Dari segi pemakaian memang lah kami suka jugak tengok style Korea.. Ada jugak beberapa helai baju yang kami beli secara online dan beli di KL untuk menepati citarasa Korea tu tapi tak lah sampai seksi.. Mana yang perlu dijaga tu jaga lah elok-elok kan... Jangan kerana fesyen body binasa...
Kemudian kami jugak suka dengar lagu Korea.. Macam adik aku.. Celik mata bangun pagi terkulat-kulat terus ambik handphone dia dan bukak lagu Super Junior yang penuh dalam list mp3 player kat handphone.. Aku rasa dah tak ada lagu Melayu agaknya dia ni... Selain dari radio tempatan.. Adik aku ni rajin tengok Radio Sukira Live dari Korea kat internet sebab DJ nya ahli SUJU..
Kereta adik aku pun memang CD penuh dengan CD lagu Korea je.. Sampaikan pada suatu hari:
Adik Sedara: Kenapa asyik lagu korea je dalam kereta kak ngah?
Aku: Sebab radio dia ni tak reti main lagu bahasa lain...
Adik Sedara: Ooo.. Kiranya radio kak ngah ni kalau pasang lagu melayu pun jadi
korea lah eh????
Aku: Yelah kot...
Adik Sedara: Huyooo....
Adik sedara tu baru 8 tahun... Dia naik kereta adik aku asyik lagu Korea je.. Tu yang dia pelik sangat tu.. Hehehe...
Bab baju atau lagu tak hairan lah.. Sebab ramai lagi peminat artis dan pelakon Korea kat Malaysia ni akan buat perkara yang sama.. Dengar lagu Korea dan pakai baju ala-ala orang Korea.. Tapi sejauh mana effectnya makanan Korea pada mereka?? Sebab... Kat rumah kami ada stock makanan Korea...
Ni semua adik aku punya pasal.. Dia punya kuat tengok movie Korea sampai makanan Korea pun dia terliur kalau tengok... Maka.. Adik aku ni kaki survey makanan Korea yang ada kat Malaysia ni.. Akhirnya tempat yang paling senang nak temui makanan Korea adalah di mana-mana branch supermarket Jusco...
Dia jugak lah yang ajar adik-beradik yang lain makan makanan Korea... Antara stok yang ada ialah kimchi (jeruk sayur-sayuran)... Ramen (mee segera) dan jugak Dobbuki (rice cake atau kuih bakul tak silap aku..)
Kalau nak beli makanan Korea kat Jusco.. Dia terletak di bahagian was-was.. Memang pihak Jusco sendiri letak notis supaya baca ingredient terlebih dahulu sebelum membeli... Di sebab kan pihak Jusco prihatin maka aku rasa belum ada shopping lain yang buat satu tempat khas untuk barang makanan was-was yang datang dari seluruh dunia...
Selalunya kami pilih yang ada simbol vegeterian atau memang ingredients dia cuma sayur je.. Kalau ada tulis beef ke apa-apa haiwan lain rasanya tak perlu lah ambil.. Kalau sayur memang plain sayur sahaja tak ada daging... Kita pun tak nak tersilap makan kan..
Kalau Kimchi biasanya adik aku letak dalam ramen... Jadi lah kimchi ramen.. Ada masa dia letak dalam telur dadar dan ada jugak makan dengan nasi putih atau nasi goreng... Macam dobbuki tu dia masak sos pedas dan gaul dengan dobbuki yang dah dicelur terlebih dahulu.. Sedap tapi cepat kenyang sebab dia macam beras pulut dan bila makan rasa kenyal.. Bila makan banyak maka jadi kenyang..
Kalau ramen tu kami suka beli ramen yang memang dah ada kimchi tapi masa masak atas api pun kami tambah kan lagi kimchi supaya ramen kami ada extra-extra kimchi.. Kimchi ni ada masin-masin rasa dia.. Aku ok je.. Boleh terima lagi..
Ni gambar adik aku masak Dobbuki... Nampak benda putih
yang panjang-panjang tu.. Tu lah dia Dobbuki... Kalau cerita Korea biasanya
pelakon makan kat van yang macam warung bergerak tu.... Makan panas-panas
siap berasap-asap lagi....
yang panjang-panjang tu.. Tu lah dia Dobbuki... Kalau cerita Korea biasanya
pelakon makan kat van yang macam warung bergerak tu.... Makan panas-panas
siap berasap-asap lagi....
Kimchi.. Kobis yang dijerukkan... Bagi aku kimchi ni kalau dah campur
dalam telur dadar dah tak payah tambah garam lagi dah sebab kimchi ni
dah sedia masin...
dalam telur dadar dah tak payah tambah garam lagi dah sebab kimchi ni
dah sedia masin...
Tapi apa yang aku perasan.. Harga sepeket ramen mahal.. Makin berkualiti makin mahal.. Kalau kita tengok cerita Korea.. Ramen tu dah jadi macam makanan ruji pun ada.. Makanan yang kerap di makan... Paling best tengok Lee Min Ho makan ramen atas tutup periuk.. Tak payah pakai pinggan atau mangkuk hehehe.. Slurrpp... Berbunyi macam tu lah kalau Lee Min Ho makan dalam Boys Over Flower..
Jangan lupa KLIK SINI dan jalan-jalan kat blog adik aku yang kekoreaan sangat ni...
Nak tips LOW FAT RAMEN COOKING SECRET?? Next entri k... Thanks sebab baca...
Jangan lupa KLIK SINI dan jalan-jalan kat blog adik aku yang kekoreaan sangat ni...
Nak tips LOW FAT RAMEN COOKING SECRET?? Next entri k... Thanks sebab baca...
4 comments:
Jusco mana? Halal x?
RM: biasanya saya pergi Jusco Melaka berdepan Melaka Mall.. Kat situ ada Non Halal section, Was-was section dan yang lain tu halal..
Was-was section ni tempat di mana makanan dari korea atau mana2 negara luar yang tak ada cop halal tapi ingredient semua clean dari pork dan sebagainya yang tak halal untuk muslim..
Atas kita nak beli ke tak makanan kat section was-was tu.. Kalau kita yakin, beli lah.. =) kalau was-was, abaikan..
Kimchi dijual dlm botol or plastic yea...? Halal kn..?
hafizah auni: saya beli yang dalam bekas container makanan..biasanya jusco ada jual.. halal :)
Post a Comment