Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Wednesday, July 9, 2014

Resepi Burger Caramelized Onion with Button Mushroom

Assalamualaikum





Gambar kat atas ni sebenarnya gambar burger yang Abah masak lebih kurang 2 minggu yang lepas.. Burger ni untuk breakfast pagi kiteorang semua.. Sedap ke tidak?? Hoh!! Mesti lah sedap.. Sedap sangat.. Rasa tak cukup makan sebijik tau... Rasa nak makan dua tiga bijik hahaha..

Selalunya burger ni dijadikan menu yang tak kira masa.. Betul tak? Ada banyak Fast Food yang sediakan burger sebagai menu breakfast, lunch dan dinner.. Kalau abang-abang burger pulak selalunya berniaga malam sebab malam pun ramai jugak orang cari burger untuk buat kudapan..

Memandangkan bulan puasa ni kita selalu lack of idea nak masak menu apa, so aku share di sini resepi burger yang sedap ni.. Kalau tak percaya sedap, try lah buat sebab tak susah pun.. Senang sangat..


Bahan-bahan:

Roti bun burger secukupnya
4- 5 Keping daging burger/ ayam burger (suka guna brand Ramly)  
2 biji bawang besar (potong slice)
Cendawan butang dalam tin (potong slice)
Gherkin pickle (slice.. optional, kalau ada lagi sedap!!)
Sedikit serbuk kari
Sedikit serbuk lada sulah (nak guna serbuk lada hitam pun bisa)
Salad secukupnya
Butter secukupnya


Cara-cara:

1. Masukkan 1 sudu kecil butter dalam pan atau kuali leper.
2. Masukkan bawang besar yang dah di slice dan tumis sehingga bawang caramelized seperti gambar di bawah dan ketepikan.


Google Image


3. Tumis pula cendawan butang sehingga masak atau bertukar ke warna sedikit coklat dan gelap.. Ketepikan..


Google image


4. Masukkan sedikit butter sahaja untuk tujuan memasak burger.. Taburkan sedikit serbuk kari dan lada sulah bagi setiap permukaan daging burger dan biar ia masak sepenuhnya.. Ketepikan..

5. Belah roti bun kepada dua dan panaskan atas pan sehingga permukaan roti kelihatan sedikit coklat atau kekuningan.. Ketepikan dan padamkan api..

6. Jom assemble burger ni.. Mula-mula letakkan salad atas satu bahagian roti bun, kemudian letakkan pula daging burger, next letakkan caramelized onion, letak sliced mushroom, sliced gherkin pickle (jika ada), dan jika suka sos cili dan mayonnaise boleh lah terus letak.. Jangan lupa akhiri burger anda dengan satu lagi bahagian roti bun..

*Gherkin pickle adalah seperti di bawah.. Ada jual kat mana-mana supermarket or grocery stores..


Google Image


7. Siap untuk dihidang.. Nak lagi best, hidang dengan chips/ fries bentuk crinkle cut hehe..


Kena try sebab benda ni alamak aiiii... Senang sesangat nak buat hahahaha... Nak makan banyak, buat banyak-banyak terus.. Tak puas kot makan sebijik je hihihihi...

Try ya... Jangan tahan air liur tu.. Cepat-cepat beli bahan dan buat untuk buka puasa nanti..

Terima kasih..

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3