Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, March 31, 2014

ENTRY KHAS +Cuti Sekolah+

Assalamualaikum


Last week cuti sekolah..

Adik yang bongsu datang JB sorang-sorang naik bas.. Katanya nak jugak bercuti sekolah, holiday hehe..

So, adik pun datang dengan sebemban kerja sekolah hahaha.. Holiday tu holiday jugak tapi kerja sekolah kena siapkan..

45 minit aku dengan husband tunggu dia sampai.. Adik mesej bagi tahu jam teruk masa turun tol sebab ada papan tanda besar gedabak jatuh kat tengah jalan..

Alhamdulillah tepat jam 7.15 si adik ni pun sampai kat Skudai.. Kami ambil dia kat Skudai je.. Tak bagi dia turun Larkin sebab jauh nak menjemput..




Lepas je ambik adik, aku dengan husband pergi solat kat stesen Petronas.. Kemudian terus bawa adik makan chicken chop RM 5 kat Bandar Baru Uda.. 

Dalam banyak-banyak chicken chop RM 5 yang ada kat JB ni, aku suka yang kat BBU tu sebab tak muak dan kuah dia pun sedap.. Paling best, servis dia tersangat lah cepat.. Tak payah tunggu sampai lebih 15 minit, insyaallah dah dapat makanan dan minuman yang dipesan..





Selesai makan, husband terus ajak pergi Bazar Karat kat Jalan Segget.. Itu tempat wajib lah kalau nak ajak sesiapa jalan-jalan di waktu malam.. Cousin, adik-adik yang lain pun kalau nak jalan malam, kami bawak diorang pergi Bazar Karat je hehe..


Okay, FINE!! Dia pulak dah mula potong ketinggian kakak dia huhu..


Pergi Bazar Karat pun sebab nak cuci mata je.. Tak ada beli apa pun selain saja cuba-cuba makan ais krim goyang sebatang RM 1 dan makan sengkuang calit RM 2 1 set.. Kuah petis sengkuang calit dia pedas dan banyak kacang ditabur atas sengkuang tu.. SEDAP! 

Dah puas hati berjalan, kami pun singgah pulak ke KIP MART Tampoi.. Mencari barang basah untuk dimasak esok..

Hari kedua adik di rumah, kami tak ke mana-mana pun sebab husband penat balik kerja.. So, dari pukul 1.30 tengahari sampai lah jam 11 malam aku kerah tenaga adik untuk siapkan kerja sekolah sampai siap!.. 

Sambil buat kerja sekolah, sambil.......





Sambil peluk bantal, remote kat tangan, lentok sana, lentok sini.. Si kakaknya pun kejap-kejap tanya, "Kerja dah siap ke belum tu?".. Si adiknya bagi jawapan dengan sengih je..

Time makan malam, aku hidangkan lauk udang masak sambal.. Udang gemuk-gemuk kami beli kat KIP MART.. Dia punya juicy udang ni.. Perghhh.. Sampai masuk mimpi bila tidur malam..




Malam pukul 10.30, adik aku dah hampir siapkan kerja sekolah dia.. Aku pun kesian kat dia hahaha berjam-jam mengadap kerja sekolah.. So.....




Aku pun buatkan lah dia satu mug penuh Hazelnut Coffee Old Town yang super sedap tu hehehe.. Lepas tu bakarkan 2 keping roti gula yang ummphh.. Hahahaha..

Dia pun relaks sambil minum sambil makan roti sambil siapkan baki kerja sekolah.. Cuma ada satu kerja folio dia tak bawak datang JB sebab kat rumah kami tak ada printer.. Kerja sekolah folio tu nak kena guna printer..

Esoknya, hari last adik kat JB.. Rabu, Khamis dan Jumaat dia stay kat rumah aku.. 

Pagi Jumaat tu kami bawak dia pergi sarapan kat Hutan Bandar JB.. Cadangnya nak makan Mee Kolok yang sedap tu tapi tutup pulak kedainya (selalu pergi dengan husband pun asyik tutup je huhu tak tahu lah kalau kami pergi kedai tu salah hari)..

Akhirnya kami makan lontong kering yang sangat-sangat sedap, roti canai, roti pisang (sedap!!! rasa nak makan lagi) dan roti bom.. Aku tumpang-tumpang makanan orang, kalau order pun nanti mesti makan tak habis huhuhu..





Selesai breakfast kat Hutan Bandar, kami pergi pula ke Kampung Melayu sebab nak beli Murtabak Kampung Melayu yang best!!.. Abah kirim murtabak suruh si adik bawak balik Melaka.. Asalnya Abah nak Murtabak Sungai Chat tapi tak buka pagi tu.. Tu yang tukar destinasi ke Kampung Melayu.. Murtabak tu untuk Atok kat kampung (dengar cerita, Atok makan banyak murtabak tu..hehehe)..


Siapa datang Jb kena cuba!


Tengahari Jumaat tu adik pergi solat Jumaat dengan husband.. Balik dari solat Jumaat tu dia pun..........




TIDUR.......

sebab malam semalamnya kami berdua habiskan banyak MOVIE sampai 4.30 pagi sempena meraikan si adik ni habis buat kerja sekolah.. Kakak pun sama CRAZY tengok movie sampai bersengkang mata hohohoh..

Sebelum datang Jb, adik ada kata, kat Melaka dah lama tak hujan.. Dia rindu hujan.. So, alhamdulillah.. Sebelum dia balik Melaka, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya di bumi Taman Pulai Indah ni..






Seronok bukan main dia dapat bau hujan dan dengar bunyi hujan turun hehehe... Sampai tersenyum-senyum..

Balik Melaka, selain bawa Murtabak, dia ada bawa jajan untuk kawan sekolah dia.. Hahaha.. Satu balang coklat dia bawa untuk kawan-kawan.. Siapa kawan si budak ni boleh lah pergi tuntut coklat dari JB hahaha..

Entry ni tak habis lagi tau..

Malamnya pulak si adik lagi sorang datang... Sorang balik, sorang datang.. Yang datang Jumaat ni si adik yang belajar kat Politeknik Merlimau Melaka.. Junior aku hahaha... Dia datang JB sebab nak ajak aku teman dia beli buku kat HARRIS, Jusco Tebrau guna Baucer Buku 1 Malaysia..

Lagi pun aku suka belanja adik-beradik time duit ada.. Mungkin sebab adik-adik aku dah masuk golongan remaja.. So, aku suka entertain diorang.. Ajak lepak, ajak jalan, ajak tengok movie, pergi karaoke ramai-ramai.. 

Walaupun aku dah masuk group dewasa tapi dengan penuh rasa sadisnya aku nak cakap, aku rasa aku macam remaja lagi hohohoho.. Aku senang masuk dengan adik-adik, macam tu jugak dengan husband.. Kami macam kawan-kawan..

Hujung tahun, adik perempuan aku offer adik-adik aku ni bercuti sekolah kat KL.. Turn rumah dia pulak.. Seronok lah masing-masing cuti sekolah pergi JB-KL-JB-KL.. 


Thank you..

Saturday, March 22, 2014

Fuhh.. Hampir-hampir

Assalamualaikum..




Husband: Nak pergi mana hari ni?

Aku: Nak cari kain.

Husband: Lepas tu?

Aku: Entah, tak tahu nak ke mana.

Husband: Kata nak beli bunga.

Aku: Ooo.. A'ah la nak beli bunga. Okay kita singgah kedai bunga.

Husband: Lapar tak?
(Tengok jam dah 3 petang!)

Aku: Tak lapar pun.
(Pagi tu sarapan fries, crab stick dengan kopi sorang secawan)

Husband: Ermm.. Tak lapar ke?

Aku: A'ah kenyang lagi ni.

Husband: Kalau macam tu kita pergi kedai bunga, kita pergi makan & last sekali
kita pergi beli kain.

Aku: Okay. Boleh je ^_^

Husband: Nak pergi Cala Qisya?

Aku: Hurmm....
(Bestnyaaaaa!!!!!! Husband bagi green light)

Husband: Nak pergi tak?

Aku: Tak apa lah. Lain kali je kot ^_^
(Mood belum sampai seru nak shopping..)

Husband: Ok, tak kisah. Next time pun boleh.


Dasyat sampai husband pun tau Cala Qisya.. Lepas ni belajar sebut Radiusite, 
Sugarscarf, Zawara bla... bla.. bla.. HAHAHAHAHA ~ketawa jahat~


Thank you

Friday, March 21, 2014

My MAN

Assalamualaikum..


Dari Ahad hingga Khamis dia keluar pergi kerja dari 6.30 pagi dan sampai rumah 5.30 petang.

But TODAY Jumaat pergi kerja 6.30 pagi dan balik 7.00 petang.

Dia suka balik rumah on time dan akan siapkan semua kerja time office hour.

But for ME, tak kisah pun kalau dia nak sambung buat kerja lama-lama kat office.

Why?

Sebab masa kami belum duduk serumah, dia selalu balik kerja lambat!

Aku: Dah balik kerja ke?

Dia: Belum, kerja tak siap lagi ni.

Tapi bila dah duduk sekali sejak bulan Jun 2013 (last year), dia suka balik ON TIME.

Bila tanya kenapa?

Katanya, tak boleh tinggalkan isteri lama-lama. Rasa nak cepat je balik rumah.

HOME SWEET HOME lah tu :)

But TONIGHT, something happen. Dia dah tidur nyenyak.

Dia: Sayang.. Sayang..

Aku: Ya.. Ya.. Kenapa.. Nak apa?

Dia: Mintak tolong boleh?

Aku: Tolong apa tu?

Dia: Tolong informkan office pasal bla.. bla.. bla..

Aku: Nak inform melalui apa? Tab atau handphone?
(Curious dah ni. Sebelum ni tak pernah pun dia mintak tolong
handle kerja-kerja office dia. Tapi kenapa malam ni dia mintak
tolong pulak.. Hurmm)

Dia: Masalah.. Masalah..

Aku: Apa yang masalah?

Dia: Bukan.. Salah.. Salah..

Aku: Ha? Salah pulak? Siapa salah?

Dia: Ermm.. Tak apa lah. Tak ada apa-apa. 
(Terus bangun dari tidur dan terduduk)

Aku: Are you okay??

Dia: Sorry.. Mamai pulak. Semua kerja masuk dalam mimpi.
(Terus sambung tidur)

Dulu, kalau Abah balik kerja awal pun mesti nak tanya soalan,
"Awal Abah balik kerja?"

Sebab Abah selalu pergi kerja pagi dan balik kerja malam.

Dah biasa tengok Abah working hard. Dan I LIKE bila dia working hard.

Abah pun biasa jugak bab kerja masuk MIMPI.

Bangun pagi, badan rasa tak fresh sebab otak bergerak the whole night.

Hopefully MY MAN is having a GOOD NIGHT sleep ^_^






Thank you

Sunday, March 16, 2014

You'll Never Know

Assalamualaikum


Baru-baru ni aku ikut husband ziarah kawan sekolah dia.. Kawan sekolah dia ni perempuan.. Baru bersalin BABY TWIN!! 

Kawan husband ni sangat baik orangnya.. Sejak aku kahwin dengan husband, aku pun tumpang jadi kawan dia jugak hehehe.. Bila kami bersembang memang gaya macam dah kenal lama padahal tak ada lah lama mana kami kenal..

Masa ziarah kawan husband ni, kami pergi secara beramai-ramai.. Kawan-kawan husband yang lain pun ikut sama ziarah "anak saudara baru" katanya hahaha..

Masing-masing excited tunggu baby ni lahir sebab tau baby tu twin.. Hahaha.. Dan dalam masa yang sama kami tahu hampir 3 tahun kawan husband tunggu nak dapat baby.. 

Alhamdulillah berkat kesabaran mereka, akhirnya mereka dikurniakan 2 orang baby boy yang sangat ADORABLE!!! Hampir 3 tahun tunggu. Allah bagi hadiah 2 orang baby serentak hehe..

Kita tak pernah tahu kisah masa depan kita kerana HANYA ALLAH YANG TAHU tentang kisah masa depan kita.. Maka sentiasa lah tanam sifat sabar.. Sabar dengan buah mulut orang yang suka tanya "Bila nak pregnant..".. "Bila nak ada anak??".. "Ishh.. Dah lama kahwin pun tak mengandung ke?".. "Lambat betul ya awak nak dapat anak..".. Jangan pernah putus asa dan berdoa semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan dunia dan akhirat kita.. 





Masih dalam proses recovery akibat pregnancy unknown location, may Allah ease everything ^_^ Yang penting stay POSITIVE... Yeayyy!!!

p/s: Lagi 2 bulan anak saudara nak lahir (baby adik perempuan).. Feww.. Tetiba rasa tua dah sebab ada anak saudara sendiri hahaha..


Terima kasih..

Wednesday, March 12, 2014

Bila muda-muda dah jadi pelupa..

Assalamualaikum


Buat masa sekarang ni aku pertengahan 20an.. Tapi kadang-kadang tu bila jadi pelupa ni buat rasa diri dah tua hohoho.. Buat itu buat ini kemudian tiba-tiba LOST entah ke mana.. Apalah nak jadi..

Bila jadi macam tu, aku suka lah nak mengingatkan diri "Read more books, please read more books..".. Atok aku umur dah nak 80 tapi otak cergas lagi sebab dia suka baca surat khabar, suka tengok tv dan kalau tengok cerita orang puteh tu dia akan baca subtitle BM secara laju dan jelas.. Dia ikut kami travel pun dia tak pernah malas baca signboard yang ada kat tepi-tepi jalan tu.. 

Ada cousin yang selalu jaga Atok kat kampung cakap, "Atok tak macam orang lain yang dah lupa-lupa tu sebab Atok rajin membaca.. Selalu praktis minda, praktis otak dan suka berfikir terutama tentang hal semasa.."

Nak dijadikan cerita pasal pelupa ni.. Aku bancuh air ribena kat rumah.. Lepas tu aku pelik kenapa aku dah pulas-pulas tutup botol ribena tu banyak kali tapi tetap tak ketat-ketat jugak.. Aku risau nanti masuk semut kalau tak tutup ketat-ketat.. Rupanyaaa.....





Rupanya tu bukan penutup botol ribena tapi penutup botol air mineral T_T.. Sedih rasa.. Aku terus remind kat diri sendiri, "Please read more books!!! Tengok ni buat kerja pun tak fokus.." Kemudian mula lah tercarik-carik mana penutup botol ribena ni!!!! Grrrrr!!!.. 




Bulatkan mata besar-besar baru nampak penutup botol ribena tu.. Depan mata je kot... What's wrong with me!!!

Next story.. Baru-baru ni aku kemaskan kain baju husband dalam almari.. Aku kalau tengok kain baju senget-senget dalam almari, aku punggah balik semua sekali.. Lipat semua dari mula.. Kemudian susun balik elok-elok bagi sama rata (penyakit tak boleh tengok benda tak teratur.. salah satu disease!!..)

The next day, sepah balik (tapi biasa lah, my brothers pun macam tu jugak.. so, memang tak heran pun hahaha sebab tu malasnya nak lipat kain baju adik-adik-adik-adik lelaki ni.. husband sebelum kahwin dia basuh,sidai dan angkat kain baju sendiri tapi semua gantung masuk almari.. takde makna dia nak lipat sebab dia balik kerja dah lewat, nak urus kain baju lagi, badan dah fikir nak rehat nak tidur.. maka semuanya digantung dalam almari.. start kahwin ni lah baru ada orang tolong lipat kain baju untuk dia dan organize kain baju untuk dia )..

Akhirnya aku decide nak remind husband untuk berhati-hati dengan kain baju dalam almari sebab aku tak nak tambah kerja lipat kain banyak-banyak dalam satu hari hahahaha... Tu lah siapa suruh suka jadi pengemas sangat!!!




Aku pun tampal lah benda ni kat pintu almari kami hehehehe.. Orang tua kalau tengok mesti tak suka.. "What kind of wife are you??

Gulppp!!!

Aku dengan husband macam housemate duduk rumah sewa.. Housemate berlainan jantina tapi halal la duduk sebumbung hahaha.. Aktiviti yang kami buat kat rumah almost the same thing macam kami buat dengan housemate masing-masing masa zaman belajar.. Dengan umur yang sebaya, so kami sangat open minded dan cool.. Kami dah setahun lebih kahwin pun bila pegi mana-mana orang masih ingat kami ni kawan baik la, boyfriend girlfriend la.. Orang ingat dia bujang, orang ingat aku ni single lagi.. Ishh.. Ishh.. Ishh.. Mungkin cara kami layan sesama kami macam member-member gitu hehehe..

Balik kepada kisah tadi..

Husband balik kerja, siap-siap mandi lepas tu nak solat maghrib.. Masa tu aku kat ruang tamu tak ingat tengah buat apa masa tu.. Tiba-tiba husband tercegat kat pintu bilik dan...

Husband: Abang dapat amaran..

Aku: Ha??? Amaran dari siapa?

Husband: Tu abang dapat amaran..

Aku: Siapa bagi amaran? Bos bagi amaran ke?

Husband: Bos? Bukan bos lah.. Tu kat almari tu ada orang bagi amaran..

Aku: Ha????? Siapa bagi amaran kat almari..

Husband: Tu pegi tengok kat almari tu hahaha




Bergegas lah aku lari pergi masuk bilik dan tengok kat almari.. Aku terus rasa... Huwaaaaaaaaaa!!!!! Apa masalah aku ni.. Aku sendiri yang tulis dan tampal, aku sendiri yang lupa!!!

Husband hanya mampu tergelak sebelum dia solat maghrib.. Aku pun cakap kat dia, "Itu bukan amaran lah.. Itu namanya reminder.. Peringatan supaya tak lupa.. Tu je hehehe.."

Start dari hari tu memang tiptop je almari baju.. Tak perlu aku nak punggah balik dan susun balik dari mula.. Padahal senget sikit je pun tapi kalau dah gila pengemas memang dipunggah balik dari awal lah jawabnya.. Kemudian lipat balik satu-satu.. 

Hopefully lepas ni rajin la aku membaca buku!! Bukan tengok movie je memanjang huhuhu.. Baca buku dapat membantu otak supaya tak jadi pelupa!! Tengok movie dah tak payah baca apa-apa sebab semua telah diceritakan huhuhu..


Terima kasih...

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3