Assalamualaikum
Enhciladas ni kalau tak silap aku makanan orang mexican.. Ada banyak cara nak masak menu ni cuma aku lebih suka ikut citarasa aku..
Dari mana aku belajar masak menu ni? Aku belajar dari you tube tapi aku buat pengubahsuaian sendiri sebab nak ikut anak tekak yang bercirikan Melayu hahaha.. Nak yang pedas-pedas..
Jom kita belajar masak Chicken Enchiladas by Rima Dania... Yeayyyyy!!!!!!!!
Bahan-bahan Tortilla:
1 bungkus tortilla jenama Mission (panggang siap-siap atas api dan ketepikan)
Cheddar cheese/ mozarella/ cheese keping (dihiris halus) kuantiti ikut suka
Bahan-bahan Sos Enhciladas:
1 botol sos spaghetti jenama Kimball/ Prego (tak kisah nak guna perisa tradisional atau lain-lain)
1/2 cawan air rebusan ayam
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos cili
1/2 cawan cili boh
Sedikit serbuk oregano (optional)
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara Sos Enchiladas:
1. Panaskan minyak dan masukkan cili boh.. Tumiskan selama 2, 3 minit.
2. Masukkan sos spaghetti, air rebusan ayam, sos tomato, sos cili dan kacau rata hingga mendidih.
3. Masukkan serbuk oregano, lada sulah, garam dan gula secukupnya. Kacau rata.
4. Tunggu dalam 3, 4 minit dan tutup api.
Bahan-bahan Inti Enchiladas:
3- 4 ketul dada ayam (direbus sehingga masak dan disiat)
1 tin cendawan butang (basuh dan hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara Inti Enchiladas:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
2. Masukkan dada ayam yang telah disiat ke dalam kuali dan cendawan butang. Kacau rata.
3. Perasakan dengan garam. Cendawan dah masak, boleh tutup api.
Jom kita assemble Chicken Enchiladas!!!!
Step 1: Ambil casserole atau loyang pun boleh dan tuang satu senduk Sos Enchiladas ke dalamnya. Ratakan.
Step 2: Ambil satu keping tortilla, sapukan satu sudu Sos Enchiladas ke atasnya. Kemudian taburkan Inti Enchiladas dan sedikit parutan keju.. Gulungkan tortilla dan susun dalam casserole. Ulang step 2 sampai tortilla dan inti habis.
Step 3: Tuang baki Sos Enchiladas di atas susunan tortilla.
Step 4: Akhir sekali, taburkan parutan keju di bahagian atasnya ikut suka nak banyak ke sikit. Aku suka banyak hehehe..
Step 5: Bakar pada suhu 170 darjah selama 30 minit atau sehingga keju cair dan sosnya sedikit kering.
Step 6: Hidang ketika panas.. Memang marvelous!!!!
Memang buruk sikit rupa dia tapi tak cukup makan sepotong tau hehe |
Zoom dekat sikit.. Yuummmmm!!!!! |
Ni hasilnya bila dah dipotong.. Sedap sangat-sangat tau.. |
Aku bukan nak puji masuk bakul angkat sendiri tapi buktinya tak cukup satu casserole tu.. Ini pun untuk 8 orang makan tapi celah gigi je huhuhu.. Kalau nak kenyang, hidang lah dengan mash potatoes ke, fries dan nugget ke, ayam goreng crispy ke, salad atau apa sahaja yang sesuai untuk dimakan bersama Chicken Enchiladas..
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ala Mexican..
Thank you!!!
No comments:
Post a Comment