik pun sebab selalu tak lalu makan hehe... Abah pun turut join boys naik berkilo-kilo jugak sebab selera makan bertambah hehe...



Selalunya diorang balik dari sana pakai jubah tapi kali ni balik Malaysia pakai t-shirt je.. Masing-masing ngadu kepanasan masa dalam flight.. 




Banyak barang yang diorang ni bawak balik hehe.. 2 troli pun penuh dengan bag.. Beg beranak namanya hehe... Selalunya orang balik dari Arab Saudi bawak balik kurma, air zamzam, kismis.. Ada jugak yang bawak balik sejadah, Al-Quran mungkin ada bajet lebih, boleh jugak bawak balik Jubah atau Abaya, kopiah dan sebagainya.. Ada juga yang beli minyak wangi dan tasbih.. Betul tak?

By the way.. Kalau seseorang tu merantau atau bermusafir.. Kemudian pulang ke tanah air atau tempat asal.. Adalah satu sunnah sekiranya mereka membawa pulang buah tangan atau hadiah untuk saudara-mara atau jiran sebab itu lah cara Nabi apabila baginda pulang dari bermusafir..

Kat sini aku nak share sikit idea menarik.. Selain dari bawak pulang barang-barang seperti yang aku katakan tadi.. Ada banyak lagi benda yang kita boleh kongsikan atau hadiahkan kepada sanak saudara.. Hehe orang Arab ni suka benda yang manis-manis.. So mereka ada banyak kedai coklat dan candy.. Coklat diorang jenama sendiri mengikut nama kedai mereka.. Yang glamournya AL-NUKALY dan ada beberapa jenama lain.. Tapi setiap dari coklat diorang ni ada citarasa tersendiri tapi HIGH CLASS rasa coklat tersebut... Tak perlu coklat semewah ferrero rocher dan sebagainya untuk rasa mewah hehe.. Percaya lah!!! Mereka hebat dalam pembuatan coklat!!




Ini contoh coklatnya... Majoriti bungkusan atau design coklat mereka dah sempurna untuk dijadikan hadiah atau buah tangan... Budak rumah aku kata "Cantiknya sampul coklat diorang ni... Dah macam coklat hantaran pulak hehehe.."




Diorang jugak ada banyak jenis haruman atau wangian... Aku suka perfume dari Arab Saudi sebab perfume mereka datang dari pelbagai negara yang terletak di eropah... Arab Saudi ni tak jauh dari eropah.. Kalau kita dari Malaysia nak ke UK makan masa 13 jam.. Arab Saudi ke UK cuma makan masa 5 jam sahaja.. Dekatkan?




Selain manisan macam coklat tu... Boleh jugak cuba BAKLAVA ni.. Dia hasil gabungan pastri dan kekacang serta sirap gula... Sedap.. Ada rangup sikit tapi memang extra manis... Kalau nak yang kurang manis boleh beli kat Pasaraya PANDA.. Kalau kat Malaysia ni ala-ala Giant, Tesco.. Panda ni lah tempat kami beli barang dapur... Yang aku tahu kat Jeddah ada.. Mungkin area Mekah boleh carik di Bin Dawood.. Madinah pun ada cawangan Bin Dawood jugak...





Atas ni contoh biskut dihias dalam bakul... Biskut ni pun kira manisan jugak.. Ada inti jem dalam dia.. Memang sedap sangat-sangat!!





Ini cheese KIRI kalau kat Malaysia.. Kalau kat sana La Vache qui rit hehehe.. Dah macam France lah pulak bunyinya haha... Kat sana hasil tenusu jugak tak kurang hebatnya.. Selain manisan LABANIA.. Boleh jugak bawak balik cheese ke Malaysia.. Cheese ni ada beberapa perisa tapi yang diorang bawak balik tu perisa BBQ, Chili taste dan Olive (buah zaiton)...





Cheese spread untuk disapu atas toasted bread... Sedapnyaa.. Almarai ni brand tenusu yang best.. Susu perisa dia best.. Cheese dia best... Tiap tahun ada je susu alfaraulah (strawberi) untuk kami kat Malaysia...




Shredded Mozarella untuk pizza pun ada jugak diorang bawak balik... Selain tu diorang jugak bawak balik grill pan, pisau.. Kadang-kadang pan brand Teffal pun diorang angkut jugak.. Dasyat tak orang balik dari Arab Saudi ni macam bawak balik poket Doraemon kan hehehe... Kalau nak gadget murah dan best... Boleh jugak try usha kat sana.. Cermin mata pun boleh tahan murah harganya.. 

Arab Saudi ni macam-macam ada.. Kelebihannya sebab mereka dekat dengan Eropah maka banyak makanan, minuman, coklat, gula-gula dan sebagainya yang ala-ala mediterranean.. Pizza mereka dah macam pizza orang Italy.. Fast food still ada makanan arab tapi ada jugak burgers, fries dan lain-lain...

Itu je kot nak share... Hehehe sharing some ideas and information.. Orang kata.. Kalau kita tak sampai pun kat tempat tu... Kurang-kurang kalau kita ni jenis suka membaca.. Hanya dengan membaca seolah-olah kita pernah sampai ke tempat tu tanpa sebarang bayaran..

Itu sahaja... Thank you!!!!!

p/s: Atok sebelah Abah siap kirim Vicks dari sana suruh bawak balik Malaysia... =)

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3