Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, March 31, 2013

Jubah/Maxi ANNA DARLING dah masuk studio..

Assalam..






Alhamdulillah.. Setelah 4 bulan merancang.. Akhirnya jubah/maxi Anna Darling dah selamat masuk studio.. So, kat sini i would like to share our (me and partner Dea Aziz) 1st baby ever hehehe...



credit: TOUCHSTONE STUDIOWORKS
and thank you to our model (^^,)


For more information boleh KLIK SINI...

Terima kasih...


p/s: Tahun lepas aku sungguh-sungguh join contest SUNSILK dan alhamdulillah dapat beratus vote dari kenalan, keluarga dan kawan-kawan.. Seronok sangat.. Walaupun menang saguhati tapi pengalaman berharga tu tetap menjadi kenangan abadi tau.. Kini, SUNSILK sedang mengadakan SUNSILK GIRL SEARCH di Facebook... Apa tunggu lagi.. Klik klik klik untuk sertai sekarang!!

Warong Saga, Kenduri Kahwin, Kota Iskandar Nusajaya, Puteri Harbour, Medini Mall, Legoland Entrance, ZZ Mee Rebus Tulang & Bazar Karat...

Assalam...



Sepanjang 2 bulan menetap kat JB.. Biasanya aku dan husband keluar rumah untuk tengok wayang atau pun beli barang dapur.. Pernah sekali explore tempat-tempat baru tapi just lalu je dan tengok dari dalam kereta... Tak turun kereta pun dan tak perhati tempat tu puas-puas..

Jumaat, Sabtu dan Ahad baru ni family aku datang JB.. Umi, Zuhair the 5th dan Zayd the youngest datang dari Melaka.. Angah pulak dari KL naik bas ke JB.. Sanggup redah naik bas ke JB walaupun cuti sehari je sebab dia nak melepaskan rindu nak tengok JB hahaha...

1st place yang kami pergi ialah Warong Saga.. Aku pernah cerita pasal Warong Saga kat entri SINI.. Jumaat malam tu aku dan husband bawa diorang makan malam kat situ sebab banyak pilihan makanan.. Selain tu aku cakap kat diorang, Warong Saga ni dah masuk Asian Food Channel atau Travel and Living Channel kat Astro.. So, kena lah pergi kan hehe...

Menu malam tu kami order Mee Hailam, Nasi Ayam, Nasi Goreng Ayam (best!), Pepes (ala otak-otak), Satay Ayam dan Daging dan Tofu Goreng (datang sini mesti rasa!)...


Pepes







Satay Ayam dan Daging... Sedap sangat satay dia sebab lembut,
lepas tu rasa macam dia marinate dalam madu dan pelbagai
rempah.. Mesti cuba.. Saiz isi ayam dan dagingnya pun besar..







Tofu goreng dia memang lain dari yang lain.. Dia cipta kuah
tersendiri untuk nampakkan kelainan.. Yang ni mesti mesti try!


Esoknya hari Sabtu, kami attend kenduri kahwin cousin kat Pasir Gudang.. Macam biasa lah.. Hehehe meriah dengan sepupu sepapat yang sangat ramai.. Lepas tu makin ramai dengan pertambahan anak-anak sepupu hehehe..

Pukul 4 petang kami mula gerak ke destinasi yang pertama.. Buat pertama kalinya kami truly jalan-jalan kat Kota Iskandar di Nusajaya... Lengang sebab baru lepas hujan.. Orang pun tak ramai.. Jadi kami ambil masa untuk bergambar dan berjalan sepuas-puasnya...


Crazy sisters

Clenx Tea biggest fan.. That's why we look like this hehe...
We love Clenx Tea!!!!

1. Okay posing...
2. Posing laaa..
3. Okay, tak nak posing, kita menari..
4. Ewahhh...






No.1, No.2, No.5 dan No.6




Next destination.. Kami pergi Puteri Harbour.. Memandangkan terlalu lama kat Kota Iskandar, kami sampai di Puteri Harbour menghampiri jam 6 petang... Semua tempat comel kat Little Red Cube di Puteri Harbour pun dah tutup.. Kat situ ada Hello Kitty Town & The Little Big Club, Lat's Place dan macam-macam lagi.. 



Puteri Harbour







Little Red Cube


Selesai cuci mata kat Puteri Harbour dan Little Red Cube, kami terus ke Medini Mall.. Kami ke situ pun untuk suka-suka hehe.. Tak ada benda special pun yang kami buat kat situ.. Kat situ jugak lah kami terjumpa entrance Legoland yang sangat popular tu sebab semua orang mesti ada gambar tersendiri kat main entrance Legoland tu kan hehehe... Kami sampai sana dah malam, so tak ada lah nak bergambar sangat sebab gelap..

Perut pun dah berbunyi... Start enjin dan terus ke ZZ Sup Tulang or aku suka sebut ZZ Mee Rebus Tulang... Mee rebus kat situ memang sedap!!.. Family aku suka jugak makan kat situ masa zaman kami duduk JB.. Dalam banyak-banyak tempat kat JB ni.. Mee rebus tulang dia jugak yang spesial hehehe...



Seriously... Sedap... Makan pun senyap je haha... Sibuk nak
mengerjakan tulang dan daging yang lembut tu.. Hehehe..

Perut dah kenyang.. Makan pun sedap... Kami tekad nak pecah lemak kat Bazar Karat.. Aku suka jugak pergi Bazar Karat sekadar cuci mata.. Hehe nak shopping tu tak lah kot.. Biasa lah student.. Nak shopping boleh.. Tapi ada limit hahaha... So, kami pergi cuci mata jelah..

Best sesekali dapat jalan-jalan dengan family walaupun bukan holiday yang panjang tapi sekurang-kurangnya dapat manfaatkan 1 hari untuk semua benda.. Memang penat badan tapi pengalaman dan happiness yang kami dapat memang berbaloi dengan penat badan tu...

Insyaallah... Hopefully kami berkesempatan explore Johor di tempat menarik yang lain pulak...




Terima kasih...

mood: Tak sabar nak mid term break dan jemput Abah kat KLIA... heehuuu


p/s: Tahun lepas aku sungguh-sungguh join contest SUNSILK dan alhamdulillah dapat beratus vote dari kenalan, keluarga dan kawan-kawan.. Seronok sangat.. Walaupun menang saguhati tapi pengalaman berharga tu tetap menjadi kenangan abadi tau.. Kini, SUNSILK sedang mengadakan SUNSILK GIRL SEARCH di Facebook... Apa tunggu lagi.. Klik klik klik untuk sertai sekarang!!

Wednesday, March 27, 2013

Sarapan pagi yang buat aku HAPPY!!!

Assalam...



Jujur aku katakan.. Aku pencinta sarapan pagi.. Moment indah setiap hari bila dapat bersarapan dengan tenang tanpa sebarang gangguan... Gangguan yang aku maksudkan adalah terlambat nak pergi kelas, gangguan banyak kerja yang nak disiapkan dan sebagainya...

Pagi ni tanpa sengaja, aku dan kawan-kawan tersinggah KFC sebab nampak banner menu sarapan pagi yang nampaknya sangat menarik perhatian.. Kalau ikutkan, selalunya makan KFC time tengahari ke, malam ke.. Tapi rezeki hari ini, kami bersarapan pagi di KFC..

Ikutkan hati nak makan semua hahaha... Tapi aku pilih KFC a.m. Smart Breakfast yang bermula serendah RM4.00 sahaja!!! Aku pilih untuk bersarapan a.m. RISER COMBO beserta coffee!! I love coffee...!!!! Untuk menu aku ni harga dia RM4.80.. Bila nak bayar termasuk tax jadi lah RM5.10.. Memandangkan aku student, ada kad siswa.. Aku hanya perlu bayar RM4.85 sahaja...



gambar google





gambar google



Untuk a.m RISER COMBO tu.. Ada sekeping daging ayam, sebiji telur (ala-ala benjo), sayur-sayur dan mayonis... Aku makan memang slow.. Hahaha orang lain dah sudah makan.. Aku tak habis-habis lagi makan... Betul-betul menikmati.. Coffee dia pun best!! Kebetulan panas.. So, aku bawak lah coffee tu naik turun bas sampai masuk kelas Quality Control hehehe... 

Heaven kan sesekali ambil masa hirup coffee sambil dengar lecturer mengajar.. Lecturer Quality Control aku ni memang best belajar dengan dia.. Dia siap cakap, "Okay guys, class dismiss.. All of you look so tired and hungry.. You can have your lunch.. Enjoy your lunch.."... Bila kawan aku  berjalan nak keluar dari bilik kuliah, kawan aku pun cakap, "Terima kasih Doktor..".. Dia reply, "Ya, ya.. Thank you too.. Go and have your lunch ya.."...

Kalau lecturer perempuan yang aku suka.. Ada seorang hamba Allah ni.. Dia mengajar, dia bawak sekali mug yang berisi coffee masuk dalam bilik kuliah hehehe.. Sambil dia cakap, ada mug warna merah kat tangan dia.. Sesekali dia hirup coffee dia dan mengajar macam biasa.. Biar pun dia buat macam tu, kami masih lagi faham setiap apa yang dia ajar.. Kadang-kadang dia akan, "I wanna see... Anyone here already take a breakfast today?".. Lepas tu dia kira berapa orang yang dah bersarapan... "Ooo.. Why didn't all of you take a breakfast?"... Concern sungguh dia dengan breakfast kami hehe...

Apa-apa pun.. Breakfast tu penting specially orang yang sedang mengamalkan diet.. Jangan sesekali skip breakfast.. Have fun dengan breakfast anda.. Enjoy your breakfast... Mungkin ada yang tak biasa breakfast sebab kekangan masa, you should try.. Best sangat...


gambar google



Seronok jugak kalau ada mesin pizza macam kat atas ni hahaha... Breakfast pizza setiap hari... Hancur diet aku...

Terima kasih...

p/s: Hishop sedang mengadakan jualan untuk beberapa jenis peralatan make-up.. Bagi yang berminat untuk membeli atau sekadar berminat untuk mencuci mata hehe boleh lah klik Hishop sekarang...

Tuesday, March 26, 2013

Bubur Oatmeal within 10 minutes boleh siap..

Assalam...



Relax sebentar lepas perah otak untuk siapkan Projek Sarjana Muda (PSM).. 

So, tengahari tadi memang lapar sangat.. Dah set dalam kepala nak makan nasi lemak, kuih-kuih atau laksa warung pak cik depan rumah... Tak berapa nak dekat sangat lah, kena berjalan jauh sikit je.. Mengenangkan makan sorang diri je tengahari ni.. Terus terfikir, "Masak bubur jelah.."

Teringat oatmeal masih tersimpan rapi dalam almari baju.. Dah sebulan beli tapi tak makan pun.. Aku pun nekad nak buat bubur oatmeal tanpa guna perencah kiub ayam, msg dan sebagainya.. Aku nak cuba masak bubur oatmeal yang paliiiiiingggggg simple dan mudah + wajib sedap hehe..

Alhamdulillah tak sampai 10 minit masak, siap dah makanan tengahari aku... Memang aku makan sampai licin.. Ada jugak niat nak hantar ke rumah sebelah tapi nampak gaya memang tak dapat nak bagi sebab licin bubur oatmeal tu aku kerjakan sorang je hehehe.. Tak sangka sedap betul.. Macam makan bubur biasa je.. Tak rasa pun macam oat..




Tak sampai 10 minit masak...








Tak sampai 10 minit makan.. (tipu je hehehe.. panas kot..makan slow je hehe)



Bahan-bahan:

4 @ 5 sudu besar oatmeal (quaker oat biru)
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil white pepper
1/2 sudu kecil black pepper
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumiskan.
3. Tuang air dan kacau rata.
4. Masukkan oatmeal, garam, white pepper dan black pepper. Kacau rata.
5. Tutup api bila oatmeal sedikit kembang atau lembut seperti bubur.


Lauk sampingan (optional):

Ikan bilis goreng
Cili kering goreng
Telur mata, dadar dan sebagainya
Isi ketam (rebus)
Bebola ayam atau ikan (goreng atau rebus)
Ayam (potong dadu dan goreng atau direbus)
Ikan goreng atau ikan masak stim


Makan panas-panas memang sedap.. Kalau suka makan bubur berkuah, boleh buat sup sendiri.. Aku prefer bubur macam yang aku buat iaitu sedikit pekat.. Kalau ada yang tengah diet, terbaca entry ni, silalah cuba resepi ni.. 

Aku suka kalau ada sayur-sayur tapi masalahnya stok sayur tak ada kat rumah hehe.. Jadi aku masak apa yang ada je.. Lain kali kalau ada sayur-sayur mesti lagi berkhasiat.. Ada ayam potong dadu ke, ikan goreng atau ikan stim pun best.. Mesti lagi balance.. Nak menarik, boleh letak sayur campur.. Colorful gitu..

Oat ni kalori dia rendah.. Selain dari tu, dia boleh jadi span untuk kurangkan kolestrol dalam badan.. Selalunya ramai yang tak suka oat campur susu, oat campur milo.. Jadi boleh lah try oat masak bubur.. 

Terima kasih...


p/s: Jangan lupa sertai Peraduan Kotex Memberku dan anda berpeluang menangi RM5000!!! Selain tu, dapat keluar tv dengan selebriti.. Seronoknyaa!! KLIK SINI untuk join peraduan yang sedang berlangsung sekarang....

Sunday, March 24, 2013

Househusband.. Errkk

Assalam...



Last semester kat U memang mencabar.. Projek Sarjana Muda 2 (PSM) semakin terasa tekanannya.. Kadang-kadang kena marah dengan supervisor bergenang air mata rasa nak lari je balik JB.. Lepas tu pening kepala nak create questionnaire supaya soalan tak bias dan dapat result kajian yang cantek (do you know what i mean huhu)... Semuanya menyebabkan stress... 

Bila bawa balik kerja U ke rumah, rumah pun jadi kurang terurus seperti kebiasaanya.. Aku bila banyak kerja, tak fikir nak makan.. So, aku just masak je lah janji husband makan walaupun aku tak rasa nak makan (husband paksa aku makan jugak!)...

Tengah malam buta, lepas siang hari stress buat PSM, aku suka karaoke sambil rakam suara sendiri.. Lepas tu dengar balik suara sendiri berulang kali hahahaha.. HABIT yang tak dapat dielakkan bila stress... As long as.. I'm happy kira ok lah tu kan...

Today.. Aku masih sibuk dengan PSM.. So, aku tak sentuh sangat house chores ni... Thankful lah ada husband yang terdidik oleh emaknya untuk mengurus rumah tangga.. 

Pagi ni dia tang tung tang kat dapur menumbuk bawang dan sebagainya dengan lesung untuk buat rencah mee hoon sup style dia hehehe.. "Sayaanngg.. Jom makan..".. Waahh.. Siap hidangkan untuk kita lagi.. Simple tapi sedap sebab dia pun pandai masak... Aku paling suka kalau dia masak lauk jawa iaitu lauk ayam masak ungkep...

Lepas tu dia tengok rumah berhabuk.. Dia yang terus ambil penyapu dan sapu seluruh rumah.. Sedap mata aku memandang, rumah kembali bersih dan normal seperti biasa hehehe... Dia settle sendiri baju-baju kerja untuk seminggu punya stok.. Thank you sebab memudahkan kerja I...





Tak berniat pun nak membuli hehehe.. Jangan ada yang tuduh aku bukan-bukan eh lepas baca entry ni.. Insyaallah cuti pertengahan sem yang bakal muncul tak lama lagi.. Aku balas balik dengan masak selama 10 hari.. Kemas rumah.. Semuanyaaa lah senang cerita..






Yeayyyy!!!!!!! Thank you so much... Love you much more!!!!! Husband and wife kena tolong menolong... We are living as a teamwork.. Kalau nak harap isteri buat semua kerja seorang diri, i believe tu bukan teamwork.. Itu more too nak jadikan wife as a maid huhuhu.. Jom living as a teamwork!!!!!


Thank you...

p/s: Hishop sedang mengadakan SALE untuk beberapa jenis peralatan make-up.. Bagi yang berminat untuk membeli atau sekadar berminat untuk mencuci mata hehe boleh lah klik Hishop sekarang...

Friday, March 22, 2013

Appreciation dengan Ikan Siakap Masak Sweet Sour + Bubur Jagung Bersagu

Assalam...



Hari ni, Jumaat (22 Mac 2013)... Dengan penuh kesyukuran, bersungguh-sungguh siapkan hidangan makan tengahari Ikan Siakap Sweet Sour dan juga pencuci mulut Bubur Jagung Bersagu untuk dia gara-gara semalam dia bawak aku pergi kerja secara tak sengaja.. Kebetulan lepas ambil aku kat rumah sewa, dia terus pergi kerja dan tak sempat drop aku kat rumah kami..

Sepanjang menunggu dia siapkan semua kerja, aku perhati je dari dalam kereta.. Terasa nak cakap terima kasih semua pihak yang menjaga kebersihan alam sekitar kita dari sebarang sampah dan bau yang tak menyenangkan.. Terima kasih sebab manage setiap helaian sampah kita setiap hari tanpa berhenti hehehe...





Orang lain tak tahan bau sampah yang ada... Semua tutup hidung.. Dia pulak steady je menunggu semua kerja dia settle...  





To make him happy... Dia request menu siakap sweet sour untuk jadi lunch hari ni... Nampak tak berapa nak menarik sebab tak ada timun.. Dia tak nak ada timun, so tak ada lah warna hijau pada siakap sweet sour aku hehehe... 





Bubur jagung bersagu ni pun aku tak guna gula melaka sebab malas nak pergi membeli hehe.. So, aku guna gula halus je.. Kalau ada daun pandan pun mesti lagi wangi tapi tak ada pulak daun pandan kat rumah.. Simple tapi rasanya tak lari dari bubur jagung bersagu yang biasa orang lain buat..


IKAN SIAKAP SWEET SOUR RD STYLE

Bahan-bahan:

2 ekor ikan siakap (dilumur garam dan kunyit, lalu digoreng sehingga masak)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia (optional, aku saja letak)
4 sudu besar cili kering blend
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan sos cili
2 batang cili merah (dihiris)
1 tin kecil nanas (dadu)
1 batang carrot (dadu)
1 biji timun (dadu)
3 biji limau kasturi (optional)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air (untuk adjust kepekatan ikut citarasa anda)
Minyak

Cara-cara:

1. Panaskan minyak kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering..
2. Masukkan air asam jawa, sos cili, carrot, garam dan gula secukup rasa... Masak sehingga carrot empuk..
3. Masukkan timun dan nanas, kacau 2 hingga 3 minit. Jika anda suka kuah pekat, tak perlu tambah air, kalau kuah pekat sangat, boleh lah tambah air..
4. Matikan api, tuang kuah sweet sour pada ikan siakap yang telah digoreng dan tabur cili merah yang dihiris.. *Perah limau kasturi atas ikan sebelum makan (optional).



BUBUR JAGUNG BERSAGU RD STYLE

Bahan-bahan:

1/2 tin jagung
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 cawan air
1 1/2 cawan santan 
3 sudu besar biji sagu

Cara-cara:

1. Masukkan air ke dalam periuk, santan dan jagung. Kacau rata.
2. Masukkan biji sagu, garam dan gula secukup rasa..
3. * Kalau kalian ada gula melaka, boleh letak 2 sudu besar gula melaka dan jugak letak 1 helai daun pandan yang diikat simpul.. Mesti lagi best!!!


Mungkin cara aku lain dari orang lain hehe sebab aku suka adjust balik resepi ikut citarasa aku.. Kalau citarasa kita sama.. Apa lagi... Try lah hehehe.. Kalau kalian ada resepi lagi sedap dan special dari ni, boleh lah share dengan aku... Sesekali kita try masak cara lain pun seronok..

Terima kasih....

p/s: Hishop sedang mengadakan SALE untuk beberapa jenis peralatan make-up.. Bagi yang berminat untuk membeli atau sekadar berminat untuk mencuci mata hehe boleh lah klik Hishop sekarang...

Monday, March 18, 2013

Tips Nak Murah Rezeki Kahwin Awal

Assalam...





Ramai yang bertanya macam mana secara tiba-tiba saya berkahwin.. Saya tak pernah canang dengan kawan-kawan tentang perkahwinan impian saya.. Saya tak pernah bercerita dengan sesiapa ciri-ciri lelaki idaman saya.. Saya tak pernah berangan menetapkan tarikh perkahwinan saya atau menetapkan wang hantaran yang harus saya terima dari pihak lelaki.. Saya tak pernah bercerita dengan ibu bapa saya keinginan untuk berkahwin ketika saat saya masih bergelar mahasiswi.. Malah tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk berkahwin ketika saya masih bergelar pelajar kerana cintanya saya terhadap dunia seorang pelajar universiti.. Cita-cita untuk meneruskan lagi pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga tak pernah saya padamkan sehingga kini..
Namun begitu, dalam diam saya hanya berdoa supaya Allah menyegerakan sesuatu yang terbaik dan halal untuk saya kerana ketika itu saya telah pun mempunyai (ketika itu belum memiliki) seseorang yang saya rasa layak untuk menjadi seorang suami.. Tak disangka, rupanya dia juga berusaha ke arah yang sama seperti saya.. Dia berjanji akan segera menyunting saya setelah mendapat pekerjaan selepas tamat belajar dan memiliki gaji yang pertama!.. Alhamdulillah.. Belum selesai final exam, dia dah di terima bekerja.. Dia lah senior saya dan kami belajar di universiti yang sama, di fakulti yang sama dan course yang sama!!
Dia akhirnya di gelar fresh graduate! Sebulan kemudian dia menerima gaji yang pertama dan segera memberitahu saya agar berbincang dengan ibu bapa saya tentang niatnya untuk merisik saya walaupun dia tahu saya masih bergelar pelajar.. Semalaman saya menangis kerana terlalu terkejut dengan tindakan dia yang saya sangka niat murninya cuma gurauan dan bukan serius..
Perbincangan tentang merisik dengan ibu bapa saya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.. Semuanya sangat mudah dan senang walaupun saya hanya menyatakan hasratnya itu melalui chatting (Skype) kerana terlalu malu pada kedua ibu dan bapa saya..
Menanti saat untuk dirisik, saya masih tak berhenti berdoa kerana tanpaNya, saya pasti tidak berada di saat itu! Tiba-tiba.. Satu malam yang tak dijangka, saya dapat berita bahawa saya bakal dinikahkan dengan segera tanpa sebarang majlis pertunangan.. Maknanya, saya hanya dirisik dan 20 hari kemudian, saya bakal dinikahkan dengan lelaki pilihan saya.. Selama saya berdoa, saya hanya menyebut untuk segera menjadi yang halal pada dia dan meminta Allah berikan sesuatu yang terbaik untuk hidup saya.. Maksud saya yang terbaik itu, saya mahukan kehidupan duniawi yang terbaik yang diatur oleh Allah dan bukan diatur oleh saya sendiri kerana perancangan Allah adalah lebih baik dari hambanya  Alhamdulillah.. Doa saya dimakbulkan dan yang halal dan terbaik itu adalah berkahwin dengan dia dalam masa 20 hari lagi..
Selepas dirisik.. Saya mula tidak sabar menunggu tarikh 16/6/2012 yang dipilih sendiri oleh saya dan bapa secara tiba-tiba.. Saya tak pernah bermimpi atau berangan pada 16/6/2012 itu saya akan berkahwin! Saya fikirkan 16/6/2012 hanya lah hari yang biasa yang bakal dilalui oleh pelajar universiti seperti saya di mana Sabtu adalah masa untuk berehat di rumah sewa, menonton tv, gelak ketawa dengan rakan serumah atau bermain Facebook!... Atau mungkin menonton drama korea 


Penantian selama 20 hari saya rasakan seperti lambatnya masa berlalu.. Perlahan.. Saya membayangkan kura-kura berjalan atau ulat gonggok berjalan atau mungkin siput berjalan.. Tapi dalam tempoh 20 hari itu, jika saya tidak keletihan dan masih mampu menahan mata yang kadang-kadang sukar dijangka waktu mengantuknya, saya akan bangun malam.. Saya berusaha untuk berdialog dengan Allah tanpa disedari sesiapa pun.. Biarlah saya mengisi malam saya untuk menyampaikan apa sahaja yang saya ingin sampaikan kepada Tuhan saya.. Biarlah Tuhan saya tahu betapa syukurnya saya menjadi diri ini pada hari sebelumnya, ketika itu mahu pun selepasnya..
Di siang hari, bila berkesempatan berada di rumah jika tiada sebarang kuliah, pada jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi, saya solat sunat dhuha kerana bagi saya, kemurahan rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.. Bukan dalam wang ringgit semata-mata.. Saya tahu.. Berkahwin juga satu rezeki... Bila saya tidak sibuk, sehelai, dua muka surat Al-Quran saya selak dan baca.. Biar lah semua itu menjadi spa untuk merehatkan minda sebelum bertemu hari bahagia.. Nak mandi susu, nak facial wajah untuk naik seri, nak mandi bunga untuk kesegaran tubuh badan, nak melulur dan sebagainya memang saya tak mampu sebab saya hanyalah seorang mahasiwi  Bukan rezeki saya untuk merasa sebarang pakej seri pengantin seperti yang ada di mana-mana pusat kecantikkan..
Pernikahan saya dilangsungkan saat saya sedang sibuk bergelumang dengan final exam semester 4.. Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat merupakan kertas peperiksaan pertama, kedua, ketiga dan keempat tetapi saya mempunyai lagi dua kertas peperiksaan yang menjadikan ke semuanya enam kertas peperiksaan untuk semester itu dan semuanya 3 jam kredit yang saya rasakan sangat besar markahnya...
Alhamdulillah.. Setelah selesai peperiksaan keempat dengan segera saya pulang ke rumah dan menguruskan majlis pernikahan saya pula.. Saya diinai oleh adik sendiri dalam keadaan tertidur kerana terlalu penat dengan urusan peperiksaan yang masih belum selesai..
Keesokkan pagi, saya di make up kan oleh adik sendiri dengan menggunakan peralatan sendiri dan belajar make up sendiri melalui You Tube.. Masing-masing kurang bakat bermain dengan make up maka semuanya jadi ala kadar saja lah.. Lebih kurang jam 11 pagi 16/6/2012 saya dinikahkan dengan lelaki pilihan saya yang akhirnya bergelar suami.. Saya tahu dan saya sedar, saya tak akan pernah memiliki dia kerana dia bukan milik saya.. Saya hanya diberi suami dengan title "pinjaman".. Dia milik Allah sampai bila-bila... Dan saya berjanji untuk menjaga "pinjaman" Allah itu sebaik yang mungkin selagi saya bersama dia dan sehingga ke akhir hayat saya...






Tips bagi yang benar-benar mahu berkahwin dengan pasangan pilihan anda.. Tak kira lah waktu sebelum tidur, waktu nak makan atau tengah makan, waktu dalam kuliah, waktu tengah basuh pinggan mangkuk, sidai baju atau bermain basikal atau sedang menunggang motosikal, mungkin anda sedang berada dalam bas untuk pulang ke kampung halaman dan apatah lagi anda sedang bersolat atau seusai solat... Sebut lah, "Ya Allah, Aku nak kahwin dengan ........".. Cukup pendek ayatnya tapi penuh bermakna bila anda menyebut dalam hati dengan nada berharap atau mengharap..

Aku buat benda ni setahun atau mungkin kurang dari setahun tanpa aku sedar.. Memang mujarab dan berkesan.. Agak-agak tengah tengok tv aku tercakap dalam hati sebab lama-lama benda ni jadi kebiasaan sampai lah dah kahwin pun aku masih terbiasa sebut dalam hati.. 

Solat sunat Dhuha jangan lupa mulakan dari sekarang.. Buat sebelum kahwin lagi.. Kalau bukan rezeki kahwin yang datang, rezeki lain ALLAH bagi kat kita tanpa kita sedar...

KESIMPULANNYA: Jaga hubungan dengan ALLAH kalau nak ALLAH jaga hubungan kita dengan insan pilihan kita... Hari ini kita tak halal bagi dia.. Esok lusa, eh... Kita sama-sama dah halal dengan dia.. Jangan berhenti mengharap atau merayu... Jangan putus asa berdoa.. ALLAH nak test je kita ni betul-betul nak ke atau kita hangat-hangat tahi ayam.. Yakin dengan ALLAH dan jangan sesekali buruk sangka dengan ALLAH..

Lepas berkahwin, bila berada di rumah sendiri.. Banyakkan baca Al-Mathurat kerana surah-surah di dalamnya menghalang dari syaitan untuk masuk ke dalam rumah kita dan mengganggu ketenteraman rumah tangga serta menjadi pagar kepada keseluruhan kawasan rumah kita dari perkara yang tidak baik (dengan izin ALLAH)..

Masuk rumah bagi salam.. ASSALAMUALAIKUM.. Dan dijawab WAALAIKUMSALAM... Supaya syaitan yang ingin mengganggu rumah tangga tertinggal di luar rumah.. Rajin-rajin solat jemaah jika berkesempatan dan jangan lupa baca Al-Mathurat tu pagi dan petang.. 


Totally this tips brought to you by a happy wife..
RIMA DANIA


Terima kasih semuanya...


p/s: Hishop sedang mengadakan SALE untuk beberapa jenis peralatan make-up.. Bagi yang berminat untuk membeli atau sekadar berminat untuk mencuci mata hehe boleh lah klik Hishop sekarang...

Popia Sayur Style Rima Dania

Assalam...



Weekend minggu lepas... Aku teringin sangat nak buat sendiri popia sayur.. Kalau beli mesti tak puas makan sebab 3 batang popia sayur bernilai RM1... Kalau aku nak makan banyak-banyak, dah berapa ringgit habis..

So, aku pesan kat husband, sebelum balik kerja singgah kedai runcit dulu dan beli bahan-bahan untuk buat popia sayur.. Bahan pun tak banyak dan senang je sebenarnya nak buat cuma sebelum ni tak pernah buat...






Ini lah dia hasil yang aku dan husband dapat.. Banyak jugak kiteorang buat... Lebih dari 10 batang popia sayur.. Yang nak makan cuma dua orang je hehehe... Selebihnya kami simpan dalam bekas dan jadikan ia sebagai kuih frozen... Malam-malam rasa nak mengunyah depan tv, goreng je popia sayur tu dan ngap depan tv.. Best kan?

Bahan-bahan:

Kulit popia
3 cawan Taugeh 
1 batang Carrot (potong panjang dan halus)
1/2 sudu besar Stok ayam Maggi (pekat)
Garam secukup rasa
1 cawan air


Cara-cara:

1. Masukkan air ke dalam kuali yang panas kemudian masukkan carrot dan taugeh. Make it soak in the water..
2. Lepas tu, masukkan stok ayam dan sikit je garam sebab stok ayam tu pun dah ada rasa masin...
3. Masak kedua-dua bahan sehingga lembut dan air dalam kuali kering..
4. Biarkan inti popia sejuk sebentar..
5. Boleh lah mulakan operasi menggulung popia..



Boleh dihidangkan dengan sos atau boleh jugak buat sos sendiri.. Aku malas nak buat sos pencicah jadi aku makan dengan sos life je hehehe.. Actually inti aku masak, tapi yang menggulungnya sampai siap, husband yang buat sorang-sorang sebab dia kan kitchen helper aku kat rumah hehehe...

Jangan lupa try... Puas hati!!

Terima kasih..



p/s: Jangan lupa sertai Peraduan Kotex Memberku dan anda berpeluang menangi RM5000!!! Selain tu, dapat keluar tv dengan selebriti.. Seronoknyaa!! KLIK SINI untuk join peraduan yang sedang berlangsung sekarang....

Saturday, March 16, 2013

Genap 9 bulan...

Assalam...



Just nak share...







16/3/2013 iaitu Sabtu...

Genap 9 bulan...

Jadi ISTERI orang....










Biasanya kami tak pergi celebrate pun...

Semuanya berjalan seperti hari biasa...

Tapi...

Dalam hati hamba Allah yang kerdil ni..

Sentiasa memohon kesejahteraan, kebahagiaan,
kasih sayang, keamanan, persefahaman dan
rasa cinta yang berpanjangan sehingga akhir hayat..












Dear Husband... I'm truly in love with you..
Sorry for every wrongful things that i did..
Love you more and more!!!





Thank you....

p/s: Jangan lupa sertai Peraduan Kotex Memberku dan anda berpeluang menangi RM5000!!! Selain tu, dapat keluar tv dengan selebriti.. Seronoknyaa!! KLIK SINI untuk join peraduan yang sedang berlangsung sekarang....

Tuesday, March 12, 2013

Lotion Panas....

Assalam..



Selamat sejahtera... Hari ni nak share satu lagi produk berkaitan dengan proses mendapatkan semula bentuk badan idaman... Ni ayat ala-ala orang marketing lah kan hehe... Tapi bukan aku yang jual.. Aku ni pengguna sahaja... Diingatkan semula.. Aku ni hanya seorang pengguna bukan penjual atau mendapat tajaan untuk mempromosikan produk ni kepada orang ramai...

Untuk bulan ni, aku ada 3 stock lotion panas.. Aku ada Lotion Mustajab Dunia Herbs dan jugak Yusmira Losyen Mujarab Pati Halia... Aku pengguna setia kepada kedua-dua produk... Tidak ada diskriminasi terhadap mana-mana produk sebab kedua-duanya sangat best!!!!





Banyak tak stock? Haha.. Yang Yusmira besar tu satu roomate aku punya, satu lagi aku punya.. Yang kecik tu pun aku punya.. Yang Mustajab tu pun aku punya jugak...

Mula-mula aku guna lotion ni pada pertengahan 2010 sebab nak hilangkan gatal-gatal.. Bila kulit gatal je aku suka sapu benda ni sebab lagi efektif dari menggaru... So, bila tempat yang gatal tu panas, rasa gatal pun berkurangan.. Yang paling best, lotion ni tak tinggalkan kesan berminyak pada tapak tangan..

Makin lama aku guna lotion panas ni, aku terfikir nak guna lotion tu untuk kurangkan lemak berlebihan pulak.. Ya!!!! Memang berhasil pun.. Aku tak tipu sebab aku dah masuk tahun ke 3 menggunakan kedua-dua produk secara konsisten setiap bulan...

Namun begitu kawan-kawan... Kita tak boleh lah harap sapu lotion terus turun berat badan... Kita harus kawal pemakanan dan bersenam... Tu yang penting sebenarnya.. 

So, biasanya aku gunakan lotion ni pada waktu pagi sebelum gerak ke kelas.. Lagi elok kalau dapat guna sejam sebelum ke kelas sebab tak nak kawan-kawan sekuliah terhidu bau lotion ni.. Bau lotion ni macam bau halia hehehe... Tak memasal masuk kelas je terus orang semua pandang sebab orang lain pakai perfume bau bunga, aku pulak masuk kelas bau halia... Hehehe

Lepas tu, aku guna waktu petang... Sebelum pergi jogging aku akan guna dan berjogging lah dengan rasa badan yang panas-panas hehe.. Best!!! Tak percaya cuba lah... Insyaallah ada hasil yang anda boleh nampak dan rasa...


Think about healthy body.. Bukan nak kurus.. Oohooiii nak kurus oiiii.......
Kurus tak sihat pun tak guna.. Fikir tentang sihat!


Malam sebelum tidur pun kadang-kadang guna... Bila bangun pagi je dah rasa lapar... Hehehe.. Husband aku pernah rasa macam tu... Malam guna lotion sapu kat perut lepas tu bangun pagi je dah rasa lapar dan tak sabar untuk sarapan pagi...

Lotion ni jugak sesuai untuk orang lepas bersalin... Selain tu, kalau camping dalam hutan dan banyak nyamuk pun boleh bawak lotion ni bersama anda.. Sapu je kat tangan, leher.. Insyaallah nyamuk tak gigit anda.. Untuk sengal-sengal badan, senggugut period ke, boleh pakai.. Banyak kegunaannya.. 

Cubalah!!! (^^,)

Terima kasih..


p/s: Sejak jogging 6 track untuk seminggu, banyakkan minum air mineral iaitu 1500ml ke atas, guna lotion ni, minum clenx tea dan sedikit cheat semasa mengawal pemakanan di mana aku kerap mengunyah biskut dan seronok makan nasi putih, alhamdulillah, weighing scale tetap menunjukkan penurunan yang tidak dijangka... Magic tak magic tak? hehehe...


Ni aku punya BMI..
Sentiasa berjaga-jaga walaupun berada di
level Healthy Weight!



Anda mahukan kulit muka yang halus seperti telur dikupas dengan menggunakan produk yang allergy tested dan 100% fragrance free? KLIK SINI untuk lihat sendiri apakah produknya...

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3