Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, November 27, 2012

Kenapa dia SPECIAL...

Assalam...


Short messaging service... Kami suami isteri sangat-sangat jarang call... Sebulan ada lah sekali, dua... Tak biasa sebab masa kawan dulu pun boleh kira berapa kali je call.. Jadi medium sms tu lebih kerap dari segala medium yang lain.. Hehehe... (Sesekali jumpa mula lah banyak cerita.. Aku yang paling kepoh bercerita!! Hahaha..)


Aku: Rasanya minggu ni kita tak dapat jumpa.. Banyak sangat assignment.. Report PSM kena siapkan cepat...(Padahal Batu Pahat dengan JB je pun hehe.. Jauh la sangat)...

Husband: Ooo.. Banyak kerja ya... Abang cuti Sabtu ni.. Abang tak kerja...

Aku: Tu lah... Banyak sangat.. Semua subjek ada assigment grouping.. Takut tak terbuat je assignment kalau balik Melaka.. (Balik rumah parents aku lah tu...)

Husband: Ooo.. Tak apa.. Kalau macam tu Abang kerja lah Sabtu ni sebab kita tak jadi jumpa...

Aku: Ok.. Abang kerja pun tak apa.. Kita tak jumpa 'kot' Jumaat sampai Ahad ni...

Husband: Ok.. Buat assignment elok-elok.. Kalau rindu... Cepat-cepat bagi tau Abang.. Nanti Abang datang Batu Pahat kita jumpa ya...

Aku: Okay Abang.. Apa-apa hal nanti akan di beri tau ya... (Dalam hati...... TERHARU giler!!!!)






Itu pasal lah tak hesitate langsung menerima lamaran jadi isteri dia
hehehe.. That's why lah I Love Him so much hihihihi....




Terima kasih husband sebab Redha wife dia tak dapat nak tumpu kat dia minggu ni.. Terima kasih jugak sebab Redha yang wife dia student sepenuh masa... 

Pelik tak tiap weekend nak kena jumpa? Tak pelik pun hehehe sebab dalam sehari berapa kali je dapat sms.. Kadang-kadang sempat sms pagi sebelum dua-dua pergi kerja atau kelas.. Kemudian mesej lagi bila masing-masing dah ada kat rumah sebab sorang balik dari kelas + sorang lagi baru balik kerja.. Tu pun kalau aku ada kelas malam.. Tak mesej dah... Kalau dia meeting malam pun tak mesej dah.. Mesej just untuk wish good night atau tanya apa agenda esok..

Call lagi lah jarang sebab tak biasa call kalau tak ada hal penting nak dibincangkan hehe... Setakat nak borak-borak tu sms pun ok dah.. Inbox FB ke..  3G? Baru nak belajar pakai 3G hehehehe... Kesian aku.. Tak pandai guna teknologi.. Sebab tu lah kami manfaatkan weekend yang ada untuk bersama-sama.. Kadang-kadang dapat lah jumpa Sabtu petang sampai Ahad malam.. Paling untung kalau dapat jumpa Jumaat malam sampai Ahad malam.. Tu memang paling untung lah.. 

Walaupun tak sabar nak serumah... Hehehe tapi aku percaya dengan cara ni kami membina RINDU... Kami membina KASIH SAYANG... Isshh.. Terjiwang pulak.. 

Thank you....







* Share tips yang tak seberapa.... Janji kita buat dengan ikhlas..

Memandangkan jarang jumpa husband.. Ada satu benda yang aku selalu buat kat dia tanpa pengetahuan dia dari 1st day nikah sampai hari ni.. Walaupun ketika entry ni ditulis.. Buat apa tu?? Hehehe...

Untuk isteri-isteri.. Sekali-sekala bila kita sentuh suami.. Contohnya potongkan kuku ke.. Salam dia ke.. Tepuk dia dari belakang.. Doakan selalu kesejahteraan tubuh badan suami, kemurahan rezeki suami, mintak Allah ampunkan dosa-dosa suami.. Jadikan lah dia ahli Syurga.. Jauhkan dia dari azab api neraka.. Mintak Allah jadikan suami kita suami yang Soleh.. Jadi pemimpin rumahtangga yang bertanggungjawab.. Dan sebagainya (ikut permintaan masing-masing...) 

Saat tu... Biar kita dan Allah je yang tahu setiap perucapan dalam hati kita.. Doa kita untuk hamba Allah yang kita sangat-sangat sayang.. Boleh apply untuk parents dan kawan-kawan.. =)



Mendaftar Subjek Untuk Sem AKhir...

Assalam....


Dulu lepas Diploma... Geng bff aku sorang pun tak bercadang nak sambung study... Antara kami berempat.. Aku sorang je yang semangat nak sambung study... Lagi 3 orang nak mula timba pengalaman bekerja dan kumpul aset.. 

Aku ni pemegang Diploma Perakaunan dari salah sebuah politeknik kat Malaysia... Aku memang antara yang terakhir dalam kelas tu... Kelembapan aku nak menangkap subjek akaun sangat lah ketara kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain... 

Walau lembab macam mana pun... Aku cuba jugak sampai lah aku pegang sekeping Diploma Perakaunan dalam tempoh 3 tahun belajar.. Ya!!! Akhirnya aku tamat belajar dengan sempurna tanpa fail sebarang subjek dari sem 1 sampai lah sem 6...

Bak kata Mak Long aku.." Allah bagi apa yang kita mampu.. Yang kita tak nak tu lah Allah bagi.. Sebab benda tu lah yang terbaik untuk kita sebenarnya.. Allah kan perancang yang terbaik..".. Sampai sekarang aku ingat... Thank you Mak Long!!! Dapat nasihat ni gara-gara selalu merungut cakap susah akaun ni.. Pening.. Pening huhu...

6 bulan menganggur kat rumah... Sambil tu aku dengan semangatnya tak putus asa mohon UPU untuk sambung Ijazah Sarjana Muda.. Biar lah jadi orang paling lemah akaun dalam kelas janji orang paling semangat nak sambung belajar walaupun aku tahu aku ni tak seberapa.. Pandai pun tidak.. Biasa-biasa je...

Tanpa diduga.. Aku menjadi antara 40 000 pelajar yang terpilih untuk masuk universiti awam pada tahun itu... Melihat jumlah tersebut di akhbar.. Aku pun cakap dalam hati.. "Dalam 40 000 tu.. Ada aku..."... Datang lah semangat nak belajar... Nak ada segulung Ijazah pulak lepas ni...

Alhamdulillah.. Sampai ke hari ni aku masih di sini.. Tanpa diduga jugak terkahwin masa belajar... Padahal memang tak ada dalam list pun.. Hehehe list nak dekan tu adalah jugak walaupun belum pernah tercapai... Rupanya.. Aku nak list dekan tak dapat.. Allah bagi lebih dari tu.. Hehehe.. Allah bagi suami pulak.. Syukur.. Syukur hehe..

Maka.. Tadi baru je lepas daftar subjek untuk semester terakhir... Kuliah terakhir.. Akhirnya aku dah nak hampir ke garisan penamat.. Rasa tak puas jadi student walaupun hampir 6 tahun jadi student IPTA... Tempoh yang lama macam budak darjah 1 belajar sampai darjah 6.. Tapi aku tetap tak puas...

Insyaallah... Semoga murah rezeki aku nak sambung Master jika ada keizinan... Memang belajar degree ni pening jugak.. Tapi kepuasan dia.. Siapa yang dah ada degree.. Master.. Mesti fahamkan maksud aku... Biar masa yang menentukan.. Mana tau sambung Master dengan husband.. Haha dia pun suka jugak tu kalau dapat sambung.. Komitmen sebagai husband didahulukan.. Master kemudian punya cerita katanya hehe.. Thank you husband ye...



Zaman konvo kat poli hehe..






Subjek terakhir sem hadapan...



Terima kasih.....


OOpppssssssss....... One more thing.. Did this always happen to last year students???


Macam aku ni??????? Set jam... Kira-kira sempat tak mimpi
.... Sempat tak berangan dulu sebelum tidur... Sempat tak golek-golek
dulu sebelum bangun dan mandi... 



Friday, November 23, 2012

SIBLINGS DAY OUT!!!

Assalam...


Kadang-kadang kalau dah jumpa dengan adik-beradik... Memang boleh jadi tak betul.. Tambahan pula aku dapat husband yang kaki melayan perangai kiteorang... Dalam masa yang sama.. Dia pun satu kepala jugak.. Menyakat tu kerja pertama husband...

Baru-baru ni ambik kesempatan pergi Jusco sebab nak beli barang keperluan adik-adik lelaki aku yang nak ke rumah Abah... Saat menulis ni... Diorang dah 4 hari kat rumah Abah.. Huhuhu seghonok...

Abah kata kat Arab tengah musim sejuk... Abah pesan suruh bawak baju panas... Jadi tujuan nak ke Jusco tu sebab nak beli baju panas budak 2 orang tu... Umi pulak sempat pesan handbag baru dari adik perempuan aku... Sebab Umi kata handbag dia dah lusuh... So.. Beramai-ramai lah kami ke Jusco menyopping....




Girls Abah... Kalau kat rumah aku.. Bila Abah & Umi
sebut Along.. Maknanya diorang panggil aku le tu... Kalau
sebut Angah...... Diorang panggil adik aku (baju biru)... Kalau
diorang sebut GIRLS...... Tu maknanya dia panggil kedua-duanya..

Andai kata lah kami nak sesuatu... Kami akan kata, "Umi...
Girl nak jugak barang macam tu..." Melekat panggilan
tu dari kecik sampai besar..... Hehehe...Yang lelaki pun macam tu
jugak.. Masing-masing ada nama panggilan tapi bila nak panggil
semua.. Memang kami sebut "Boyysssss!!!!!"







Fuuhhhhh...... Untuk dalam cermin tu hehe...







Budak kecik yang belum berapa nak tinggi
ni nama dia Zayd... Dia ni baby Abah.. Hehehe







Jom keluar...... Jalan-jalan...









Kalau bergambar.. Mak cik baju biru tu suka je
nak kapel dengan budak baju hijau tu....







Dia ni budak lagi.. Tapi tonjang...
Kat sekolah.. Ustaz suka cakap dia ni hensem..
Hensem eh?? Huhu...  Orang kata muka dia
macam muka Abah masa Abah sebaya dia..








Menunggu husband check KWSP dia
kat mesin.... Lepas tu dia ajar pulak si Angah
check KWSP... Aku?? Tak pernah kerja..
Tak ada KWSP pun hehehe...






Sekarang boleh la I tolong bawak barang
shopping... Next year... Next year....
I nak angkat benda lain pulak.. Oopps..
"Dukung" benda lain pulak.. So.. Nanti korang
pulak yang usung eh beg ni... Lalalala...







Kan dah kata dia ni tonjang... Ada somebody
menyelit nampaknya di belakang tu hehehe..



Memang hari tu agak penat sebab busy urus barang Angah and the boys... Tapi ok lah sebab saja suka-suka jalan-jalan ramai-ramai hehehe.. Broken BM betul.... Selalunya kalau pergi Jusco... Selalu teringin nak makan kat SEE U steamboat atau teringin nak makan Tako Tao.. yummmy!!!!

See u next entry.. Thank you......

Adikku Dipetik Orang... Setelah Aku Dimiliki Orang...

Assalam...


*Weird sebab redo entry.. Tak best tak ada gambar
dan ditulis dalam keadaan sangat kelam kabut hehe..


Ahad lepas... Adik aku... Satu-satunya adik perempuan aku bertunang... Dengan siapa? Dengan jejaka pilihan dia sendiri... Adik aku kenal tunang dia sebab kerja kat tempat yang sama... Jodoh dekatkan.. Alhamdulillah hehe...

Umur adik aku 22 tahun... Dia telah memecahkan rekod aku dan Umi sebab tunang lebih awal dari kami... Insyaallah kalau tak ada aral melintang... Jika diizinkan Allah... Next year adik aku nikah.. Apa-apa pun kena tunggu Abah balik Malaysia dulu hehe...

Mungkin orang ramai tahu cara macam mana aku dan husband berkenalan.. Bertunang dan berkahwin... So... Entri kali ni aku nak cerita macam mana adik aku dengan tunang dia boleh bersatu..

Al-kisahnya... Tunang adik aku dengan adik aku ni bekerja di tempat yang sama tapi department yang berbeza.. Kedua-duanya bekerja di hospital.. Ada chemistry di situ hehe... Kawan dan akhirnya suka sama suka....

One fine day... Jejaka pilihan adik aku ni... Mesej adik aku tanya kot-kot lah adik aku ni suka kat dia sebab dia kata dia suka kat adik aku... Adik aku reply... Dia suka jugak kat lelaki tu tapi dia nak yang halal dan nak hubungan yang ada masa depan...

Tak lama lepas tu.. Lelaki tu pm inbox Abah... Mintak izin nak jadikan adik aku sebagai isteri dia... Serius cakap..... GENTLEMAN kan?? Hehehe... Ooo.. Lelaki macam ni bukan ada dalam watak novel je tapi dalam realiti masih wujud hehe...

Atas persetujuan kedua-dua pihak... Ahad lepas adik aku ditunangkan... Cepat sebenarnya proses mereka diikat...Berdesap desup.......Terus dah tunang.. Tak sempat bercintan cintun... Cukup lah dalam hati dua-dua suka sama suka hehe... 

Macam aku sempat lah kenal lama-lama (hakikatnya dah kahwin baru kenal sebetulnya siapa husband aku.. Apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.. Macam-macam cerita baru nak selongkar hehe.. Seronok jugak..) Alhamdulillah kahwin jugak akhirnya... Jodoh datang dengan pelbagai cara.. Macam-macam bentuk ceritanya.. Apa-apa pun... Bersyukur lah atas setiap pertemuan kerana Allah jua yang tahu siapa yang terbaik untuk kita...

Be strong.... Be good.. Mulakan membaca dan menambah ilmu rumahtangga.. Take your time to get to know your future husband hehe ---> Dedicated to: Angah...

As one and the only KAKAK untuk adik aku ni... I'm so happy!!!!! Sebenarnya banyak kali dah aku cakap kat dia yang aku happy sangat-sangat di atas pertunangan dia.. Dia lah kawan aku dan bff aku dan kawan bertekak bercubit (masa kecik jelah.. Dah besar ni kami insaf hahaha)...

Begitu jugak dengan husband... Dia pun turut happy dan banyak membantu dalam menguruskan hal barang pertunangan adik kami ni.. Cehh... Bukan adik aku sorang... Adik dia jugak hehe... Both of us were very happy... Selamat Datang kepada Adik Ipar kami even he is 2 years old older than us hehe... Still kena panggil Adik Ipar tau... Hehe...

Jom cuci mata dengan gambar yang ada...




Buah tangan dari kami adalah English Style...
Dalam ni ada chocolate.. Sweets... Terkejut jugak
Mak Mertua adik aku sebab kami bagi sampai 4 jenis
buah tangan....

Yang overnya aku dengan Umi... Hahaha...
Kata happy... Ni lah tandanya kami happy..
So.. Kita buat surprise lah bagi banyak-banyak..







RED VELVET... Air tanganku...








See... Nampak sedap dan memang sedap
sebab pihak lelaki sepantas kilat memberi
respon akan kesedapannya hehe...








Buah-buahan.... Lagi 1 kotak ada kuih bakar tapi tak ada pulak
gambarnya... Kuih bakar tu special dari kampung khas untuk
orang Ipoh...








Tadaaaaa.... Itsmenoni a.k.a Izzah..








Umi....








Sesi sarung cincin...








Adik aku ni bisu sikit masa hari dia tunang...
Aku dengan Umi yang terlebih melayan Mak
Mertua dia.. Hehehe...







Tunang adik aku duduk sebelah husband aku... Ooo.. 
Sekarang diorang dah geng hehe...








Kedua-dua belah pihak...







Sesi menyampai hajat dari pihak lelaki kepada Abah....
Zaman sekarang dah canggih... Biar lah Skype menjadi
penghubung di kala berjauhan hehe...







Sesi Tunang adik aku dan Ayah dia berwebcam dengan Abah...







Mak Mertua adik aku perkenalkan diri hehe







Antara saksi pertunangan... Uwan (Nenek sebelah Abah)...
Tok Chik (Nenek sebelah Umi).....







Buah tangan dari pihak lelaki..
Tart....








Buah tangan dari pihak lelaki...
Buah-buahan...






Selesai majlis... Alhamdulillah... Si tonjang tu
adik kami yang paliiiing tinggi hehe...







Tunang orang.... Bini orang....







Dah macam mak-mak aku ni...
Tak apa selekeh pun... Sebab aku orang
dapur hehehe... Baju pun tak sempat
gosok.. Sarung jelah... Janji baju kurung hehe..







Atok sebelah Abah... Dia kata
"Atok pun dapat cincin jugak... Cincin permata
labu hehehe..." Aku datang ambik gambar
dia... Terus dia posing hehehe.... 
Saaayaaangg Atok!!!!







Dulu masa aku nak nikah... Jumaat aku masih ada paper ke-4 untuk final exam... Esoknya Sabtu pagi.. Aku nikah pulak... So.. Hari Jumaat tu lepas je habis jawab paper ke-4.. Aku call adik aku ni sebab nak suruh dia jemput... Dari Melaka dia drive jemput aku kat Batu Pahat.. 

Sampai Melaka... Merata-rata kami pergi sebab banyak lagi benda belum prepare.. Goodies bag tak siap lagi... Baju yang Umi tempah tak berambik lagi... Alas dulang hantaran pun masih kat kedai... Inai pun beli last minit kat bandar Melaka.. Tu pun dah buntu mana nak cekau inai... Call kawan U yang india mintak tolong bagi idea kat mana nak beli inai sebab dia pun orang Melaka... Mujur lah kan hehe..

Sampai kedai jahit... Baju Umi siap.. Alas dulang satu pun tak berjahit tepi dan tak siap dijahit.. Akhirnya kami mintak dia jahit tepi je.. Jahit renda adik aku yang buat masa pukul 4 pagi sampai lepas subuh baru dia siap jahit pakai tangan satu persatu!!! Aku?? Aku dah penat sangat masa tu sebab berapa hari mengadap final exam.. Muka pun tak ada seri sebab lepas tu ada 2 paper lagi untuk final..

Isunya kat sini... Siapa yang banyak tolong aku masa nikah... Mesti dia... Pengapit... Teman buat hantaran.. Dia jugak yang cuti seminggu masa aku nak nikah hehehe... So... Di atas kesungguhan dia... Aku dan husband balas semula kesungguhan dia sebagai tanda terima kasih hehehe..

Sisters should be in love.. Right? Walaupun selepas berkahwin.. Hehehe Thank you for reading this entry... Mana yang baik ambil sebagai pengajaran... Mana yang tak baik jadikan sempadan..

Thursday, November 22, 2012

Akademi Sastera 2012..Relaxing Time...

Assalam....


Sungguh lah aku ni seorang reporter semasa because my blog used to be my diary hehehe... Mungkin entry ni macam tak ada kena mengena dengan sesiapa pun sebab aku tahu bukan semua readers are from UTHM... Tapi tak apa.. Just read if you think you wanna read hehe.. Thank you so much for reading....

Sebenarnya sekarang busy sangat dengan Projek Sarjana Muda 1.. Walaupun baru part 1... Seperti senior-senior kata dan seperti husband aku jugak kata... PSM 1 lebih susah dan jauh lagi penat nak membuatnya berbanding PSM 2 nanti.. Memang penat sangat dan aku dah mula rasa letih... Tidur lambat dan bangun awal untuk semak jurnal dan kajian lepas supaya bersesuaian dengan kajian aku nanti.. 

Sem ni jugak secara tak sengaja aku terpaksa skip beberapa kelas untuk siapkan PSM... Mungkin ada orang kata... Ishh!!! Tak pandai jaga masa ke sampai ponteng kelas sebab nak buat PSM... Dah tak ada masa sangat ke sampai nak ponteng... Yup... Mesti ada kata kan... Hehehe... 

So... I'm working so hard sampai sakit!!! Tu pun satu kesilapan jugak... Buat tak ingat kesihatan... Bila bangun tidur.. Buat PSM... Berhenti buat pun sebab nak solat je... Movies setakat 30 minit sehari untuk Adam & Hawa jelah... Makan minum pun lantak lah... Nanti-nanti boleh makan... Tapi bila PSM siap.. Dapat makan nasi!!!!! Walaupun kuantiti sedikit... Memang terasa bagai disyurga hehe.. 

Atas segala perit jerih buat PSM yang aku rasa tak seberapa tu... Aku tetap perlukan rehat dengan keluar dari Batu Pahat... Hehehe.. Maka aku dapat join Akademi Sastera 2012 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur pada 22/11/12... Kebetulan roomate aku punya classmate masuk bertanding mengkritik novel bagi mewakili universiti kami iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.. UTHM!! 

Seawal 6 pagi kami dah melangkahkan kaki ke u dan naik bas untuk ke KL... Macam rombongan sekolah pun ada hehehe... Tapi sepanjang 4 jam dalam bas.. Ramai yang tidur.. Bangun pukul 4.30 pagi.. So dalam bas kami ambil kesempatan untuk sambung tidur... 

Sampai DBP... Wakil dari U kami dah selesai membentangkan kertas kerja.. Dia agak disappointed dengan kami sebab kami lewat dan tak dapat beri sokongan pada dia... Walau macam mana pun.... Dia dah buat yang terbaik dan dia layak untuk menang sebab..... UTHM dapat Naib Johan untuk pertandingan tersebut... 

1st place adalah ASWARA aku suka kakak tu present... Aku rasa kalau dia jadi lecturer pun best... Seronok dengar dia present.. Clear.. Mudah difahami... Maklumlah.. Kita bukan orang sastera.. Kita orang-orang teknikal.. Hehehe.. 3rd place pula adalah UPM...

Kira relaxing jugak lah aku semalam seharian kat DBP dengar orang present.... Dalam masa yang sama... Dapat jugak dengar panel komen tentang pelbagai perkara... Secara tak langsung... Apa yang aku dapati sepanjang aku dengar pembentangan kertas kerja mereka dan komen dari panel adalah apa yang akan aku lalui ISNIN depan...

Isnin depan turn aku pulak nak present tajuk kajian aku... So???? Mampukah aku berkata-kata sehebat mereka... Hehehe kita tengok ya macam mana... Yang pasti... Aku harap tajuk aku diterima sebab aku dah letak effort yang sangat tak berbelah bahagi pada PSM aku tu... Insyaallah... Ya Allah... Please help me!! Ease everything for me.. Ameen..




R&R Pagoh.... Breakfast!!!!
Gambar pertama aku dengan roomate buat pertama
kalinya setelah menjadi roomate hampir 2 tahun setengah!!







Roomate dan classmatenya...








The classmate....








Ya... Budak rumah ku.... Housemate...








Ini lah dia...







Tak sangka UTHM menang... Tahniah Nurul..







Bersama wakil dari UPM..







Winners......







On the way balik Batu Pahat...







Dalam ramai-ramai roomate masa belajar...
Ni lah roomate paling lama sekali bersama-sama...
Ooo... Ada chemistry... Hehehe



Doakan diri ini berjaya dalam PSM... Mudah-mudahan diterima lah tajuk kajian ku itu... Ameen...
Thank you...

Monday, November 12, 2012

Makan-makan... Warong Saga dan Hutan Bandar

Assalam...


Menonton rancangan TV Asian Food Channel kat Astro memang menjadi satu kemestian untuk aku dan family... Ini boleh dikatakan habit jugak lah... Kadang-kadang tu bangun pagi terus nak bukak lepas tu mula lah lapar tengok rancangan masakan dan sesi merasa makanan kat TV tu..

Melalui siaran AFC tersebut... Aku dapat tau ada satu warong yang best kat JB... Nama warong tu Warong Saga... Klasik warong tu... Hiasan dalaman dia memang banyak gambar lama masa zaman hitam putih tu... 

Hasrat nak pergi tu dah lama... Dari sebelum nikah lagi... Memang nak sangat pergi tapi tak ada siapa pun yang nak bawak aku ni ke sana sebab masing-masing tak tahu... Hehehe tanpa diduga.. Ayat skema sikit... Tanpa diduga... Lepas nikah, baru lah aku tau yang Warong Saga tu merupakan salah satu port baik husband dengan emaknya selalu makan malam....

Hahaha... Happy tau ada orang yang tau tempat tu... Jadi dengan izin Allah dapat lah aku makan kat Warong Saga baru-baru ni hehe... Jom kita tengok...

The next day... Kami pergi sarapan kat Hutan Bandar... Husband nak suruh aku rasa Mee Koloh Sarawak dan Char Mee... Aku pun tak tahu Mee Koloh tu asalnya dari Sarawak atau sebenarnya ia berasal dari makanan cina... Char Mee pun aku tak pernah dengar hehehe...

Berangkat lah kami ke Hutan Bandar... Tempat nostalgia masa zaman aku duduk JB dulu.. Selalu jugak lepak situ sarapan pagi satu family... Abah lah suka bawak kami ke situ... Sekarang husband sendiri pulak rajin bawak aku sarapan pagi kat sekitar JB hehe.. Bagi aku lah.... Breakfast husband and wife ni lagi best dari candle light dinner... Kalau pagi tu lapar... Malam kurang lapar lah hehehe..





Thank you sebab bawak ke sini...






Husband cakap... Ini antara menu yang best... Tauhu goreng
yang dicurahkan sambal kicap manis... Memang manis tapi
manis dia tu buat sambal ni sedap dan rasa naaakk je makan lagi..






Muka kepenatan sebenarnya hahaha...
Maklum lah baru je sampai JB.... Itu pun
husband datang Batu Pahat ambil aku dan 
bawak balik JB... 






Ini Nasi Goreng Ayam milik husband...






Bila hampir semua menu sampai
di depan mata kami....






Ini Mee Hoon Sup milik aku... Dah makan tauhu banyak 
sampai tak larat nak habiskan mee ni....






Morning........ Dalam perjalanan
ke Hutan Bandar....







Ini lah dia Char Mee.. Bagi aku Char Mee ni macam ala-ala
spagethi carbonara.... Kuah dia ada macam rasa lemak mushroom
... Tapi kat sini isi ayam dia memang best!!! Harga RM 4 je...





Ini lah dia Mee Koloh... RM 4 je semangkuk... Puas dan sedap..
Macam biasa... Isi ayam dia memang awesome giler...Best sangat!!



Gerai yang kami pilih untuk makan Mee Koloh dan Char Mee ni adalah gerai bernama ATIRAH EATERY... Kalau ada yang dah sampai JB... Rasa nak carik breakfast.. Singgah-singgah lah Hutan Banda dan cari gerai ni... Kalau rasa tak cukup semangkuk... Heheh order lah lagi... Okay...

Itu je untuk entri ni... So... Jangan lupa try.... Terima kasih....

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3