Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Saturday, December 29, 2012

1st Experience.. (Tak teruk mana pun)

Assalam...


Lebih kurang seminggu yang lepas.. Aku shopping hadiah sempena kawan aku kahwin.. Nak pilih barang dah lah satu hal hehehe.. Hujung bulan punya kes pun satu hal.. Biasalah student hehe.. Paham-paham jelah kan.. Kena bajet jugak lah masa tu... Walau macam mana pun aku tetap nak jugak bagi kawan aku tu hadiah sebab aku happy sangat-sangat dengan perkahwinan dia dengan girlfriend dia sejak 2006 lagi... Tahniah bro!!!... At last... Selamat Pengantin Baru hehe...

Semangat punya pasal.. Aku pun beli jugak barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah bagi pasangan pengantin baru ni.. Ala kadar macam mana pun.. Bajet macam mana pun tapi tahap keikhlasan dan kegembiraan aku membeli hadiah untuk kawan aku tu tak berbelah bagi ya! Hahaha...

Shopping ni kalau kita beli barang dia.. Dia akan balutkan hadiah kita secara percuma dan dapat pilih sampul hadiah ikut warna yang kita gemar.. Syaratnya cuma tunjuk resit pembelian je dah memadai...

Menunggu nak dapat turn hadiah aku dibalut agak lama.. Sebab ramai yang tengah sibuk beratur nak balut hadiah krismas dan hadiah kahwin jugak.. Tapi aku okay je.. Tunggu macam biasa sebab aku rasa pekerja yang membalut pun pakar-pakar belaka... Aku tak pernah menyesal kalau beli barang kat sini dan dibalut oleh mereka sebab tangan mereka ni berseni bila membalut hadiah...

Akhirnya turn aku pun sampai.... Tunggu seorang pekerja ni balut... Dan hasilnya....











































Pekerja: Okay tak macam ni?

Aku: Tak apa lah.. (Jawab tak apa sebab muka dia pun berkerut je.. Macam malas nak layan dah... Think positive.. Dia penat kot banyak sangat balut hadiah sepanjang hari)

Pekerja: Balik rumah nanti awak alter sendiri lah..

Aku: ........ (Diam dan terus masukkan hadiah berbungkus dalam beg plastik)


Hancur jugak hati ni bila sampai rumah tengok apa punya style membalut gaya macam di atas.. Tak kan nak bagi hadiah kahwin kat kawan macam ni... Akhirnya aku ambil keputusan untuk koyak rabakkan sampul hadiah tu dan biar hadiah togel.. Aku rasa aku boleh balut sendiri lebih baik dari seperti di atas..

Kesimpulannya.. Penat macam mana pun kerja.. Kalau kita kerja bahagian serve customer.. Kita kena usahakan sehabis baik... Sebab tu punca rezeki kita... Serving customer.. Kalau kita kerja bahagian cashier... Buat yang terbaik sebagai cashier.. Aku percaya tak ada kerja yang senang dalam dunia ni... Mak cik cuci toilet kat u aku pun senyum sepanjang hari bila nampak student.. Tak kan dia tak penat naik turun bangunan cuci toilet sana sini.. Dia mesti penat.. Tapi dia lebih positif dan gembira bekerja.. Tu pada pandangan aku lah..

Dalam kes macam ni makan hati kejap je.. Lepas aku dah koyakkan sampul hadiah tu.. Aku puas hati... Aku tak simpan lama dalam hati tapi aku mesti tak kan lupa sampai bila-bila sebab ni pengalaman pertama jadi macam ni.. Harap sangat perkara macam ni tak berlaku lagi.. Sama ada berlaku pada aku atau orang lain..


Thank you =)

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3