Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, May 26, 2011

Tip Rancang Majlis Kahwin SEDERHANA

Hye!! Saja nak share dengan kalian semua.. Aku baca dalam majalah Nur.. Best jugak "terbeli" majalah Nur edisi Perkahwinan.. Bukan menggatal dah nak kahwin ke apa tapi aku beli sebab model cover majalah Nur bulan November 2010 tu si Farah AF2.. tu yang beli hehe.. Lagi pulak sejak dia mengacarakan halal oriental kat Astro Oasis tu kerap kena pakai tudung dan akhirnya dah bertudung terus dah kan... Bertambah manis lah Farah AF2 macam Irma Hasmie.. hehe

Jom aku share dengan korang apakah tips-tips yang diberi.. Tapi tips ni adalah dari Pegawai Operasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).. alaa.. yang selalu sangat keluar iklan kat tv tu tentang pengurusan kewangan.. mesti korang semua dah tau kan apa tu AKPK... hehehe..

PERTAMA:
SIMPAN AWAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN

Kena simpan wang kahwin sejak mula bekerja dan itu adalah yang terbaik. Korang tentukan tempoh sasaran bila nak kahwin dan ketepikan 5 hingga 10 peratus gaji korang untuk simpanan perkahwinan..

KEDUA:
ELAKKAN MEMBUAT PINJAMAN (KAD KREDIT/ PINJAMAN PERIBADI)

Jangan sesekali membuat pinjaman terlampau untuk majlis kahwin kerana boleh mengundang hutang yang berpanjangan.

KETIGA:
ADAKAN BAJET IKUT KEMAMPUAN

Selain bajet sendiri.. kadang-kadang bantuan secara langsung atau tak boleh bantu ringankan kos kahwin. Kalau ada sedara-mara yang pandai gubah sendiri hantaran.. disaat ini bantuan mereka diperlukan. Tidak perlu tempah dari kedai.

KEEMPAT:
BERKONGSI SATU MAJLIS BERSAMA PIHAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Atas kata sepakat adalah lumrah kini pasangan mengadakan satu majlis perkahwinan sekali. Banyak kos dapat dikurangkan terutama jumlah tetamu dan belanja jamuan.

KELIMA:
ADAKAN MAJLIS KAHWIN BUKAN PADA CUTI SEKOLAH

Pada waktu ini.. harga sewaan dewan, pelamin, katering dan lain-lain adalah jauh lebih murah berbanding pada cuti sekolah.

KEENAM:
MANFAATKAN TARIKH HUJUNG BULAN BIAR DEKAT DENGAN HARI GAJI MASUK

Masa ni tetamu dijangka menerima gaji maka tetamu pasti lebih bermurah hati untuk memberi wang atau hadiah kepada mempelai. Wang yang diterima boleh diguna untuk membantu pembayaran bil majlis kahwin yang masih tertangguh.

KETUJUH:
REKA CORAK KAD JEMPUTAN SENDIRI ATAU GUNA INTERNET DAN SMS

Pasti saranan ini mampu membantu menjimatkan kos. Banyak lagi yang perlu dibelanjakan untuk perkara yang lebih penting.

KELAPAN:
PILIH PAKEJ PERKAHWINAN YANG MENJIMATKAN

Membayar secara berasingan contohnya pelamin, katering, mak andam, jurugambar adalah lebih tinggi kosnya berbanding mengambil tempahan secara pakej. Kadang kala.. ada yang memberikan diskaun bagi pakej perkahwinan tertentu.

KESEMBILAN:
KURANGKAN PEMBELIAN DAN PENYEWAAN BAJU PENGANTIN

Buat perbandingan harga sewaan. Kini terdapat banyak baju pengantin berkos sederhana.

KESEPULUH:
BUAT PERBANDINGAN HARGA BARAGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MAJLIS TERSEBUT

Jangan lupa bandingka harga apabila kalian membeli-belah. Lebih menjimatkan jika pasangan membeli barang di tempat yang sama dan elakkan membeli barang yang tidak perlu.

KESEBELAS:
BINCANGKAN DAN TENTUKAN SIAPA YANG AKAN MEMBAYAR MAJLIS INI

Bermuafakatlah dan pastikan berapa sumbangan ibu bapa atau bantuan dari keluarga yang lain dan juga perbelanjaan sendiri.


Ok korang.. hehe kat bawah ni ada jadual contoh bajet kahwin sederhana iaitu di antara RM10,000 sehingga RM15,000 tau.. Kalau lebih dari tu kira mewah lah ye? Kalau kurang dari RM10k memang dah kompem betul-betul namanya kecil-kecilan..



Yang pasal berkongsi majlis kahwin bersama pihak lelaki dan perempuan tu pada aku kalau dah sorang dari timur dan sorang lagi selatan... susah lah nak gathering haha.. kalau sekampung ke atau senegeri ke boleh jugak buat majlis sekali jalan.. hahaha yang aku suka manfaatkan tarikh hujung bulan tu.. bijak-bijak.. Yang reka corak kad jemputan sendiri pulak terus aku terbayang masa Maya Karin kahwin tahun 2008.. dia tulis tangan pastu fotostat banyak-banyak hahahaha ...jimat sangat..


Ni gambar bulan februari 2011.. Sepupu aku kahwin.. (^^,)... tua setaun je dari aku tapi dia dah lama abes degree dari UKM..


OK KORANG-KORANG SEMUA.. SELAMAT MEMBACA


2 comments:

mrS pinu said...

fiya leh la guna kaedah ni..heeeeeeeeeee

RIMA DANIA said...

berkesan tak meq..nak usha2 dulu kaedah meq..hehe kita kene buat perbandingan...

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3