Assalam...
Syukur alhamdulillah baru-baru ni berjaya jugak buat tart kesukaan aku hehe.. Bukan apa.. Kalau pergi Jusco atau mana-mana bakery mesti nak beli benda ni lepas tu tak nak share dengan adik-adik hahaha.. Rasa macam tak puas makan satu... Mesti nak makan 2, 3 biji.. Sebijik pun dah RM2.80.. Terasa jugak lah bila nak beli tapi dah suka sangatkan.. Apa boleh buat hehe.. Beli jugak..
Kebetulan balik rumah parents hujung minggu yang lepas, tu yang tak nak lepaskan peluang mencuba resepi baru untuk adik-adik dan suami.. Aku nak diorang semua makan puas-puas sebab selama ni aku tak suka share blueberry cheese tart dengan diorang..
Husband pun tau macam mana crazy nya isteri dia dengan blueberry cheese tart sampai dia ungkit kisah-kisah lama kami kat universiti.. Dia kata aku ni pantang lalu kat salah satu stall di universiti.. Mesti aku singgah beli blueberry cheese tart tu dan makan sorang-sorang depan dia.. Memang aku rasa tak nak offer langsung kat orang lain.. Hehe..
Apa yang menariknya.. Sebelum ni aku pernah buat egg tart tapi punya lah susah nak keluarkan crust tu dari acuan.. Dah diumpil guna pisau sapu roti tu pun dia tak nak jugak keluar... Ambil masa yang lama nak tunggu crust keluar dari acuan..
Kebetulan masa tu 1st time cuba buat egg tart.. So, crust aku sedikit tebal.. Aku tak suka crust yang tebal.. Tapi Umi suka pulak crust yang tebal hehe..
Bagi aku crust yang tebal tak berapa comel.. Kalau crust yang sedikit nipis macam kat bawah ni memang cantik je bentuknya.. Bukan setakat cantik, lebih rangup walaupun disimpan di dalam peti sejuk.. Sikit pun tak lembik.. Nak keluarkan dari acuan pun tersangat lah mudah.. Cuma terbalikkan je acuan atas loyang, lepas tu crust keluar sendiri dari acuan tanpa perlu dipaksa hehe...
Kalau nak tahu dari mana aku dapat resepi hebat ni... Mesti lah dari blog Kak Nadz.. Aku selalu pesan kat kawan-kawan... Beginner macam aku ni kena lah belajar step by step dari blog yang kita tau memang sekali buat terus jadi.. Esok lusa dah pandai.. Buat lah resepi sendiri pulak hehe..
Aku jadi kemaruk guna oven dan mixer kat rumah parents sebab rajin cuci mata kat blog Kak Nadz.. Banyak lagi resepi yang belum aku cuba.. Kebanyakkan aku try resepi semuanya resepi kek atau biskut je.. Ooo.. Pernah sekali try buat Nasi Ayam.. Memang terbaik!!
Kawan-kawan pun ramai yang hadiahkan mixer masa majlis resepsi, yang bagi set dessert pun ada.. Lepas tu, si Angah (adik aku) pulak katanya nak hadiahkan aku oven... Nampak gaya lepas ni lagi aktif lah bereksperimen sebab bakalan ada oven kat rumah sendiri..
Untuk resepi gojes ni.. Boleh lah tengok DI SINI.. Aku ikut sebiji macam apa yang tertulis dalam tu.. Jangan skip-skip step atau pandai-pandai ubah adunan.. Bukan apa... Ada jugak kawan-kawan yang try tapi tak jadi sebab ada bahan yang kena letak, tak diletak.. Lepas tu tanya aku kenapa diorang buat tak menjadi hehe.. Setiap bahan yang diguna saling berkait dan saling memerlukan jadi kena lah guna..
Ini Atok Cik.. Nenek sebelah Umi.. Orang Johor biasa panggil atok perempuan diorang Atok.. Hehe ini dah bulan puasa tahun ketiga Atok sempat luangkan masa berpuasa di rumah kami.. Kebetulan hari yang aku buat blueberry cheese tart tu, Atok ada kat rumah kami.. Banyak Atok makan.. Sekejap Atok ambil lagi dan ambil lagi dan ambil lagi.. Hehe kira sedap lah tu.. Adik-adik pun suka.. Sekelip mata je habis..
Feeling great bila berjaya buat benda yang kita dan family suka.. Lagi satu.. Hahaha belum cuba belum tahu sebenarnya kita mampu buat ke tak.. Betul tak? Jangan lupa cuba.. Insyaallah tak menyesal..
Terima kasih...
No comments:
Post a Comment