Assalam....
Dulu lepas Diploma... Geng bff aku sorang pun tak bercadang nak sambung study... Antara kami berempat.. Aku sorang je yang semangat nak sambung study... Lagi 3 orang nak mula timba pengalaman bekerja dan kumpul aset..
Aku ni pemegang Diploma Perakaunan dari salah sebuah politeknik kat Malaysia... Aku memang antara yang terakhir dalam kelas tu... Kelembapan aku nak menangkap subjek akaun sangat lah ketara kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain...
Walau lembab macam mana pun... Aku cuba jugak sampai lah aku pegang sekeping Diploma Perakaunan dalam tempoh 3 tahun belajar.. Ya!!! Akhirnya aku tamat belajar dengan sempurna tanpa fail sebarang subjek dari sem 1 sampai lah sem 6...
Bak kata Mak Long aku.." Allah bagi apa yang kita mampu.. Yang kita tak nak tu lah Allah bagi.. Sebab benda tu lah yang terbaik untuk kita sebenarnya.. Allah kan perancang yang terbaik..".. Sampai sekarang aku ingat... Thank you Mak Long!!! Dapat nasihat ni gara-gara selalu merungut cakap susah akaun ni.. Pening.. Pening huhu...
6 bulan menganggur kat rumah... Sambil tu aku dengan semangatnya tak putus asa mohon UPU untuk sambung Ijazah Sarjana Muda.. Biar lah jadi orang paling lemah akaun dalam kelas janji orang paling semangat nak sambung belajar walaupun aku tahu aku ni tak seberapa.. Pandai pun tidak.. Biasa-biasa je...
Tanpa diduga.. Aku menjadi antara 40 000 pelajar yang terpilih untuk masuk universiti awam pada tahun itu... Melihat jumlah tersebut di akhbar.. Aku pun cakap dalam hati.. "Dalam 40 000 tu.. Ada aku..."... Datang lah semangat nak belajar... Nak ada segulung Ijazah pulak lepas ni...
Alhamdulillah.. Sampai ke hari ni aku masih di sini.. Tanpa diduga jugak terkahwin masa belajar... Padahal memang tak ada dalam list pun.. Hehehe list nak dekan tu adalah jugak walaupun belum pernah tercapai... Rupanya.. Aku nak list dekan tak dapat.. Allah bagi lebih dari tu.. Hehehe.. Allah bagi suami pulak.. Syukur.. Syukur hehe..
Maka.. Tadi baru je lepas daftar subjek untuk semester terakhir... Kuliah terakhir.. Akhirnya aku dah nak hampir ke garisan penamat.. Rasa tak puas jadi student walaupun hampir 6 tahun jadi student IPTA... Tempoh yang lama macam budak darjah 1 belajar sampai darjah 6.. Tapi aku tetap tak puas...
Insyaallah... Semoga murah rezeki aku nak sambung Master jika ada keizinan... Memang belajar degree ni pening jugak.. Tapi kepuasan dia.. Siapa yang dah ada degree.. Master.. Mesti fahamkan maksud aku... Biar masa yang menentukan.. Mana tau sambung Master dengan husband.. Haha dia pun suka jugak tu kalau dapat sambung.. Komitmen sebagai husband didahulukan.. Master kemudian punya cerita katanya hehe.. Thank you husband ye...
Zaman konvo kat poli hehe..
Subjek terakhir sem hadapan...
Terima kasih.....
OOpppssssssss....... One more thing.. Did this always happen to last year students???
Macam aku ni??????? Set jam... Kira-kira sempat tak mimpi
.... Sempat tak berangan dulu sebelum tidur... Sempat tak golek-golek
dulu sebelum bangun dan mandi...
2 comments:
+ biar pelan-pelan asalkan berkualiti.. asalkan ada minat nak belajar..
go along!!! jaga pointer.. nnti leh sambung master pulak. hehehe..
Kak Oya: wahh tu dia...idola dah komen hehehe... nak mcm kak oya jugak smbung master hihihi
Post a Comment