Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, December 30, 2014

Roasted Potato by Rima Dania

Assalamualaikum




Nampak tak kilaun roasted potato di atas?? Tu baru tengok kilauan je.. Belum sentuh lagi.. Kalau sentuh, teksturnya luarnya sedikit crunch dan isi dalamnya sangat lembut.. Yuuummmmmmmyyy!!!!

Biasanya roasted potato ni sesuai untuk breakfast or dinner.. Gantikan fries or chips tu dengan roasted potato.. Roasted potato ni sekadar side dishes kepada menu berat.. Contoh lah breakfast pagi tu masak spaghetti bolognese ke atau ada menu roasted chicken.. Mungkin masak chicken pie atau baked macaroni and cheese.. Paling simple buat sandwich daging or ayam, ada sedikit coleslaw dan jadikan roasted potato sebagai side dishes..

Cara nak buat sangat simple.. Bahan pun tak banyak, cuma english herbs ni expensive sikit.. Tapi kalau tak ada pun tak apa, cuma kalau ada tu lebih baik lah.. English herbs ni kalau beli sebotol kecik tu boleh pakai lama.. Setahun, setahun lebih sebab tahan lama dan kita pun bukan pakai untuk masak hari-hari.. 

Jom tengok bahan dan cara-cara..


ROASTED POTATO 

3 biji kentang dipotong lebar dan sedikit tebal (rujuk gambar di atas)
1 sudu kecil garam
Secubit serbuk white pepper/ black pepper
Herbs (Boleh guna oregano, nak guna rosemary boleh atau thyme pun boleh.. Aku guna rosemary jenama McCormick botol warna hijau)
3 sudu besar butter (Butter bagus untuk kesihatan.. Boleh lah kurangkan guna marjerin, okay)


1) First, gaulkan kentang dengan garam, serbuk white or black pepper dan herbs.. Gaul rata.
2) Kalau ada oven kecil, tak perlu set suhu tapi just set timer je.. Tapi kalau oven ada setting suhu, boleh set kan ke 100-120 darjah celcius..
3) Grease kan dulang dengan sedikit butter dan susun kentang atas dulang.. Kemudian, tuangkan lebihan butter atas kentang..
4) Bakar dalam oven selama 10-15 minit atau sehingga kentang masak golden brown dan jangan lupa balik-balikkan kentang supaya kedua-dua permukaan masak sekata.
5) Siap untuk dihidang..


Kalau 3 biji kentang tu cukup untuk 2 orang je makan sebab sedap roasted potato ni.. Kalau nak masak untuk seisi family, kena lah double, triple kan bahan-bahannya ya.. Nak extreme lagi.. Tabur lah cheddar cheese atas potato tu dan bakar sikit lagi untuk cairkan cheese.. 

Cuba jangan tak cuba.. Sedap makan panas-panas cicah dengan mayo dan sos cili..


Ini contoh herbs nya.. Boleh jumpa di mana-mana grocery
shopping..


Terima kasih..

Resepi Hot Cocoa by Rima Dania

Assalamualaikum


Dulu masa kecik suka tengok satu cerita ni.. Nama watak utama dalam cerita tu Baby Bear.. Baby Bear manja sangat dengan mak dia.. So, satu hari tu si Baby Bear dah bersiap nak main dengan kawan-kawan waktu petang.. Cuaca hari tu mendung dan hujan pun turun dengan lebat.. Baby Bear jadi sedih dan duduk termenung tepi tingkap..

Mak si Baby Bear yang namanya Mama Bear nak cuba pujuk anak dia yang tengah sedih.. So, Mama Bear pun pergi dapur dan buatkan hot cocoa khas untuk Baby Bear.. Siap ada cookies lagi tau untuk Baby Bear cicah dengan hot cocoa.. Hot cocoa tu pulak Mama Bear serve dalam mug besar.. Aku yang tengok ni pun rasa nak tumpang sekaki hahahaha... Sedap betul nampaknya hot cocoa tu..




Memandangkan sekarang pun musim hujan, cuaca agak sejuk dan kelihatan awan pun mendung je.. Aku decide nak buat secawan hot cocoa untuk diri sendiri hehehe.. Bagi aku lah, hot cocoa ni jugak mendatangkan mood "warm feeling".. Mood macam kena bedung dengan blanket baby yang super empuk dan cosy  hahahaha.. Jangan ingat baby je suka dibedung, mak baby pun suka jugak bila cuaca dalam keadaan macam ni..

Kepada peminat chocolate yang tegar atau pun memang hantu chocolate.. Sila lah cuba resepi ni.. Dah minum satu mug besar pun rasa tak puas hahaha.. Jom tengok resepinya..


HOT COCOA (BEST IN TOWN)

3 sudu besar serbuk cocoa (Nak guna van houten boleh, nak guna serbuk cocoa yang buat cake dan cookies tu pun boleh.. Aku guna serbuk cocoa tak ada brand pun hehe.. Serbuk cocoa lebihan buat cookies dan cake)
3- 4 sudu besar gula pasir (ikut manis masing-masing)
1 tin susu cair/ 1/2 kotak fresh milk saiz besar
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Air suam 1 cawan (kalau guna susu cair dalam tin)


1. Mula-mula, panaskan susu dalam periuk. Agak-agak susu sedikit mendidih, tambahkan air suam jika guna susu cair dalam tin.. Kalau guna fresh milk tak perlu tambah air suam tau..

2. Masukkan serbuk cocoa, gula, esen vanilla dan garam. Kacau rata dan sebati sehingga tiada ketulan serbuk cocoa. 

3. Biarkan hot cocoa mendidih sebentar dan baru tutup api.. Kalau rasa pekat sangat dan nak cair lagi hot cocoa tu, boleh lah tambah air ikut citarasa kalian.. Tapi kalau suka hot cocoa yang pekat, maka hot cocoa anda telah pun siap..

4. Sendukkan dalam mug dan hidang bersama coklat chips cookies.. Aku cicah dengan chipsmore hazelnut hehe.. 




Atas tu hasil hot cocoa yang aku buat.. Minum panas-panas baru betul hehehe.. Tapi kalau nak minum sejuk, boleh je letak ais.. 

Penggemar chocolate sekalian.. Silalah cuba sebab senang sangat.. Lagi satu kalau mommy yang ada anak kecik tu, ajak anak buat hot cocoa sama-sama lepas tu minum sama-sama, mesti best!!! Fun activity!! Kalau rajin, buat sekali chocolate chips.. Fresh bake lagi hahaha..

Have fun dengan hot cocoa anda.. By the way.. Nak tabur coklat chip ke, nak tabur marshmallow pun boleh jugak..


Terima kasih..

Monday, December 22, 2014

Promosi Pakej Family Outdoor Photo shoot serendah RM300.00 by RD3D Studio

Assalamualaikum




Family Outdoor Photo shoot Sessions
by
RD3D Studio

* RM 300.00 
* Shoot & burn (CD)
* Photo shoot will be held within MELAKA area only


Add on Sticky Album:

8 x 6 inch   RM 250
11 x 8 inch RM 350
17 x 12 inch RM 450

Postage Fee: RM 10 (without sticky album)
RM 30 (with sticky album)
-Self pick up (RD3D Studio Kota Fesyen, Melaka)-










RD3D Studio 

No.32, Jalan KF 2, Kota Fesyen, Mitc,
75450, Ayer Keroh, Melaka

Office: 06-231 0458
Afiah: 012-630 7141

Official Facebook Page: Rd3D Studio

Thursday, December 18, 2014

Shopping barang my little bean dan dinner di Sukiya Aeon Bandaraya Melaka

Assalamualaikum


Since dah masuk 6 bulan ni memang kerap fikir, "Dah boleh ke start shopping barang baby?".. Persoalan yang sama akan berulang dalam kepala terutama bila tibanya weekend hahaha.. Yes! Weekend jelah masa untuk aku spend puas-puas dengan husband.. 

Whatsapp tanya kawan-kawan bila boleh mula hunting for baby punya mitten yang comel tu.. romper yang colorful, bonnet yang fancy.. Semua barang baby comel tau.. Tak ada yang tak comel..

Kawan-kawan jawab

"Aku beli masa 8 bulan.."
"Aku beli start dari 5 bulan.. Dah tau jantina senang nak shopping barang baby.."
"Aku shopping bila aku rasa nak shopping.. Tak kisah pun.. Atas kita nak beli bila-bila masa.."

Macam-macam jawapan aku dapat.. Ni kira antaranya lah..

Paling aku suka jawapan, "Ada duit, beli sikit-sikit.. Bulan ni aim untuk beli barang ni.. Bulan depan beli barang lain.. Nanti lama-lama lengkap lah barang baby.. Kalau beli selepuk memang terasa berat lah.. Baik belanja month by month.."

Aku pun ikut saranan kawan untuk belanja month by month.. Ikut list barang mana yang penting, aku dan husband akan dulukan hehe..

So, last week.. Aku dengan husband pun pergi Manjaku Baby Mall Melaka kat Jalan Lagenda (dekat dengan Tesco dan Aeon Bandaraya Melaka).. Ini tempat wajib lah untuk para ibu yang sedang cari barang keperluan bayi sebab dalam Mall tu hanya jual barang baby sahaja.. Susu formula, set tilam, baju pelbagai brand, stroller tak tahu lah berapa puluh jenis diorang jual, car seat pun sama, baby cot, mainan baby... Lengkap dalam satu Mall!!

Ini lah dia buat pertama kalinya aku nak beli barang anak sendiri.. Feeling keibuan datang menerpa secara tiba-tiba hohoho.. Lepas tu dalam pada tengah feeling tu, kepala jadi BLUR!!!!! Tak tahu nak start kat mana.. Pusing, punya pusing, punya pusing dalam Mall tu sampai satu jam aku meround dalam Mall hahaha.. Bakul still KOSONG!!! Akhirnya setengah jam terakhir tu baru lah dapat ketenangan nak memilih barang dengan telitinya sambil buat perbandingan harga secara terperinci..




Sepanjang shopping barang baby untuk hari tu, aku yang decide nak beli apa, warna apa, tema apa.. Cuma bila dah rambang mata tu baru tanya husband mana satu lagi cantik hahaha.. Ke hulu hilir aku bawak buku check list tu sebab tak nak terlepas pandang barang yang penting dan tak nak terbeli barang yang menyebabkan pembaziran..

Setakat ni aku dah beli..

  • Baju lengan panjang
  • Baju lengan pendek
  • Seluar panjang
  • Seluar pendek
  • Romper
  • Sarung tangan
  • Sarung kaki
  • Stokin
  • Bonnet
  • Barut

Banyak jugak barang yang aku dah selesaikan.. Cuma bedung je aku terlupa sangat nak beli.. Dah bayar kat kaunter, boleh teringat pulak bedung tercicir.. So, bedung tu kira postpone next month tau baby hehehe..

Balik dari shopping barang baby, aku mengadu sakit kepala kat husband.. Mungkin tak perasan aku dah berdiri terlalu lama dalam Mall dan perut pun lapar sangat.. So, kami decide solat Maghrib kat Aeon Bandaraya Melaka dan pergi makaaannn!!!!!!

Kami pilih untuk dinner kat SUKIYA Aeon Bandaraya Melaka bertentangan dengan kedai donut JCO.. Yeayyy!!!

Ini kali kedua kami makan kat Sukiya.. Tak sangka pulak sedap masakan Japanese ni dan sangat lah affordable harganya.. Kenyang pun kenyang hehehe...


Gundon Beef Small Size
(Ini pun berdrama nak habiskan semangkuk huhuhu.. Kenyang)




Husband punya Teriyaki Chicken Medium Size..
Ini wajib rasa sebab sedap sangat!!




Add Fried Tofu untuk buat lauk..




Add jugak Salad dengan thousand island untuk lauk




Orang melayu memang suka pedaskan.. Hehe so jangan lupa
ambil cili padi tu buat lauk.. Jangan lupa rasa jeruk halia yang
manis-manis rangup tu..




Air pulak gelas besar dan puas hati hehehe..
Ini air Ice Lemon Tea..


Total semua sekali dalam RM20 lebih.. Next time kalau singgah Aeon Bandaraya Melaka nak try lagi menu yang lain.. Siapa minat kimchi boleh try makan nasi, daging dan kimchi.. Pun sedap jugak tau..

Untuk hari tu, mak ayah baby lega dah settle beberapa barang.. Baby pun lega sebab mak dia bagi makan Japanese food sampai kenyang hahaha... Nanti kita sambung entry shopping barang baby lagi tau.. 

Thank you!!!!


p/s: Dalam pada aku sibuk update entry pregnancy... Sekali pun aku tak pernah bagi tahu yang sebenarnya aku tengah pregnant baby boy ke girl hehehehe.. Kalau nak tau.. Dah 2 kali aku pergi scan.. Masa 5 bulan sekali dan 6 bulan sekali.. Masa scan 5 bulan kat private klinik tu, doktor cakap macam boy tapi tak confirm.. So, dia suruh datang masa 6 bulan.. Bila datang scan 6 bulan, doktor yang sama jugak scan.. Dia kata nampak gaya lebih kepada girl, tak ada ciri boy.. Okay.. Sekarang ni doktor confuse, kiteorang lagi confuse.. Jawapannya.. Kiteorang tak tahu baby girl ke boy huhuhu.. Baby kuat mengepit dan sangat lah susah nak tengok bahagian bawahnya.. Kita tunggu jelah ya.. SURPRISE!!!! Yang penting baby sihat dan sempurna.. Berat badan dia pun lebih 23g dari usia sebenar.. "Ermm baby.. Awak memang ikut baka papa awak ya?" hehehe..


Resepi Chicken Enchiladas by Rima Dania

Assalamualaikum




Enhciladas ni kalau tak silap aku makanan orang mexican.. Ada banyak cara nak masak menu ni cuma aku lebih suka ikut citarasa aku..

Dari mana aku belajar masak menu ni? Aku belajar dari you tube tapi aku buat pengubahsuaian sendiri sebab nak ikut anak tekak yang bercirikan Melayu hahaha.. Nak yang pedas-pedas..

Jom kita belajar masak Chicken Enchiladas by Rima Dania... Yeayyyyy!!!!!!!!


Bahan-bahan Tortilla:

1 bungkus tortilla jenama Mission (panggang siap-siap atas api dan ketepikan)
Cheddar cheese/ mozarella/ cheese keping (dihiris halus) kuantiti ikut suka



Bahan-bahan Sos Enhciladas:

1 botol sos spaghetti jenama Kimball/ Prego (tak kisah nak guna perisa tradisional atau lain-lain)
1/2 cawan air rebusan ayam
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos cili
1/2 cawan cili boh
Sedikit serbuk oregano (optional)
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara Sos Enchiladas:

1. Panaskan minyak dan masukkan cili boh.. Tumiskan selama 2, 3 minit.
2. Masukkan sos spaghetti, air rebusan ayam, sos tomato, sos cili dan kacau rata hingga mendidih.
3. Masukkan serbuk oregano, lada sulah, garam dan gula secukupnya. Kacau rata.
4. Tunggu dalam 3, 4 minit dan tutup api. 



Bahan-bahan Inti Enchiladas:

3- 4 ketul dada ayam (direbus sehingga masak dan disiat)
1 tin cendawan butang (basuh dan hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara Inti Enchiladas:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
2. Masukkan dada ayam yang telah disiat ke dalam kuali dan cendawan butang. Kacau rata.
3. Perasakan dengan garam. Cendawan dah masak, boleh tutup api.



Jom kita assemble Chicken Enchiladas!!!!


Step 1: Ambil casserole atau loyang pun boleh dan tuang satu senduk Sos Enchiladas ke dalamnya. Ratakan.

Step 2: Ambil satu keping tortilla, sapukan satu sudu Sos Enchiladas ke atasnya. Kemudian taburkan Inti Enchiladas dan sedikit parutan keju.. Gulungkan tortilla dan susun dalam casserole. Ulang step 2 sampai tortilla dan inti habis.

Step 3: Tuang baki Sos Enchiladas di atas susunan tortilla.

Step 4: Akhir sekali, taburkan parutan keju di bahagian atasnya ikut suka nak banyak ke sikit. Aku suka banyak hehehe..

Step 5: Bakar pada suhu 170 darjah selama 30 minit atau sehingga keju cair dan sosnya sedikit kering.

Step 6: Hidang ketika panas.. Memang marvelous!!!!


Memang buruk sikit rupa dia tapi tak cukup makan sepotong tau hehe




Zoom dekat sikit.. Yuummmmm!!!!!




Ni hasilnya bila dah dipotong.. Sedap sangat-sangat tau..


Aku bukan nak puji masuk bakul angkat sendiri tapi buktinya tak cukup satu casserole tu.. Ini pun untuk 8 orang makan tapi celah gigi je huhuhu.. Kalau nak kenyang, hidang lah dengan mash potatoes ke, fries dan nugget ke, ayam goreng crispy ke, salad atau apa sahaja yang sesuai untuk dimakan bersama Chicken Enchiladas..

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ala Mexican..

Thank you!!!



Check up bulanan dan craving story

Assalamualaikum


Sebelum start cerita panjang.. Nak belanja satu gambar hehehe




Alhamdulillah.. Dah masuk 24 weeks.. 



Aku rasa sesiapa yang biasa follow blog aku dari dulu, mesti tahu yang sebelum ni aku pernah mengandung.. Ya!! Last year aku mengandung buat pertama kali setelah beberapa bulan berkahwin.. Aku mengandung selama 2 bulan 8 hari sahaja.. Kisah pregnancy aku tu jarang sekali didengar dan aku merupakan salah seorang ibu yang diberikan ujian pregnancy unknown location..

Doktor pakar saran aku untuk tunggu hampir setahun sebelum start pregnant semula.. Nak tunggu pregnant semula memang terasa agak lama.. Kenapa kena jarak lama-lama? Sebab masa nak gugurkan baby pertama tu, doktor inject methotrexate.. Ubat kimo.. Bahaya ubat ni untuk kandungan yang seterusnya.. Nak tak nak, kena lah tunggu hampir setahun bagi ubat tu betul-betul hilang dalam badan.. Kalau degil jugak...... Akibatnya baby yang second susah nak survive, akan dapat kecacatan fizikal dan otak dan mungkin akan menyebabkan kematian dalam rahim..

Alhamdulillah.. Kami husband & wife memang ikut saranan doktor dan tadaaaaaa... Setahun lepas tu aku disahkan pregnant baby kedua.. Kawan-kawan kata, "Amboiii... Cipta rekod tiap-tiap tahun mengandung".. Nampak macam wowww!!! Tiap tahun mengandung.. Tapi nak menahan cakap-cakap orang bukan mudah tau.. Selagi baby tu tak ada depan mata diorang selagi itu lah orang akan cakap macam-macam.. Sabar jelahhh..




Masuk cerita pasal check up bulanan pulak heheheh.. Setiap bulan aku kena pergi check up 2 minggu ke 3 minggu sekali.. Kenapa?? Sebab gaining weight okay.. Sejak hilang morning sickness, berat pun naik sebulan tu 2.5kg jugak hohoho..

Aku ni jenis pantang kalau berat badan naik masa tak pregnant.. Tapi bila pregnant ni macam tak kisah dah pasal berat badan hahaha,,, Tengok penimbang pun macam tak ada perasaan sangat.. Kalau diet bagai nak rak pun bukan boleh turun balik berat badan time mengandung.. Apa yang penting, jaga pemakanan je sepanjang pregnant (cehhh.. yeke?)

Nurse senior lah selalu tegur pasal berat badan.. Dia pesan tak payah makan nasi banyak-banyak.. Kalau boleh kurangkan.. Kuantiti nasi aku tak pernah berubah.. Sama je macam masa aku tak pregnant.. Cukup setengah senduk dan sedikit lauk-pauk..

Tapi..... masalah lain adalah.. Aku craving makanan kat kedai.. Western food lah, Japanese food lah.. Macam-macam benda aku nak rasa tau.. Ayoyo..


Laksa Sarawak Kluang Railway Station Tesco 




Nandos.. Alasan nak makan kat situ sebab last makan kat Nandos
tahun 2007..




Nandos jugak.. Nak merasa chicken wrap.. Huhh!!!




Malay Village JB.. Sibuk sangat dari hari tu nak fish and chips..




Chicken chop super tender kat Malay Village jugak.. Argghhh..




Cendol Jam Besar Banda Hilir Melaka..
Gigih pegi pukul 11 pagi sebab nak sangat makan cendol..



Itu baru sikit... Nanti tunjuk banyak-banyak semua orang terperanjat sebab aku yang dulu bukanlah yang sekarang hihihihi..

Bila berat badan naik.. Nurse kata, "Nanti boleh dapat diabetes, high blood pressure, obesiti.. Semua tu tak bagus untuk ibu mengandung sebab membahayakan kesihatan ibu dan baby.. Next check up kena minum air gula ya sebab berat badan awak ni naik banyak sangat.."

Nurse sambung lagi, "Lagi satu, saya dah refer kat doctor, doctor bagi arahan suruh datang klinik untuk check blood pressure seminggu dua kali iaitu setiap hari Isnin dan Khamis memandangkan berat badan awak dah naik.. Kita nak monitor blood pressure awak sebab takut awak kena darah tinggi.. Kalau blood pressure awak mencecah 140/90, awak terus kena pergi hospital.."

Balik rumah aku pun kecoh bagi tahu satu rumah bahawa aku kena check up seminggu dua kali dan disuruh minum air gula untuk next check up.. Masa tu baru rasa menyesal makan tak beringat huhuhu... 

Hahaha ala tapi sebenarnya ini just saringan je nak tengok aku ada diabetes ke tidak.. Itu je.. Tapi aku punya kepoh siap refer doctor sana sini nak tanya pasal minum air gula tu.. Yelah takut jugak kalau tiba-tiba je aku kena diabetes masa mengandung walaupun dari segi keturunan memang tak ada yang penghidap diabetes..

Atas nasihat doctor dan nurse, aku pun ikut schedule seminggu dua kali datang klinik untuk check blood pressure dan minum air gula.. Untuk result blood pressure memang konsisten.. Rendah, tapi tak rendah sangat.. 100/60, 90/70, 100/70, 110/70 itu lah pattern blood pressure aku selama 2, 3 minggu.. Akhirnya doctor kata dah boleh stop check blood pressure.. Alhamdulillah..

Cerita pasal result minum air gula tu pulak.. Range normal adalah 3.9-5.6.. Alhamdulillah result gula aku 3.6 dan nurse kata, "Result gula awak normal.." Tapi dah tentu itu bukan alasan untuk aku makan mars bars, snickers dan segala jajan bergula tinggi sesuka hati..

Masalahnya sekarang... Tahap hemoglobin (hb) aku makin rendah.. 10 je.. Memang aku tahu makin baby membesar, hb akan turun tapi itu bukan lah alasan untuk tak nak berusaha menaikkan semula hb.. Bila hb rendah maknanya aku ni anemia.. Bahaya jugak anemia masa mengandung ni.. Bahaya untuk ibu dan baby dalam kandungan..

Nurse cakap orang cina sangat jarang hb nya rendah.. Diorang jaga pemakanan sebaik-baiknya sebab nak baby diorang lahir dalam keadaan yang sempurna dan sihat.. Aku dengar pun jadi malu kat diri sendiri huhuhu..

Untuk naikkan hb, nurse pun tunjuk contoh makanan yang boleh membantu tambah hb.. Contohnya daging, kerang, ikan bilis, jambu batu, sayuran hijau seperti bayam dan lain-lain.. Dalam masa yang sama jugak, nurse bagi aku stok iron tablet dan obimin untuk aku makan.. Obimin tu aku dapat sejak kandungan masuk 12 weeks..

Cara makan iron tablet ni.. Makan iron tablet bersama air masak atau jus sahaja.. Jangan diambil dengan kopi, teh, cappucino latte, caramel latte semua tu.. Nanti tak ada kesan.. Selepas makan, kena tunggu lebih kurang setengah jam sebelum ambil breakfast pagi.. Andai nak breakfast dulu pun boleh, selepas 2 jam makan breakfast boleh lah ambil iron tablet pulak.. Kalau malam pulak kena lah makan sebelum tidur.. 


Yang atas tu iron tablet..
Yang bawah tu obimin,,


Misi sekarang ni adalah menaikkan hb.. Harap sangat dapat jadi ibu yang berdisiplin tinggi supaya baby sihat dan ibunya pun sihat jugak hehehe..

Itu lah dia cerita check up bulanan aku.. Ikutkan ada 3 weeks je lagi nak masuk 3rd trimester.. Bila dah start masuk 3rd trimester ni memang faham-faham jelah.. Dah sibuk memikir keperluan baby, keperluan ke hospital, cara-cara bersalin, pastu nak berpantang cara macam mana, nak guna set bersalin apa, menu pantang apa yang best, ehemmmm cara nak turunkan berat badan (penting ni!!!!!)..


Thank youu!!!!


Tuesday, December 9, 2014

Holiday di Port Dickson PART 2

Assalamualaikum


Kita sambung cerita holiday kat Port Dickson kat PART 2 pulak.. Nak baca PART 1 boleh klik sini..

Kami check in hotel lebih kurang jam 4 petang.. Sepanjang petang tu memang kami santai dalam bilik dan aku sempat lelapkan mata dan jamah minum petang kat bilik.. Kami ada bawa stok biskut kering, tuna dalam tin, kekacang dan jus oren..

Malam tu terfikir jugak nak makan apa.. Memandangkan aku ni morning sickness tak kira masa, maka kami bercadang nak makan menu yang simple je.. Tak nak makan menu berat macam seafood, ikan bakar, nasi.. No, no, no..

Dua-dua tak berapa pandai sangat jalan kat Port Dickson.. Nama pun pelancong kan hehehe.. So, kita kasi redah jelah.. 




Akhirnya terjumpa Sate Kajang Haji Samuri kat kawasan medan selera.. Kami order sate perut, sate daging dan sate ayam.. Semua sekali ada 15 batang.. Order nasi impit dalam 2,3 ketul.. Makan berdua pun tak habis.. Kena lah bungkus bawak balik hotel hehehe.. 

Selesai makan, kami pergi jalan-jalan sekitar bandar Port Dickson.. Jalan-jalan naik kereta je.. Lepas tu terus balik hotel dan rehat.. Aku pun tidur awal malam tu.. Husband je sambung tengok tv sorang-sorang hehe..


SECOND DAY


Kami kalau tidur hotel memang suka pergi breakfast awal.. Lepas solat subuh memang tak sambung tidur tapi biasanya kami bersiap untuk sarapaaaannnn!!!




Konon nak duduk kat meja sebelah swimming pool.. Tapi tak sangka pulak ada yang lagi awal dari kami.. Terpaksa lah cari meja lain huhuhu..

Atas tu boleh katakan macam pintu gerbang nak ke kawasan buffet.. Masa kami round tengok menu yang terhidang, tak tau nak cakap betapa banyaknya menu yang hotel ni hidang.. Tak termakan dan tak terpilih..

Seingat aku lah, menu yang ada:

  • Nasi lemak dengan set lengkap (ayam masak rendang, telur, timun, kacang, ikan bilis dan sambal tumis)
  • Pelbagai jenis mee yang digoreng
  • Bubur dengan set lengkap (sup, ikan bilis, kacang dll)
  • Menu western (sosej, baked bean, salami dll)
  • Pancake dengan butter dan honey
  • Roti bakar dengan pelbagai jenis pilihan jam 
  • Pilihan cereal dan susu
  • Fresh oren dan manggo
  • Pilihan salad yang banyak siap dengan dressing (salad vinaigrette) 
  • Pilihan buah-buahan potong yang segar
  • Pencuci mulut seperti fruit cocktail



Berdasarkan pada pembacaan aku.. Hotel ni hidangkan nasi lemak yang sangat sedap!! So aku target kat nasi lemak.. Husband makan nasi goreng dan beberapa jenis mee yang digoreng.. Itu baru round 1 tau hehehe.. 

Lepas nasi lemak, macam-macam benda lain yang aku ambil sampai dah tak terambil gambar.. Tiba-tiba morning sickness hilang pagi tu hahahahaha.. Baby pun macam tau-tau je parents dia nak pergi sarapan menu yang sedap..






Siapa datang bercuti kat sini kena try nasi lemak ni.. Memang sedap.. Tak tipu..
Ni first time dapat makan nasi lemak sedap kat hotel.. 


Kebetulan mengidam nak makan pancake dengan honey..
Alhamdulillah dapat hehehe.. Yippieee!!!!


Salad dia jadi sedap sebab salad dressing dia memang the best!!


Time ni hujan dah start turun.. Tapi tak lebat.. Nak sambung makan, perut dah full.. Nak hirup coffee & tea memang aku tak lalu nak minum sepanjang awal 4 bulan pregnant.. Selalunya aku prefer juice, soya dan yogurt drink je..







Akhirnya kami buat keputusan nak balik bilik.. Nak sambung tidur hehehe.. Dalam perjalanan nak balik bilik tu kami sempat jengah swimming pool.. Jengah je.. Walaupun masing-masing bawa swimming suit tapi mood nak mandi memang tak ada huhuhu..












Hujan renyai ni lah sedap nak sambung tidur heheheh.. Sejuk je kan.. Sampai je kat bilik, masing-masing pun selubung diri dengan selimut tebal dan lena dibuai mimpi..

Kami check out sebelum pukul 12.. Lebih kurang pukul 11.50 pagi.. Urusan check out pun sangat cepat dan mudah.. 

Sebelum balik Melaka, kami bercadang nak lepak tepi pantai.. Silap kami tak ke Pantai Teluk Kemang.. Kami salah arah dan akhirnya sampai Pantai Saujana Port Dickson.. Walaupun salah arah, kami tetap turun dan jalan tepi pantai sambil membeli kebab, air dan buah.. Sempat jugak beli t-shirt tulis Port Dickson untuk buah tangan sendiri hehe..


Memang best makan mangga muda dengan petis tepi pantai..
Kebetulan angin bertiup.. Huwaaaa rasa nak terlelap pulak..


Selesai sesi dating tepi pantai, kami pun gerak balik Melaka.. Holiday kali ni langsung tak rasa penat.. Mungkin banyak tidur kot hahahaha.. Tenaga pun tak diguna sangat.. Sesuai lah percutian macam ni untuk ibu mengandung yang sedang menghadapi morning sickness..

Sepanjang morning sickness memang kerap terperap kat rumah dan tak ke mana-mana.. Selalunya memang bed rest.. Nak shopping, nak makan luar pun rasa tak best.. Sesekali dapat relax dan rehat macam ni rasa relieve sikit..





Hopefully semua yang baca entri kali ni enjoy dan dapat idea nak menginap kat mana sepanjang bercuti kat Port Dickson.. 


Thank you!!!


Monday, December 8, 2014

Holiday di Port Dickson PART 1 (Avillion Admiral Cove PD)

Assalamualaikum




Hari tu ada janji nak update cerita pasal holiday masa first trimester kat entry ni.. Masa tu tengah mabuk teruk jugak.. Pergi holiday pun satu hari je sebab badan masih tak selesa, cepat pening dan sakit kepala.. Paling tak best kerap rasa nak tidur je hehehe..

Memandangkan sekarang menetap kat Melaka, maka tempat holiday paling dekat adalah Port Dickson.. Yeayyy Port Dickson!!!!! Last pergi Port Dickson masa umur 15 tahun.. Dah berzaman rupanya aku tak menjengah Port Dickson.. Kebetulan husband pun tak pernah lagi pergi Port Dickson, jadi sesuai lah pilihan nak bercuti kat situ..


FIRST DAY


Sehari, dua sebelum gerak ke Port Dickson kami booking hotel.. Banyak hotel yang kami survey di Agoda dan laman web yang berkaitan dengan tempahan hotel.. Lepas buat perbandingan harga, baca review dari orang ramai dan check satu-satu laman web hotel, akhirnya kami memilih Avillion Admiral Cove Hotel Port Dickson..




Sepanjang perjalanan nak ke sini, aku memang banyak diam je dalam kereta menahan mabuk dan loya.. Tapi nak jugak pergi holiday, so tanggung lah hahahaha.. Husband yang excited dan banyak bercerita dalam kereta.. 

Sampai je hotel ni, kami disuruh parking kat kawasan tempat letak kereta berbumbung berhampiran lobi hotel.. Ini lah antara servis yang best kat hotel ni sebab dapat parking berbumbung dekat dengan lobi dan bilik!! Tak payah nak menapak jalan jauh..








Sementara husband check in kat kaunter, aku pun jalan-jalan sekitar lobi dan ambil gambar pemandangan kat hotel ni.. Memang terasa tenang datang sini.. Relax je.. Pemandangan pun cantik..
Servis kat kaunter pun agak cepat.. Kebanyakkan yang datang bercuti kat sini akan komen benda yang sama.. Servis diorang memang laju!

First time kami booking bilik yang super selesa masa baru 3 hari kahwin.. Kami tidur di Pelican Hotel Batu Pahat.. Itu pun satu malam je sebab aku ada final exam.. Sambil study untuk exam esok harinya sambil honeymoon hehehe..

Setelah 2 tahun berlalu, kami pun tekad pilih bilik terbaik walaupun hanya untuk satu malam di Port Dickson.. Bilik yang kami pilih adalah View Wing..


Yeayy!!! Check in bilik..




Bila bukak je pintu, benda first yang akan kita nampak adalah almari baju, tempat letak luggage dan kasut.. Majoriti semua hotel buat macam tu hehe.. Yang bestnya jarak antara pintu nak ke almari tu luas, lapang dan jauh.. Tak sempit langsung..





Toleh ke kiri terus nampak hampir keseluruhan bilik ni.. Masa tengok kat laman web hotel memang tak dapat imagine sepenuhnya tapi bila dah check in sendiri baru tau macam mana rupa bentuk bilik View Wing ni..

Antara penyebab bilik ni jadi best adalah sinki khas di bahagian pantri.. Kabinet panjang sebelah almari tu lah pantri.. Ada sinki, kettle, coffee or tea, cawan, gelas dan di bahagian bawah tu ada peti ais.. Nak basuh cawan ke apa tak payah keluar masuk toilet sebab kat kabinet tu dah ada build in sink..




Depan pantri ada pintu untuk ke toilet/ bathroom.. Sebenarnya ada 2 pintu.. Bathroom ni boleh tembus dari pantri atau tembus dari arah katil.. 




Kalau tu aku panggil dining table lah kot sebab kami makan minum semua kat meja tu.. Pastu ada table dan kerusi untuk buat kerja.. Ruang tu kami tak gunakan pun..




Ini view dari arah pantri tadi.. Ada pintu sliding untuk tutup diwaktu malam untuk privacy.. Tapi kami tak tutup pun sebab berdua je dan tak ada orang lain.. Waktu malam memang kami biarkan sliding tu terbuka je..




Ni ala-ala pangkin berkusyen siap dengan coffee table dan terletak bersebelahan dengan balcony.. Nak santai sambil minum coffee or tea cicah biskut kering pun boleh.. Nak sembang, bergurau senda pun boleh hehe..




Sebelah tu ada katil king.. Katil tu lah jadi pojaan hatiku hehehe.. Boleh katakan aku banyak baring atas katil tu je.. Husband duduk kat dining table tengok tv.. Chanel tv kat hotel ni Astro.. Puas hati lah dapat tengok macam-macam movie..














Ini lah view yang kami dapat bila pilih bilik View Wing ni.. Kebetulan cuaca sangat baik dan selesa.. Alhamdulillah.. Memang puas hati dapat bilik ni tapi spend satu malam je.. 

Nak tau kami makan kat mana dan apa kami buat kat Port Dickson? Kita tunggu PART 2 ya hehehe..

p/s: Aku guna kamera handphone je sepanjang bercuti kali ni.. Tak guna pun dslr sebab lupa nak bawak bateri kamera huhuhu.. Entah pape je.. 


Thank you!!


NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3