Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, July 8, 2014

Alhamdulillah... Rezeki hehehe :)

Assalamualaikum


Semalam ada banyak jugak masa free.. Konon-konon dah set masa nak jalan-jalan pergi Romantika kat Kota Fesyen, Mitc, Melaka.. Saja nak usha bunga dan dapatkan idea untuk decorate studio RD Three D yang bertempat di No. 32, Jalan KF 2, Kota Fesyen, Mitc, Ayer Keroh, Melaka.

Malangnya tak sempat nak singgah sebab take over kerja hantar ambik adik balik sekolah.. Maka terbatal lah plan nak ke Romantika.. Hukhukhukhuk..

Studio insyaallah siap dalam minggu ni.. Siap pasang pintu kaca, kerja-kerja mengecat dan pasang wallpaper.. Last sekali baru mintak orang perabot datang hantar dan susun perabot kat studio..

EXCITED tau tak!!!!!!

Once semuanya dah ready, boleh lah ucap kat diri sendiri, "Hello young entrepreneur!!!" hahahaha... 

Raya nanti kalau orang tanya, "Kerja kat mana?".. So, dah ada jawapan sebab aku tak pernah kerja secara full time selama hayat dikandung badan :p Kerjanya belajar je memanjang.. Ni pun kalau ikutkan rasa tak puas lagi belajar..

Ramai sangat orang misunderstood tentang diri aku yang sebenarnya.. Susah dan malas nak explain banyak kali sebab non of them baca blog aku.. So, siapa yang baca blog aku je yang totally tau who am I.. Paling kurang pun, stalk la FB aku tu ha.. Ada pelbagai informasi yang tak tersembunyi hahaha...

Masa aku nikah dua tahun yang lepas, aku tengah study degree kat UTHM secara full time.. Masa tu aku baru second year.. Perkahwinan aku pun plan last minute.. Sebenarnya unexpected decision hohohoho.. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..

The next year baru adakan majlis resepsi dan kebetulan majlis tu diadakan serentak dengan majlis nikah + majlis resepsi adik.. Maknanya ada dua pasang pengantin lah.. Masa tu aku dah masuk final year degree..

On that day... Hampir semua orang tahu yang adik aku dah kerja dan dah jadi nurse kat HUKM.. Lepas je dia habis study kat UKM, dia terus kerja kat HUKM.. Ini bermakna adik aku dah kerja tapi aku yang kakak masih tak kerja-kerja...

Ramai orang ingat aku ni masih tak habis study diploma sebab aku pernah repeat SPM pada tahun 2006... Ramai orang tahu berita aku ulang SPM.. Berita ulang SPM tu orang masih ingat sampai hari ni okay!!.. Sebab lepas SPM, anak diorang masuk kolej hohoho.. Aku pulak lepas SPM kena ulang lagi sekali SPM.. Budak kolej dengan budak ulang SPM mesti lah nampak budak ulang SPM tu loser.... T_T 

Yes!!! Aku tak malu mengaku aku pernah repeat SPM pada tahun 2006 tapi sebenarnya dengan SPM pada tahun 2005, aku dapat masuk Politeknik Merlimau Melaka dan berjaya tamat belajar Diploma Perakaunan tepat pada masanya.. Result SPM 2006 terpaksa peram dalam fail selama 3 tahun sebab nak perabih dulu belajar Diploma..

Alhamdulillah selepas tu dengan SPM 2006 yang tersimpan rapi selama 3 tahun dalam fail tu aku gunakan untuk sambung degree selama 3 tahun setengah kat UTHM.. Happy giler giler giler masa dapat result UPU.. 

WORTH IT aku ulang SPM pada tahun 2006 tu sebenarnya... Tak menyesal pun ulang balik SPM dan tak rasa pelik pun ada 2 sijil SPM hehehe..

Gitu gini, sejak tadika pada tahun 1994 sehingga tamat degree pada tahun 2013.. Cer kira berapa lama aku non stop jadi student sepenuh masa.. 19 tahun weyyy!!! Dah sebaya adik aku dah.. Adik aku dari reti uwek uwek uwek sekarang dia pun tengah study kat Politeknik Merlimau Melaka jugak tapi ambik engineering wakakakaka..


"Patut lah tak habis belajar lagi sebab dulu kena ulang SPM kan?"- Somebody

"Kerja kat mana sekarang ni? Awak kan yang kerja kat HUKM tu?" - Anybody 


Aku tulis entry ni sebab ada orang cakap macam tu kat aku. Serba sedikit terghase jugak kot hihihihihi..

But.. It's okay... Ramadhan Kareem ni I wll forgive everyone dengan harapan agar Allah pun forgive all my sins.. Ameen..

Conclusion atau moral of the story.. Setiap orang rezekinya tertulis berbeza-beza.. Aku nak berjaya dan sampai ke tahap hari ini sampai kena ada 2 sijil SPM.. Ada orang dengan satu sijil sahaja sudah membuatkan dia berjaya.. Ada orang lepas STPM terus sambung degree tapi aku kena lalu diploma dulu.. Apa-apa pun have faith in Allah dan Allah akan ease everything untuk kita.. Last sekali... Kena stay positive.. Nak nangis sampai kesat hingus kat kolar baju sebab tisu dah habis pun tak apa hahaha janji stay positive.. Okay?


Terima kasih..



No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3