Assalamualaikum
Since dah masuk 6 bulan ni memang kerap fikir, "Dah boleh ke start shopping barang baby?".. Persoalan yang sama akan berulang dalam kepala terutama bila tibanya weekend hahaha.. Yes! Weekend jelah masa untuk aku spend puas-puas dengan husband..
Whatsapp tanya kawan-kawan bila boleh mula hunting for baby punya mitten yang comel tu.. romper yang colorful, bonnet yang fancy.. Semua barang baby comel tau.. Tak ada yang tak comel..
Kawan-kawan jawab
"Aku beli masa 8 bulan.."
"Aku beli start dari 5 bulan.. Dah tau jantina senang nak shopping barang baby.."
"Aku shopping bila aku rasa nak shopping.. Tak kisah pun.. Atas kita nak beli bila-bila masa.."
Macam-macam jawapan aku dapat.. Ni kira antaranya lah..
Paling aku suka jawapan, "Ada duit, beli sikit-sikit.. Bulan ni aim untuk beli barang ni.. Bulan depan beli barang lain.. Nanti lama-lama lengkap lah barang baby.. Kalau beli selepuk memang terasa berat lah.. Baik belanja month by month.."
Aku pun ikut saranan kawan untuk belanja month by month.. Ikut list barang mana yang penting, aku dan husband akan dulukan hehe..
So, last week.. Aku dengan husband pun pergi Manjaku Baby Mall Melaka kat Jalan Lagenda (dekat dengan Tesco dan Aeon Bandaraya Melaka).. Ini tempat wajib lah untuk para ibu yang sedang cari barang keperluan bayi sebab dalam Mall tu hanya jual barang baby sahaja.. Susu formula, set tilam, baju pelbagai brand, stroller tak tahu lah berapa puluh jenis diorang jual, car seat pun sama, baby cot, mainan baby... Lengkap dalam satu Mall!!
Ini lah dia buat pertama kalinya aku nak beli barang anak sendiri.. Feeling keibuan datang menerpa secara tiba-tiba hohoho.. Lepas tu dalam pada tengah feeling tu, kepala jadi BLUR!!!!! Tak tahu nak start kat mana.. Pusing, punya pusing, punya pusing dalam Mall tu sampai satu jam aku meround dalam Mall hahaha.. Bakul still KOSONG!!! Akhirnya setengah jam terakhir tu baru lah dapat ketenangan nak memilih barang dengan telitinya sambil buat perbandingan harga secara terperinci..
Sepanjang shopping barang baby untuk hari tu, aku yang decide nak beli apa, warna apa, tema apa.. Cuma bila dah rambang mata tu baru tanya husband mana satu lagi cantik hahaha.. Ke hulu hilir aku bawak buku check list tu sebab tak nak terlepas pandang barang yang penting dan tak nak terbeli barang yang menyebabkan pembaziran..
Setakat ni aku dah beli..
- Baju lengan panjang
- Baju lengan pendek
- Seluar panjang
- Seluar pendek
- Romper
- Sarung tangan
- Sarung kaki
- Stokin
- Bonnet
- Barut
Banyak jugak barang yang aku dah selesaikan.. Cuma bedung je aku terlupa sangat nak beli.. Dah bayar kat kaunter, boleh teringat pulak bedung tercicir.. So, bedung tu kira postpone next month tau baby hehehe..
Balik dari shopping barang baby, aku mengadu sakit kepala kat husband.. Mungkin tak perasan aku dah berdiri terlalu lama dalam Mall dan perut pun lapar sangat.. So, kami decide solat Maghrib kat Aeon Bandaraya Melaka dan pergi makaaannn!!!!!!
Kami pilih untuk dinner kat SUKIYA Aeon Bandaraya Melaka bertentangan dengan kedai donut JCO.. Yeayyy!!!
Ini kali kedua kami makan kat Sukiya.. Tak sangka pulak sedap masakan Japanese ni dan sangat lah affordable harganya.. Kenyang pun kenyang hehehe...
Gundon Beef Small Size (Ini pun berdrama nak habiskan semangkuk huhuhu.. Kenyang) |
Husband punya Teriyaki Chicken Medium Size.. Ini wajib rasa sebab sedap sangat!! |
Add Fried Tofu untuk buat lauk.. |
Add jugak Salad dengan thousand island untuk lauk |
Orang melayu memang suka pedaskan.. Hehe so jangan lupa ambil cili padi tu buat lauk.. Jangan lupa rasa jeruk halia yang manis-manis rangup tu.. |
Air pulak gelas besar dan puas hati hehehe.. Ini air Ice Lemon Tea.. |
Total semua sekali dalam RM20 lebih.. Next time kalau singgah Aeon Bandaraya Melaka nak try lagi menu yang lain.. Siapa minat kimchi boleh try makan nasi, daging dan kimchi.. Pun sedap jugak tau..
Untuk hari tu, mak ayah baby lega dah settle beberapa barang.. Baby pun lega sebab mak dia bagi makan Japanese food sampai kenyang hahaha... Nanti kita sambung entry shopping barang baby lagi tau..
Thank you!!!!
p/s: Dalam pada aku sibuk update entry pregnancy... Sekali pun aku tak pernah bagi tahu yang sebenarnya aku tengah pregnant baby boy ke girl hehehehe.. Kalau nak tau.. Dah 2 kali aku pergi scan.. Masa 5 bulan sekali dan 6 bulan sekali.. Masa scan 5 bulan kat private klinik tu, doktor cakap macam boy tapi tak confirm.. So, dia suruh datang masa 6 bulan.. Bila datang scan 6 bulan, doktor yang sama jugak scan.. Dia kata nampak gaya lebih kepada girl, tak ada ciri boy.. Okay.. Sekarang ni doktor confuse, kiteorang lagi confuse.. Jawapannya.. Kiteorang tak tahu baby girl ke boy huhuhu.. Baby kuat mengepit dan sangat lah susah nak tengok bahagian bawahnya.. Kita tunggu jelah ya.. SURPRISE!!!! Yang penting baby sihat dan sempurna.. Berat badan dia pun lebih 23g dari usia sebenar.. "Ermm baby.. Awak memang ikut baka papa awak ya?" hehehe..
No comments:
Post a Comment