Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, March 16, 2014

You'll Never Know

Assalamualaikum


Baru-baru ni aku ikut husband ziarah kawan sekolah dia.. Kawan sekolah dia ni perempuan.. Baru bersalin BABY TWIN!! 

Kawan husband ni sangat baik orangnya.. Sejak aku kahwin dengan husband, aku pun tumpang jadi kawan dia jugak hehehe.. Bila kami bersembang memang gaya macam dah kenal lama padahal tak ada lah lama mana kami kenal..

Masa ziarah kawan husband ni, kami pergi secara beramai-ramai.. Kawan-kawan husband yang lain pun ikut sama ziarah "anak saudara baru" katanya hahaha..

Masing-masing excited tunggu baby ni lahir sebab tau baby tu twin.. Hahaha.. Dan dalam masa yang sama kami tahu hampir 3 tahun kawan husband tunggu nak dapat baby.. 

Alhamdulillah berkat kesabaran mereka, akhirnya mereka dikurniakan 2 orang baby boy yang sangat ADORABLE!!! Hampir 3 tahun tunggu. Allah bagi hadiah 2 orang baby serentak hehe..

Kita tak pernah tahu kisah masa depan kita kerana HANYA ALLAH YANG TAHU tentang kisah masa depan kita.. Maka sentiasa lah tanam sifat sabar.. Sabar dengan buah mulut orang yang suka tanya "Bila nak pregnant..".. "Bila nak ada anak??".. "Ishh.. Dah lama kahwin pun tak mengandung ke?".. "Lambat betul ya awak nak dapat anak..".. Jangan pernah putus asa dan berdoa semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan dunia dan akhirat kita.. 





Masih dalam proses recovery akibat pregnancy unknown location, may Allah ease everything ^_^ Yang penting stay POSITIVE... Yeayyy!!!

p/s: Lagi 2 bulan anak saudara nak lahir (baby adik perempuan).. Feww.. Tetiba rasa tua dah sebab ada anak saudara sendiri hahaha..


Terima kasih..

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3