Assalamualaikum
Dulu masa kecik suka tengok satu cerita ni.. Nama watak utama dalam cerita tu Baby Bear.. Baby Bear manja sangat dengan mak dia.. So, satu hari tu si Baby Bear dah bersiap nak main dengan kawan-kawan waktu petang.. Cuaca hari tu mendung dan hujan pun turun dengan lebat.. Baby Bear jadi sedih dan duduk termenung tepi tingkap..
Mak si Baby Bear yang namanya Mama Bear nak cuba pujuk anak dia yang tengah sedih.. So, Mama Bear pun pergi dapur dan buatkan hot cocoa khas untuk Baby Bear.. Siap ada cookies lagi tau untuk Baby Bear cicah dengan hot cocoa.. Hot cocoa tu pulak Mama Bear serve dalam mug besar.. Aku yang tengok ni pun rasa nak tumpang sekaki hahahaha... Sedap betul nampaknya hot cocoa tu..
Memandangkan sekarang pun musim hujan, cuaca agak sejuk dan kelihatan awan pun mendung je.. Aku decide nak buat secawan hot cocoa untuk diri sendiri hehehe.. Bagi aku lah, hot cocoa ni jugak mendatangkan mood "warm feeling".. Mood macam kena bedung dengan blanket baby yang super empuk dan cosy hahahaha.. Jangan ingat baby je suka dibedung, mak baby pun suka jugak bila cuaca dalam keadaan macam ni..
Kepada peminat chocolate yang tegar atau pun memang hantu chocolate.. Sila lah cuba resepi ni.. Dah minum satu mug besar pun rasa tak puas hahaha.. Jom tengok resepinya..
HOT COCOA (BEST IN TOWN)
3 sudu besar serbuk cocoa (Nak guna van houten boleh, nak guna serbuk cocoa yang buat cake dan cookies tu pun boleh.. Aku guna serbuk cocoa tak ada brand pun hehe.. Serbuk cocoa lebihan buat cookies dan cake)
3- 4 sudu besar gula pasir (ikut manis masing-masing)
1 tin susu cair/ 1/2 kotak fresh milk saiz besar
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Air suam 1 cawan (kalau guna susu cair dalam tin)
1. Mula-mula, panaskan susu dalam periuk. Agak-agak susu sedikit mendidih, tambahkan air suam jika guna susu cair dalam tin.. Kalau guna fresh milk tak perlu tambah air suam tau..
2. Masukkan serbuk cocoa, gula, esen vanilla dan garam. Kacau rata dan sebati sehingga tiada ketulan serbuk cocoa.
3. Biarkan hot cocoa mendidih sebentar dan baru tutup api.. Kalau rasa pekat sangat dan nak cair lagi hot cocoa tu, boleh lah tambah air ikut citarasa kalian.. Tapi kalau suka hot cocoa yang pekat, maka hot cocoa anda telah pun siap..
4. Sendukkan dalam mug dan hidang bersama coklat chips cookies.. Aku cicah dengan chipsmore hazelnut hehe..
Atas tu hasil hot cocoa yang aku buat.. Minum panas-panas baru betul hehehe.. Tapi kalau nak minum sejuk, boleh je letak ais..
Penggemar chocolate sekalian.. Silalah cuba sebab senang sangat.. Lagi satu kalau mommy yang ada anak kecik tu, ajak anak buat hot cocoa sama-sama lepas tu minum sama-sama, mesti best!!! Fun activity!! Kalau rajin, buat sekali chocolate chips.. Fresh bake lagi hahaha..
Have fun dengan hot cocoa anda.. By the way.. Nak tabur coklat chip ke, nak tabur marshmallow pun boleh jugak..
Terima kasih..
No comments:
Post a Comment