Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Studio RD THREE D di No. 32, Jalan KF 2, Kota Fesyen, MITC, Ayer Keroh, Melaka tinggal nak susun perabot je..
Bab wallpaper dan lain-lain semuanya dah siap dipasang.. Sebagai orang yang melihat perkembangan studio dari kosong tak ada apa-apa sehingga wujudnya api dan air, aku happy sangat-sangat tau tak hahaha..
Aku bukan background architecture sama jugak dengan Abah, tapi setakat buat pelan simple tu boleh lah.. Pelan tu kena submit kat pelukis pelan yang berdaftar.. Aku dengan Abah jugak la yang pergi ukur kedai sebelum pelan dibuat...
Gambar atas ni masa contractor dah start buat lantai dan pasang partition untuk buat studio, buat managing director office, pantry dan working area untuk staff.. Aku lah staff tu hahaha..
Bila dah siap semua tu, datang pulak team mengecat.. Excited sangat tengok semuanya putih bersih.. Tak ada dah dinding capuk-capuk tu hihihihi..
Esoknya datang orang pasang wallpaper.. Wallpaper kami dari Top Master Home Sdn Bhd, Cheng, Melaka.. Masa nak pilih wallpaper tu memang rambang mata la.. Sambil pilih wallpaper untuk kedai, aku pun tumpang berangan kalau ada rumah sendiri, nak jugak pasang wallpaper hahaha... Apa-apa pun pasang niat dulu.. Ye tak.. :p
Bila Abah bagi chance kat aku untuk pilih wallpaper yang aku suka, memang tak sah kalau aku tak pilih theme english style.. Lepas tu mesti nak ada warna pink-pink macam bilik tidur aku hehehe... Husband cakap, "Tengok wallpaper pun dah tau siapa yang pilih sebab ada warna pink-pink kat wallpaper tu"... Apa boleh buat kalau dah jadi minah pink sejati kan hahaha... :P
Ini lah wallpaper yang aku maksudkan.. Section yang ni guna theme english style.. Mesti ada customer nak ambik gambar guna theme yang berbeza-bezakan.. So, RD THREE D bagi pilhan untuk customer pilih theme untuk ambik gambar 3D dalam studio..
Theme lain pulak, kita ada theme classy or vintage.. Ada jugak theme macam ala-ala pelamin yang simple dan up to date.. Customer boleh buat pilihan yang mana satu idaman kalbu.. Apa-apa pun masa walk in ke studio, dah kena dress up siap-siap, pakai cecantik..
RD THREE D amalkan syariah compliance.. Customer dalam kategori dewasa wajib menutup aurat tak kira lelaki dan perempuan.. Kelonggaran diberikan hanya kepada anak-anak yang belum baligh sahaja..
And sorry.. Servis pre wedding juga tidak disediakan.. Yang ini kita remind awal-awal takut nanti ada yang dah datang dari jauh dan pakai cecantik, sekali tengok kami tak sediakan servis pre wedding.. Ini kerana RD THREE D mahukan sebuah perniagaan kreatif yang halal.. Bukan berniaga makanan je kena halal, apa-apa perniagaan sekalipun kena halal tau hehehe...
Operation hour: 10 a.m - 6 p.m . .
Studio kat mana? . No. 32, Jalan KF 2, Kota Fesyen, Mitc, Ayer Keroh, Melaka.. . .
(Sederet dengan kedai kain Midas.. Pintu depan menghadap Butik House Of Amra manakala pintu belakang menghadap deretan kedai carpet, Burgerbyte dan Ayoob Bistro)
Perkhidmatan custom made 3D 1st in Malaysia:
1. Convert gambar 2D ke gambar 3D. Customer boleh email gambar asal ke rd3d.main@gmail.com dan kami akan process menjadi gambar 3D.
HARGA PROMOSI: RM 130.00 sahaja (Untuk sementara waktu)
HARGA NORMAL: RM 130.00 dan ke atas mengikut tahap kesukaran editing
2. Customer walk in ke studio.
HARGA NORMAL: RM 130.00 sahaja
3. Pilihan venue/ tempat yang customer mahu seperti taman bunga, majlis nikah/ sanding dsb.
HARGA NORMAL: RM 130.00 + cas perjalanan pergi dan balik
Whatsapp: AfiahKamel 012-6307141 atau email ke rd3d.main@gmail.com untuk booking studio ^_^
Dengan tulus ikhlas jemput semua datang studio RD THREE D sebab kami menyediakan perkhidmatan custom made 3D pertama di Malaysia :)
Terima kasih..
2 comments:
tahniah alonggg... seronoknya.. boleh tak along bg contoh hasil dari 2D ke 3D.. akk xbole imagine..
macam menarikkk je.. hehehehe..
kalau cun, bole try buat dgn along.
Oya Zihanee: Terima kasih kak oya hehe..
contohnya kak oya kena datang tengok kat kedai sebab lagi jelas..
raya nanti along bawak contoh :)
Post a Comment